Sunday, October 31

2 minggu

Asalamulaikum.. wbt..

Lebih seminggu saya tak apdet blog kan. memang maleh hahaha.. baik ngaku je senang citer. lagi pun tadek citer nak tulis. hari2 dalam 2 minggu kat kuantan ni sama je. pi keje kul 5 balik keje pastu melepek kat umah sampai tido. esok bangun ulang rutin yang sama.

Apa citer menarik minggu lepas eh? oo haa.. baru ingat. citer pasal accident depan mata. betoi2 depan mata tu saya nampak lori balak tu gilis budak yang bawak motor tu. apa lah nasib budak tu agaknya. harap2 dia selamat. tapi pada pandangan tak baper pro saya ni budak tu pun salah jugak. ikut lori balak tu dekat sangat. sekali lori tu kona melayang la dia jatuh. pastu tak pasal kena plak lenyek dengan tayar belakang lori tu. nauzubillah..

Ari minggu aritu saya ajak ina datang umah saya. asyik muka saya je bertandang kat umah dia. biar aa dia kenal2 ngan mak saya plak. dah alang2 dia ada bengkel kat kontan saya ajak a dia pi umah saya. sepanjang duk umah saya dia makan nasik berlaukkan patin tempoyak je. tak jemu2. suka sangat dia. dia tido semalam kat umah saya. pagi sabtu aritu dia balik kl.

Betoi2 balik dari kampung. mak saya bekalkan dengan macam2 benda. ada bunga kantan, cili, nangka muda, tempoyak, gulai tempoyak ikan patin, tebu n macam2 aa. tak ingat dah saya. tu pun keladi ngan kelapa tadek. kalau tak mesti penuh bonet kete minah tu hehe..

Friday, October 22

Perhimpunan

Baru lepas perhimpunan PTG. eh nama per tah perhimpunan tadi. perhimpunan PTG kot. pengalaman baru kat sini. dulu w/pun jawatan sama ngan sini kita pakat2 duk belakang lah eh. kat sini jawatan ni dah beso woo.. tak pasal kena duk depan sekali. malu gak memula. tapi dah org tarik2 gi gak la.

Duk depan mana sonok. nak silang kaki pun malu. duk aa tegak cam patung huhu.. tadek aa cam patung. tapi tak dapat silang kaki je. kat sini perhimpunan lebih kurang sama ngan opis lama. mula dengan bacaam doa. pas aminkan doa kena nyanyi. sama lah cam opis lama. memula nyanyi lagi negaraku. pastu yang bestnya setelah lebih 13 tahun saya tak nyanyi lagu negeri pahang tadi saya nyanyi balik lagu negeri pahang. semangat betoi nyanyi. ingat lagi tu sebijik2. lepas 13 tahun rupanya ada 2 3 patah perkataan di ubah. saya selamba je nyanyi lama versi lama. sib baik nyanyi slow. kalau tak malewww..

Pas nyanyi lagu negaraku nyanyi lagu perkhidmatan awam. sama lah cam opis lama. beza dia kat sini takder koir. semua pun nyanyi sendiri je. pastu kat sini sebelum amanat pengarah ada tazkirah. alhamdulilah kita kira majlis ilmu jugaklah kan. abeh majlis ilmu sesi kenalkan pegawai baru kat PTG. lega nama saya tak der. kalau tak malu jugak nak bangun kenalkan diri hehe.. mungkin saya tak sempat diperkenalkan kat sini sebab kat sini perhimpunan tu di buat 3 bulan sekali ehem.. ehemm.. selamat hehe..

Pastu baru pengarah berucap. bercakap dalam 15 minit kita makan! huhu.. makan tak agak2 tu. makan satu meja ngan pengarah. bukan nak kata tak biasa tepuk tampar ngan pengarah sebelum ni. tapi kat sini pengarah dah cam ketua pengarah plak. nampak sayup2 je dari bawah ni hehe.. dah aa dato' plak tu. malu2. tapi makan punya pasal kita bantai je lah. abeh makan 3 ketui roti jala saya balik n tulis entry ni :) oklah nak solat asar. pastu nak balik kampung ooo balik kampung.. babai!

Pajak Gadai Islam

Semalam duk sesorang kat umah. cik manis kuar pi men boling. cik didi plak cam biasa balik lambat. so sorang2 tu tetiba tertengok forum perdana ehwal islam. semalam tajuk pajak gadai islam. so ustaz2 tu teranglah cam ner konsep pajak gadai islam ni. saya ni nak ngulas tak baper nak reti. satu lagi takut2 salah2 ulas kang lain jadik nya.

