Monday, June 29

Membantu Yang Memerlukan

Dapat ini dari email. mungkin dengan vote kita, kita dapat menyelamatkan nyawa orang lain. hari ni hari orang. mungkin esok lusa hari kita plak. so tak salah membantu kan. niat je kerana allah kalau was2..:)

Salam,
Pesanan saya dapat dari kenalan saya.....

TERKILAN DAN SEDIH dengan sesetengah sikap orang melayu, orang islam. Selama 3 minggu kami di blog penulisan2u yang mengikuti dan mewakili satu program kebajikan dari Digi, Kami mewakili MAJLIS KANSER NASIONAL ( MAKNA ) & UKM Medical Centre (PPUKM) untuk membantu pesakit-pesakit kanser mendapat rawatan sewajarnya dan juga dalam penyelidikan tentang kanser. Tidak Ramai orang melayu yang Sapport, Penilaian kami selama 3 minggu. Digi memperuntukan Rm150,000 untuk didermakan kepada pelbagai organisasi kebajikan. Kami tidak ingin satu sen pun wang ringgit anda. Kami hanya mahu Vote (UNDIAN ANDA). Dengan hanya 1 VOTE, Pihak Digi akan Menderma Rm5 kepada MAJLIS KANSER NASIONAL. Kalaulah 1000 yang vote, kita berjaya kumpul Rm5000 untuk MAKNA. Vote di http://kanser.penulisan2u.net

MJ dalam Kenangan

Semua orang wat citer pasal kematian micheal jackson kan. saya je tak buat coz saya tak suka pun dia. bukan tak suka but saya kenal dia pun masa saya masuk u. so macam mana nak minat kan. lagu dia yang saya penah dengar adalah beat it. itu pun masa stacy nyanyi masa konsert AF. lagu smooth criminal saya penah gak dengar. tapi bukan dia nyanyi la. Alien Ant Farm yang nyanyi. dan masa saya memula dengar tu ingat memang lagu alien ant farm tu. bebaru ni je saya tau lagu tu si MJ tu yang punya. huhu.. sangat ketinggalan saya ni kan. so haruslah saya tak kenal si MJ ni kan.

Saya dengar berita pasal kematian MJ ni masa sarapan kat gerai nasik lemak rendang kat DPP. saya kan cuti hari jumaat. so tak dengar la berita. tetiba masa nak sarapan dengar kakak2 n mak cik2 kat gerai tu duk citer. yang bestnya saya dengar mike tyson yang mati. bukan MJ. haha.. best je cakap kat adik.

saya : eh bukan mike tyson tu baru kawen ke? sian bini dia kan
adik : bukan mike tyson la mati.
saya : abeh sapa? tadi kakak2 tu cakap mike tyson
adik : micheal jackson la.. (sambil gelak2)

Apa pun saya ucapkan takziah gak la kat keluarga si MJ ni atas kehilangan. katanya king of pop kan. saya sorang je tak kenal dia. juta2 orang seluruh dunia kenal n minat kat dia. aritu tengok tv ada mamat tu siap nangis lagi masa dapat tau si MJ ni dah mati. betol aa dia memang king. dan mungkin hanya saya sorang je kat dunia ni yang tak kenal MJ n muziknya. huhu..

Tag Dari Elcy Lagi Dan Lagi

Pagi2 datang opis harus bukak blog sendiri. tak tau naper. habit kot. tengok2 kat link list kawan2. mana2 yang ada updated so jalan2 ke blog diorang. sampai blog elcy nampak tajuknyer Giler Tag daripada KadusMama. saya tau saya mesti kena tag. haha.. tak baca isi pun. terus je skroll ke bawah. dan saya nampak ini..

14. Siapa yang anda nak Tag? si Herda, si Mareq, si Adora, si Sastrie dan tentu sekali mangsa kegemaran saya dalam kategori tag-tag.. si Eija

Saya sudah agak. huhu.. ada 2 plak tu tag nyer. tak per aa. at least saya updated blog kan. dah maleh melampau nak updated blog sekarang ni. ok kita mulakan dengan tag pertama ek.

