Friday, November 30

Bz weii.. Bz..!!

sangat bz la ni

tak sempat nak lawat blog

rindu kat apis n apis

lama tak call n email diorang

tak sempat

akhir bulan ni biasa la

bz ngan claim bebudak ni

bos plak suh settlekan pasal tukar akuan project

IP pun kena jalan

minggu depan nak kena jumpa saksi

semua dokumen kena siapkan

oleh kerana sangat bz tak tau nak buat keje mana satu dulu

so jadik la keje kelam kabut

sentuh yang tu tak kena

sentuh yang ni pun tak kena

abeh semua org saya nak marah

huhu..sory sapa yang terkena

cHoWww..~

Wednesday, November 28

Mengubah kebiasaan

Saya susah nak berubah. lagi2 ubah kebiasaan saya. kalau saya tak tau nak buat sesuatu saya maleh nak ubah kebiasaan tu. lagi2 kalau benda2 tu tak penting sangat dalam hidup saya dan ada alternatif lain w/pun alternatif tu agak menyusahkan. contohnya ketuk/pecahkan kelapa. saya tak pernah pecahkan kelapa pun. ayah saya tak kasi. dia takut tangan anak dara dia ni luka kalau salah ketuk. so bila tak diajar saya tak belajar la. sampai hari ni saya tak tau nak pecahkan kelapa. kalau saya sorang kat umah. saya tak masak la benda2 yang bersantan sebab tak der org pecahkan kelapa utk saya.nak beli mesti kena marah coz umah saya banyak kelapa. selain pecahkan kelapa saya gak tak pernah kait dan kupas kelapa. bila nak belajar? tak belajar kot. kalau kat umah sewa saya beli je kelapa parut. tak pun beli je santan terus. memang aa kena kuarkan kos sket. tapi tak per. saya tak kisah sangat. bukan selalu saya masak benda2 bersantan. paling2 sebulan 1 kali je.

Kalau nak berubah saya akan berubah sendiri. saya tak kan berubah sebab benda lain. sebab tu saya tak suka orang nak ubah kebiasaan saya on the spot. kalau nak ubah apa2 kena kasitau saya awal2. saya bleh bersedia. bukan senang nak mengubah kebiasaan. kekadang tu saya risau jugak. macam mana nak ubah kebiasaan kalau dah masuk fasa hidup lain. contohnya dari bujang ke berkawen. dari zaman study ke zaman bekerja. tapi sebenarnyer dalam tak sedar saya berubah dengan sendirinyer. dulu masa study saya dah set dalam kepala yang saya tak kan kerja dengan gov. sebab kerja dengan gov kena masuk pukul 8. saya nak bangun pagi time study dulu sangat susah. sangat tak suka kalau kelas kul 8 pagi. selalu gak skip kalau tak bleh bangun. tapi sekarang dalam tak sedar saya keje ngan gov. masuk keje pukul 8 dan orang paling awal sampai opis. kekadang 7.30 saya dah ada kat opis. menarik kan. saya berubah tanpa saya sedari.baru saya sedar yang saya bleh berubah sebenarnyer. cuma tak tau bila dan bagaimana.

Monday, November 26

Hari malas sedunia

Hari ni adalah hari malas sedunia. satu keje pun tak jalan. semua maleh. bangun pagi tadi kepala pening. may be tak cukup tido kot semalam. FYI saya outstation ke penang hari sabtu dan ahad aritu. petang semalam kul 4 lebih bertolak ke putrajaya. layan bob borak langsung tak tido sampai putrajaya. lepas antar my bos wife kepala saya dah pening2 n berat.

nak tido alang2. lagipun sian kat bob. plak tu sampai umah ciko buang merata2 plak. dah kena buang n basuh. rasa nak bunuh je ciko tu. orang balik penat2 dia suka2 je membuang merata2. siap semua tu cuci muka, terus je tido. kepala sangat berat. abang tido ngan saya semalam. sian plak kat dia tido sorang2 kat luar. ciko saya dah halau awal2. menyusahkan org. pagi tadi sebelum kuar pi opis siap warning awal2 lagi. kalau dia buang merata2 lagi saya plak yang akan buang dia.

hari ni keje surf internet je. kepala berat n pening. rasa nak muntah pun ada. langsung tak bangun dari tempat ni. duk je melepek dan bermalas-malasan. ~bORiNG~

