Thursday, July 29

Cara Tutup Aurat Yang Betul

Rajin plak buat tazkirah kat blog. adakah saya sudah ala2 insaf? hahaha.. gelak pun bunyi tak insaf. cam ner tu ;p

Takder la. ni just untuk ingat mengingati antara kita. kan ingat mengingati tu amalan mulia. pastu setakat ingat je la. buatnya tak. ingat, tau tapi tak buat lagi keji dari org yang memang tak tau. iskk.. isk.. insaflah halijah..

Tatacara menutup aurat yang betoi

1. Lengan baju hendaklah panjang hingga ke pergelangan tangan. [check] [lulus] :)

2. Tudung mestilah labuh menutupi dada dan tidak jarang. [check] [lulus] :}

3. Baju mestilah labuh menutupi punggung dan longgar. [check] [gi keje je lulus. gi jalan2 kadang2 fail huhu..]

4. Kain / seluar yang dipakai hendaklah labuh hingga ke buku lali [check] [lulus] :)

5. Mesti pakai sarung kaki. [check] [fail] iskk.. iskk..

6. Kasut yang tidak berbunyi (sekiranya hendak memakai kasut bertumit tinggi pastikan tapaknya dari getah. [check] [fail] astagfirullah..

Ni baru yang basic tu. belum yang lain2 lagi macam berhias semua. tapi berhias saya tak buat. saya tak reti nak pakai makeup2 ni. kena berubah.. kena berubah. amin..

Tag Mata Chantek

Kena tag lagi. kali ni dari wawa (http://chentashayang.blogspot.com/) bakal pengantin baru. nama tag mata menawan. menawan kah mata saya yang selalu sakit ni? huhu..

Dengan gigih saya pi aa korek2 gambar2 yang melambangkan mata. kata selalu sakit mata. haruslah banyak gambar mata sendiri kan :)


Yang ni bleh? menawan kah mata saya di gambar ini? hahaha.. mata saya tengah smize bak kata tyra bank. wah smize katanya ;p

Lepas selesai tag harus buat acara balas dendam kan. dengan iri hatinya saya nak tag

mangsa pertama : cyn
mangsa kedua : jalil
mangsa ketiga : iryd

sila buat! kalau tak.. (sambil singsing lengan baju dengan muka ganaz hahaha..)

Ingatan Bersama

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ? "
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "

Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "

Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI = " Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "

Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "

Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

Wednesday, July 28

Perah Otak

Saya tak paham naper saya letak je topik kat wall post fb ada je yang rajin nak mengomen. sampai cik ro cakap saya penglipur lara. benggong sungguh la. lelagi jalil ngan cyn tu. korang dah tadek keje eh?

Korang tak tau sebab korang memalam sebelum tido saya ni perah lah otak untuk carik topik nak buh kat wall esok. giler tak giler. sib baik tak masuk dalam mimpi lagi. kalau masuk dalam mimpi kompem jadik mimpi ngeri. pastu bangun esok saya terus deactivated fb hahaha..

Saya Dah.. Anda?

Semalam konon2 puasa la. yelah semalam kan 15 sya'ban. tengahari siap beli cheese cake lagi untuk buka puasa. kata lapo cheese cake kan time puasa. so tengahari tu gigih turun bawah beli cheese cake.

Semalam roh jahat datang. saya solat zohor bersambung ngan asar. maksudnya solat zohor akhir waktu then tunggu 10 minit asar masuk then terus solat asar. iskk.. iskk.. tak baik sungguh. tengah kelam kabut mau balik pi toilet tetiba 'sakit org pompuan' plak. dah pukul 5 ptg. ada 2 jam je lagi nak buka. tapi nak buat cam ner. terpaksa aa buka puasa. huk huk..

Balik2 bukak puasa ngan cheese cake. pastu kenyang. sambil2 tengok CSI dalam 7.30 ptg ada org kasi salam. memula maleh mau layan. tetiba dengar suara pompuan "a'kum saya pegawai banci, nak buat banci kat sini.." oo.. org banci sudah datang. so saya jemput aa dia masuk. jemput duduk. air je tak idang hehe.. apa soalan dia tanyer? tah.. bukan saya layan. adik yang layan sebab saya bz mau tgk CSI huhu.. so saya dah. anda?

Tuesday, July 27

Geng Lost

Dah 2 hari selesema ni. asyik la bersoksek huhu.. yang peliknya malam tido still berpeluh2. tapi kepala berat je. pagi tadi nyaris nak EL dah. tapi pikir claim tak anto lagi gagah gak la pi opis huhu.. yelah kang antar lambat, lambat plak dapat. gaji tinggal paras2 tengkuk dah ni ;p

Tetiba rindu ngan geng lost perth ni. lost katanya hehe.. dari kiri saya, cclia, nora, jalil, enal, iryd n bob. masing2 dah bawak diri. dan nak dan dah jadik ibu dan bapa pun. yang tinggal kat sini saya sorang huuuu.. bila lah pulak giliran saya eh? kalau saya dah pi dari sini lagilah payah mau jumpa kan. apa nama tempat ni eh? jap mau google. eh jumpa plak kat gambar fb hehe.. namanya pinnacles desert. siapa pi western aussie mesti gi sini. tengok keindahan dan keajaiban ciptaan tuhan :)

Monday, July 26

Muhammad Hazif Zharfan

Cucu ke 6 jiran saya hoho.. kebetulan dia pun balik kampung time saya balik kampung. so dapat aa tengok baby ni. itu pun mak bawak balik umah. kata nak pi melawat tak kot hehehe..