Tag Yang Pertama

1. Bekas kekasih saya adalah : berada perlis sekarang. hihi..

2. Saya sedang mendengar : radio kegemaran saya. era.fm!

3. Mungkin saya patut: bercuti arini. ngantuk!

4. Saya suka : dengar era.fm

5. Sahabat-sahabat baik saya : buat saya gembira selalu.

6. Saya tak paham : naper ada org cakap saya tak buat keje. kang tak buat betoi2 kang. hehehe..

7. Saya kehilangan : err.. apa ek saya ilang? ilang ingatan sat. haha..

8. Ramai yang berkata : saya bleh bukak kedai makan sebab saya masak sedap!

9. Makna nama saya : kata seorang ustaz adalah jemputan

10. Cinta itu adalah : sakit!

11. Di suatu tempat, seseorang sedang : menaip tag yang banyak ini..chayok2!!

12. Saya akan cuba : jadik rajin arini

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud : mak ayah sebab tak bleh beli kat kedai. haha..

14. Telefon bimbit saya : dah bengong2..

15. Bila saya terjaga dari tidur : wajib tengok jam

16. Saya paling meluat apabila : apa yang saya bleh buat tapi org lain kata tak bleh nak buat. ngada! meluat den..

17. Pesta/Parti adalah : jadik best kalau saya bukan urusetianya..

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : kucing dan ikan nemo..

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : umur2 di mana saya masih study

20. Hari ini : saya puasa sunat rejab

21. Malam ini saya akan : tak terpikir. tido je lah kot.

22. Esok pula saya akan : tengok CSI-NY pukul 10 malam

23. Saya betul-betul inginkan : kete myvi kaler pink!

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini : saya tengok jerawat naik balik. huh!

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan : buat masa sekarang dua2 tak best coz tak der duit! huk huk..

26. Makanan Barat atau Jepun : tak penah makan makanan jepun

27. Bilik yang terang atau gelap: gelap yang ada sedikit cahaya

28. Makanan segera adalah : makanan yang ayah tak kasi makan masa tengah study

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? "awak bawak kete ek arini?" cakap pada adik.

Tag yang kedua

1. Apakah perasaan anda sekarang? tak der rasa

2. Saya nak makan? sup ekor masa buka puasa petang nanti

3. Saya tak suka? org yang bermuka2

4. Impian saya? pegi capetown! syiok nyer..

5. Haiwan yang saya tak suka? katak ngan lipas.

6. Saya harapkan? saya dapat beli kete myvi kaler pink akhir tahun ni.

7. Jika boleh putarkan masa? saya nak belajo sungguh2 supaya lebih pandai dari sekarang. hehe..

9. Handphone saya adalah sebuah? tepon aa. tepon korang bleh tukar jadik transformer ke? hak hak..

10. Saya pernah bercinta sebanyak? no komen. hak hak.. ala2 artis gitu

11. Kawan-kawan saya? selalu buat saya ketawa

12. Pernah dikhianati? tak nak ingat. tak best pun kena khianat hahaha..

13. Apa yang hendak anda lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda? maafkan dia je. huhu.. baiknyer aku..

14. Siapa yang anda nak Tag? semua yang rajin nak buat tag dan haruslah cyn ngan jalil. haha..

Wednesday, June 24

Duit Yang Seronok

Citer minggu lepas gak ni. huhu.. banyak betoi citer tertunggak. ni citer pasal nak dapat duit yang 'seronok' tu. haha.. kitaorg dah dapat surat untuk pi LHDN tuk check kot2 ada cukai sebelum duit yang 'sonok' tu diberi pada kitaorg. wah 'seronok' katanya. padahal ciput je pun. tak kisah aa kan. janji dapat duit. sapa tak suka duit betoi tak? n sapa tak nak duit kan. sikit pun duit. banyak pun duit. alhamdulilah.

Acara Pindah2

Hoh! citer hujung minggu lepas ni. arini baru nak tulih kat sini. sabtu ahad minggu lepas saya, nora n jalil telah bertungkus lumus membersih dan mengemas opis untuk pindah. luka2 tangan I tau mengoyak kertas yang nak buang tu. shredder tadek so kita shred pakai tangan je la. nak buang cam tu je cam bahaya plak. banyak benda2 'sulit' tu haha..

