Thursday, July 31

Berkepergian

Esok sampai ahad (1 - 3hb Augustus) saya akan 'bekepergian' dari Malaysia.

doakan saya baik2 saja di sana yer.

Isnin hingga Jumaat (4 - 8hb Augustus) saya 'bekepergian' lagi.

Kali ini di sebuah negeri di utara tanah air pula.

Menambah ilmu di dada.





Nota Tangan Kanan : Cuak nak pi Mahkamah 12hb Augustus ni..

Wednesday, July 30

Penat!

Penat la minggu ni. tetiap ari pi site. semalam pi PTG sampai makan pun tak sempat. sampai opis dah kul 4. perut dah bunyi2. tapi terpaksa buat tak tau je. nak kejar kes jangan tertangguh lama. minggu depan seminggu ada kursus. balik seminggu kursus lagi seminggu. kalau duk tangguh2 alamat kes tak dapat antar kat LA la. buat 3 kes sekaligus ni bleh demam jadiknya. ini pun ada yang dah lengkap tapi tak susan plak. pening2.

semalam balik beli makanan. siap makan gosok baju. 7.30 tengok conan abeh conan solat maghrib n terus tido. kul 8.45 bangun sebab kul 9 nak tengok sindarela. kul 11 abeh csi tido balik. tapi mata tak nak lelap. tah kul baper saya terlena tak tau. tapi yang pasti lama aa saya tergolek2 atas katil.

pagi tadi bangun tido rasa tak cukup tido. pi site saya drive plak tu. mata rasa nak pejam. drive ikut arahan hajar je. kalau dia tak der kat sebelah tah ke mana2 saya sesat larat. mengantuk giler. mata rasa nak pejam. sampai opis siapkan claim pastu pi makan. siap makan saya terbongkang bawah meja. terlelap aa dalam 15 minit. ni tak sabar nak balik. nak tidoooooo...!!

Friday, July 25

Si Cute










Thursday, July 24

Petua

Tengah ari yang suam2 kuku tadi pi lunch ngan jalil. borak2 aa pasal nak simpan duit. naper aa kita susah sangat nak simpan duit ek? perbelanjaan melebihi keperluan ni.

"apa petua2 nak simpan duit?" tanya jalil.

saya pun tak simpan duit lagi mau tanya. kekadang tu terpikir gak macam mana la saya tak bleh nak simpan duit paling tak rm100 sebulan. kalau buat perkiraan betul, sebulan saya bleh simpan sampai rm500. tapi mana pegi semua duit tu? abeh bulan je abeh gaji. pelik bin ajaib betoi la. ada toyol ambek ni. haha..toyol kepala itam.

kata jalil "k.ija lagi melampau teruk. gaji lagi banyak pada saya pun tak menyimpan"

tu aa masalahnya. kena carik jalan penyelesaian ni. macam mana ek nak buat. satu jalan yang saya terpikir adalah simpan duit pada hari pertama gaji. kalau dok dolak dalih nanti dulu katanya alamat toyol kepala itam dah ambek dulu la. haha..

sebelum balik jalil pesan "nanti dah dapat petua cam ner nak simpan duit kasitau ek"

jangan ditanya pada orang yang tak menyimpan cam saya ni. mintak aa petua2 pada orang2 yang agak kedekut. sure diorang bleh kasi petua jerut perut nya. hehe..

Friday, July 18

Siapa Nak Nyanyikan Lagu ini Untuk Saya, Angkat Kibod..!!

Chantek by Altimet Feat Adeep Fabulous Cats

Hey wanita
Gembira dapat berjumpa
Teringat kembali kali pertama kita bersua
Ingat bila kita bersepatu serupa
Tak lama dahulu jangan kau kata kau dah lupa

Kau bersama kawan-kawan muda yang nyata
Kau paling menyerlah di antara mereka
Rambut hitam warna cokelat anak mata
Membuat aku kurang fasih bila bicara

Apakata kita ambil sedikit masa
Untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya
Dan jika kau rasa apa yang ku rasa
Ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya


Chantek
Dirimu buat ku tertarik
Menghilang segala prasangka
Di jiwa
Ohh chantek
Sungguh aku cinta kamu

Dia
Pandai menjaga hati ayah dan ibunya
Kelakuannya sama dengan orang tuaku juga
Dia
Bisa cipta yg gula dari yang cuka
Pandai menukar yg duka kepada suka
Dia
Bijak mengatur acara dan juga masa
Cekap memasak garam gula secukup rasa
Dia
Pandai menjaga harta dan juga duitnya
Tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya
Dia
Setia pada Yang Esa satu-satunya
Memenuhi tanggungjawab 5 waktunya
Dia
Punya tempat dalam rancangan yg ku rangka
Tak usah lengah
Ayuh kita berumah tangga