Budak gumuk & bulat!

Payah nak ambek gambar dia ni. duk asyik gerak2 je. dah aa berat huhu..

Kek Keju

Tak paham betoi aa ngan tekak ni. asal puasa je terus terasa nak makan cheese cake. mak oi sampai tahap telan2 air liur tu. cam mengidam sangat plak huhu.. tapi pelik kalau tak puasa tak der rasa pun. jangan kata rasa, teringat pun tidak. tak paham betoi la.

Arini ada jualan puspanita kat bawah opis ni. selalu ada jual cheese cake kat bawah tu. murah pun murah. rm5 je. tapi arini tadek plak. nampak kat dinding dia tulis esok baru bukak booth. agak2 tahan ke tekak ni sampai esok eh?

Yummy..!!

Kasut Baru

Dah lama sangat carik kasut keje baru. asal gaji je mesti masuk kedai kasut tapi tak jumpa2 yang berkenan. mana nak jumpa yang berkenan asyik patern sama je jual kat kedai2 kasut tu berbulan2 huhu.. so bila gaji khamis lepas balik dari kuantan gigih pi alamanda carik kasut dan akhirnyerr..

Tadaaa.. kasut baru saya. murah je dan akan dipakai selagi tak rosak huhu.. tapi lebih tinggi 1/2 inci. 2 3 hari pakai lenguh gak la. sebab selalu pakai kasut 3 inci je. kasut ni 3 1/2 inci. giler tinggi. terus saya tinggi 1/2 inci hahaha.. memula je lenguh tu. kang dah seminggu pakai seperti biasa saya bleh berlari sambil berhigh heel ;p

Balik Kampung

Seperti biasa pas gaji wajib balik kampung. minggu ni balik sorang je coz adik outstation ke ganu. ahad baru balik. so tak dapat aa balik berdua-duaan huhu.. bertolak kul 6.40 am sampai 9.10 am. giler awai sampai. perjalanan sepatutnya 3 jam jadik 2 jam setengah je. yer saya bawak sehingga 170 km/j dan berlumba2 ngan satu kete perdana kaler putih plat WET XXX. nombornya saya tak ingat. tapi saya tau dia seorang lelaki dan org padang piol hahaha..

Yang tak bestnya sampai umah je bukak paip kat sink mau basuh tangan air tadek. dan berlarutan hingga saya balik semula ke putrajaya semalam. payah betoi air tadek. mak cakap Allah baru tarik nikmat air je dah mengeluh semua org. kan.. susah betoi mandi 2 kali sehari ngan 10 gayung je. nak buang air pun rasa serba salah sebab tadek air ;p.

Ayah kata ada paip pecah kat kampung air itam n tengah baiki. huh! rosak apa lah yang teruk sangat tu sampai tak siap2. tah2 tak buat pun. maklum air minggu huhuhu.. duk kat umah layan ain aa cam biasa. best gak gaduh ngan minah cinonet tu. dia punya mengamuk tak hengat2. mak kata budak kecik kalau mengamuk sebab dia lapo so kita kasi makan. eh! betoi la.. lepas makan saya usik dia gelak2 je. patut aa makan 2 pinggan. lapo rupanya hahaha.. bagi yang ada anak2 kalau anak2 mengamuk kasi sumbat makanan je kompem diam pastu ;p

Budak cinonet yang nakal!

Wednesday, July 21

Tadek Tajuk

Sabtu aritu tetiba je rasa mau buat book hunting. balik dari sebis n cuci kete terus siap2 balik then kuar pi book hunting ke ampang point. lepas carik2 buku kat ampang point dapat aa 5 buah. saya tengah giler kumpul buku penyiasatan ni. nak kumpul semua siri. sebab duit pun ada sikit so dapat aa beli sikit dulu. lain kali nak mai lagi. mau borong lagi huhu..

Balik dari ampang point parking kat jelatek then naik lrt pi CM plak. konon2 mau carik buku jugak. ada jumpa kedai bukunya tapi takder buku yang saya nak. so jalan2 dalam CM. CM dah cantek sekarang. lalu kat tepi2 yang ada jual lukisan tu terus terkagum tengok lukisan yang cantek2. tapi bila tanya harga adoi mahainyer.. untung org pandai melukis kan. dengan bermodalkan berus n warna bleh jual bakat.

Balik semula ke lrt jelatek. adik plak mau jalan2 ke jusco baru kat setiawangsa. so kami hunting jusco plak. sib baik jumpa. tapi agak jem kat depan tu sebab ada pasar malam sebelah jusco. nak masuk susah. nak kuar lagi susah. dah namanya pasar malam kan. org selamba je parking kete tepi2 jalan. so jalan kuar dari jusco jem!

Pastu adik ajak makan char kue tiow kat taman bunga raya. kat mana tu? entah saya pun tak tau. tapi area2 wangsa maju la. saya jadik mem je. adik yang drive. sebab dah lama tinggal tempat2 tu semua jalan pun dah tak ingat. elok2 sampai setengah jam sampai azan maghrib pun tak sampai2. dan2 tu nampak plak masjid.