Inilah hasil kerja tangan kitaorg bertiga. penat tau mengoyak kertas tu. hasilnya dapat RM23 hengget je. huk huk huk.. tak lepas nak makan KFC.

Ini plak barang2 yang nak angkut ke nilai. tu baru kotak2 ngan buku2 tu. tak masuk perabot lagi. penuh giler lori 3 tan tu. meja je ada 7. rak lagi. almari lagi. komputer lagi. harus penuh lori tu. nak nasib baik plak muat. kalau kena ulang 2 kali mati lah.

Kitaorg hanya bertugas sebagai mandur semasa proses kerja angkut mengangkut dan punggah memunggah dilaksanakan. semua kerja2 dilaksanakan dengan jayanya oleh en. ganeson dan pekerja2nya. TQ en. ganeson. lain kali mau pindah kitaorg panggil u lagi ek. W/pun kitaorg jadik mandur je tapi penat tau. jadik makin penat bila terlupa nak tutup pagar umah kat nilai tu. dalam tak nak ulang 2 kali terpaksa pi sekali lagi coz nak tutup pintu pagar je. huhu..

Tuesday, June 23

(Kurungan)

Esok dah 1 rejab. lagi 2 bulan kita puasa lah. sonoknya. dekat dah nak puasa. pas puasa kita raya. hehe.. tu yang sebenarnya. sempena 1 rejab esok saya ingat nak puasa. memang tetiap tahun pun mula bulan rejab saya mula puasa. sajer la untuk pra puasa ramadhan. nanti puasa ramadhan tak der aa terkejut perut ni tetiba puasa kan. so saya selalunya mulakan dari bulan rejab. puasa isnin khamis. untuk membiasakan perut berpuasa.

Banyak kelebihannya bulan rejab ni. macam Sabda Nabi s.a.w.:

"Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat"

kelebihan berpuasa di bulan Rejab

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

p/s : ada siapa2 nak join saya puasa esok?

Monday, June 22

Titik.


Serius katak maleh giler nak berblog sekarang ni. bukan setakat berblog. nak beremail, bergosip, berfacebook, berfriendster n segala macam benda2 berkaitan internet saya maleh. naper ek? so kita updated slow2 je aa ek.. harap korang bersabo sebab sabo tu separuh pada iman tau.. hehe.. macam banyak no reader.

Wajah gembira yang maleh berblog.

p/s : pasan tak beberapa pembaharuan kat blog saya? nantikan kedatangan wajah baru blog saya sempena anibeseri ke 2 pada 3 julai ni!

















p/s : tu pun kalau gue rajin la.. haha..

Friday, June 19

Sama Dengan =

Tadi pagi ada jemputan majlis doa selamat yang baper nak doa la. haha.. main sebut2 nama je suh baca doa. terkejut beruk orang yang kena suh baca doa selamat tu. nasib baik la selamat. apa yang selamat? selamat nasik lemak kak sadi 3 bungkus. haha.. 1 bedal kat majlis. 2 bawak balik. bleh? huhu.. orang memberi kita merasa. so angkut sajer lah.

Gambar di atas tiada kaitan dengan doa.

Gambar di bawah ada kaitan dengan nasik lemak je. ngan doa pun tak der. hihihi..



p/s : Sekian Terima Kasih!

Thursday, June 18

Tanda Seru!

Adeh! patutnya saya tulis entry esok. tapi tak tau naper nak kena tulis arini plak. korang jaga diri tak sepanjang beberapa jam saya tak der ni? haha.. kalau jadik apa2 ada aku kesah? cak.. cak.. cak.. hihihi..

Sekarang agak maju. tajuk entry pakai tanda bacaan sajer. kalau tak paham bukak kamus dewan dan baca! semalam baru saya ingat yang simbol2 dalam ayat2 bahasa melayu tu namanya tanda bacaan. ramai yang prihatin ngan soalan saya. sampai antar msg pada suami untuk tanya jawapan. huhu.. orang yang dapat A1 bahasa melayu masa SPM kasitau jawapan kat saya semalam. orang yang dapat C5 macam saya cuma diam je. orang yang dapat A3 cam ira tau sekerat jer. haha..