Chantek
Sechantek suria menyinar
Seindah bunga yang di taman..mekar
Chantek
Dirimu buat ku tertarik
Menghilang segala prasangka
Di jiwa
Oohhh chantekk
Sungguh aku cinta kamu

Aku
Melihat kita bersama di hari tua
Dia
Masih satu tiada empat tiga atau dua
Dan walaupun kau sudah kepudaran rupa
Kau tetap cantik padaku aku tak lupa
Kita bersama di anjung luangkan masa
Kewangan kita merdeka mampu bersara
Hasil usaha kita dari masa dahulu
Cukup untuk mengisi perut anak dan cucu
Hidup santai tak perlu terburu-buru
Punya masa kerja ibadah dan juga ilmu
Anak kita dan ayahya semua sebulu
Aku bilang kau chantek dan mereka setuju


Chantek
Sechantek suria menyinar
Seindah bunga yang di taman..mekar
Chantek
Dirimu buat ku tertarik
Menghilang segala prasangka di jiwa
Ohh chantek
Sungguh aku cinta kamu

Thursday, July 17

Adakah Saya Sudah Dekat Untuk Berkawen?

Tiap kali saya jumpa dr. azim dia mesti cakap jodoh saya sudah dekat. dia sudah doakan di depan kaabah sebanyak 2 kali katanya. dalam 2 tahun ni kalau dia mahu menunaikan umrah mesti dia bertanya apa doa yang hendak anak2 buah dia kirimkan. tapi bila pandang saya dia berkata,

"ok untuk H*****H saya tau dia nak apa, nanti saya tolong doakan.."

Dan apabila pulang dari menunaikan rukun haji tersebut dia nyatakan yang dia sudah doakan jodoh saya di sana.

Dan satu lagi bulan ogos sudah dekat. berapa hari saja lagi. selain sambutan kemerdekaan pada bulan tu seseorang juga akan pulang pada bulan itu selepas 3 tahun di sana. katanya sebelum ini,

"Ko kena tunggu aku balik baru kawen tau, aku nak tengok ko kawen.."

Nyata hati saya sendiri katakan yang saya sudah dekat untuk berkawen. tetiba saya rasa takut plak. dah nak kawen ke saya ni? dah bersedia ke nak kawen? kalau dah kawen saya tak bleh bebas cam sekarang. ngeri plak rasa.

Sudah dekat atau jauh masanya itu saya tak bleh nak komen. ajal maut, jodoh pertemuan di tangan tuhan tapi kalau tanya sudah bersedia ke belum jawapannya TIDAK PASTI tapi rasanya saya belum bersedia. apa pun jodoh tu ketentuan tuhan. apa yang ditakdirkan untuk saya itu harap2 nya adalah yang terbaik.

doakan yang terbaik untuk saya ye..

Tuesday, July 15

Meet My Best Friend

Lepas buat rakaman percakapan tadi pi jumpa member baik yang datang dari sarawak. dia dengan rakan sejawatnya (bak kata dia). nama kawan saya tu mala. dia datang sebab ada meeting. rasanya dah 4 tahun saya tak jumpa dia. nampaknya dia still macam zaman study dulu gak lagi. tak berubah. kami just jalan2 kat pusat beli belah tu sambil borak2. rasanya semua masih sama walaupun dah 4 tahun kitaorg tak jumpa.

sebelum pulang mala bergambar dengan saya. katanya lepas ni tah bila jumpa saya lagi. tengah duduk2 lepas ambek gambar tiba2 dia bertanya,

"berat ko baper sekarang?"

saya senyum lalu jawab "47kg, aku dah gemuk kan, suka2.." saya ketawa.

dia ikut ketawa. rakan sejawatnya buat muka pelik. "47kg gemuk?" tanyanya.

"ko tak tau, dulu berat dia ni 39kg je" balas mala.

"dulu aku selalu kata mesin timbang tu rosak sebab dia ni ringan sangat" sambung mala lagi.

"kuat makan?" tanya kawan mala. saya angguk. "kalau makan tak ikut waktu or tertinggal makan sehari 2 sure berat badan saya turun" jawab saya.

"metabolisme tinggi aa ni" jawabnya sambil senyum.

