Wednesday, June 30

Sakit Lagi

Mimi sakit lagi. apa jadik tah kat minah tu. asyik sakit je. antibodi tak kuat kot. memula dulu demam ngan batuk2 then idung sumbat semua pas baik sambung kudis kat ekor plak. dah kering kudis kat ekor kaki plak bengkak. terhencot2 je jalan. saya letak tangan kat kaki pun dah bising2 huhu.. pijak kan tau la ;p giler bengkak kaki dia. nak kata luka saya duk pegang2 tak der plak lukanya. bengkak jatuh katil kot hahaha.. tak pun jatuh peti ais. dia suka no bertapa atas peti ais. kadang2 saya tgk dia lompat dari atas peti ais tu turun bawah terus. giler tinggi. hailaa.. tah apa2 je lah minah tu.

mimi semasa sihat. mari kita menari yah yah.. ;p

Tuesday, June 29

Walimah

Sabtu Ahad lepas full ngan kenduri kawen. sepatutnya dan menjadi kelaziman (wah ayat DBP hak hak..) lepas gaji saya akan balik kg. oleh sebab ada majlis kawen kawan2 saya korban aa balik kampung minggu ni. kalau tak gi rasa bersalah plak. macam kenduri yang first tu sepatutnya saya gi belah pompuan tapi sebab majlis belah pompuan saya outstation kat ganu so tak dapat gi. nak tak nak kena gi belah laki sabtu lepas. nasib baik umah laki kat gombak je. kalau jauh harus tak gi jugak huhu..

Pengantin first kawanku dr wawa. ala dr tak baper nak personal mimi tu la. segala neka nasihat pasai mimi saya ambek pada dia. ye dr wawa ni dr haiwan ye. jangan plak korang demam gi jumpa dia yer hehehe.. selamat pengantin baru wawa n akmal. aku doakan ko bahagia hingga ke syurga.. amin.. :)

Hari ahad plak kami berombongan ke melaka. my opismate kawen. nasib baik tak sesat just terlajak sket je dari simpang umah dia. yang best layanan first class huhu.. tak sangka kami jadik VIP kat majlis umah azri. TQ very much lah azri kerana memberi layanan ala2 hotel pada kami yang jauh ni hahaha..

Gambar kawen azri tadek. malu nak ambek gambar. lagipun org giler ramai. so saya buh gambar adiah dia je la. kreatif tak saya? huhu.. untuk azri n yan selamat pengantin baru. doa saya semoga kekal bahagia hingga ke syurga jugak :)

Monday, June 28

Mata

Mata saya sudah sangat teruk. ngadap pc 10 ke 15 minit sudah kelabu2. cam tu gak kalau tgk tv. paksa mata untuk tgk apa yang berlaku 'dalam' tv. kalau tak memang dengar suara saja tapi gambar kabur. bila mau pi klinik? saya tak rasa nak pi klinik pun. sebab masalah ni akan selesai kalau saya tak ngadap 'benda bercahaya'. so apa kata kalau saya cuti seminggu duk umah je tanpa tgk tv or ngadap pc or laptop. agak2 bleh ke?

Wednesday, June 23

Perangai Pelik

Saya tak tau samada ni perangai pelik or ngada2. minah ni memang kalau saya duk je depan pc or laptop dia mesti baring2 then terus tido tidoran depan pc or laptop tu. giler nyenyak. kadang2 tu sampai berdengkur2. benggong betoi la.

Tengok tu siap lentok2 lagi tu. bukan main nyenyak lagi dia. iskk.. iskk..

Abeh tikus ngan keyboard saya dia tolak2 ngan kaki dia konon2 tak selesa. heloo..!! ko tak nyempit kat situ apa hal. pastu nak tolak2 tikus aku plak. sekali lagi benggong huhu..

Durian Raub

Dari kat t'ganu lagi teringin mau makan durian. ramai je org jual durian kat sana tapi tak tau mana mau makan. nak bawak balik hotel dah tentu2 dia tulis kat situ no durian allowed. nak makan kat kedai tu cam malu aa plak. nampak sangat jakun tak penah tgk durian siap makan tepi2 gerai lagi hahaha...

Sabtu petang sampai dari t'ganu check duit. wah! duit 'anugerah' dah masuk. so terus tergedik2 mau belikan adik tv. dan dan2 tu gedik2 jugak rela mau delivery terus ke raub. mentang2 kaya kan. cuba kalau kayap. senyap je.