Entah naper beli mastika kali ni dapat lozenges warna daun ni. mungkin lozenges ni nak tumpang promosi kat mastika yang dah jual juta2 sebulan ni kot. mungkin pasni lozenges ni bleh jual juta2 jugak. oleh itu marilah kita ramai2 beli lozenges warna daun ni supaya jualan nya bleh juta2 jugak.

p/s : repekkan apakah ini?

Wednesday, June 17

Koma,

Woo.. woo.. woo.. sangat maleh mau updated blog. ini entry ke 18 untuk bulan ini. target saya 1 entry 1 hari je. so ini adalah entry untuk hari esok. so esok jangan harap saya updated yer sebab entry ini adalah entry hari esok. huhu..

p/s : jaga diri baik2 yer sementara saya tak der ni.. huhu..

Monday, June 15

Saya Rindu Pada Dia

Tengahari tadi waktu rehat meneman ira balik ke umah dia ambek 'makanan sedap'. haha.. so dapat aa jumpa en. oyen. en. oyen sudah besar. berat dan sangat comel! huhu.. tapi mata dia tak bersih. dah berumur kot maleh nak dandan diri. haha.. dia kenal saya lagi. sonok2. sambil mengiau dia menggesel2 kat kaki dan muka saya. mak long gembira bertemu en. oyen tau!

Senyum dan Senyum Lagi

Alhamdulillah & Tahniah..

Saya sangat gembira dengar itu.

Semoga bahagia!

Friday, June 12

..


Lepaskan dia pergi kalau sayang padanya..

p/s : Kadang2 menangis ni sonok!

Thursday, June 11

Vote for Sipadan

Buat undian agar pulau sipadan berjaya ke peringkat seterusnya. maklumat lanjut dan buat undian di sini atau sini.

kedudukan terkini. Sipadan sekarang di kedudukan ke 4. so sila aa vote beramai2 untuk memastikan tempat dalam new 7 wonders tu. vote for sipadan also vote for malaysia. :)
Baru balik dari ganu

maleh nak updated

TQ

Friday, June 5

Muka Penyet

Ira datang dan tanya.

Ira : naper muka ko cam tu kak ija?

Saya : aku ngantuk la. malam tadi aku tido kul 12 pastu sedar2 dah kul 6.30 pagi. antara kul 12 sampai kul 6.30 tu langsung tak terjaga.

Ira : mesti tak ngantuk kalau cam tu.

Saya : tu aa. pelik betoi. langsung tak jaga. aku rasa malam tadi malam lailatul qadar la.

hak hak hak..

p/s : Tak sabo nak raya! huhu..

Thursday, June 4

Budak Nakal

Nama budak nakal ni Ain. umur dia 2 tahun akhir bulan ni. anak jiran sebelah umah saya. tapi buat umah saya cam umah dia jugak. haha.. mungkin sebab dia bongsu, manja n sangat jarak ngan abgnya (11 thn) semua org sayang ngan dia. dia suka kawan ngan ayah saya. pantang nampak ayah saya terbongkok2 kat depan, tak pakai kasut pun dia lari2 datang umah saya. mak dia sedar2 dah ilang. kompem kat umah saya aa tu. huhu.. tapi kalau tengah2 lari tu ada org marah, dia terus terbenti kat tepi sempadan antara umah saya ngan umah dia. berdiri aa dia lama kat situ sampai ada org pujuk. haha.. macam pekan kata mak.

Bergurau senda ngan ayah saya atas katil. apa aa yang dia gelakkan tu.

Ain sangat suka dengan kucing sekarang. dulu masa kecik2 takut giler ngan kucing. nampak kucing pun nangis. sekarang dia plak yang cakar ngan gigit kucing. ganas betoi! huhu..

Ain nak ngaji. tu dah bukak rehal mak saya. konon2 nak ngaji aa tu. pas bukak kena letak buku atas rehal tu. pastu dengar aa suara nyaring dia ngaji. tah apa2 disebutnya. kelakar!

Orang sibuk basuh kete dia sibuk nak tolong. tapi main air yang lebih.

Ain suka pakai cermin mata. cermin mata mak saya kena sorok. kalau dia jumpa duk asyik nak pakai je. ni cik dee punya cermin mata. bila pakaikan kat dia suka no dia. tak moh tanggal2. haha..