Wednesday, November 21

Sama dan Serupa

kadang2 kita marah ngan apa yang orang buat. tapi sebenarnyer dalam tak sedar kita sebenarnyer pun buat benda yang sama. mak saya seorang manusia yang tak suka dengan kucing. sangat berbeza ngan saya yang sangat sayangkan kucing. ayah saya ada bela seekor kucing. oleh kerana mak saya tak suka kucing, si kucing sangat takut ngan mak saya. bila nampak mak saya dia mesti lari. mak saya baru je pandang dia dah lari. lagi2 kalau si kucing buat kesalahan. dia akan balik kalau mak saya tak der je. tu pun untuk makan je. siap makan terus lari. tapi kalau mak saya ada tengah makan pun dia lari. saya sangat kesiankan si kucing. bagi saya mak saya sangat kejam. kucing nak makan pun dia kacau dan selalu kucing saya tak dapat makan. saya selalu marah mak saya sebab selalu menakutkan si kucing. nasib baik dia mak saya je. kalau tak mungkin saya sudah pukul2 mak saya tu (jahatnyer saya). tapi betul la. tak baik seksa binatang. dia pun nak hidup jugak dan tak pernah menyusahkan org langsung.

tu citer mak saya. macam saya cakap tadi sebenarnyer saya tak perasan yang saya jugak macam mak saya. saya juga mempunyai karektor yang sama ngan mak saya. ia terjadi pada seekor kucing yang selalu datang ke rumah sewa saya. kucing tu sangat takut ngan saya. sebenarnyer saya tak suka dengan kucing tu. may be sebab dia menumpang kot. sama ngan si kucing saya di kampung, kucing tu tak boleh lihat saya. bila nampak saya dia mesti lari. kadang2 saya just bangun dari kerusi bila nampak saya je dia terus lari. tengah makan or minum pun dia lari. kucing tu selalu lepak kat umah saya. bila saya balik, bukak je pintu umah, nampak saya tak cukup tanah dia lari.

bila difikir2 balik saya kesian. rupanya cam ni perasan nyer menjadi sangat kejam kepada seekor kucing. saya selalu marah pada mak saya kalau dia marah si kucing. sakat2 dia nak makan. tanpa saya sedari rupanya saya pun sama macam mak saya. bersikap kejam ngan kucing. tapi seronok la menakutkan kucing tu hehe.. saya ada beritahu adik saya berkenaan perkara ni. tapi adik saya backing saya. kata adik saya kucing tu menumpang je. memang patut lah saya halau dia. si kucing saya kat kampung tu memang dibela. so tak salah lah saya buat cam tu. so bleh aa saya teruskan kebencian saya tu..huhu..

Monday, November 19

Walimatul urus n berpoya2 kat teluk intan

Kul 9 mula bertolak ke teluk intan. saya pi ngan iryd, zainal, bob ngan jerry. singgah sarapan kat hentian rawang. teruskan perjalanan ke teluk intan untuk pi jemputan kahwin satu pasangan iaitu cik junaidah dan en. irwansa. cik junaidah ni adik kepada en. jalil. opismate gue la. saya ni yer2 la pakai baju kurung. maklum aa nak pi jemputan kahwin. sebenarnyer pi sana hajat nak jalan2 je. bukan nak pi kenduri sangat pun. sonok gak. pertama kali pi makan kenduri org teluk intan ni. saya ni w/pun mak org teluk intan sepupu2 kahwin tak pernah pi pun. saya bz aa dulu2. mana nak study nyer. ngan jauh nyer. bukan sengaja tak nak pi tau. saya kan antara cucu2 bongsu opah. so sepupu2 saya kawen saya kecik lagi. bz aa ngan sekolah n belajo.


kul 1 sampai umah jalil. makan2 sambil borak2 n layan anak buah dia. cute sungguh aa anak buah dia seorang tu. ngan putih nyer. pemalu plak tu. suka plak senyum. cute kan budaknyer. paling best dia cakap saya cantik. haha.. menjerit2 kitaorg bila dia cakap saya cantik sebab org lain semua dia cakap tak cantik. jalil aa paling tak pueh hati. budak2 tak pandai cakap bohong jalil. huhu.. ko kena terima hakikat yang aku cantik pada pandangan anak sedara ko.

akhirnyer saya dapat bergambar kat menara condong teluk intan. lama dah saya nak pi tempat tu. aritu saya balik kampung saya ajak adik saya dia tak moh pi. la ni saya dah sampai. jangan jeles. tempek gambar sket..