Ahad tu (20/06) konon2 mau pi awal la tapi kul 8 baru bangun. tak der aa awal mana. kul 8.30 bertolak kul 10.30 sampai umah adik. lepak2 sambil tgk tv baru pastu ajak adik kuar pi carik durian. on the way dari kl ke raub nampak ramai je org jual durian tepi2 jalan. beli 2 bijik. 1 beso 1 sederhana.

Taraaa.. isi kuning uolss.. sedap hingga menjilat jari. sampai sekarang teringat2 nih huhu..

Taraa.. sekali lagi licinnn.. kata sedap kan. harus lah abeh. pasni balik kg nak suh ayah beli plak la. sedapnyerrrrrrr.. nyum! korang terliur? pi aa beli sendiri hahaha..

Tuesday, June 22

Dugaan Puasa

Semalam puasa. biasa lah dah namanya puasa tu kan. macam2 je teringin nak makan. tgk tu nak. tgk ni nak. padahal tiap2 ari pun makan. dugaan betoi puasa semalam. pastu penat tok sah cakap la. jalan rasa nak seret2 kaki je. semalam dan2 tu plak saya cirit birit. 5 6 kali pi toilet. abeh semua isi perut kuar kot. mana tak lemah semacam je. dah aa sejuk giler kat opis semalam sebab ujan.

Cyn cakap kalau dia puasa dihari2 biasa kecuali ramadan dia akan reward diri sendiri. yelah bukan senang nak puasa di kala semua org makan. ada plak tu makan n minum depan2 kita ni. dugaan sungguh kan. tapi saya tak la. saya bukan budak kecik tak bleh langsung org makan depan then terus nak bukak puasa. dah ko yang gatai nak puasa kena aa sanggup tanggung dugaan tu kan :)

So dengan menggunakan kata2 cyn semalam lepas puasa dengan penuh dugaan saya reward diri sendiri dengan bukak puasa kat secret recipe. nikmat betoi makan. kek mashmallow cheese kat atas tu serius sedap! dah ambek kek ambek plak tom yam kung. slurrppp..! licin hingga menjilat jari jugak. ye ini bukan makan tapi melantak huhuhu.. sila jangan tiru aksi saya ;p

Budak2 Rebina

Macam jakun sangat plak naik flight. padahal jemu dah pun. inilah jadiknya kalau naik reramai. cuba kalau sorang2 semua pun behave je hehehe..

Naik Airasia atas nama gov dapat free makan sekarang. dapat 15kg free baggage n free assigned seating. wohooo.. best2 ;p

Kami di awan biru. selamat mendarat di LCCT dari kuala terengganu pada pukul 2.00 ptg sabtu aritu. gitu gini sampai umah kul 4 ptg. penat!

Monday, June 21

Tugas Hakiki

Dah jadik tugas hakiki plak. tiap kali pi bengkel mesti jadik pelapor. tapi kali ni dalam BI. saya fail sket kalau nak mengeja perkataan2 dalam BI ni. dah aa ayat2 law. perkataan2 yang tak penah dengar pun ada. padahal sama je ngan maksud perkataan2 biasa. nak jugak guna perkataan2 power. terkial2 gak la nak mengeja. sib baik cyn sama azri ada untuk bekap huhu..

Apa yang diorang bincang ni. mak tak paham noks!

Muka semakin blur. akhirnya dengar je la. masuk telinga kiri kuar telinga kanan. bekerja ikut arahan saja huhu..

Friday, June 18

Cak!

Saya berkobar2 nak apdet tapi gambar payah no nak aplot. terhegeh2 je. dah 2 kali try pun cam tu gak. pedap i tau. baru je eksaited nak apdet citer kat ganu. apdet tanpa gambar ibarat lagu tanpa irama tau hahaha.. sejak bila i pandai berpalsafah ni. oklah just nak tulis ni je. luahkan geram sebab gambar susah nak aplot then tak bleh nak apdet citer ganu kat sini. geram! eh sabo2 kata cool huhu..

Thursday, June 17

Follower

Saya tak tau orang pasan ke tak yang saya tadek pun kolum follower tu. sonok gak tgk org lain punya follower banyak je. tapi saya jangan kata 1 follower, kolum nya pun tadek huhu.. so memang org tak bleh follow saya. memula buat blog dulu ada saya letak kolum follower tu. pastu bila dalam sebulan cam tu kosong je saya delete. sampai arini saya takder kolum tu.

