Thursday, December 30

Hits

Dah 20,000 hits blog saya. 3 tahun lebih baru 20,000. ada org 20,000 ni sehari je. saya kan tak glamer. malu nak glamer2 ni huhu..

Tahniah MALAYSIA

Kredit : utusan malaysia

Saya tak penah tengok bola bersungguh2 sebelum ni sejak form 3. sebelum form 3 saya adalah fanatik bola. yang pelik saya sokong sabah. saya pun tak tau naper. masa tu saya kenal semua pemain sabah. kalau main then sabah menang saya sorang je yang bersorak hehe.. sebab org lain dah tentu2 la sokong pahang kan :)

Kali ni tetiba semangat plak nak tengok bola. dua2 perlawanan saya tengok dengan kusyuk. nasib baik menang. kalau kalah mesti nyesal tengok hahaha.. pusing first saya tengok ngan ayah saya. best woo jerit gol ngan ayah hehe.. kali kedua malam tadi saya tengok sorang2. pun best gak menjerit gol sorang2 hehe.. tapi frust sket semalam sebab saya harap malaysia jaring sebijik lagi gol tapi tak per lah. dah menang pun. kasi can aa indon menang kat tempat sendiri kan. lepas wisel penamat saya menjerit sambil berdiri sorang2. syiok kan kalau menang. kalau kalah mesti dah maleh mau tengok, tutup tv then tido hehe..

Untuk HARIMAU MALAYA. tahniah! u go boys!

Wednesday, December 29

Bubur Muharam

Korang kenal tak apa ni? ada.. ada.. ya betul. inilah bubur asyura. opis buat bubur asyura tadi. ni baru dapat. panas2 je. sedap! tapi agak manis sket. kalau kurang manis sket lagi sure lagi syiok. buat bubur asyura patutnya 10 muharam kan. buat sempena buka puasa bagi org2 yang puasa pada10 muharam. bagi yang tak puasa pulak buatkan untuk org yang berpuasa. besar pahala tu :). tapi opis buat dah 23 muharam dah. tapi oklah. dalam bulan muharam lagi. mau rasa? meh la datang opis hehehe..





p/s : yang kuning sebelah tu punch card ye huhu..

Repek

Susah bila kita dah biasa ngan sesuatu benda tu then di suruh berubah kan. lagi2 bila perubahan tu datang secara mendadak. tetiba je suruh berubah. ko sapa nak suh aku berubah serta merta huhu.. camtu jugak kalau dah biasa dengan benda2 yang senang. bila disuruh berkerja dengan benda2 yang susah kita dah jadik manja sebab selalu buat kerja senang je. bila susah sket mulalah merungut.

Bila dah mula merungut tu kita mulalah maleh mau buat ye tak? saya tau semua org pun camtu termasuk la saya. macam perubahan zaman la. dedulu kukur kelapa pakai 'kukur kekuda' je. sakit2 pinggang mengukur kelapa tapi gigih jugak mengukur sampai 10 bijik kelapa. boleh je buat pun. cuba kalau sekarang suh buat camtu maunya langsung tak makan masak lemak coz maleh nak mengukur ye tak. paling2 pun pakai santan kotak je.

Sekarang dah moden dan senang. semua org pun lupa diri. semua pun nak senang je. susah2 sket mulalah carik alternatif yang paling senang. sanggup carik jalan jauh n tol beringgit2 semata2 tak nak lalu jem. dulu jangan kata tol kereta kat jalan pun bleh bilang huhu.. cerita pasal bilang kete teringat masa study2 dulu buat sebey pasal bilang kereta sampai mau melayang sebab lori besar2 lalu sangat laju hehe..



p/s : apalah yang aku merepek ni huhu..

Tuesday, December 28

RIP






sob sob sob..

Friday, December 24

Makan Pagi

Tadi tunggu lift ngan sorang kakak tingkat 5. naper nama kakak tu kakak tingkat 5? sebab saya tak kenal dia dan rasanya dia pun tak kenal saya. tapi dia tekan lift tingkat 5. so kita panggil dia kakak tingkat 5 je lah. biasa la tegur sepatah dua dalam lift kan. kasi ceria pagi2 :) kakak tingkat 5 tegur saya pas nampak polistren kat tangan saya,

kt5 : awalnya beli..

saya : a'ah lapo (sambil senyum lebar)

kt5 : kalau kak tak bleh.. makan awal2 kang sakit perut

saya : memang ada org gitu. saya kalau makan lewat perut bunyi2 pulak

kt5 : gitu pulak

saya : (sambil gelak2) ok kak.. jalan dulu.. (saya dah sampai tingkat 3)

A'ah memang saya pasan kat sini kebanyakan org makan lepas 8.30 pagi. rasanya pompuan kat sini saya je beli makanan sebelum 7.30 pagi. lain2 semua makan lepas 8.30 pagi. dalam 8.30 pagi memang kosong opis ni. saya plak rasa takut sebab opis kosong. maybe dah terbawak2 stail kat opis lama. tak bleh makan lepas 8.30 pagi. kalau makan abehlah ada jurukamera ambek gambar. ngeri..