Batik

Suatu malam henpon saya bunyi sms. dari cik housemate saya yang makin cantik dan langsing rupanya. katanya,

"kak ija tadi aku lupa nak tanya, aku nak pinjam kain batik ko, eh! KO ADA KE KAIN BATIK?"

huh! berani dia tanya saya cam tu. hehe.. mentang2 la saya tak penah pakai kain batik. saya ngan geramnya jawab sms tu

"ada la, ADA 2 LAGI"

walaupun saya tak pakai kain batik tapi saya ada simpan n pandai pakai tau. sajer je malas pakai. susah nak kena ikat2. pakai suar senang. just sarung je. ari tu penah sekali saya pakai semua orang tegur. yang nyata saya tetap anak melayu kampung yang pandai pakai kain batik okey..! huhu..

Thursday, July 10

Nikmat

Malam tadi pi kedai carik top up. tepon mak tapi lupa no. umah dah tukar so lupa nak xpax kan. syok sangat borak sampai panggilan putus coz abeh kredit. haha.. tak pe. malam ni saya call mak lagi. sampai kat kedai parking penuh! so saya parking je tepi jalan. kuar kete je kak yak nampak saya. dari jauh dah jerit "tak nak sup ekor ke arini!" huh! semua org dalam kedai tu pandang saya. spontan saya jawab "arini tak nak" haha.. dari jauh saya tengok kak yak gelak2.

Sup ekor kak yak memang kelaz. saya kalau pi kedai tu dia dah tau dah apa saya nak makan. kadang2 tu belum masuk kedai lagi kak yak dah jerit "sup ekor ngan nasik putih bungkus!" saya gelak2 je. memang muka sup ekor aa saya ni. kak yak siap kasi no. tepon suh tepon je kalau nak makan sup ekor or apa2 makanan je. so tak yah tunggu katanya. sampai je dah siap. i like sup and kak yak very much!

Berubah Hati

Semalam pi bank. nak kuar duit untuk my x-bos dr. azim. banyak sangat so kena aa kuar pakai buku yang dah berzaman saya tak gunakan tu (sib baik tak ilang). lepas sarapan semalam saya pi lah bank. sampai sana offline plak. dia suh saya call sebelum datang balik tengahari. dalam kul 11.00 saya call dia cakap system dah ok. 11.30 saya menapak pi bank tu. ada 3 orang tengah beratur. so kena aa beratur gak coz bank kecik tu tak guna sistem penomboran.

biasa lah kan kalau nak kuar duit kena kasi I/C dengan tandatangan. huh! buku bank dah berzaman. tandatangan dah lain maa.. ah sudah! satu cerita plak nak meniru tandatangan lama tu. so saya mintak guna cop jari je. adik konter tu tanya bos dia n bos dia kasi. so dia pun mula lah updated buku bank tu. tiba2 muka surat dalam buku bank tu plak abeh. nak kena tukar buku plak.

punya lah nak lari dari guna tandatangan tadi nak tak nak kena guna gak. adik konter tu siap kasi kertas suh saya tiru balik tandatangan lama tu. tak bleh pakai cop jari sebab buku lama pakai tandatangan n tandatangan kena sama dua2 buku tu. dia kata bleh tukar tandatangan tapi kena pi cawangan yang kuarkan buku tu. mak oii..tak kan nak pi utm jb semata2 nak tukar tandatangan. tak der keje plak saya.

setelah mencuba berulang kali akhirnya saya berjaya! ala..bezanya cuma huruf C je. yang lama bulat sket. yang baru leper. tu je. belakang2 nya sama je. adik konter tu siap geleng2 kepala sambil gelak2. cam ner tandatangan bleh lain ni kak.. haha.. ini lah contoh orang mudah berubah hati dan cepat bosan dengan diri sendiri..hihi..

Tuesday, July 8

Ulang Tahun Pertama

Arini genap setahun saya berblog. syok gak berblog ni. dah lama saya kenal blog ni sebenarnya. tapi setahun lepas baru ada hati nak mula berblog. blog ni dah macam diari saya je. saya tak pernah ada diari sebelum ni. naper? sebab tak suka. saya tak suka ingat benda2 yang dah lepas. past is past. yang sekarang ni kena teruskan.

3 hari lepas saya baca balik semua entry2 saya. ada entry yang gembira, geram, sedih, terharu n tak der perasaan. blog saya ni tentang apa yang ada dalam hati saya. ada orang bleh kenal saya melalui blog ni. siapa saya, family saya, kawan2 saya. kalau rasa nak kenal saya baca aa blog saya ni ek. sila2 kan lah..

Monday, July 7

Saya Rasa Nak Membunuh..!!