Masalahnya ada ke nak follow blog saya ni? sebab tu saya maleh letak. satu lagi reason, saya maleh jugak mau follow org. sebab tu saya langsung tak letak kolum tu. bagi saya kalau saya tak suka follow org jangan nak ngada2 ko nak suh org follow ko hehe.. so kekal lah hingga ke saat ni saya tadek kolum tu. sama jugak cam kasi komen kat mana2 entry yang saya baca. saya baca tau semua blog yang ada dalam bloglist saya tapi tinggal komen memang setahun sekali kot. tak per aa. kira cam saya tak paksa org baca blog saya aa tu. sapa rasa mau baca just baca. blog saya open pada semua. tak perlu nak follow2 :)

Wednesday, June 16

Saya di Ganu

Dah 2 hari kat ganu. ada 3 hari lagi kat sini. ye saya di terengganu dari semalam. datang untuk bekerja bukan bercuti pun. kerja memecahkan otak ;p. apa nak citer eh? malam2 tadek aktiviti kat sini. lepas makan bleh terus tido je hehe.. dah aa tv pun baper kerat je channel dapat. yang bestnya channel bola tadek kat sini. sian kat bebudak n bos2 yang kaki bola. kena plak jalan kaki mencari tempat2 yang bleh lepak sambil tgk bola.

Ada citer tak best masa meeting ptg tadi. tapi maleh aa mau citer kat sini. buat cacat blog saya je hehehe.. kalau ikut ati memang dah lama protes tapi mungkin saya dah tua kot or may be saya makin pandai berlakon so tak nampak pun saya marah huhu.. yey! saya suka ngan diri saya sekarang. semakin cool. kalau tak dulu mesti nak bebel2 gak kat cermin atau bilik air huhu..

Kat sini kalau nak guna wifi hotel kena bayar. nasib baik saya bawak broadband saya. w/pun tak selaju wifi hotel tapi oklah dari buat ilang boring. dah aa duk sorang2. jarang betoi duk sorang2 kat bilik. dedulu masa keje research kena duk 2 org sebilik n kadang2 sampai 3 org sebilik pun penah. jimat banjer ;p. sekarang ni dah masuk gov, rate memang untuk duk bilik single. dedulu memula duk single takut gak. dah 4 5 kali dah ok. tapi boring la. kalau duk berdua bleh borak2 kan. tadek aa boring sangat. hmmp!

Monday, June 14

Award Dari Iryd

Dah lama giler tak dapat award. selalu elcy je yang rajin kasi award kat saya. kali ni first time dapat dari iryd. TQ my dear. masalahnya nice kah blog saya ni? hehehe..

Nak dapat blog award ni ada syarat. kena jawab beberapa soalan. ok kita mula kan ek.

1. apa yang bermain di fikiran anda sekarang nie?
pikir esok mau terbang dan berbengkel di terengganu 5 hari. oh.. oh.. belum pi dah penat ;p

2. apakah nama samaran anda?
Adik2 panggil akak, mak & ayah serta jiran2 & sedara mara panggil idah, kawan2 ada panggil ijah, ija, jijah, hali ;p

3. berikan 3 org yang anda syg
3 org yang sayangkan saya la. sapa? orang2 yang sayangkan saya tu la hehehe..


4. panggilan untuk c
C? kat mana soalan C ni?

5. Hadiah apa yang anda impikan drpd yang istimewa?
hadiah banyak yang saya nak. tapi nak usaha sendiri je. tak nak harap2 org ni ;p

6. blog manakah anda suka lawati?
semua yang ada kat bloglist saya :)

7. tagged kpd 10 rakan blog anda
hmm.. semua pun iryd dah tag so saya nak tag sorang je iaitu org yang selalu tag saya elcy .sila ye elcy :)

1 Rejab

Arini 1 rejab. lagi 2 bulan puasa kan. pastu raya oyeh! huhu.. tetiba ;p. saya puasa arini. serius penat. lama dah tak puasa kan. kebetulan plak rejab tahun ni jatuh ari isnin. so puasa sunat rejab + sunat isnin sekali. saya memang selalu mula puasa time rejab. sampai syaaban then terus ke ramadhan.