Masjid usamah bin zaid (kredit to google)

So singgah masjid tu dulu. masjid baru. masa nak masuk nampak signboard. nama dia masjid usamah bin zaid. pastu masing2 ooooo.. inilah masjid imam muda tu. pastu sehari ke 2 hari sebelum tu nampak YDP Agong rasmi masjid tu kat tv. sekali lagi ooo kat sini masjid tu hehehe.. sebagai masjid baru masjid tu cantek la. alhamdulilah sempat solat jemaah maghrib kat sana :)

Siap solat pi mali makan char kuew tiow. sedap! bleh aa mai lagi pasni. udang pun banyak. pas makan memula cam nak gi down town danau kota. sebab dah dekat sangat kat situ kan. tapi cam penat plak. pastu teringat saya kurung mimi dalam umah. kang lama2 kurung dia berak plak dalam umah. so tak jadik pi danau kota balik umah je sebab takut mimi berak dalam umah huhuhu..

Tuesday, July 20

Opah & Atok

Saya tak penah rasa ada atuk. atuk belah ayah meninggal masa saya belum lahir. atuk belah mak? hmm.. ada kot time tu tapi sebab dah cerai ngan opah so tak penah jumpa jugak. eh maybe penah jumpa tapi time haluih2 kot. tak ingat sangat. opah (nenek belah mak) plak meninggal masa saya darjah 1. tok (nenek belah ayah) masa saya darjah 2 kot. yang saya ingat nenek ngan opah meninggal dekat2 je masanya.

Oleh kerana diorg meninggal masa saya kecik tak banyak kenangan saya dengan diorang. ayah ngan mak kawen daerah sebelah2 w/pun negeri lain2. perjalanan antara kampung tak sampai sejam pun. so kalau balik kampung ayah antar mak balik kampung dia pas minum2 kopi dia balik kampung dia plak. selalunya saya akan ikut ayah. jarang saya ikut mak. so tinggal aa mak kat kampung dia ngan adik2 then saya akan ikut ayah balik kampung ayah. mungkin sebab tu saya agak rapat ngan tok.

Kalau balik kampung ayah org pertama saya carik adalah tok. saya mesti salam then cium tangan dia dulu baru salam org lain. tok time tu dah tak larat. just duduk je. kalau nak bangun kena pimpim. dia selalu duduk depan pintu tengok pemandangan luar. kalau dia nampak saya sampai dari jauh saya nampak dia senyum. saya terus lari2 kat dia then salam dia. kalau nak balik plak lepas saya salam dia mesti cium dedua pipi saya. arghh.. mau nangis..;p

Lepas tu saya dengar tok meninggal. tapi time tu kecik lagi. tak rasa apa pun. masa tok meninggal ayah balik sorang sebab nak balik ramai2 tadek duit. so saya tak sempat jumpa tok buat kali terakhir. apa pun tok tetap dalam ingatan saya w/pun kenangan sama2 tok sikit sangat dalam otak saya :) alfatihah untuk arwah tok saya.

Sama dengan tok opah pun tak banyak kenangan sangat dalam otak saya. tapi sebab opah selalu datang umah saya or umah mak cik kat jengka so saya selalu jumpa opah. opah kuat. masih gagah berjalan jenguk anak2. opah jugak sempat jaga cucu dia (sepupu saya) dalam pantang masa cucu dia lahirkan cicit pertama dia. tapi opah garang. tu yang turun kat mak saya tu. diorg ni memang keturunan garang2 kot hehe..

Opah macam saya, macam mak dan adik2 saya. kami jarang sakit. pun keturunan kot :). seingat saya tak penah tengok opah jatuh sakit sehingga satu masa opah sakit teruk. kami sefamily balik kampung. memang opah sakit teruk. dia terbaring je. tak larat mau makan pun. semua adik beradik mak balik tengok opah. satu hari opah nampak semakin sihat. dia mintak mau pegi behrang umah pak tua saya (anak dia yang sulung).

So cucu2 dia bawak dia ke sana. kami berkumpul ramai2 kat behrang. opah nampak macam dah sihat. suatu malam masa makan malam opah tersedak. lepas tu keadaan kelam kabut. saya tak tau apa yang jadik lepas tu sebab mak suh kami dan cucu2 opah yang lain tido. esok pagi2 saya tengok opah terbaring semula. tak sedar seperti sebelumnya. pak cik2 ambek keputusan bawak opah balik ke rumah dia.

Saya tak ingat apa yang jadik lepas tu. esoknya saya bangun pagi saya tengok opah dah kena selimut 1 badan. tak lama pastu saya nampak cu saya balik nangis2 sambil peluk opah. pastu saya nampak dia ngaji kat sebelah opah. mak cakap opah dah meninggal. saya tengok opah dimandikan. pastu di kapankan. tapi tak pi kubur. mak jugak cakap opah memang nak meninggal kat rumah dia. mau kebumi jugak dia kampung dia. dan hajat dia termakbul. al fatihah untuk arwah opah saya.