Thursday, December 23

Hadiah Family Day

Ahad 19hb aritu ada hari keluarga PTGP kat bukit gambang. saya memula kompem gi. lagi 4 hari nak gi saya cancel sebab saya nak bawak mak gi kl. ada majlis kawen kat sana. anak sepupu mak saya merangkap 2 pupu saya kawen. umah pengantin 2 minit je dari umah lama saya kat putrajaya dulu. so saya berkobar2 lah nak gi. bleh melawat umah lama sekali huhu..

Bila masuk keje semalam (saya cuti isnin ngan selasa) saya tengok atas meja saya ada adiah family day tu. tapi kaler hijau. setahu saya umah kuning. tapi tak per. org dah kasi abek je la. ada beg, botol air ngan baju. botol je kaler grey. baju ngan beg kaler hijau.



Memang masa pilih2 adiah untuk family day aritu (saya tolong kasi pendapat masa diorg pilih adiah) saya dah cakap ngan niza nak kaler hijau sebab hijau cantek. pastu minah suh saya masuk umah kuning plak. sib baik saya tak gi. dapat gak kaler hijau hahaha..

Anyway TQ la pada yang kasi ni. tak tau sapa yang kasi. tau2 ada atas meja dah. sebab rasanya yang tak gi tak dapat sebab diorg tempah ikut yang gi je. mungkin lebih kot. sebab tu di distribute kat mana2 yang berkenaan dan dapat kaler yang lain ngan umah sendiri hehe..

Wednesday, December 22

Baby Mimi

Mimi dah bersalin kul 1 ++ pagi 20hb 12 aritu. lahir 4 ekor anak yang cute. jantina belum diketahui. tapi malangnya 2 ekor dah mati huhu.. so sekarang tinggal 2. sama2 lah kita doakan semoga kedua2 anak mimi dapat membesar bagai johan!

** nama belum kasi. tunggu sebulan baru kasi nama :)

Friday, December 17

Kawan Mimi

Inilah kawan mimi masa kat kampung. kucing ayah namanya cik mi. cik mi duk kat luar umah je. dia tak berani masuk umah sebab mak marah dia masuk umah. so nak mintak makan pun dari luar je. saya penah ajak dia masuk. tapi menjerit2 dia takut. saya tarik dia masuk, lepas je terus tak cukup lantai lari keluar. takut betoi dia ngan mak saya huhu..

Kadang2 saya nampak cik mi dengki jugak ngan mimi. yelah mimi baru datang situ. duduk dalam umah, tido atas katil tapi mak tak marah pun. cik mi dah lama duk situ jangan kata nak tido atas katil, dia hulur tangan lepas bendul je mak dah marah2 dia. anak tiri betoi. sian cik mi huhu..

Thursday, December 16

Meeting Meeting

Dekat seminggu dah tak apdet blog. saya bz balik kampung huhu.. pastu bz sket2 pasal keje. arini baru lekat kat opis minggu ni. isnin saya kena gi meeting kat MPT. meeting mula petang. gitu gini dah kul 5.30 ptg. pastu gerak balik kontan dah kul 7 lebih. penat2. meeting ngan org awam biasa la lama sket. ni lah masa diorg nak mengadu segala hal. ok sila take note :)

Selasa masuk opis jap pastu terus terbang ke putrajaya. semalam ada meeting kat sana. meeting bermula tanpa bos. pastu baru bos masuk. meeting berlarutan sampai kul 2 petang. perut dah bunyi2. makanan tak disediakan. kena makan kat luar. settle meeting masing2 cabut ke alamanda carik makanan huhu..

Abeh makan singgah vincci. hajat mau carik jam. jam saya sudah rosak. so jumpa jam ni. besar kan? first time pakai jam besar.semua idea fiza. so saya rembat je. lagipun tengah ada less semalam. beli terus pakai. payah tadek jam ni.

