Wednesday, April 29

Makan Nandos

Dah berzaman citer ni sebonaih. baru nak citer coz dah takder citer nak updated. hehe.. bleh plak cam tu kan. aritu jalan2 kat mines pi sebey2 hp lah kononnya. eh bukan sebey hp. sebey harga hp. nak beli hp baru ni. tapi bukan untuk saya. untuk dia. so lepas berjalan2 sambil mengosongkan perut kitaorg (saya, nora n jalil) pun singgah aa kat nandos. untuk pengetahuan semer ni kali kedua saya masuk nandos ni. saya tak suka aa nandos. tak sedap. huhu.. selamba je kutuk. maksud saya tekak saya rasa tak sedap. orang lain tekak diorang rasa sedap. sedapkan banyak interpretasinya. huh! macam ayat kamus dewan je. haha..

Ini yang saya makan. sangat jakun tu. nak order pun tak tau cam ner. haha.. so bantai je lah labu. alih2 cik pelayan tu antar benda ni kat saya. apa bondo plak ni. ayam je saya kenal. yang lain2 nampak agak menakutkan. haha.. makan je aa kan. janji kenyang. huhu..

Ooo.. ayam dia ada tahap2 kepedasan rupanya. tu kata cik pelayan tu la. so dengan berlagaknya pilih extra hot. cik pelayan tu cakap tak pedas sangat. so saya ngan jalil telah riak n memilih extra hot. sampai2 je terus makan dengan rakusnya. huh! tak pedas pun. mana extra hot nyer? huhu..

Tabiat Makan

Tak tau naper sejak 2 minggu ni tabiat makan berubah. may be sebab waktu tido pun tak tentu kot. payah gak ek jadik mak pengantin ni. hehe.. 3 4 hari sebelum majlis berlangsung saya dah start tido lewat pagi dan bangun awal sebab esoknya nak kena pi keje plak. sangat mencabar betoi. penah satu hari tu saya ada meeting plak kat selangor. mata tak bleh bukak ni. sib baik cik hajar baik nak tolong drivekan saya pi selangor. kalau saya bawak sendiri alamat drive pejam mata aa jawabnya. pegi keje pagi tu mata rasa nak kena sengkang ngan anak mancis je. tak bleh bukak.

Sejak lebih setahun dulu saya langsung tak minum ais. n sejak 4 5 bulan ni saya tak makan malam. kalau makan pun saya makan buah or benda2 ringan je. konon2 tak nak gemuk la. hehe.. ni ikut petua adik saya. dia cakap tak nak gemuk jangan makan malam n kalau nak makan, makanlah sebelum malam. so saya amalkan aa. tapi oleh sebab idup yang agak tunggang langgang sejak 2 menjak ni abeh semua pantang2 tu saya langgar.

Buat keje memalam sampai lewat pagi tekak ni dahaga je. so buat aa air manis yang ditambah ais. yer ais kawan2. lepas beberapa lama tak minum ais saya dah kembali minum ais sekarang. malam plak gigih makan nasik. kadang2 tu kul 9 pun makan nasik gak. ayoo.. teruknya. ni lepas majlis berakhir saya tengah tune balik ke tabiat asal. tak nak aa idup tunggang langgang lagi. rasa sangat teruk idup dalam 2 minggu ni.

p/s : sedapnya minum air manis campuq ais ek. huhu..

Sunday, April 26

Alhamdulilah..

Sampai2 umah je gigih updated blog. padahal penat giler ni. saya nak ucapkan selamat untuk en. jas n pn amani. akhirnya kedua2 majlis sempurna dilaksanakan dengan jayanya. kali ni saya tak der langsung ambek gambar pengantin. en jurukamera plak bleh tertinggal kameranya kat umah. ate langsung le tak der gambar kenangan. kalau ada pun sekeping ni aa yang ok. lagipun saya sangat bz. sampai sakit2 ni berlari2 pakai high hill. biasa aa kan gambar pakai hp murah. gambarnya pecah2 sket. lagipun maleh nak sesak2 ambek gambar dari dekat. tunggu aa ek bebila nanti ada yang murah hati memberikan sekeping 2 gambar saya akan updated kat sini. nanti saya akan updated corat coret majlis2 kawen en jas ngan puan amani kat sini. tunggu..