Friday, July 16

Naik

Minyak, gas ngan gula naik harga arini rupanya. saya memang tak tengok berita ari khamis malam sebab saya tengok CSI kul 8 sampai 9 malam. ulangan ari rabu malam punya sebab rabu malam adik tengok showdown sampai 10.30. tak sempat mau tgk csi. so saya tengok khamis malam kul 8 sampai 9. so tadek aa tengok berita. so jugak tak tau aa rupanya gula, minyak ngan gas naik harga kul 12 malam semalam huhu.. banyaknya so ;p

Sebab tu aa agaknya saya tergerak ati mau beli gas masak semalam. sebenarnya dah 3 hari gas abeh. memula ingat mau beli sabtu je. sebab memang jarang masak pun. tetiba semalam adik cakap mau masak lam piuk baru saya. harus la tak kasi hoho.. so terus sungguh2 mau beli gas. bersusah payah la pulak ngangkat gas pi kedai.

Saya beli gas 12 kg semalam dengan harga rm21.00. kalau beli arini dah jadik rm22.20. so selamat aa rm1.20. alhamdulilah Allah gerakkan hati saya nak beli gas semalam hehe.. eleh rm 1.20 pun kedekut. yelah kalau cukup rm1.20 tak jadik sejuta tau huhu..

Thursday, July 15

Sakit

Arini khamis. saya sepatutnya puasa. then memang puasa pun pagi tadi sampai kul 2. pastu leboh bak kata org perak. naper? tah naper tetiba saya sakit dada. sakit yang tak agak2 plak tu. 2 minit sekali menyerang. cam sakit nak beranak plak kan. kalau kena tu bergelora perut ngan dada semua. sakitnya tuhan je yang tau.

Memula ingat mau pi spital tapi sesapa yang kenal saya tau la memang jangan harap aa nak gi kan huhu.. so dalam kul 12 balik umah. hajat mau tido kot2 bleh baik kan. masa dalam perjalanan balik macam nak buka puasa tapi sayang plak. so terus balik umah baring semua. tak bleh nak tido pun. bila sakit menyerang mengerekot kat atas katil. giler sakit. duk buat2 tido sedar2 dah kul 2.

Sakit makin teruk ada. pastu decide buka puasa. minum air. pastu makan kerepek pisang. jap2 kang tertunduk2 sebab sakit sangat. pastu baru ingat nak makan qaseh. dengan selawat ngan niat saya makan qaseh 2 sudu pastu terus baring depan tv tgk csi. abeh csi dah rasa lega sket. so ingat mau pi opis. tengah2 idup enjin kete sakit datang balik. memula ingat tak nak gi dah tapi sekarang saya ada kat opis. cam ner tu?

p/s : sekarang pun kadang2 sakit tu datang lagi. tapi tak der aa sakit giler cam tadi. just sakit manja2 je. sakit apa ni eh. takutnya..

Wednesday, July 14

Nuar Accident

Semalam pi site kat melaka. alang2 tu kitaorg pi aa melawat nuar kat spital melaka. mamat ni accident masa balik keje rabu minggu lepas. tangan kanan dia patah 3. so sebagai sahabat2 yang prihatin kitaorg pi aa lawat dia.


Masa kami sampai dari jauh nampak dia tido. tapi bila kami sampai je kat katil dia automatik dia bukak mata. hehe.. cam ada aura plak kan kami datang. tengok tu gelak2 je. cam tak sakit. katanya dia baru operate tangan dia ari isnin aritu. tuan doktor masukkan besi ngan 8 skrew kat tangan dia.

Tengah sonok citer (eh sonok ke?) kat kitaorg accident yang jadik kat dia. kepada nuar semoga cepat sembuh dan dapat keje semula amin..

Monday, July 12

Berdarah

Pagi tadi tengah org ramai (eh ramai ke?) berperang tengok bola saya plak berperang dengan hidung sendiri. hidung? naper ngan hidung? hidung saya berdarah. memula tak pasan dia berdarah. ingatkan keluar air je. lebih sejam jugak saya tahan diri dari bangun untuk tengok apa jadik kat hidung. tengok bawah pintu ada cahaya kat luar. mesti cik dee tengah tengok final WC.

So kesat2 je hidung dengan selimut. then buat2 tido. tapi rasa makin banyak cecair yang kuar. saya try sapu dengan tangan. dalam samar2 lampu insect killer nampak kaler merah kat tangan. kelam kabut bangun. menitik plak kat lantai. Allah.. Allah.. apa jadik ni. terus kelam kabut pi bilik air. basuh semua. makin basuh makin banyak plak kuar. cool2.. ambek minyak gamat then gosok2 kat hidung. baru darah benti. cuak den tau.

Pastu selak selimut. mak oii penuh darah kat selimut. tak per. buat2 tak tau je. dalam kul 5 saya baring semula n buat2 tido. alhamdulilah tido. jaga bila jam bunyi. bangun solat, mandi pakai baju semua. masa tu baru saya pasan bantal2 saya pun kena darah. alahai kena basuh plak. so tanggalkan semua sarung bantal n baling semua masuk bakul. nasib baik tak kena bantal or tilam. apa2 je kan. cam ner aa hidung bleh berdarah tengah2 tido huhu..

Sunday, July 11

Datang

Saya lahir di sebuah hospital kat perak dan dibesarkan di sebuah felda di pahang. sebuah perkampungan terancang dengan rumah2 kayu sebuah2 di atas suku ekar tanah. secara realitinya sekarang seperti sebuah taman perumahan. bezanya rumah kami rumah kayu sesebuah. tapi taman perumahan berbeza2 mengikut kos.