Pastu terus balik opis semula. buat2 keje sampai kul 5. pastu naik teksi ke KLIA. sebab dah agak lambat pakcik teksi bawak kete laju cam org drift je. syok gak sekali sekala naik kete drift huhu.. sampai tepat2 5.30 ptg. flight kul 6.05 ptg. terus lari2 ke konter check in. pas check in lari2 ke pintu masuk. dah aa pakai high heel semalam. moralnya pasni jangan gatal2 nak lambat2 lagi. 2 jam sebelum berlepas dah kena bertolak. bleh jalan santai2 sket ke pintu berlepas :)

Thursday, December 9

Si Bulat

Perut mimi dah besar wuwuwu.. tak lama lagi mimi ada baby huhu.. dan2 mengandung ni lah dia duk sibuk melompat2. gugur kang padan muka ;p. perut mimi makin berat. kalau dia jalan nampak tergolek2 perut dia bergoyang sekali.

mimi yang bulat.

Ibu mengandung tengah tido. adik saya siap selimutkan dia pastu ambek gambo. bagus jugak mengandung ni. semua org tak suka jadik sayang (kesian) ngan mimi. mengandunglah selalu mimi. nanti ramai org sayang hahaha..

Wednesday, December 8

Suhardi sent you a message.

Dapat msg ni dari adie. tahniah adie. alhamdulilah tak lama ko nganggur.

Suhardi sent you a message.

Suhardi Mohamad
Suhardi Mohamadpada 08hb Disember 2010 pukul 6.22 ptg
Subject: bossss
salam boss....syukur alhamdulillah aku dapat balik jd s.o tp dapat kontrak jg...sebab masa interview ari tu org spa ada ckp drpd 800 org interview dia hanya nk pakai 21 org..10 tetap n 11 kontrak.apapun ok la dpt jg keje kan boss.bula ni spa ada panggil aku interview lg untuk jawatan pembantu tadbir...k boss bereh

Tak sempat nak balas lagi sebab fb kat opis ni tak bleh bukak. tunggu kul 1 kang baru balas eh. nak msg or call hp tertinggal kat umah plak. udahnya wish tahniah kat sini je la. msg ni pun baca dari email je. nak bukak fb tak bleh :) lagi sekali tahniah dari aku. good luck eh! keje baik2 :)

Kenduri?

Bila ingat balik rasa lawak plak. camtulah kalau dah biasa kan. semua org anggap biasa2 la jugak. rupanya benda tu takder benda pun. tapi kecohnya mak aii hehehe.. sampai saya pun terkecoh2 jugak. sib baik tak terpedaya hehe..

Sebenarnya saya nak citer pasal khemah or kanopi or apa tah lagi or panggil. tapi yang sewaktu dengannya lah. biasa org kalau pasang khemah ni kan nak kenduri. tak kira aa kenduri kawen ke bertunang ke bersunat ke open house ke janji kenduri. so alkisahnya aritu balik kampung masuk bilik bukak tingkap ambek peluang intai umah org sebelah (ain).

Pastu nampak khemah megah terpasang kat depan umah ain. aiks? nak kenduri ke diorg ni? sapa la plak yang nak kawennya? tak der kecoh2 tetiba nak kenduri ni pelik jugak. pastu terus kecoh2 tanya mak saya. mak saya cakap bukan saya je yang kecoh. semua org heboh cakap mak ain nak kenduri. padahal khemah tu dia beli. dia pasang untuk tempat letak kete. laaa.. suspen je.

Esoknya mak gi kenduri. balik kenduri mak ain datang. mak citer ramai sangat yang kecoh cakap mak ain nak kenduri. ada yang sampai dah kecik2 ati sebab nak kenduri tak ajak diorg hahaha.. kelakar aa diorg ni. tapi tu lah bila dah biasa sangat. bila khemah pasang je automatik nak kenduri. padahal khemah tu bleh je buat benda lain. such as buat tempat letak kete or sidai baju time2 ujan ni :)

Tengah2 basuh kete pagi semalam kak normah benti depan umah semata2 nak tanya,

"org sebelah ni nak kenduri ke? bila?"

Hahaha.. saya sakit perut gelak. bila saya citer hal sebenar dia pun kekeh2 gelak jugak. itulah org kata malu bertanya sesat jalan kihkihkih..