Puasa rejab syaaban ni isnin khamis je. pra puasa gitu. kang dah mula puasa tak der aa terkejut sangat perut ni kan huhu.. ye la sian gak kat perut ni kalau tetiba puasa sebulan terus. at least puasa isnin khamis masa rejab n syaaban ni latihan la untuk puasa sebulan nanti. dan serius dalam beberapa tahun ni saya buat cam tu puasa ramadhan dah tak penat n letih pun. maybe sebab dah mula ngan pra puasa kot :)

Pikir gak petang ni nak buka puasa apa. konon2 mau beli ikan n sayur tapi cam maleh mau masak. maybe saya buka ngan nasik lauk ikan bilis goreng + kicap je kot. sekarang ni makan untuk kenyang je. bukan nak makan sedap2 pun. janji kenyang cukup. cukup2 aa nafsu makan dedulu tu. ni dah gemuk sapa mau jawab ;p

Thursday, June 10

Penat

Dah 2 hari saya balik lewat dari opis sebab keje. kalau balik lewat sebab berborak tu selalu la hahaha.. ni sebab keje then nak kena pikir2 semua sangat pelik rasanya ;p. hari ni lagi penat dari semalam. hari ni pepagi saya dah gi melaka. memula singgah PTG ambek IP then jumpa pendaftar ambek borang 14A untuk 1 IP yang tengah siasat.

Balik dari PTG gi site plak kat kota laksamana. pegi ngan org yang tak penah gi site tu memang agak susah la. sib baik tak baper nak sesat. yang kelakarnya kitaorg dah 2 kali lalu kawasan tu tapi tak pasan yang tu rupanya site kitaorg. sib baik mata SO saya tajam. kalau harap saya memang ajak balik je la. paling tak pun call SO lama tanya site kat mana sebab siasatan awalan SO lama yang buat huhu..

Gitu gini kat site dah kul 1 ptg. perut dah bunyi tak ingat. lapo maa.. pagi tu saya makan kuih je 3 ketui. singgah tah kedai mana tah tepi jalan nak masuk highway tu makan. bila dah abeh makan SO saya tanya,

"makanan kat sini memang sedap ke sebab kita lapo sangat?"

Hehehe.. tak tau la mana satu. tapi dedua pinggan licin. pastu teruskan perjalanan. sampai opis dah 3.15 ptg. tgk lan dah naik. saya tau petang ada meeting. tak sempat duk pun saya letak beg then pi solat n terus pi meeting plak. meeting2 + borak2 sedar2 dekat kul 6 ptg. gitu gini sampai umah dekat kul 7. waaaaaa.. penattt!!

Minggu depan nak perah otak kat t'ganu plak. ni satu hal gak. 2 hari duk perah otak kat opis pun kuar meeting cam bengong2 dah. ni 5 hari kat t'ganu tak tau aa apa jadik kat kitaorg. doakan aa kitaorg balik sebagai orang jugak yer huhuhu..

Wednesday, June 9

Speed Blog

Saya suka merayap2 ni. but bukan merayap ke mana pun. merayap2 ke blog kawan2. then terjumpa blog cik adik ni. ada tutorial pasal berat n kelajuan blog then saje try.

Ini result saya. kata cik adik ni blog yang ringan adalah blog bersaiz 200 KB and below. so blog saya di bawah paras bahaya lagi la huhu.. kalau korang nak try bleh aa klik sini. tgk baper korang nyer speed blog. kalau lembab tu buang aa apa2 yang patut. kang makin lembab makin payah plak nak baca kan.

LBS

Haila.. tetiba mengeluh pas baca entry LBS kat blog kak pnut. cam ner nak tgk ni. tetiba rasa takut plak nak tengok takut apa yang dibayangkan tak sama dengan apa yang nak saya tonton kat layar perak tu. dan saya yakin sangat citer ni memang tak macam saya gambarkan. saya takut akan merosakkan gambaran cantek yang ada di kepala sekarang tentang LBS bila saya tengok citer ni.

Dah banyak saya baca ulasan untuk filem ni. dan kebanyakan peminat novel LBS cakap citer ni hancur. oh! oh! cam ner ni. tapi lain bila baca review dari org yang tak penah baca novel ni. semua puji bagai. so mana satu yang saya nak caya eh? oklah ini mungkin sebab citer ni sangat fames kot. so bagi peminat novel ni diorg harapkan filem ni akan cemerlang cam novelnya.