Dengan rumah yang kecik di tengah2 suku ekar tanah halaman rumah kami luas. w/pun rumah kami di tengah2 felda dan berdepan dengan sekolah tapi tak bising sangat kalau kenderaan lalu kecuali mat rempit yang bawak motor yang dah modified. tu memang tak bleh ampun la bunyi dia huhu.. tapi kalau kete or motor standet lalu bunyi ala2 sayup je dari umah saya w/pun umah tepi jalan.

First time rasa duk umah teres masa saya bercuti ke taiping. tak ingat tahun bila. umah sue corner lot. so bila org nak masuk simpang ke rumah dia tu semua kenderaan akan slow. so bila ada org lalu selalu perasan ada org datang umah hehehe.. pasan betoi. masa tu duk la cakap ada org datang.. ada org datang.. padahal org lalu je pun. masa tu rasa tekanan jiwa betoi sebab tiap kali org lalu rasa org nak singgah hehe..

Sampai la saya duk umah sewa sekarang. memula dulu rasa cam tu jugak. bila kete lalu je tertoleh2 ingat ada org nak datang hahaha.. pasan betoi. cam aa ramai sangat org nak datang. tapi sekarang dah 5 tahun duk sini dah lali. kadang2 tu org betoi2 datang pun saya buat tak tau je hehehe.. kasi salam 5 kali pun saya buat tak tau je. eh naper kasi salam 5 kali. org kasi salam 3 kali je. tadek org jawab balik! huhu.. kadang2 tu ada member2 lepak umah saya dengar org kasi salam then cakap ada org mai. dan jawapan stendet saya "umah sebelah tu" hahaha.. so kalau ada nak mai umah kena aa kasitau siap2. kalau tak memang korang balik sesajer je la. saya maleh mau layan huhu..

Friday, July 9

Mak Masak

Naper mak masak sedap eh? tak paham betoi. apa yang dia letak tah sampai sedap sangat. tak yah masak susah2 la. mak masak ikan goreng pun tetap sedap di dunia lah. padahal saya masak ikan goreng buh garam ngan kunyit jugak tapi tak sedap macam mak masak pun.

Penah aa beberapa kali nak try masak cam mak. masuk bahan2 yang sama. sukatan yang sama tapi tiap kali masak mesti rasa lain2. sekali masak rasa masin2. pastu masak lagi rasa manis2 plak. pelik betoi kan. bila mak masak rasa sama je. tak der pun lebih masin ke. lebih manis ke.

Pastu mak masak main campak2 je. tak pun kalau sayur tu dia bantai je campur2. pun sedap iskk.. iskk.. saya tanya bleh ke campur sayur ni ngan sayur ni. dia cakap bleh je. pastu terus je masak. pastu sedapppp..!

Betoi aa org cakap air tangan mak memang superb. adik saya bleh tu bezakan antara mak masak ngan ayah masak. saya? gue bantai je. janji cukup asam garam kira sedap lah tu hehe.. namanya maleh kan. jangan nak komplen org masak tak sedap bagai. ko jangan kata nak masak, tolong masak pun maleh lagi mau komplen huhu..

Thursday, July 8

Mata Oh Mata

Berair je mata ni. pandang satu tempat lama2 langsung kelabu. tapi nasib baik sebelah je. tapi mata biasa la. kalau dah sakit sebelah tu sebelah lagi automatik sakit jugak. kecuali jadik lanun so nampak clear aa mata yang tak sakit tu.

Naper aa saya ni gigih sangat dok tanggung sakit mata ni. bukan sekali dua kena. dah puluh2 kali dah kot dalam masa setahun 2 tahun ni. tapi gigih la tanggung jugak tak moh jumpa doktor. bukan tak nak penah aa pi jumpa doktor tapi tuan doktor just kasi ubat titik2 tu. katanya sabar nanti dia pecah oklah tu. hailo.. nak tunggu pecah yang merananya saya. so ambek keputusan tak nak jumpa doktor dah. ikut je lah kata2 tuan doktor yang first saya gi dulu. tunggu pecah katanyaaa.. ;p

Sakit mata ni paling payah nak buat 2 benda. 1 tengok tv or pc n satu lagi drive. tapi tengok tv n pc tu bleh la elak lagi. kalau drive cam ner? tak kan nak balik kampung naik bas kot. gilo huhu.. nak tak nak kena aa pakai cermin mata. ada 1 malam tu nak tengok citer setem punya pasal saya pakai glasses sambil tengok tv. kalau tak cahaya tv tu buat mata saya berair then kelabu then langsung la tak nampak. sian saya kan huhu..

Wednesday, July 7

Myvi edisi khas untuk wanita


Model terbaru edisi khas Myvi bersesuaian untuk pemandu wanita yang memiliki ciri-ciri yang disenangi kumpulan itu mula berada di pasaran mulai hari ini.


KUALA LUMPUR - Memiliki kereta yang sinonim dengan perwatakan wanita menjadi impian pemandu wanita di negara ini, tetapi tidak banyak syarikat pengeluar kereta yang memberi tumpuan untuk memperkenalkan model kereta bersesuaian untuk kumpulan berkenaan.

Kini, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) mengambil inisiatif dengan memperkenalkan model terbaru 1.3L Myvi (Mvvi LE) edisi terhad yang memiliki ciri-ciri sporty tetapi bergaya bersesuaian untuk pemandu wanita.