Friday, November 16

Anak2 mak saya

Entry tak der citer - rambut

Saya mempunyai rambut yang panjang dan lurus. saya ikut rambut ayah saya. ayah saya rambut lurus. adik2 saya semua ikut rambut mak. agak curly. mak saya kata rambut saya cam dawai. lurus sangat sampai susah nak bengkok. tapi rambut saya lembut tau sebab pakai shampoo pantene..haha..saya potong rambut setahun sekali je. tahun ni saya dah potong bulan 2 aritu..so saya akan potong plak tahun depan. saya sangat sayang ngan rambut saya sebab rambut saya cantik. huhu.. teringin gak nak potong pendek melepasi bahu tapi ayah saya tak kasi. ayah saya cakap saya tak cantik rambut pendek coz muka saya tak bulat. so sampai arini saya tak pernah rambut pendek. dulu masa kecik2 kalau gaduh ngan adik selalu main tarik2 rambut. time tu saya selalu rasa adik2 saya ambek kesempatan nak tarik rambut saya yang cantik ni. huhu..

Thursday, November 15

sign opis gue di waktu malam

Abang dah sihat!!

balik dari berhari raya ari tu abang dah mula sakit2. mula dengan melepek je kat umah. ingatkan rindukan kami sebab tu melepek je kat umah. rupa2nyer dia sakit. akhirnyer dia langsung tak bleh nak bangun. duk asyik terbaring je. nak nasib baik dia masih nak makan. may be sebab mama kasi dia makan vitamin. sebab tu selera makan nyer masih ok. cara dia bernafas agak azab. sangat sakit saya tengok.

akhirnyer mama bawak abang pi klinik. apa yang doktor tu cakap cukup menakutkan kami. ada salur darah abang yang rosak dan paru2 nyer mula dimasuki air dan ada virus. patutlah caranyer bernafas sangat azab. doktor hanya nasihatkan abang dimatikan sahaja kerana jika dia hidup akan menjangkitkan kepada kucing2 lain. mama nangis. saya nasihatkan mama bawa saja abang balik. kalau dia nak mati pun biarlah di depan mata kami dan di rumah. kata mama doktor tu marah sebab mama nak bawak abang balik. saya suh mama berkeras. akhirnyer abang di bawa balik. doktor kasi abang 2 3 jenis ubat.

rutin abang tetiap 12 jam kena makan ubat. ubat tu dapat melawaskan air yang banyak dalam badan abang. tapi doktor tu cakap still tak dapat nak bunuh virus kat dalam paru2 abang. tapi kuasa tuhan sapa bleh lawan. makin hari abang makin sihat. makin kuat makan. akhirnyer abang sihat semula. bebetoi ajaib kan. dari kucing yang sangat sakit beberapa minggu lepas sekarang abang dah sihat. kitaorg sangat seronok tengok abang kembali aktif.alhamdulilah. jahatkan doktor tu. kalau kitaorg ikut nasihat dia dulu mesti abang dah mati sekarang ni. doktor bukan tuhan. satu lagi setiap penyakit tu ada ubatnyer. yang penting kita kena usaha.

Tuesday, November 13

berpoya2 di gabai

hari depavali ari tu saya n bebudak opis dan pasangan masing2 (saya tak der pasangan ek) pegi berpoya2 dan bermandi manda di air terjun gabai, ulu langat. memula sampai tengok tangga yang curam tuk naik atas tu rasa cam nak pengsan jer. bleh ke naik ni. rasanyer ada lebih 100 anak tangga. dah lah curam. nak mandi kat bawah dah penuh. tak syiok mandi ramai2. nak tak nak try gak panjat anak tangga tu. sampai tengah jalan kaki menggeletar dah. rasa nak patah balik pun ada. tapi alang2. kuatkan semangat. akhirnyer sampai gak kat atas.

sangat seronok mandi kat atas tu. first time saya kena gigit pacat. berdarah2 kaki saya. tak moh reda darahnyer. kat bawah ni gambar aksi2 meluncur dengan jayanyer. sangat seronok. rasa nak pegi lagi jerk. tapi larat ke nak panjat anak tangga tu lagi. semua cakap kali ni kali pertama dan terakhir pi situ. semua tak nak pi lagi. tapi saya nak pi lagi. korang tak nak pi aku ajak geng lain..whoaa..!!