Geram betul saya sejak pagi ahad aritu lagi. saya ni punya lah menjaga diri. saya tau kelemahan saya so saya ambek keputusan untuk menjaga diri saya sebaik mungkin. tapi ahad malam aritu di alor setar dia dapat 'menodai' saya. rasa nak nangis pun ada. naper dia buat saya cam ni. saya punyalah menjauhkan diri darinya tapi dia berani merapati saya. tidur saya terganggu. dia menyerang saya bertubi2. menyanyi2 dengan riangnya di telinga saya.

akibatnya badan saya merah2. ingatkan saya sorang yang dinodainya. rupanya iryd pun kena. masalahnya macam mana dia boleh menceroboh bilik kitaorg. semua pintu ngan tingkap sudah ditutup rapat. dia ada ilmu ghaib kot. bleh timbul di mana2 dia suka. dah berpuluh2 kali saya tidur di hotel. kali ini baru ada yang dapat menodai. Kalau jadik apa2 ngan saya n iryd lepas ni. kitaorang nak saman hotel tu. macam mana boleh ada NYAMUK dalam bilik!

Sejak dari sekolah saya tau saya alegik ngan nyamuk. di asrama saya sorang saja mengantung kelambu. saya tak nak kena gigit nyamyuk. jika pulang ke kampung pun saya suka berkelambu. jika tidak nyamuk akan berpesta menodai seluruh badan saya. di rumah sewa tiap2 malam saya pasang ubat nyamuk. jika tidak seluruh badan saya merah2 dan sakit. saya sangat menjaga diri saya dari digigit nyamuk. tapi malam ahad aritu saya rasa sangat geram. SAYA RASA NAK BUNUH SEMUA NYAMUK2 DI DUNIA NI SEBAB DIA DAH SEBABKAN BADAN SAYA MERAH DAN SANGAT SAKIT!!!!

Friday, July 4

rASa

Al-Baqarah : 216.

'...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui...'

Thursday, July 3

.:SepiTheMovie:.

Saya menonton bersama housemate semalam. gerak dari rumah pukul 9.00 malam. tayangan pukul 9.40 malam. sampai je kat kaunter penuh. tak nampak kaunter dah. nampak kepala orang je. orang beratur sampai kat pintu keluar. saya dah risau tak dapat tiket coz datang dah lewat. seat kosong untuk filem tu makin kurang. orang depan saya ramai plak tu. akhirnya dapat gak tiket tapi duk kusi no. 2 depan. seriusly panggung penuh. kusi depan saya (kusi depan sekali) pun ada orang duduk. saya tak tau cam ner perasaan diorang yang terpaksa mendongak lebih pada saya. tapi bagi saya, oleh kerana citer dia best saya tak rasa sakit kepala pun mendongak. betul!

Seriusly citer ni tentang diri awak, awak dan awak semua. saya rasa semua orang pernah melalui semua citer2 dalam filem ni. kalau tidak keseluruhan tapi sebahagian. jalinan cerita yang sangat menarik. saya rasa di bawa bersama ke dalam cerita tersebut. saya cadangkan awak dan awak yang baru putus cinta jangan menonton cerita ini kalau tak nak menangis. sangat sedih. tapi dalam sedih tu sempat pulak saya ketawa. pengarah tak kasi kita terus hanyut di dalam emosi sedih. diselitkan perkara2 lucu yang biasa terjadi dalam kehidupan harian kita. itu bagi saya teknik cerita yang sangat menarik. adunan rasa yang sangat baik.

kalau dari 5 bintang saya bagi 10 bintang. lebih 5 sebab filem ni sangat best. tak mustahil boleh dapat filem terbaik lagi tahun ni. kalau tak caya baik korang pi tonton sendiri. tak rugi saya gerenti.

p/s : personally saya sangat suka lakonan afdlin dan vanida. sangat menjadi. harap2 dapat pelakon lelaki dan wanita terbaik untuk filem ni.

***********
Nota Tangan Kanan : beautiful movie.. all the feelings are blended very well, loneliness, love, happy, thrill, psycho and others... this film makes me cry from the beginning till the end.. cry for sadness, cry for happiness and also cry for the love loyalty.. azwa1365

Tuesday, July 1

Makhluk Tuhan


Dia mula buat sarang kat atas pokok cempedak kat umah saya pada ari ahad 29 jun 2008. saya ambek gambar ni ari pagi isnin 30 jun 2008. petang tu dalam 2.30 saya bertolak balik ke putrajaya saya tengok dia dah tak der. mana dia pi tah. malu kot jadik tumpuan org coz sarang dia bebetoi dekat ngan jalan utama. semua yang lalu duk benti nak tengok dia. ataupun dia lari coz saya ambek gambar dia. tah la. yang pasti dia malu aa kot. malu sebab jadik tumpuan orang ramai. haha..
Lilypie Next Birthday Ticker