Pengarah Urusan Perodua, Aminar Rashid Salleh berkata, model itu dikeluarkan khas untuk memenuhi permintaan dan cita rasa golongan muda dan wanita bandar.

Selain warna yang menarik, ia turut menampilkan beberapa ciri yang bersesuaian dengan keperluan kumpulan berkenaan.

"Kami memahami keperluan dan pentingnya bagi mereka (wanita muda dan wanita bandar) untuk mempunyai cermin solek dalam kereta.

"Oleh itu, kami menyediakan sekali cermin itu di bahagian sisi bahagian pemandu dalam model kali ini," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.


Sumber : www.kosmo.com.my

Waaa.. kalau lah saya bersabar dalam 5 6 bulan aritu mesti saya dah dapat kete ni.. nak nangis huhu.. tapi tak per la. dia cakap kete ni khas untuk pompuan so kebarangkalian untuk terjadik apa2 pada saya dan kete tu sangat tinggi. bukan la mendoakan tapi betoi gak. dah namanya direka khas untuk pompuan mesti majoriti yang bawak pompuan. so pencopet2 semua harus aim kete pink ni kan.

Dah check kat website perodua. kete ni just ada auto je tadek manual n bukan special edition punya. so sama dengan myvi biasa 1.3L SX ngan EZ tu je. tak per aa. memang bukan rezeki saya. dan ada hikmah sebaliknya. saya memang nak beli manual. tak nak beli auto. itu hikmah yang paling besar. ok halijah jangan rasa menyesal. pada yang pakai kete ni nanti kalau baik ati kasi aa saya pinjam. nak gak rasa drive kete pink!

Zaman Dolu2

Saya tak ingat bila saya mula tengok tv kaler. tapi seingat saya masa sekolah rendah kami still tengok tv itam putih. dah la itam putih pakai bateri lagi. klasik tak klasik hehe.. tapi yang bestnya sebab tv kami pakai bateri then bleh tengok tv 24 hour. just pasangkan wayar kat bateri then tv boleh menyala. bukan cam org pakai tv kaler time tu. kena tunggu malam baru bleh tengok tv sebab siang elektrik tadek. masa sekolah rendah elektrik kami pakai generator je. bayar baper ringgit tah kat tuan punya generator then bleh aa dapat elektrik. tu pun malam je. siang generator rehat. tak pasang. siang2 tak der aa nak pakai alatan2 berelektrik. bila petang2 lepas sekolah agama berkumpul lah anak2 jiran saya kat umah saya untuk tengok tv.

Tapi dedulu apa sangat lah alatan elektriknya. semua pun pakai manual je. kukur kelapa pakai mata pengukur. mak saya beli je mata pengukur tu then dia buat sendiri je badannya. ada lagi sampai arini mak saya simpan. nak buat pusaka kot hehehe.. blender pun harus lah tadek. semua pakai lesung batu je. paling kuat pun pakai batu giling. selalu dekat2 raya aa mak pakai batu giling ni. selalu giling cili kunyit lengkuas semua untuk buat rendang. kalau nak blend yang kering tapi banyak2 pakai lesung kayu. mak selalu tumbuk beras or kacang hijau nak buat putu beras or putu kacang. gigih tu dedulu. antan* lesung tu dah aa berat. saya penah try. tumbuk tak sampai 10 kali dah lenguh2 tangan. cam ner aa mak saya bleh gigih menumbuk dedulu. tu tumbuk kacang or beras tu. masa dia bersawah dulu padi pun tumbuk pakai lesung kayu katanya. memang mak saya 'badang' huhu..

Apa lagi barang2 yang pakai letrik? dedulu bukan lah tak mampu kan nak beli semua2 tu tapi sebab tadek letrik so memang tak pakai la. dedulu masa tadek peti ais ayah beli ikan ngan sayur hari2. so fresh hari2 makan sayur n lauk. sekarang dah ada peti lauk dah seminggu pun selera gak makan hehehe.. nampak sangat sekarang lagi maleh kan. sekarang makin senang sebab ada letrik. dedulu tadek letrik pandai je plak tu idup. tak der aa susah mana pun.

Kalau tak kenal ni aa lebih kurang tv itam putih kami dedulu. kalau dah rosak bleh buat akuarium kan. siap ada penutup lagi kat skrin dia tu. tak nak guna just tarik pintu dia untuk tutup skrin dia. wahhh.. sangat nostakgik bila ingat hehehe..

Ni plak lesung tangan. tapi rasanya yang ni majoriti kenal kot sebab masih digunakan di kampung2 kalau nak tumbuk padi dalam kuantiti yang kecik. kalau banyak2 takdernya larat dah nak tumbuk pakai ni. sekarang org buang kulit padi pakai mesin je kan. mak saya punya dia still simpan. kadang2 kalau angin menumbuk dia sampai maka kuarlah lesung ni 'mengadap' tuannya hahaha..

Ni plak kukur kelapa. yang ni pun agak pupus dah. mak saya punya tadek aa cantek cam ni. biasa2 je. namanya wat badannya sendiri. nanti kalau balik kampung kalau ingat saya ambek gambar kukur kelapa mak saya. dedulu masa kitaorg budak2 selalu keluarkan kukur mak ni buat main. bleh buat main kuda2 ni hehe..