Saturday, April 25

MAJLIS SANDING @ EN. JAS HOUSE

Akhirnya selamat sudah acara persandingan di belah pihak lelaki cik amani eh apa plak cik, pn sudah sekarang. oklah pn amani n en jasrizal. terbalik? ala.. apa da hal. tu kelainan namanya. buat umah lelaki dulu baru belah pompuan. janji meraikan pengantin dan mewar2kan kepada semua bahawa pn amani dan en jasrizal dah kawen. tak kisah aa kenduri belah mana dulu pun. arini pn amani pakai baju kaler gold lebih kurang. sangat cantik ok. teringat murni yang berkali2 puji pn amani cakap sangat cantik masa pn amani sanding tadi. hehe..

Kita orang sampai dalam pukul 1.00 ptg. memula ingat nak berarak ngan pengantin tapi sebab jem giler2 kat mrr2 so kitaorg terus je ke umah pengantin kat keramat. takut tak sempat nak pi kemensah tempat pengantin bertandang. sempat makan2 dulu. siap2 makan je pengantin pun sampai. pn amani duk carik2 saya plak. tak sempat minum tau. haha.. air dia sangat biru. biru mata gue. air tu rasa air laici je. tok sah aa korang bayang kan rasa yang pelik2.

Pengantin sampai. berkelip2 mata saya tengok baju pn amani. sangat bersinar you..

Bunga ni sangat cantik. kena je ngan pn amani.

Pengantin berarak dengan paluan kompang. tengok aa bunga manggar dia tu. lain dari yang lain.

Semapt senyum pada kitaorg sebelum naik ke pelamin. baru aa manis en. jas. jangan aa masam sangat. hari ni hari gembira awak tau..

Meja makan pengantin.

Bergerak dengan penuh tertib ke pelamin.


Pelamin untuk pasangan pengantin.


Acara menepung tawar. ramai sebenarnya termasuk ayah dan ibu en. jas serta kakak n adik pn amani. jalil duk suh saya pegi, pn amani pun duk jeling2 suh merenjis. maaf la guwe pemalu orangnyer.. haha..


Pengantin bersanding. huhu.. dah tak tau nak buh caption apa. korang tgk je aa gambar ek..

Ramai kan tetamunya.. meriah!

Pengantin mengaminkan doa sebelum makan. udang panjat2 kat depan pengantin tu agak mabeles. huhu..

Nampak tak yang hujung tudung biru tu? saya lah tu. haha.. tak pasal2 kena makan semeja dengan pengantin. padahal dah melantak sebelum tu lagi. mak cik en. jas yer2 suh saya duk makan. "makan main2 je" katanya. sebagai 'mak pengantin' saya duk je lah. haha..

Kek pengantin. saya tak sempat ambek gambar pengantin potong kek. tak larat nak tunggu dah. panas gilak. peluh dah macam mandi dah rasanya. balik2 dari kenduri je jalil pening kepala. haha.. manja!

Selamat pengantin baru pn amani n en jasrizal. moga bahagia hingga ke syurga. saya pasan bebudak unit kitaorg sorang pun tak der. mana korang ek? nuar bos ko kawen aa.. tak datang ke? abeh aa kena laser pasni. haha..

p/s : minggu depan ada majlis lagi. kali ni meraikan family belah pn. amani plak. sapa yang dijemput tu ringan2 kan lah kaki datang. pesanan dari 'mak pengantin' hehe..

MALAM BERINAI CIK AMANI

Malam pas majlis nikah tu ada majlis berinai untuk pengantin. kitaorg pas nikah tu terus balik umah. siap2 dalam kul 7 gerak pi umah mak cik pengantin. cik amani mintak kitaorg tolong angkatkan hantaran malam tu. so berbondong2 aa kitaorg pi umah pengantin.

Cik amani tengah bersiap2.

Tak abeh2 nak tayang cincin dia. haha..

Pengantin laki pun kena touch up gak. masam giler muka en jas. huhu..