Mungkin sebenarnya citer ni dah bagus kot. tapi sebab dia dibayangi oleh novel yang sangat fames dan best so bagi yang gilerkan novel diorg akan nampak filem ni hancur atau tidak bertepatan dengan bayangan masing2. kami adik beradik peminat setia novel ni. then sabtu aritu adik no 2 dah pi tengok citer ni antara ulasan dia;

"mula2 cita tu lembab sikit, tp ok la. best jugak" via sms

bila saya tanya sama ke lain dari novel dia jawab;

"sama la jgk, tp macam xpuas sgt sbb dlm novel tu watak2 dia detail. ada mak kasyah, along dia, parents cat semua. kat movie xde, kat novel bleh rasa dia rapat giler ngan sapi. kat movie nampak dia rapat sama-rata je ngan kawan2 dia" via sms

Hmm.. saya mau jugak tonton citer ni. mau tgk setakat mana hancurnya LBS di filem. saya anggap je la saya bukan tgk LBS sebab tak nak rosakkan bayangan novel LBS kat otak ni dengan kehancuran filem ni. so saya ikut cakap kak pnut,

"Ok lupekan soal excited, sebalik, kalau korang teringin nak tengok cemana karya LBS dihancurkan dengan jayanya oleh pengarah Sharad Sharan, sile beli tiket, dan kosongkan perasaan anda, dan berilah harapan yang rendah terhadap filem ini, just bayang-bayangkan tonton drama-drama arahan Rashid Sibir yang suka paksa penonton kasihan, dan menangis itu."

TQ akak. saya akan ikut cakap akak dan akan menonton LBS tanpa perasaan ;p

Tuesday, June 8

Entah La..

Hehehe.. sapa masuk blog saya dari ptg tadi tgk blog saya kosong kan. tah tetiba rasa boring ngan layout lama. lagipun dah lama saya pakai. so sekarang biar lah kosong ni dulu. tgk aa kalau rajin nanti saya buh aa layout kalerful2 semula. kalau tak hadap je la layout kosong ni eh kawan2. layout biar kosong jangan isi kosong. apdet tetap apdet yer :)

Sekarang payah betoi mau apdet kat opis sebab kadang2 tak bleh nak publish. so kalau ada idea kat opis saya just tulis then save kat pen drive (coz save kat blog pun selalu fail) then balik umah baru paste balik kat blog then baru publish. payah kan. pastu dan2 sekarang banyak plak idea kuar. so berderet2 la entry. ni pun ada 2 yang saya dah schedule kan.

Dah aa sekarang maleh mau online kat umah. jawabnya makin bertambah entry yang tak dipublish. so jangan pelik kalau satu hari tu ada sampai 3 entry kuar lepas lama blog tak apdet. tu sebenarnya 1 entry 1 hari tu tapi sebab peram dia jadik berderet2. hadap je lah eh korang :)

Dunia Baru Reunion

Cam biasa pepagi saya mesti baca paper online. so ternampak aa iklan dunia baru reunion kat kosmo. mula arini 7 jun. tapi dia tak tayang kat tv cam dedulu. dia tayang secara online plak. cam citer kerana karina yang marsha berlakon tu. citer dalam 5 minit untuk 1 episod. episod baru kuar ari isnin, rabu ngan jumaat. bleh aa lepas rindu kat opie, adif, darius, tajol, madihah, anizah, suzanna n lain2. citernya pasal bebudak dunia baru ni yang dah abeh belajo then keje. sesiapa yang suka citer dunia baru ni bleh aa tgk online kat www.gua.com.my.

Monday, June 7

Membaca

Semalam belek2 buku2 ngan novel2 saya yang ada kat umah sewa. tetiba rasa berkobar2 mau carik buku2 penyiasatan yang saya kumpul masa pi penang 2 tahun lepas. dari hari ke hari kononnya mau pi penang carik lagi buku2 penyiasatan tu tapi sampai arini tak jejak2. kat kl ni tak tau mana nak carik buku2 terpakai dengan harga yang murah. korang ada sugesstion tak? saya rindu mau baca buku2 penyiasatan karya2 Enid Blyton, nancy drew, Hardy Boys, Alfred Hitchcock dan lain2.