Batu giling. ada yang tak kenal? berat nak mampus badan dia. terhegeh2 nak mengangkatnya. mak saya punya dia dah buat tugu kat bawah pokok pisang dah hahaha.. dedulu kecik2 pijar2 tangan 'menolong' mak giling cili hahhaha.. budak2 ingat main je. tak dernya ingat nak nolong.

Yang paling last n klasik dapur minyak tanah. korang penah guna? haaa.. kitaorg penah guna dedulu. masukkan minyak tanah kat balang tepi dia tu then baru idupkan api untuk masak. sekarang w/pun tak pakai dah dapur minyak tanah ni kitaorg takder aa pakai dapur letrik. still pakai dapur gas lagi. rasa macam kaya sangat je pakai dapur letrik tu hahaha.. tapi dapur kayu saya tak penah rasa la. tu dah lama sangat. saya baru 30 tahun idup. tak sempat nak rasa dapur kayu.

W/pun saya bukan idup zaman2 jepun tapi penah tau guna semua alatan klasik ni. saya sonok sebab at least saya kenal la semua alatan2 tradisional ni. sekarang ni dah ada letrik semua pun senang. petik je semua bleh guna. selagi bleh senang nak senang. dulu masak air pakai cerek je. sekarang pakai kettle. petik je dalam 5 minit air masak. dulu sampai itam2 cerek masak air punya pasal. kalau nak raya lagi giler. nak masak banyak kan. masak pakai dapur minyak tanah bazir sebab masak lama dalam kuantiti yang banyak plak tu. so kita idup api kat luar umah, carik tungku batu bata then masak air. selamat air rasa asap hehehe..

Bersyukur betoi kita hidup zaman sekarang kan. padahal bukan lama pun gap antara zaman saya budak2 ngan sekarang. tapi teknologi makin berkembang. sekarang ni semua bergantung pada letrik. kelemahannya kalau tadek letrik semua benda lumpuh. nak masak pun dah tak pandai hehehe.. yelah masak nasik pakai rice cooker. tadek letrik cam ner mau masak nasik? masak air pakai kettle, tadek letrik cam ner mau masak air. cam ner mau gosok baju? cam ner mau tido? panas aircond tadek. cam ner mau mandi pepagi air sejuk. heater tak fungsi. cam ner mau men fb laptop tak bleh on bateri tadek huhu.. so LU PIKIRLAH SENDIRI.. ;p





*antan = penumbuk lesung kayu

gambar2 ehsan google. gigih saya menggoogle nak tunjuk gambar kat korang. TQ pakcik google :)

Monday, July 5

Minggu Ini

Baru 'landing' dari kampung. saya cuti arini hehehe.. cuti banyak lagi. bila lagi nak ngabehkan ye dok? arini isnin. so secara automatiknya saya puasa w/pun duk umah mak. yelah minggu lepas seminggu saya tak puasa. minggu ni nak tak nak kena puasa balik.

So apabila berpuasa secara automatiknya mak masakkan bekal untuk saya bawak balik buka kat umah sewa. mak masak patin masak tempoyak campur terung. namanya mak masak so tak yah cakap aa sedap ke tak kan huhu.. mak gak bekalkan ngan ikan bilis masak ngan petai. ni untuk adik saya. saya tak makan petai. pastu ada ikan goreng. mak gak bekalkan ngan 2 tongkol jagung rebus. pastu ayah suh bawak sebijik setengah durian hoho..

Banyak betoi bekal. masa bungkus2 makanan tadi siap tanya lagi sapa mau makan makanan banyak2 tu. saya memang bleh masuk nasik ngan patin tempoyak je. jarang saya buka makan mewah2 dah sekarang. bukan tak nak tapi tak bleh masuk. makan nasik ngan lauk n sayur je dah penuh perut. cam ner mau masuk benda2 lain.

Esok keje. malehnya mau kije dah lama bercuti ni. rasa tak pueh bangun lewat pepagi hehe.. oklah cukup2 aa merepek. saya mau gosok baju. pastu mau solat then tengok CSI. pastu tido. good nite uolsss..!

Saturday, July 3

Ulang Tahun 'Pertumbuhan'

Hari ni genap 3 tahun saya berblog. saya berblog just untuk suka2 je. tadek sebab konkrit pun. memula leka baca segala blog2 org pastu terasa nak berblog. so register aa blog. saya tak kenal sapa2 pun kat dunia blogspot ni kecuali adik saya cik dee masa tu. masa tu dia dah ada blog. mana dia jumpa benda alah ni pun saya tak tau.

Sebenarnya sebelum ke blogspot ni saya ada gak aa gatai2 mula menulih kat friendster. ada aa 3 4 entry kot kat situ. ala entry pendek2 je. kalau panjang pun ada 1 lagu kot. tajuk tak ingat. nak pi bukak friendster pun maleh huhu.. masa tu tengah giler friendster lagi. giler mengumpul kawan kat situ. pastu tetiba fs kena block kat opis. uwaaaaaaa.. nangis jap. lepas2 tu saya bukak blog. pastu paksa semua bebudak research bukak blog jugak. so time tengah giler tu semua pun ada blog. semua pun berlumba2 apdet blog. sehari 3 4 entry kuar hehe..