Sampai 2 orang mengerjakan cik amani. pakai bunga merayap2 kat kepala tu.

Cantik kan..

Tukang bawak hantaran kak jie, saya n cyn kat belakang. syiok gak sekali sekala jadik pembawa hantaran ni kan. kejadian yang agak ngeri gak jadik semalam. ada hantaran yang nyaris terjatuh masa nak masukkan dalam kete. huuuu.. ngeri betoi. sib baik tak rosak hantaran2 tu.

Pink..!! *mata blink2 huhu..


Semua hantaran dari pihak lelaki kaler itam putih n dari pompuan kaler pink..! *mata blink2 sekali lagi haha..

Pengantin yang ceria..

Saya tak sure naper nama majlis tu malam berinai sebab tak der plak berinai nya. majlis tu cam majlis sambut menantu je lebih kurang. menyambut menantu selepas balik dari majlis nikah. saya diberitahu yang malam tu gak ada org tahlil semua. so kita kira majlis doa selamat lah kan. selamat2..

MAJLIS NIKAH ALYA AMANI

Tepat pukul 5.30 petang 17/4 di masjid kajang, cik amani selamat menjadi isteri kepada en jasrizal. sangat cantik ok cik amani semalam. ramai yang datang untuk memeriahkan majlis tu semalam. bebudak unit kitaorg majoriti hadir untuk meraikan pengantin.

Cik amani dengan persalinan putih.

Menunggu dengan penuh sabar.

Aku terima nikahnya alya amani.. wah sekali lafaz je. tahniah en jasrizal.

En. jasrizal menyerahkan mas kawen pada cik amani.

Muka gembira mendapat mas kawen. mas kawen dia dalam pahar cantik. siap pusing2 lagi cam muzikal box tu.

Sarung cincin.

Salam suami untuk kali pertama.

Giliran cik amani menyarungkan cincin kat tangan en. jasrizal.

Sesi bersalaman dengan keluarga.

Selamat pengantin baru pn. alya amani & en. jasrizal.

Monday, April 20

Kamera Pink *blink2..

Nak carik kayu.. nak carik kayu.. hehe.. teruja nak beli kamera plak la. lepas giler2 membeli handphone semalam saya tetiba nak beli kamera aa plak. tapi handphone yang saya beli semalam bukan kaler pink yer sebab bukan saya punya. tuan punya siap warning saya tak moh handphone kaler pink. haha.. suh saya beli tak mention kompem saya belikan kaler pink. huhu.. nak kamera pink.. nak kamera pink.. sapa nak banjer saya beli kamera pink? saya dah sebey2. ada jenis2 kamera pink yang sangat menarik perhatian kerana warnya sangat pink ye kawan2. 1 harus aa kamera sony yang mahai itu. dah lama pun saya tengok2 kamera ni. satu lagi kamera olympus yang jugak agak mahai tapi murah aa dari kamera sony yang mahai itu.

Kamera sony model DSC-T77. mahai gilos aa kamera ni (bagi saya yang pokai ini). saya ni plak sampai arini tak kaya2 cam ner nak beli ni. lama dah sebey2. kat kedai 1400++. huhu.. mahainya.. juai aa murah sket kat den ni.

Yang ni plak kamera olympus MJU 1070. murah 2 3 ratus je dari kamera sony yang mahai tu. naper yang saya nak mahai2 ni. tapi saya peduli apa. tengok aa seminggu 2 nanti saya mesti jaja kamera ni. dah beli katanya. huhu.. cam kata adik saya ni kalau tengok mesti beli terus. tak der tunggu2 lagi. bahaya betoi..haha..

p/s: gambar cilok dari www.lelong.com.my

Thursday, April 16

HUGO BOSS FEMME

Tak bleh aa jalan2 kat parkson tu. mata duk tengok handbag ngan perfume je. semalam plak pi klcc ngan jalil termasuk parkson. paling best masuk tempat perfume gak. ayoh2.. tadi tengahari konon teman hajar pi beli kasut. so masuk aa parkson. tetiba terbenti kat perfume kaler pink. saya kan addict pink. tak pasan pun memula jenama apa. tapi sebab pink saya terbenti kat situ. pastu terus try. ianya berjenama hugo boss ye kawan2. label famme. wah baunya sangat mabeles. terus rasa nak beli. pokai2 pun ada ati nak beli perfume ni. waaa.. bila nak kaya ni.. huhu..