Giler Novel

Giler maleh nak updated blog sejak sakit tangan ni. tapi sakit2 pun still online gak. klik 1 artikel pastu baca je. nak pegang mouse lama2 tak bleh. susah jadik addicted ni. lelagi ada plak yang tanya bila nak updated blog. rasa bersalah plak hampakan 'peminat' kan. hahaha.. peminat katanya. so malam ni updated aa sket. citer lama ni. citer saya pi keje luar kat penang minggu lepas. oklah kan. janji berupdated blog saya ni.

Lepas abeh buat keje. saya ngan my bos n kawan2 telah pi ke caurasta (tak tau aa ejaan dia betoi ke tak) market kat penang tu. kalau orang penang memang sangat familiar ngan caurasta ni. saya selalu gak dengar. tapi ni kali pertama pi. diorang cakap kat sini banyak jual jeruk. memang betoi pun. banyaknyer ya ampun. tapi tujuan asal kitaorg ke situ bukan nak carik jeruk. tapi nak carik buku2 terpakai. my bos aa nak carik buku kanak2 untuk anak2 dia. seriusly kalau my bos tak cakap kat situ ada kedai buku terpakai saya memang tak tau sebab caurasta saya tau ada jual jeruk je. hehe..

Seperti ramai yang tau selain addicted ngan blogging saya gak addicted ngan buku. giler banyak buku2 terpakai kat situ. blink2 mata saya tengok. rasa cam nak beli semua je. buku2 still cantik2 la n harga sangat murah dari yang baru. bleh dapat separuh harga aa dari harga asal.

Ini bukan stor buku tau. ini kedai buku terpakai. tu kalau tetiba buku2 tu jatuh mati kena hempap buku. haha..

Giler banyak kan. yang buat saya kagum angkel2 tu ingat kat mana dia letak buku2 dia w/pun dah bertingkat2 cam tu. jumpa je kalau dia carik. haha.. buat yang tak tau kedai buku tu kat atas market tu. jeruk ngan barang basah dia jual kat bawah n kat atas ada kedai2 baju, tudung n buku2 terpakai ni. banyak gak kedai nya. ada 4 5 kedai rasanya. kena pandai mulut manis aa kalau nak dapat harga murah. macam biasa. hehe..

Sebagai orang yang addicted dengan buku haruslah beli kan. saya beli buku2 penyiasatan yang sangat saya suka zaman2 sekolah dulu. buku hardy boys, nancy drew, enid blyton n alfred hitchcock. kalau korang nak tau dah lama saya carik buku2 ni. carik kat kedai buku dah tak jumpa. dulu zaman sekolah giler ngan buku2 ni. dah alang2 pi kedai ni tanya aa sekali. tu dia angkle tu bawakkan sebemban buku. gembiranya rasa nak loncat2. haha.. memula ingat nak beli semua. tapi memandangkan budjet ciput. so saya beli 20 buah dulu. nanti kalau datang lagi bleh borong lagi. giler!

Ini aa antara buku2 yang saya beli tu. setakat arini baru abeh 3 buah. sebahagian besar dari buku2 ni saya dah penah baca masa sekolah2 tu. saya beli balik untuk imbau kenangan zaman sekolah2 dulu. ee.. tak sabar nak beli lagi. hehe..

Cermin 2 Arah

Dalam berjalan2 dan merayap2 kat blog2 tetiba terjumpa entry ni kat blog Mr Hazizul. so saya copy balik untuk mengingati sesama kita terutama pompuan yang suka fitting2 baju sebelum beli.

BAGAIMANA MENGENAL PASTI CERMIN 2 ARAH ?

Ketika kita masuk ke toilet awam, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka)

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki.

Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja.

Saatnyalah kita untuk berhati-hati. Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?.

Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing:

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA

1. TEST DENGAN KUKU JARI

Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak(gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin,dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin,hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin ditempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKUJARI". Tidak perlu membayar.


2. TEST DENGAN NAFAS.

Hembus nafas hampir dengan cermin, jika ada kesan nafas/haba di cermin , maka selamat,jika tidak besar kemungkinan Ianya cermin 2 arah.