Bila dengar citer pasal riba (interest) ni terus rasa insaf plak. yelah saya punya kete pakai pinjaman konvensional. dah tentu2 ada riba kan (astagfirullah..). tetiba rasa mau refinance balik pinjaman kete tu. tapi sebagai manusia insap kejap je iskk.. iskk.. iskk.. ok lah. nak ulas banyak2 takut salah plak. nak tau lebih lanjut klik sini. insyallah kita bleh sama2 paham konsep ni dan mengamalkannya, amin..

Wednesday, October 20

Orang Baru

Sebagai orang baru di opis ni saya mana lah kenal orang sangat kan. yang kenal pun bos strata. yang lain tu tak kenal. tapi masa dikenalkan memula lapor diri aritu ada aa salam2 ngan bebudak ni. dah namanya salam je kan. mana lah nak timbul gambar muka diorg kat otak ni. so kita konsider je lah tak kenal.

Tapi tak kenal pun ada je yang rajin negur. tadi masa pi toilet ada kakak ni tegur

"baper ari dah kat sini?"

"dah 3 hari" saya jawab sambil senyum.

Sambil tu duk pikir. sapa aa kakak ni. oleh kerana dia tanya camtu so kompem lah dia tau saya baru kat sini. pueh aa otak ni pikir sapa lah kakak tu. kat mana saya or dia kenal? tapi sebab dia pakai tudung labuh otak bleh pikir sket. kat taskforce ni takder kakak2 n takder jugak org pakai tudung labuh. so bukan org taskforce. kat strata pun tak der kakak2. alamak kat mana kakak ni kenal saya? pastu baru teringat yang strata sebelah ngan audit. maybe kakak ni kakak audit. masa pi beli makanan tadi saya jenguk kat strata. ya betoi! kakak tu ada kat situ. ok kompem kakak audit hehe..

Saya beli lunch dah lebih kul 2 tadi. kul 1 saya bantai tido. giler ngantuk. sini tak macam tempat lama. kalau tempat lama nak turun pi cafe kul 2 pun takut. sini saya turun kul 2 ramai lagi kat bawah. tengah2 ambek makanan,

"makan tu je cik?" sorang pompuan tanya sambil senyum lebar kat saya.

"a'ah tapi nak tambah ni sket" saya jawab sambil tangan tunjuk kat kopok lekor.

Sudah.. sapa plak la minah ni. siap panggil saya cik lagi. mesti dia kenal saya. kalau tak, tak kan dia tegur saya n panggil saya cik. saya teringat masa turun lift nak beli makanan tadi saya terserempak ngan 4 5 org bebudak PT taskforce. baru balik beli makanan jugak kot. so ati buat kesimpulan dengan kompidennya ni mesti budak taskforce ni. then saya tanya lagi,

"sorang je ke?"

"tak la, saya ngan EO tu.." sambil tangan tunjukkan kat sorang lagi pompuan n tambah "kami beli bungkus je" dia jawab lagi sambil senyum lebar.

Haa..! EO. kompem bukan budak taskforce sebab kat taskforce takder EO. kalau ada EO yang kenal saya budak2 strata je. balik kebetulan 1 lift. kompem bebudak strata sebab dia masuk kat pintu strata hahaha.. payah jadik org glamer ni. ada je yang tegur. nak cakap tak kenal kang takut org kecik ati plak hehe.. nak tak nak layankan je lah :)

Ketiga

Dah 3 hari keje kat sini. perkembangan terbaru? maaflah saya mungkin tak kan kembang kat sini hehe.. yelah umah dah tingkat 2. naik turun tangga tiap2 hari. kat opis plak parking agak jauh. pastu jalan kaki ke opis. petang nak balik lift selalu penuh. so balik turun tangga je. sib baik opis tingkat 3 je. kalau tak huhu.. so perkembangan tu tak mungkin terjadi kat sini.

Pusing kuantan pun blum. kata baru 3 hari kat sini kan. tau jalan pi ngan balik opis je sekarang. tapi semalam cik manis baik ati ajak pi ECM (east cost mall). apa yang menarik? biasa la. dah namanya shopping kompleks. sama je memana pun. tapi sebab ECM ni baru so cantek la. besar pun besar. nanti lain kali pi tempat lain plak saya citer lagi eh. tapi belum sempat makan sotong celup tepung. alamak terasa2 kat tekak huhu..

Kreatif

Jalan2 kat blog kak rahmah nampak dia citer pasal barang2 antik tetiba teringat pasal citer saya zaman2 sekolah dulu. lepas darjah 6 saya beriyer2 cakap kat ayah form 1 mau duk asrama. so ayah carik kan la sekolah asrama. lagipun masa tu kat kampung saya takder sekolah menengah pun lagi. kalau ada may be saya sekolah situ je kot. namanya sekolah asrama haruslah duk asrama kan.