Friday, December 3

YB

Ari rabu aritu ikut org strata meeting kat SUK. katanya meeting ngan YB. huhu.. takut jugak memula. meeting ngan YB tu huhu.. meeting mula pukul 9 pagi. kul 8.30 kami dah sampai SUK. pi sarap dulu pastu baru masuk bilik meeting. masuk2 je terus dalam ati cakap "aiks keciknya bilik meeting, baper org nak meeting ni?"

Pastu sorang2 masuk. at last ada 5 org je. alamak tak bleh tido hahaha.. tak lama pastu YB mai. perbincangan bermula. satu2 kes cuba diselesaikan. sorang2 pemaju dipanggil n kasi apdet. ooo.. ini kalau kat negeri lain cam JKS la. tapi sebab pahang tadek JKS so YB ambek pendekatan buat cara camni. ok aa tu. YB pun baik. kadang2 pun buat lawak jugak hehehe..

Meeting abeh dalam kul 12. pastu terus balik umah ambek kete. duk kat negeri ni meeting ngan YB sajer. aritu masa gi site kat mentakab meeting pun ngan YB jugak. tapi nasib baik YB nya bz amat. so kami je lah teruskan meetingnya w/pun dibuat di pejabat YB. lepas ni YB mana plak saya dapat jumpa eh? kat DUN saya tadek strata. kalau tak bleh jumpa YB tempat sendiri hehehe..

Thursday, December 2

20,000

Yer minyak kete saya tinggal 3 bar huhu.. jumaat nak balik kampung baru isi. pi balik keje 10km je. cukup aa 3 bar tu sampai jumaat ni :) eh saya bukan nak citer pasal minyak. nak citer pasal 20,000 tu. 11 bulan pakai kete dah sampai 20,000 kilometer nya. jauh dah saya jalan tu. mana tak nya. tiap2 minggu balik kampung. laju je la kilometer tu berjalan. dah nak kena sebis dah ni. ingat mau sebis sabtu ni. dah book dah. arap2 tak la tunggu lama sangat masa sebis nanti. kalau tak mau berakar punggung menunggu huhu..

Wednesday, December 1

Mimi

Ini mimi. eh ada ke tak kenal mimi? hehe.. dia dah jadik orang kampung sekarang. dah tak jadik org bandar dah. dah dekat 2 bulan dia duk kampung. alhamdulilah dia ok je duk kampung. saya tengok dia lagi kampung pada kucing2 kampung lain. dia lagi pandai tangkap tikus. dia lagi pandai manjat. kucing ayah saya tu pemalas. pandai mintak makan je. nak riki camner nak masuk umah pun malas. sudahnya duduk je lah depan pintu mengiau2 mintak makan je tiap2 ari huhu..

Mimi rajin riki. so dia dah pandai manjat n masuk umah w/pun pintu umah tutup masa malam. feberet mimi sekarang lepak2 kat atas bumbung umah ayah saya. wah mentang2 pandai manjat sedap je dia lepak2 atas bumbung umah ayah saya. kalau dia boring2 saya tengok dia mesti panjat almari pastu terus ke alang umah pastu terus nyusup ke bumbung umah ayah saya. pastu lama da lepak situ. mak kata dia rajin sebab dia betina. ye org pompuan memang rajin hahaha..

Aritu masa saya 1 family balik kampung 3 hari 2 malam mimi terpaksa tinggal sorang2 kat umah. saya tak risau sangat sebab dia pandai masuk umah ikut bumbung. so tinggalkan makanan dia dalam umah selonggok nanti dia lapar dia masuk. kucing ayah tak reti manjat lapo aa 3 hari 2 malam huhu.. kat kampung mimi tido ngan ayah saya. tapi tak sekatil la. sebilik je. katil asing2. tapi kadang2 ayah cakap kalau dia lapo dia tido kat kaki ayah sambil bunyi2 huhu.. dah bukak pintu pun tak nak kuar. nak jugak org teman dia makan.

Sekarang mimi dah ngandung. terkejutkan. itulah saya terlupa nak kasi dia makan ubat. perut dia dah boyot2. mak cakap sebulan lagi dia beranak aa tu. sebulan lagi maksudnya akhir bulan 12 aa kan. so tiap2 ari saya bisik ngan mimi supaya beranak 1hb 1 2011 hahaha.. saya gak bisik suh dia beranak 2 ekor je ;p. ayah cakap nak buatkan mimi rumah bila dia beranak nanti. memula dulu saya marah dia ngandung. sekarang excited mau tengok mimi ada anak. cyn.. aku pun nak dapat cucu jugak.. hahahaha...
Lilypie Next Birthday Ticker