Sejak sekolah rendah buku2 lah antara faberet saya. pinjam tak agak2 nak banyak2 je. pastu kena marah ngan pengawas library sebab pulang buku lambat huhu.. sampaikan kakak pengawas tu dah kenal saya antara org yang selalu lewat pulang buku. tapi saya mana makan saman sebab saya makan nasik so tiap2 minggu pun mesti muka saya yang lambat jugak pulang buku. haila.. naper aa saya suka sangat membaca. sampai nak makan pun payah sebab membaca lagi penting dari makan huhu.. tapi saya suka. sangat suka. sebab dengan membaca saya selalu jadik org first tau sesuatu peristiwa or saya lagi banyak knowledge dari org lain. so bleh kembang2 idung bangga sebab tau jawapan dahulu dari org lain hahaha..

Kawan

Saya baru pasan yang saya tak reti berkawan. selama ni hidup dikelilingi kawan2 so tak nampak sangat saya tak pandai berkawan kot. sekarang bila dah tinggal sorang2 baru pasan. mesti org pelik kawan2 tu mana dapat kalau tak berkawan kan :) saya berkawan kalau kawan saya kawan ngan org tu. so nak kena ada matchmaker dulu baru saya bleh berkawan ngan org lain. like memula saya ada sorang je kawan. then kawan tu ada kawan2 yang lain then dia introduce kat saya kawan2 dia so saya pun mula berkawan ngan kawan2 dia. tapi ada gak yang sampai arini saya tak bleh nak berkawan ngan kawan2 saya tu. ye saya memilih kawan huhu.. ngada! dah tau tak reti nak berkawan still mau pilih2 kawan kan.

Sebab tu saya tak pelik bila cyn cakap income nuffnang dia lagi banyak dari saya w/pun saya lagi lama dan aktif berblog dari dia. sebab saya memang tadek kawan. so sapa je yang rajin nak memeriahkan blog saya kalau tak org2 yang sama je. saya plak tak reti mau promote2 kat org ni. nak baca just baca. kata saya mau promote tak der lah.

Cam di alam blog jugak. saya tak reti mau komen2 kat entry org. saya just rajin baca je sebab saya memang suka membaca. korang tak yah aa bising2 cakap saya tak penah masuk blog korang. almost blog2 yang pemes2 semua saya masuk sebenarnya tapi tinggal jejak jarang sekali la. kadang2 je kalau tangan terlebih bedung baru aa kuar sebaris ayat kat kotak komen huhu.. so tak yah harap saya mau komen2 entry korang sebab saya memang tak reti nak memulakan sesuatu ikatan persahabatan.

Kat opis ni pun sama. boleh tanya baper patah perkataan yang kuar dari mulut saya kalau bersembang ngan bebudak taskforce tu. kadang2 rasa cam kuang ajo pun ada. tapi saya memang cam ni. saya memang tak kan borak ngan org yang saya tak biasa kecuali kalau org tu mulakan. oleh itu ringan2 kan lah mulut bercakap ngan saya kalau mau borak2 ngan saya eh. saya tak sombong. tapi inilah saya. berat mulut!

Sunday, June 6

Majlis Kenduri

Arini gi 2 majlis kenduri berbeza. 1 majlis cukur jambul n akikah puteri jas n alya qisya kat AU3 ngan 1 lagi majlis kawen aida ex opismate. pepagi dah bertolak ke AU3. pi awal ngan hajar sebab alya mintak tolong saya jadik camera woman sebab katanya tak ambek cameraman pun. sampai dah 10.30 pagi. majlis dah mula. kitaorg berdua dah termalu2 sebab sampai lambat huhu..

Terpaksa masuk ikut pintu umah org sebelah sebab malu nak masuk ikut pintu depan. masa sampai alya dah bawak baby qisya pusing org2 yang marhaban tu untuk upacara potong jambul. so jas terus pas kamera kat saya suh ambek gambar. tetiba tgk ramai aa plak cameraman yang ambek gambar majlis tu. terus cam termalu2 hehe.. tapi ambek gak la setakat yang mampu. dah org suh kan.

