Wednesday, July 11

Nasi Ayam

Isnin aritu tetiba roh rajin datang. tetiba je rasa nak masak nasik ayam. sibuk carik resepi kat internet. jumpa satu resepi tapi lupa mana saya cilok hehe.. sebab roh rajin datang rehat tengahari saya dah keluar gi beli barang2. balik umah bersihkan ayam rebus pastu perap terus. blend sambal dia semua. kupas2 bawang semua sebab nanti balik tinggal masak je.

Pukul 2 ptg saya dah ada balik kat opis dengan tangan bau bawang putih hahaha.. petang balik terus kelam kabut masak2 semua. panggang ayam, masak sambal, buat sup, masak nasik, potong2 sayur pukul 6 saya n housemate dah mengadap nasik ayam huhu.. rasa boleh la setakat nak bukak kedai hahaha.. takder aa. rasa ok2 je. ada le rasa nasik ayamnya. nak resepi? ala carik je kat internet tu. saya pun main campak2 je ni. tetiba dah masak jadik nasik ayam. kira bertuah la kan huhu..



p/s : pasni nak try buat nasik hujan panas plak ;p

Tuesday, July 10

Sally Wedding

Sabtu 7/7/2012 sahabat saya sally selamat menjadi isteri orang dengan err.. tak tau baper kali lafaz sebab saya tak gi dia nikah hehe.. saya memula maleh nak gi kenduri ni sebab jauh pastu saya baru lagi balik dari kampung 4 hari sebelumnya. tapi kenangkan dia dah beriyer2 mengajak saya pun terpaksa la 'bergolak bergadai' gak datang huhu.. majlis dia buat kat umah kakak dia kat bandar jerantut. saya bertolak dari putrajaya kul 9.30 pagi camtu sebab plan sampai terus ke kenduri je. dalam 12.30 cam tu sampai umah pengantin. duk dalam 1/2 jam pengantin sampai. ambek2 gambar, teman adik saya makan terus balik. maleh mau lama2.
Sally diapit oleh anak sedara dia. majlisnya simple tapi meriah maklumlah ni majlis kawen terakhir untuk anak-anak pak ismail ni hehe..

Untuk sally n husband selamat pengantin baru. semoga kekal hingga ke akhir hayat dan bahagia selamanya amin..

Thursday, July 5

Al-Fatihah


Saya agak rapat dengan arwah masa di pahang sebab dia keje direct terus dengan saya. dia banyak bantu dalam hal-hal keje kat opis tu dulu. selalu cerita masalah peribadi dengan saya dan saya selalu cuba menolong setakat yang termampu. tak sangka semalam dalam pukul 4++ petang dapat berita dia telah pergi meninggalkan kita semua. meremang bulu roma masa dapat berita dari ex staff di pahang. arwah meninggal akibat accident masa ambil anak dia balik sekolah. tu memang rutin dia setakat yang saya kenal dia. tengahari balik rumah untuk ambek anak balik sekolah. malang berlaku tengahari semalam apabila arwah accident bersama anaknya. alhamdulilah anaknya selamat tetapi dia lebih disayangi Allah. terbayang2 lagi wajah arwah depan mata saya. paling tak bleh lupa dia yang tolong saya angkat barang-barang saya masa saya dipindahkan ke putrajaya semula dan dia hadiahkan sebuah buku untuk saya last day saya di pahang. katanya dia sedih saya akan pindah. dah takder bos yang boleh tolong backing dia dalam apa-apa masalah di office. masa tu saya hanya mampu senyum.

Al Fatihah untuk Allahyarham Khairul Nizam b. Abdul Karim. semoga rohnya dicucuri rahmat. amin..

Takziah untuk keluarga Allahyarham terutama wife n 3 orang anaknya. semoga tabah dan sabar menghadapi dugaan ini..
Lilypie Next Birthday Ticker