Asrama sekolah harian biasa. zaman2 awal 90-an plak tu. apa je yang ada. memang daif betoi lah. tv takder. iron takder. tapi kena aa redha je. takder tv agak menyusahkan la. saya kan suka tengok tv. susahnya takder tv. surat kabo pun tak baca. so langsung lah jadik katak bawah tempurung.

Tapi iron takder masalah sangat pun pada saya. saya masa sekolah rendah pun mana gosok2 baju ni. angkat dari jemuran terus pakai je. takder nya nak gosok2. tapi paling saya ingat kreativiti senior2 saya yang suka gosok baju. diorg buat betoi2 cara konvensional. depan asrama kami adalah court tenis kot. tak ingat. yang pasti ada court la. so bila tengahari kan panas. so diorg ambek tin biskut yang besar tu then jemur tengah panas tu. tin biskut besar tak kenal? ala.. tin biskut yang selalu jual biskut timbang2 tu. selalu ada kat kedai. dedulu kami kan asrama kampung sket. supper ngan minum petang makan biskut je. dapat aa 2 3 keping sorang. jangan harap nak kuih2.

So bila tin biskut tu dah kosong diorg pi ambek kat dining hall then jemur tengah2 hari rembang tu. bila panas pegang ngan kain then bentang baju or kain yang digosok tu pastu tolak je tin tu kat atas baju. kretif tak kreatif senior2 saya dulu. abeh tu dah tadek iron. kalau baju kedut sangat terpaksa aa carik alternatif lain.

Tuesday, October 19

Laporan Kedua

Arini bermula agak awal. pi opis sama masa cam pi opis dedulu. kali ni pi sendiri. alhamdulilah tak sesat dan tak baper nak jem. maybe sebab saya kuar awal kot arini. semalam kuar agak lewat. trafic light panjang kete berbaris. pastu sampai opis parking agak jauh. so menapak pun jauh gak huhu..

Arini dapat parking dekat sket. tapi cam biasa still kena jalan sket. masuk2 ada 2 org je dalam opis. diorg masuk 7.30 pg kot. saya sampai 7.40 pg. awal kan huhu.. perjalanan nak pi opis takder a jauh mana. lebih kurang pi opis putrajaya je. tapi kat sini kena tempuh 3 trafic light. so kalau sampai trafic light tu kuning (bersedia untuk benti) agak lama aa nak tunggu.

Kat opis baru saya dah dapat bilik sendiri. bilik 2 pintu. tapi bilik ni agak panas. maklum bangunan lama. air cond pun dah tak baper rajin nak sejuk. so nak sejukkan sket bilik ni kena bukak pintu kasi angin sejuk dari luar masuk. ingat nak mintak kipas je. kalau rasa panas sangat bleh bukak kipas je. tapi kalau dapat air cond pun best hehe..

Monday, October 18

Lapor Diri

Alhamdulilah dah selamat sampai ke kuantan semalam. gerak dari umah jam 2.45 ptg sampai kul 5.30 ptg sebab tunggu cik manis ambek. saya kan fail jalan2 kat kuantan ni. main redah je. sib baik tak sesat huhu.. konon2 mau gerak pas zohor. tapi kul 1.30 saya duk leka nengok man laksa lagi. pastu main ngan ain kat atas katil terus terlena.

Jaga dah kul 2 ptg. mak pun terlena kat atas kusi. basuh2 muka makan pastu mandi terus gerak. lalu ikut LPT masuk chenor kuar gambang. giler gamble. sib baik aa tak sesat. kalau tak mau nangis kot hehe.. yelah saya memang tak biasa ngan kuantan ni.

Sampai2 angkat barang semua. rupanya umah cik manis takder lif. gigih la saya bawak troli. ampeh tak bleh guna. kena gak la guna kederat ngangkat barang2 naik. sib baik umah tingkat 2 je. kalau lagi tinggi muscle2 la tangan hehe..

Tadi pagi lapor diri pastu melangut kat dalam bilik coz bos strata takder. antar anak pi klinik. so duk melangut la dalam bilik ni. sib baik ada pc. bleh gak surf2. setakat ni masih melangut. kot2 jap lagi ada keje tah aa plak. sekian laporn dari kuantan ;p

Tuesday, October 12

Turun

Bulan puasa aritu membawak ke raya ke 10 kan saya demam. makan pun ala2 je. yelah dah demam pastu puasa lah pulak. mana lah nak makan sangatnya. nak balik raya aritu dah rasa jeans saya longgar. pastu ambek tape ukur lebih 2 inci. mak oii ni memang betoi2 dah kurus ni. dulu memula beli jeans tu muat2 je. kalau gemuk sket kompem tak bleh pakai.