3. BUNYI

Cuba ketuk cermin tersebut dengan jari slow2, kuat kang pecah plak , jika ianya tidak berbunyi atau bunyi perlahan maknanya ia melekap didinding, jika berbunyi kuat pastinya ada ruang kosong/berongga dibelakang cermin tersebut.Mudah dilakukan, dan ini mungkin bisa menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !

So hati2 ek kawan2 ku semua. mana aa tau kan tak pasal2 kita jadik mangsa plak. maklum aa zaman sekarang ni banyak benda pelik2 jadi. sampai kadang2 benda yang kita tak penah pikir diorang dapat buat. mcm2 cara org yang tak bertanggungjawab ni buat untuk kepentingan sendiri. tak pasal2 kita yang tak bersalah ni jadik mangsa.

Tuesday, June 2

Mulut Bocor

Banyak citer nak tulis sebenarnya. tapi maleh. kata cik kim kalau maleh tak bleh nak tolong aa. saya nak citer pasal mulut yang suka bercakap merapu2 2 3 menjak ni. tah naper tah. suka sangat cakap bukan2. tadi aida kata nak pi beli buku map. bila dia balik n nampak beg plastik MPH saya tanya,


"dah dapat buku tiket?"


Buku tiket plak. patutnya buku map. ayo.. mulut ni sesuka hati je bercakap. aritu masa balik kampung pun cam tu. cam biasa sepanjang perjalanan ke kampung saya banyak lembu2, kerbau2 n kambing n also anjing2 bersuka sukaan di jalan raya. dalam perjalanan balik kampung aritu cik kim yang drive. tetiba dari jauh saya nampak lembu melintas n saya jerit,


"baik2.. nyamuk!!"


Udah nyamuk plak. patutnya lembu. adik dah gelak2 dah. ada plak nyamuk. lembu la. mulut ni sekarang suka hati bercakap je. risau gak kot cakap bukan2 kat org yang tak sepatutnya. kalau ada nanti saya mintak maaf siap2 lah ek. hehe..

Kad Mesra

Aritu dalam perjalanan balik ke kampung singgah isi minyak kat petronas. selalu isi minyak pakai kad plastik je tapi kali ni offline plak. so nak tak nak terpaksa aa pi konter bayo. abeh duit cash saya. huhu.. sambil2 bayo tu sajer tanya borang nak tukar kad mesra. tetiba abg konter tu kasi borang suh isi. kalau kat putrajaya 10 kali tanya 10 kali kata borang abeh. ramai no agaknya orang putrajaya ni isi minyak kat petronas. so saya putus harapan aa nak tukar kad n transfer point ke kad baru. banyak point saya tau. rugi kalau tak transfer. kali ni isi je n terus dapat kad. huhu.. syiok2


Saya dah dapat. anda bila lagi? huhu.. cam iklan plak.

Monday, June 1

Langkawi - Part 4

Balik dari cable car singgah plak kat makam mahsuri. kota mahsuri namanya. siap tanya akak konter lagi kat dalam ni ada makam mahsuri ke tak. haha.. nampak no tak buat research sebelum pi. pastu bayar2 so masuk aa dalam tu. ada banyak gak benda menarik dalam tu.

Harus bergambaran depan makam mahsuri. saya tanya cik kim "ada ke mahsuri dalam tu?" "tinggal tulang" kata cik kim. haha..

Mak kayak pemandu pelancong. maklum aa dia tau fungsi2 barang2 sawah tu. abeh semua citer2 lama dia citer ngan kitaorg. hehe..

Ayah kat umah sapa tah. cik dee yang ambek gambar.

Ni telaga mahsuri. mak siap basuh muka bagai ngan air dia. bleh minum tau. siap ada jual lagi kat tepi telaga tu. dah siap proses jangan takut kena taun. hehe..

2 dara n 1 mak dara yang kepenatan.

Lepas melepaskan penat kitaorg pi plak tengok2 burung dalam kota tu. ada aa burung2 kat dalam tu kira macam zoo kecik la. pas tengok2 burung kitaorg masuk dalam muzium mahsuri. dalam ni tak bleh ambek gambar. so kitaorg pusing2 je dalam tu sambil baca sejarah mahsuri yang semua org dah tau. cantik deko dalam muzium tu. cam real je zaman2 mahsuri dulu.