Monday, November 12

Balik Kampung ..OOooOOo.. Balik Kampung

Cuti depavalli lepas saya balik kampung. menjenguk mak yang baru lepas 'azab' hehe..alhamdulilah mak sihat2 je.. siap bleh pi berjalan2. saya baru sampai umah tak sampai pun sejam dia dah sibuk2 nak ikut angah saya berjalan ke temerloh. pegilah mak. saya tak larat nak ikut. yang adik saya plak rajin nak bawak mak jalan2. so pergilah diorang merayap sampai ke malam. menziarah pakcik di temerloh.

saya konon2 tengok tv la masa diorang tak der. 5 minit je kot. pastu tv tengok saya. hehe.. ada lagi cerita best nak cerita. pasal saya mandi air terjun di ulu langat. nanti saya cerita ek. cerita tu kena letak gambar. baru feel.huhu..daaa~

Tuesday, November 6

Almari putih sayer..

Ini gambar almari saya. almari ni saya guna untuk gantung baju kurung je. baju lain tak bleh nak gantung coz saya ada sangat banyak baju kurung. saya ada 42 pasang baju kurung dan 1 pasang baju kebaya moden. jangan patah kayu penyangkut almari saya dah. bleh buat berniaga dah ni. ingat nak tambah lagi la. huhu..




Monday, November 5

Hari minggu yang bz

bermula malam jumaat saya pi merayap2 ngan bob n jalil ke danau kota dan downtown. sampai umah je dah kul 1.30. solat isyak terus je tido. ngantuk giler2. dah la dua malam sebelum tu saya tido awal. menguapnya sampai berjalan2 pun bleh nguap. tak dapat apa pun. ingat nak carik lampu tidur tapi tak der plak.

esoknyer bangun kul 9. awal jugak kan. duk bermalas-malasan kat depan tv. sedar2 dah kul 11.00. mandi siap2 pastu pi merayap lagi. kali ni destinasinya ke shah alam plak. bergebang2 ngan seorang teman sampai tak ingat malam. sedar2 dah kul 10. kelam kabut balik coz agak takut gak lalu kat tol putrajaya tu sebab agak gelap. sampai umah dah kul 10.30.

yang peliknya malam tu tak ngantuk. lepas mandi, saya basuh baju. dah 2 minggu saya tak basuh baju. minggu lepas saya tak de kat umah coz ada meeting kat luar. so baju makin bertambah. 3 kali saya basuh baju malam tu. banyak giler. dah macam orang beranak 10. membasuh sambil tengok tv. sedar2 dah kul 2 pagi. tu siap sidai semua tu.

pagi ahad kul 9.00 dah jaga. pikir2 nak buat apa. ok apa2 pun kena makan dulu. so saya masak sarapan. siap2 makan je dah kul 10.30. saya keluarkan kain yang saya sidai dalam umah malam tadi. kasi kena matahari sket. pastu saya kemas bilik. buang segala macam benda yang menyelerakkan bilik saya. surat2 n bil2 yang lama2 tu semua buang. barang2 tak pakai abeh saya buang. sayang sebenarnyer tapi makin lama makin sempit bilik saya coz penuh ngan barang2 yang tak der maknanya tu. susun balik rak2, buang sawang2, mop lantai, sapu sampah, lap rak, cuci langsir, selimut, cadar, sarung bantal n gosok baju.

sedar2 dah kul 3.30 ptg. lapo plak tu. mandi2 n solat pastu masak plak. siap masak kul 4 lebih. terus je makan. siap makan tengok tv tapi mata tutup. hehe.. daripada tido duduk baik tido atas katil. saya tido sedar2 dah 6.30. tu pun mata tak bleh bukak. rasa nak sambung je lagi. malam tadi rilek la pulak. saya tengok CSI dari kul 9 sampai kul 12. sempoi la. tepat kul 12 saya tido. selamat malam..~

Friday, November 2

Lilypie Next Birthday Ticker