Ini Betul2 Dari Hati..

Bila jumpa balik n kenang cerita2 dulu rupanya banyak benda yang saya dah lakukan tanpa sedar. mungkin masa tu tengah marah. kalau marah siapa pun tak bleh nak kawal diri kan termasuk aa saya. saya ngaku kalau marah saya lupa diri. bila dah sejuk baru nyesal tapi ego nak mintak maaf. hehe.. yer2 tu kelemahan saya. dah lama cuba baiki tapi tak penah baik.

Dendam. ye saya penah cakap itu pada dia. tapi seriously saya tak penah maksudkanya. saya tak pandai nak berdendam pun. mulut je agak cabul bercakap benda bukan2. semua tu kerana sedang marah. sampai mulut mengucapkan benda2 yang tak sepatutnya saya cakap. tetiba saya rasa sangat bersalah. saya nak mintak maaf. mintak maaf sangat2. sungguh saya langsung tak maksudkan semua tu.

Buktinya dalam doa saya tak penah lupakan dia. doakan kebahagiaan dia. kata akal jika sayang doakan dia bahagia. dia lebih bahagia dengan org lain. bukan dan tidak dengan saya. itu ketentuannya. kadang2 rasa hipokrit plak. hati kata betul ke doakan si dia bahagia? dan masa tu air mata akan keluar. dan saya kan berdoa sungguh2 dan yakinkan hati yang saya memang nak lihat dia bahagia. dan hari ni saya sangat bahagia tengok dia bahagia.

P/S : keluar aa air mata.. tapi dia tak nak.. naper ek? :))

Wednesday, April 15

Tido Ngan Anak2

Semalam macam biasa pukul 12.00am saya masuk tido. sebelum tu saya intai2 gak bawak meja makan ngan bawah sofa. carik2 budak2 tu. selalu ada je tido kat tempat2 tu. bila tak der saya intai dari pintu belakang. kadang2 diorang tu suka lepak2 kat belakang tu sambil bercengkerama bawah lampu kalimantang abang sebelah umah. pun tak der. mana plak peginya ni. main2 kat depan kot. maleh nak intai dah saya tutup tv n lampu n terus masuk bilik.

Wah! bukan main lagi 2 ekor tu. dah bersenang2 atas katil saya rupanya. buat2 tido aa tu. hehe.. bila tengok diorang tak angkat kepala pun bila saya masuk sah memang diorang tido. nak kejut n suh keluar macam kesian plak. akhirnya tutup lampu n tido je sebelah diorang. sangat sempit tau katil tu sebab dah kongsi bertiga. dah aa badan masing2 besar.

Tengok tu. tido tak ingat dunia. saya plak nak jatuh dari katil coz diorang pakai space banyak. ni first time saya tido ngan diorang. maleh nak ajar sebenarnya. tapi malam tadi konon2 sian aa. abeh aa malam ni sure diorang dah naik katil dulu sebelum saya.

p/s : pagi tadi guwe bangun sakit pinggang n badan coz tido tak bleh nak gerak2 n tercepit!

Konpius

jalil via sms : Nak ikut g key ell tak? lunch nanti

saya via sms : nak2

jalil via sms : Dlm kul 110kang tgu kat bus stand ye..

Saya tengok jam. sekarang pukul 11.46am. sejak bila jam ada lebih daripada pukul 12 ni? saya sms dia balik,

saya via sms : pukul 110 tu kul baper? *menaip sambil tergelak2.

lambat plak posmen ni antar sms saya so saya call. kang tertinggal plak.

saya via voice : pukul baper?

jalil via voice : pukul 1.10. ingat pukul baper?

saya : oo ok.. * sambil tergelak2. ko tulis 110, mana aa aku tau.