Dah penat membaca dan menengok2 kitaorg pun nak balik. penat wei. rasa nak tercabut kaki. terus balik ke hotel. konon2 nak singgah makan kat tempat makan semalam coz adik cakap sedap tapi lauk dah abeh plak. so diorang tinggalkan saya kat hotel sebab cam biasa saya tak nak makan sebab tak lapo. hehe.. so saya balik terus terbongkang. petang tu decide nak pi underwater world. tapi sebab masing2 tido so kitaorg pi lambat sket dalam kul 3.30 ptg.

Dalam 3.30 ptg pi underwater world. harga tiket rm 38.00 ye kawan2. dengan mykad dapat RM28.00. ngan ina dapat RM25.00. tapi saya dapat RM22.00 hehe.. naper? sebab saya pakai pass gov. haha.. tak sesia buat research dulu sebelum masuk underwater world.

Kalau dah pi underwater world tu harus la bergambar dengan ikan kan. cam biasa bila dah akhir2 ni penat dah nak nulid caption. korang tengok gambar je lah ek. Cik Dee n ikan.

Cik dee n cik kim ngan ikan gak.

Ayah ngan mak ngan ikan keli beso.

Mak ngan ikan beso.

Saya n penguin.





5 gambar ni semua feeling2 jadik org eskimo. masing2 peluk penguin.

Dalam kul 5.30 cam tu gerak balik hotel. coz dalam kul 7.00 cam tu nak antar saya, mak ngan ayah ke airport. kitaorg balik malam tu. cik kim n cik dee balik esoknya flight kul 11.45 pagi. oleh kerana guna mykad masa masuk underwater world ptg tu saya telah tersilap letak mykad saya. masa check in carik2 tak jumpa. takut giler kalau ilang. tapi alhamdulilah ada. terselit kat kad2 yang banyak2 tu. dan kami selamat pulang ke putrajaya malam tu cam tu gak ngan cik kim n cik dee esoknya. syiok sangat la jalan2 ngan family. saya tanya mak lepas ni nak pi mana? jawab mak "moh le bawak aku ni lagi" hehe.. insyallah kalau ada rezeki lagi kita pi tempat lain plak ek. sayonara langkawi!

Langkawi - Part 3

Hari ahad bermula agak lewat. coz ari ahad nak pi naik cable car. cable car plak bukak pukul 9.30 pagi. sebelum tu saya ngan cik dee telah pi mandi manda kat pantai cenang. syiok!

Pas mandi cik dee n cik kim telah keluar pi beli sarapan. lepas sarapan dalam 9.15 pagi kitaorg bertolak ke cable car. tapi oleh kerana kelindannya mamai n drivenya konon2 kompiden (saya aa tu) lalu tersalah jalan. alih2 jumpa beras terbakar dulu. so kitaorg pun singgah aa kat beras terbakar dulu. mak yer2 nak pi katanya nak ambek beras tu wat kenangan. malangnya dah tak der. berasnya tinggal sepinggan je.


Beras terbakar yang sepinggan tinggal.


Tinggal tapak nyer je. huk huk..

Soping minyak gamat kat kedai2 area beras terbakar. mak beli untuk kawan2 dia. kitaorg gak borong balm. seriusly tak penah guna. tapi sajer gatai tangan nak beli. huhu..

Cik dee ngan baju elmonya tengah soping kat beras terbakar. baju ni dia beli kat area cenang malam sebelumnya. nak gak baju elmo. cik kim sempat beli topi kat situ. kaler hijau belang2 biru. huhu..

Balik dari beras terbakar terus ke cable car. dah tau jalan agak kompiden aa drive. lancar je ke cable car tu. tapi sampai sana nak parking plak terpusing2. tak tau pintu masuknya yang mana. udah terpusing2 kat situ.

"Kita nak pi sini" kata cik dee.

Depan cable car.

Beratur nak naik cable car.

Dalam cable car. gayat2! serius saya gayat. nak gerak pun takut.

My mum n dad dalam cable car. kata mak "aku langsung tak rasa apa" hehe..


Atas jambatan gantung. tinggi n sejuk!


Berada di ketinggian 652.5m dari paras laut. sejuk..!!
Lilypie Next Birthday Ticker