Gambar2 yang banyak2 saya ambek tu kat kamera alya. so tak der aa pada saya. yang ada ni just beberapa keping gambar yang saya ambek pakai hp sendiri. nak suh hajar tolong ambek gambar pakai kamera dia pun malu2. payah betoi. huhu.. so ni je lah gambar yang saya sempat snap pakai hp sendiri. nak gambar yang lagi vouge2 tunggu mummy qisya apdet nanti eh :)

Qisya dalam buaian. cantek gilos buaian dia. sempat tanya kat makcik jas baper pakej buat semua buaian tu dia cakap dalam rm700. hmm.. dulu kecik2 saya pun merasa gak naik buai camni. tapi buai saya takder aa harga rm700. buai saya mak buat sendiri je hehehe..

Lepas dipotong rambutnya. potong sket je. alya cakap dia tak nak botak kan. tapi sebenarnya kalau ikut islam sunat botakkan rambut baby baru lahir. nanti otak dia bertambah cergas :)

Daddy, mummy n qisya.

Balik umah alya kitaorg terus ke majlis kawen umah aida plak kat sentul. tak penah gi umah dia. takut gak sesat. tapi kita bantai je lah eh. alih2 tak sesat. kagum2 ;p. terer aida wat pelan kat kad kawen dia. terbaek! huhu.. kat umah aida saya just minum air ngan makan buah je. tak bleh masuk nasik dah sebab dah melantak kat umah alya sebelum tu. pastu duk lepak kat sana sampai pengantin sampai. tunggu gak kot2 ada member2 lain tapi haram. lepas ambek gambar pengantin semua kitaorg cabut lah. maleh mau tunggu lagi coz hajar pun mau balik rembau plak pastu.

To aida n hubby selamat pengantin baru. semoga kekal hingga ke syurga! :)

Friday, June 4

Sling Bag



Dah lama teringin nak beli sling bag kayak gini. tapi ni brand coach. tak mampu aa plak. eh mampu je sebenarnya tapi cam tak berbaloi je. bukan pakai selalu pun. pakai selalu mean pakai tiap2 hari ye adik2. tak kan aa nak pi opis pakai sling bag kan. ajer giler namanya. paling2 pun pakai jalan2 or ari minggu je.

Pakai sling bag senang. tak yah nak kena pegang2. kalau pakai sangkut kat bahu kadang2 jatuh gak. payah mau buat kije. ceh! macam aa banyak sangat keje nak kena buat kan. paling2 pun pilih2 baju je. tu kalau kuar soping la. kalau beli barang dapur ada troli. campak kan aje dalam troli tu barang2nya. ngan beg2 sekali saya campak lam troli tu hehehe.. bukan suh bersawah bendang pun kan. apa jadahnya bersawah bendang pakai sling beg bagai plak peginya.

Aritu masa pi jb ada satu sling bag tu cantek dah. memang ringan je tangan nak ambek. brand f.timber kot. less 70% tu. tapi tak tau tetiba berat plak hati nak ambek. so tak jadik beli. tetiba bila balik kl menyesal plak. tapis etakat menyesal je la. tak der nya rajin nak pi carik. dah namanya pemaleh kan. lantak ko lah nak menyesal pun. ada aku kesah? huhu.. tak kesian diri sendiri betoi!

Thursday, June 3

Tua

Saya dalam 20 tahun akan datang. buruknya kan. tapi ada iras2 mak saya sekarang. memang betoi lah saya anak mak huhuhu..

mau try? klik sini

Tuesday, June 1

Hutang & Zakat Mana Lebih Utama?

Jika anda rajin membuka kitab fikah lama, atau dipanggil orang kitab klasik atau kitab kuning, anda mungkin menemui bahawa dalam bab zakat, seseorang yang mahu menunaikan zakat hendaklah terlebih dahulu menjelaskan hutang-piutangnya. Ini kerana, selagi mana seseorang itu masih berhutang dengan seseorang yang lain, maka dia dianggap tidak kaya, kerana hutangnya. Masakan dia kaya, kerana orang kaya tidak berkehendakkan kepada hutang lagi.

Justeru itulah, terkadang-kala hari ini masih ada lagi orang yang membangkitkan isu hutang ini. Mereka mengatakan, kewajipan utama mereka menunaikan hutang terlebih dahulu. Mereka berhujah seperti di atas. Bahkan, ada yang menyatakan zakat dikenakan kepada harta yang berlebih. Masakan berlebih jika berhutang, kerana tidak cukuplah mereka meminjam atau berhutang. Lagi pun, bukankah salah satu asnaf zakat ialah ‘Gharimin’, iaitu orang yang berhutang. Maknanya, mereka yang berhutang sebenarnya layak mendapat zakat dan bukanlah mengeluarkan zakat.