Tazkirah Hari Rabu

Semalam jalil ada suh saya kasi tazkirah pasal dosa2 meninggalkan solat. so murid2 arini ustazah nak kasi tazkirah pasal dosa2 meninggalkan solat. wah ustazah katanya huhu..

Barang siapa yang meninggalkan sembahyang subuh, nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.

Barang siapa yang meninggalkan sembahyang zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam

Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Asar dengan sengaja, dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)

Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.

Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.

Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan sembahyang ialah :

Sabda Nabi s.a.w. :

"Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara iaitu :

Enam perkara seksaan di atas dunia

1. Dihilangkan berkat sedikit demi sedikit yang ada pada umurnya

2. Dikurangkan rezeki di dalam usahanya

3. Tiada dipelihara baginya agama Islam

4. Dikurangkan pengaruh-pengaruh baik pada dirinya

5. Segala amal kebajikan yang diamalkan dalam dunia ini tiada diberi pahala oleh Allah akan dia.

6. Tiada diangkat oleh malaikat ke langit akan segala amalnya

Tiga perkara sewaktu hendak mati

1. Dimatikan dalam kehinaan

2. Dimatikan dalam keadaan sangat lapar

3. Dimatikan dalam keadaan sangat kehausan walaupun dituangkan air kekerongkongnya sebanyak mana pun

Tiga perkara sewaktu dalam kubur

1. Dihimpit tanah dalam kuburnya sehingga keadaan tulang selangkanya remuk sama sekali dan Tuhan memerintahkan malaikat Munkar dan Nankir menyiksanya sehingga hari kiamat.

2. Didatangkan Allah seekor ular besar bernama SHWAUN-RAK yang keadaannya sangat dahsyat, matanya seperti guruh dilangit menggigit dan membenamkan kukunya kepada mangsanya hingga hari kiamat.

3. Didatangkan malaikat yang bertongkat besi, sambil berkata dengan suara yang ganas dan kuat seperti guruh di langit seraya berkata:

"Aku diperintahkan oleh Allah memalu (memukul) engkau daripada subuh hingga zuhur, dan zuhur hingga subuh"

Tiap-tiap kali pukul atau paluan itu tertanam tubuh kita hingga 70 hasta ke dalam tanah, maka dikeluarkan pula kukunya yang mana keadaan memakan masa selama sehari semalam dalam perjalanan.

ok murid2 itu je tazkirah kita untuk arini. tetiba rasa takut plak bila baca tazkirah balasan2 tu. oleh itu kawan2 dan murid2 sekalian jangan aa tinggalkan solat dengan sengaja. baca balasan nya je dah buat kita takut. tu belum kena lagi tu.

sumber : virtual friends website

Tuesday, April 14

Gula2 Kanak2 Rebina2

Sapa nak benda yang menyelerakan ni kena buat transformasi jadik kanak2 rebina. wah transformasi katanya. cam af plak. huhu..

Selera Besar

Sejak2 anak2 semakin besar ni dah tentu aa seleranya makin besar kan. makan sket punya lah banyak. buh je dalam pinggan abeh. kadang2 tengah2 malam pun nak makan. iskk.. iskk.. tadi petang balik keje makanan anak2 abeh lagi. oleh kerana memang nak pi opis diplomatik so decide nak singgah mydin beli makanan diorang. pi ngan jalil pas makan2 dan lepak2 di hameediyah ngan nora n tunangnya sekali. sangat bertuah malam ni coz tetiba ada org nak banjer kitaorg berempat. terasa malu plak makan banyak bila org banjer. haha..

Oleh sebab anak2 kuat makan ha kau saya beli yang besar terus. kata jalil kang tak der aa nak beli2 je. betoi gak. lepas buat kira2 dan yang besar lagi jimat saya terus ambek yang besar. 3.5kg tu. selalu beli yang 1.5kg je.

Siap tulis dental-icious formula lagi. apa tu? for healthier teeth and delicious taste katanya. kuat aa gigi kucing guwe pas makan. berdarah2 aa kena gigit pas ni. huhu..

"Mak long kita dengan kucing ni mana cantik?" huhu..

Lilypie Next Birthday Ticker