..Macam-Macam Saya
BIBIR TAK PERLU BERKATA BILA HATI SUDAH BERSUARA
Saturday, September 15
Cyn & Haleem Precious
3 ogos 2012 ari tu akhirnya cyn lepas terlebih due seminggu selamat lahirkan seorang baby cute yang diberi nama yang cantek iaitu hana nourisha. lahir ari jumaat tak silap. so sabu la baru saya gi tgk baby tu.
Hana Nourisha Haleem Izman. semoga jadik anak yang baik dan membanggakan ibu bapa kamu yer. membesar bagai johan dear!
Thursday, August 9
Minggu Ketiga Ramadan
Salam Ramadhan korang. dah masuk 20 puasa baru nak apdet blog hehe.. alasan takder lain memang malas huhu.. alhamdulilah sepanjang 19 hari puasa ni tak penah lagi pi pasar ramadhan. semua masak sendiri. gigih kan kitaorg. ala masak simple2 je. nasik lauk sayur macam biasa. ada la sekali buat nasi jagung ngan ayam kurma n acar. ina plak penah buat nasik ambeng. saya gak penah buat puding triffle ngan kuih jagung kastard. ari minggu aritu kami buat BBQ ayam, kambing, pari ngan sotong. alhamdulilah sedap. tak beli pun makanan kami variasi gak huhu.. jimat pun jimat.
Minggu ni baru sehari buka puasa kat umah. tu pun ada lebih ayam panggang. ina buatkan kuah percik n tuang je kat ayam then masak sayur siap. ari selasa buka ngan qisha n mommynya kat alamanda. ala makan kat food court je. saya makan sizling yee mee je pun. kami keluar dah maghrib pun. so org dah takder. semua dha siap buka. kami je baru nak sibuk2 makan huhu..
Semalam plak wawa ajak buka puasa umah dia kat KL. gigih la saya naik erl gi KL sentral lepas opis. sampai sana ina ambek then terus ke umah wawa. nasib baik dah beli makanan siap2. sampai umah wawa dah pukul 7. biasa la bulan2 puasa ni mana2 jalan semua nak jem. tak paham betoi.
Wednesday, July 11
Nasi Ayam
Isnin aritu tetiba roh rajin datang. tetiba je rasa nak masak nasik ayam. sibuk carik resepi kat internet. jumpa satu resepi tapi lupa mana saya cilok hehe.. sebab roh rajin datang rehat tengahari saya dah keluar gi beli barang2. balik umah bersihkan ayam rebus pastu perap terus. blend sambal dia semua. kupas2 bawang semua sebab nanti balik tinggal masak je.
Pukul 2 ptg saya dah ada balik kat opis dengan tangan bau bawang putih hahaha.. petang balik terus kelam kabut masak2 semua. panggang ayam, masak sambal, buat sup, masak nasik, potong2 sayur pukul 6 saya n housemate dah mengadap nasik ayam huhu.. rasa boleh la setakat nak bukak kedai hahaha.. takder aa. rasa ok2 je. ada le rasa nasik ayamnya. nak resepi? ala carik je kat internet tu. saya pun main campak2 je ni. tetiba dah masak jadik nasik ayam. kira bertuah la kan huhu..
p/s : pasni nak try buat nasik hujan panas plak ;p
Tuesday, July 10
Sally Wedding
Sally diapit oleh anak sedara dia. majlisnya simple tapi meriah maklumlah ni majlis kawen terakhir untuk anak-anak pak ismail ni hehe..
Thursday, July 5
Al-Fatihah
Saya agak rapat dengan arwah masa di pahang sebab dia keje direct terus dengan saya. dia banyak bantu dalam hal-hal keje kat opis tu dulu. selalu cerita masalah peribadi dengan saya dan saya selalu cuba menolong setakat yang termampu. tak sangka semalam dalam pukul 4++ petang dapat berita dia telah pergi meninggalkan kita semua. meremang bulu roma masa dapat berita dari ex staff di pahang. arwah meninggal akibat accident masa ambil anak dia balik sekolah. tu memang rutin dia setakat yang saya kenal dia. tengahari balik rumah untuk ambek anak balik sekolah. malang berlaku tengahari semalam apabila arwah accident bersama anaknya. alhamdulilah anaknya selamat tetapi dia lebih disayangi Allah. terbayang2 lagi wajah arwah depan mata saya. paling tak bleh lupa dia yang tolong saya angkat barang-barang saya masa saya dipindahkan ke putrajaya semula dan dia hadiahkan sebuah buku untuk saya last day saya di pahang. katanya dia sedih saya akan pindah. dah takder bos yang boleh tolong backing dia dalam apa-apa masalah di office. masa tu saya hanya mampu senyum.
Al Fatihah untuk Allahyarham Khairul Nizam b. Abdul Karim. semoga rohnya dicucuri rahmat. amin..
Takziah untuk keluarga Allahyarham terutama wife n 3 orang anaknya. semoga tabah dan sabar menghadapi dugaan ini..
Subscribe to:
Posts (Atom)