Baiklah, kita bisa memberikan jawapan dalam dua kaedah kepada isu berbangkit ini. Kita menawarkan jawapan dalam bentuk pendapat fuqaha’ dan keduanya berdasarkan akal logik kita sendiri.

Saya mengajak anda para pembaca, untuk melihat kepada hutang dan konteks kekayaan diri. Mengikut Imam as-Syafie di dalam Fiqh al-Manhaji, bahawa keberhutangan seseorang tidaklah menegah orang berkenaan daripada menunaikan zakat, selagi mana kekayaan yang masih didalam kekuasaannya itu mencapai nisab.

Mari kita kupas lebih dalam. Katakan si Ahmad mempunyai hutang sebanyak RM10,000.00. Hutang itu pula ditunaikan secara beransur-ansur melalui potongan gaji. Katakan gaji beliau ialah RM3000.00. Setiap bulan Ahmad membuat pemotongan sebanyak RM150.00. Maknanya, setahun Ahmad membayar hutang sebanyak RM1800.00. Baki pendapatan Ahmad selepas menolak hutang adalah RM2850.00. Andai kita mengandaikan Ahmad menggunakan kaedah pertama dalam kiraan zakat pendapatannya, maka Ahmad mempunyai lebihan kekayaan sebanyak RM2850 x 12 bulan=RM34200.00.

Maka, nilai kekayaan Ahmad yang dikuasainya adalah jauh lebih besar daripada hutangnya, maka di sinilah timbulnya kekayaan kepada Ahmad. Maka, Ahmad wajib berzakat walaupun berhutang.

Ulama’ juga memberikan pandangan bahawa, jika benarlah seseorang itu mempunyai hutang, maka hutangnya tidak menghalang zakat bahkan jika perlu dia boleh menjelaskan dahulu hutangnya dan harta yang berbaki selepas ditolak hutang maka wajib dizakatkan (biar pun nilai hartanya mungkin berkurangan setelah membayar hutang).

Jadi, dalam kes Ahmad di atas, jika masih mahu mengira bahawa hutangnya perlu dilunasi terlebih dahulu, maka tolaklah nilai hutangnya RM10 ribu itu. Nah…jika diambil akan nilai gajinya, Ahmad masih mampu menunaikan zakatnya.

Mari pula kita timbang dengan hujah akal. Saya tidak fikir bahawa pada saat ini tiada orang yang berhutang. Mungkin ada; namun jumlahnya amat minoriti. Mungkin 1% atau paling kuat 5%. Selain daripada itu, kita semua adalah berhutang. Bahkan, sesetengahnya makin nampak mewah makin banyak hutangnya.

Lihatlah, baru sahaja tamat pengajian di universiti atau kolej, kita sudah berhutang sama ada dengan JPA, MARA atau PTPN. Kemudian, berkerja dan membeli kenderaan, hutang lagi. Baharu kerja setahun dah teringin berkahwin, em…silap-silap berhutang lagi dengan Bank Rakyat (personal loan). Kemudian, lepas bernikah teringin nak beli rumah, hutang lagi. Dah ada rumah, nak renovate sikit…hutang lagi. Lastly…please answer me, bila tak ada hutangnya?

Namun, pada masa yang sama kita mampu memiliki kereta sehingga dua biji, rumah dua tingkat yang agak mewah, memiliki perhiasan diri yang agak mahal, makan dan minum agak mewah…namun pada masa yang sama, kita mengisytiharkan diri kita ini tidak layak berzakat atas sebab kita berhutang. Silap-silap hari bulan, kita memohon pula zakat kerana pendapatan kita habis membayar itu dan ini. Patutkah?

Maka, kesimpulannya…hutang bukanlah lagi alasan untuk tidak menunaikan zakat. Bahkan, saya suka mengesyorkan kepada mereka yang berhutang agar lebih segera dan banyak sedikit menunaikan zakat dan bersedekah. Ini kerana, berdasarkan kefahaman terhadap saranan Allah dan rasul, sedekah dan zakatlah antara kaedah mendapatkan keberkatan dalam rezeki. Manalah tahu, selepas dari ini kita pun sudah tidak berhutang lagi…amin

sumber : PZS
Lilypie Next Birthday Ticker