Tapi kegilaan tu jap je pun. 3 4 bulan semua pun dah senyap. saya je rajin lagi apdet blog. yang lain2 ala2 org ilang passwd je gayanya. bila tgk kat bloglist tu ada yang dah setahun tak apdet pun ada. agaknya memang dah betoi2 lupa paswd tu hehe..

Memula ada blog dulu mana ada nak kalerful2 ni. edit2 templete semua tadek ye kawan2. semua pakai blogspot punya je. so jangan pelik kalau rupa bentuk blog kitaorg sama antara 1 sama lain hehe.. masa tu benda2 gadget tu tak penting. yang penting apdet je. rupa bentuk tu jatuh no 2. tapi bila dah selalu jalan2 blog org terkagum je ngan blog2 org lain yang bagai2. mula lah kami berlumba2 cantekkan blog masing2. bila jumpa benda baru kongsi sama2. so sekali lagi blog2 kami sama rupa bentuknya hahaha..

Macam2 aa jadik kat blog saya dulu. siap ada lagu. background gambar sendiri. header bengong2 maklum buat sendiri huhu.. font kaler2. kolum tukar jadik 3 memacam la. pueh aa juling2 mata baca coding sebab nak edit templete. tapi gigih. dan kalau jadik rasa nak umum satu dunia dia punya bangga. sekarang ni cukup tak suka kalau ada blog yang ada lagu autoplay tu. susah je macam. kacau ganggu. tapi dulu sendiri buat tak sedar. siap tak bleh stopkan lagi. bila bukak je terus kuar lagu. giler jakun time tu.

Budak kalau 3 tahun dah besar dah. cam tu jugak aa ngan blog saya ni. dah 3 tahun usia dia. dah macam2 jadik kat dia tapi dia still hidup w/pun tak baper nak 'berdiri' megah hehe.. tak per aa. macam saya cakap tadi saya berblog just untuk suka2. bukan sebab lain pun. saya menulih pun bukan nak suh org baca. tapi just luahan perasaan. kalau ada yang sudi nak baca alhamdulilah.

untuk http://crisda79.blogspot.com selamat ulang tahun 'pertumbuhan' ke 3. semoga tuan blog semakin rajin mengapdet dan terus hidup selagi tuan blog hidup :))

Eh birthday sapa ni? naper tuan blog plak yang malu2 ni ;p



Friday, July 2

Reunion KRR

Dah lama sangat sebenarnya kitaorg bertiga mau berjumpa sambil makan2 serta bergosip2. dari masing2 sama2 kementerian then jalil dah 'lari' dari kementerian still tak jadik2 nak buat 'acara' berjumpa beramai2 ni. asal plan je tak jadik. tapi kali ni gagah jugak menjayakan plan ni w/pun macam2 alasan tak baper nak logik timbul hahaha... kalau tak tah bila lah akan jadik balik. seperti biasa kami 'wajib' makan kenny rogers. lama giler tak makan kenny rogers ni. dedulu kitaorg berempat kalau kuar mesti carik kenny rogers. fast food lain tu jarang nak masuk. tetiba teringat kat iryd. iryd cepat la balik. kita reunion kenny rogers huhu..

Kali ni bagi 'menghormati' en jalil so kami buat makan2 kat the mines. tengah2 katanya. yelah saya ngan nora duk putrajaya. jalil duk sg besi. kalau nak buat 'acara' bergosip kat alamanda tak fair aa plak kan. so kami decide buat kat kenny rogers the mines.

iryd ni bukan untuk 'menunjuk2' tau. ni just nak menghilangkan rindu ko kat kitaorg hahahaha..

jangan terliur iryd. tak sedap pun ;p

Lepas makan 'acara' bergosip2 pun berjalan. tapi tak baper nak lama coz jalil datang lambat. kalau tak mesti lagi panas dan meletup 'acara' tu. lepas makan kami jalan2 tengok org tutup kedai then terus balik umah. yelah dah dekat kul 10 maa.. semua pun kelam kabut tutup kedai. kami je baru nak gerak jalan2 huhu..

Thursday, July 1

Kalerful

Hahahaha.. gelak dulu. bengong je rasa buat blog cam ni. tak per aa kan. at least ada gak kaler dari hitam ngan putih je. lagi 2 hari blog saya akan berusia 3 tahun. so kasi dia kaler2 balik la. baru best mata memandang huhu.. jap je rasa dah 3 tahun saya berblog. dedulu memula berblog just sebab ikut2 org. sajer gatai2 semua pun nak try. org ada kita pun nak ada. sekarang ni dah jadik cam diari harian plak. kalau apa2 benda kena refer just refer kat blog je. mesti tau apa yang saya dah buat pada hari2 tertentu. bagus gak ada blog ni kan.

Hari ni dah 1 julai pun. jap je dah abeh setengah tahun tahun ni. lagi 2 hari birthday blog saya :) birthday org hmm.. tadek kot. ada ke korang? ke saya lupa? kalau lupa maaf la. sejak2 ada fb ni birthday kawan2 fb yang ingatkan. so tak yah nak set alarm bagai untuk wish birthday kawan2. tu pun kalau saya terpasan. kalau tak pasan tu tak berwish jugak. lelagi kalau hari cuti. lagi aa ampeh saya nak bukak fb. memang langsung tak berwish la.
Lilypie Next Birthday Ticker