Pastu raya keempat mamat masuk spital. kena denggi. sebagai jiran yang baik ati kami sekeluarga berbondong2 pi spital lawat mamat. kat spital kan ada timbang. so dengan rasa berdebar2 (w/pun dah tau berat akan turun) saya pun naik aa timbang tu. 47kg ko.. sebelum demam saya timbang berat saya 52kg. masa 52 kg tu meratap bukan main lagi. yelah saya beriyer2 jaga jangan berat lebih dari 50kg. sekali naik sampai 52kg. ambek ko hehe..

Patutlah jeans saya giler longgar. rupanya berat turun 6kg. padan lah pun. sebulan saya demam. dah aa demam bulan puasa plak tu. pastu lagi tragis bila makan je muntah. agak2 lekat tak makanan dalam perut saya ni? tapi dalam gitu pun gigih gak puasa tu. bukan nya apa. duk pikir kalau banyak sangat tinggal kang bila plak nak menggantinya. saya ni bukan rajin sangat pun huhu..

Sabtu aritu saya gi umah ina. yelah sebelum pi majlis kawen Ena tu saya lepak2 kat umah dia dulu. pastu kat umah dia tu ada penimbang. seminggu sebelum tu saya timbang betoi 47kg. sama dengan penimbang hospital. so sabtu aritu saya naik balik timbang tu. mak oii.. turun lagi 2 kg. jadik 45kg je sekarang. jeans pun makin longgar dah. nak kena beli jeans saiz 25 or 26 balik aa camni. adakah berat mau kembali ke masa belajar2 dulu? iskk.. iskk..

Monday, October 11

Selamat Pengantin Baru Ena!

Lanjutan dari entry sebelum ni sabtu malam 9/10/10 aritu saya ngan ina pegi majlis kawen Ena kat dewan perdana felda. kitaorg bertolak dari umah ina lepas maghrib. sampai dalam pukul 8 malam. memula call wawa tapi dia tak sampai lagi. so kitaorg masuk dulu.

saya ngan ina kat meja makan :)

Dalam pukul 9 malam pengantin sampai. lepas pengantin duduk di pelamin majlis bermula dengan bacaan doa. pastu cam biasa majlis kawen org melayu ada tepung tawar. saya tak konsentret pun time tepung tawar ni. tah sapa yang tepung tawar pun tak tau. yang pasan lastnya mak ayah Ena yang tepung tawar.

Ena ngan hubby di atas pelamin. jauhnya gambar hehe..

Pastu pengantin turun makan. dengan itu kami pun makan jugak. tengah makan ada org nyanyi2. lagu apa eh? maleh mau recall. tapi ok gak aa. yang nyanyi pun pakcik2 je. tapi suara bleh tahan la :)

Serius cantek giler aa Ena ni. yelah org memang cantek kan. pakai apa pun cantek. Ena u look so beutiful!


Tengah makan2 aiskrim+tapai ada tayangan video mengenalkan pengantin. time gambar Ena ada gambar kami kat bali. terus teruja hehe.. sian wawa.. tak per wa. lain kali kita gi poya2 sama2 plak eh :)

Lepas dah abeh majlis kami sempat bergambar ngan pengantin. untuk Ena n hubby selamat pengantin baru. semoga hubungan ini kekal hingga ke syurga :)



p/s : gambar2 semua cilok n diberi kredit kat FB wawa.

Friday, October 8

Raikan Cinta Ena

Baca2 kat facebook nampak status kat wall Ena. dia tengah tunggu akad nikad. terus terimbas kenangan 2 tahun lepas masa kitaorg sama2 gi bali dulu. Ena ni sebenarnya kawan wawa. saya ngan ina tak kenal pun dia sebenarnya. dia nak ikut kitaorg pi bali. so wawa ajak la. dah siap mintak 2 bilik tetiba wawa tak lepas nak gi bali. urat kaki dia putus. dengan itu kami terberkawan ngan Ena ni :)

Gambar saya ngan Ena kat airport masa kami nak gi bali 2 tahun lepas. baru kenal 5 10 minit. saya yang malu2 tapi Ena cepat mesra ngan kitaorg :) to Ena selamat pengantin baru. semoga kekal hingga ke syurga. insyallah kami (saya, wawa n ina) akan datang meraikan pengantin malam esok kat dewan perdana felda.

Gastrik

Punca Penyakit Gastrik:

Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari. Apabila amalan ini diteruskan untuk tempuh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempuh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.

Tempuh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.

Tanda-tanda penyakit gastrik:

  1. Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
  2. Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
  3. Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.
  4. Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
  5. Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.
  6. Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.

Rawatan penyakit gastrik:

  1. Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
  2. Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!!
  3. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
  4. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
  5. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
  6. Elakkan makan terlalu kenyang
  7. Elakkan cuka, makanan yang pedas
  8. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
  9. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
  10. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
  11. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
  12. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.
sumber : sini
Lilypie Next Birthday Ticker