Sunday, January 30

Lampu Pengantin

Atas permintaan cyn saya tayang la lampu yang saya beli. actualy saya beli 2. sepasang. kongsi 2 org ngan ina :). ini untuk adiah kawen my dip. classmate wawa. selamat pengantin baru wa tetiba hehe.. majlisnya semalam (29/1). sorry la lambat tayang. kang tak suprise plak kan huhu.. ni dah selamat sampai ke tangan pengantin baru tayang. harap pengantin suka :)

Tengok gambar je lah eh. maleh mau tulis caption panjang2 huhu..

Lampu sebelum menyala



Selepas dipasang letrik huhu..


Wednesday, January 26

Birthday Lagi n Lampu

Arini 21 safar 1432 hijrah. pun birthday saya. my birthday dalam bulan islam plak. tahun ni dekat2 je birthday masihi saya ngan birthday hijrah. beza 5 hari je. tapi tak kena tang hari. saya lahir hari ahad. tapi 21 jan ari jumaat n 21 safar ari rabu. so dedua tak kena :) tapi yang best kalau ikut 21 safar 1432 birthday saya dah bertambah setahun lagi sebab tahun hijrah saya lahir tahun 1399.

Citer lain. semalam lepas balik syarikat paper singgah jap kedai lampu. ingat mau beli table lamp. pilih lampu macam pilih ikan kat pasar je. yang tu yang ni.. test then terus ambek huhu.. malangnya takder stok plak. dia kena gi ambek kat store. ok saya tunggu. sementara tunggu tu duk sibuk pusing seluruh kedai. cantek nyer lampu. setakat cantek je la. nak terang kena gak pakai kalimantang huhu.. tapi harga tak agak2. tak sangka lampu pun bleh harga puluh2 ribu iskk.. iskk..



Mesti ramai yang penah nampak lampu cam gambar kat atas tu kan. selalu saya nampak kat masjid la. tak penah lagi gi umah org ada pasang lampu cam ni. eh tapi penah tengok dalam tv. kimora punya lampu ada camni. tapi dia kaya. takder heran sangat. besar lebih pada ni dia mampu nak pakai :). harga lampu tu korang tau baper? RM22,000 ok! harga sebijik lampu bleh beli kancil sebijik huhu..





Saturday, January 22

Hadiah

Dah 22hb. berlalu 21 jan my birthday. terima kasih atas semua ucapan yang kawan2 kasi. teruja tak sangga nih huhu.. tahun ni takder adiah birthday untuk diri sendiri. naper? entah. memula teruja nak beli kamera. sudah sebey2 yang cantek (kaler pink). sebey2 harga semua. tanya2 org semua. sampai ada yang tanya naper tetiba je nampak sangat exited mau beli kamera huhu..

So khamis malam 20hb sudah pegang kunci kete mau kuar beli kamera tetiba tersangkut depan tv. terus tgk tv sampai pukul 10 malam. carefour pun sudah tutup. jadi takder adiah. terima kasih! dan sehingga ke saat ini saya tak rasa nak beli adiah pun untuk diri sendiri. at least tahun ni saya dah dapat sebotol pepium gucci n sebijik panasonic washing machine huhu.. kira adiah birthday la tu kan ;p





Friday, January 21

My Birthday


Arini my birthday
bertambah setahun lagi umur saya
makin berumur tapi tetap menten huhu..
terima kasih pada semua yang wish
lalu email, fb, sms, call, ym, depan mata hehe..
saya sangat hargai

semalam berjaga sampai kul 12
ngantuk tahap gaban
tapi alang2 dah berjaga teruskan sampai kul 12
bila dah kul 12 org mula wish terus ilang ngantuk
sangat seronok
terima kasih fb kerana menceriakan saya
kalau takder fb mesti tak ramai yang wish saya

Ada yang mula wish dari semalam
sebab saya tulis kat status kat fb ngan ym pasal my birthday
ada jugak yang tengok semalam then arini baru wish
tq untuk sue, zam, my staff lan n beberapa org lagi

untuk sahabat2 baik saya
ina n apis
tq sebab tahun ni ingat birthday saya
selalu diorg lah paling tak ingat my birthday
w/pun fb dah ingatkan huhu..

paling best dapat ucapan terkejut dari azba
one of my staff jugak
dia ni agak diam2 gitu
tak sangka masa antar buku panduan pagi tadi dia jerit kat saya
happy birthday!
hahaha.. saya gelak besar
mesti niza pecah rahsia ni

my wish
semoga saya dipermudahkan menjalani kehidupan ni
dapat mengembirakan semua
ceria selalu
jodoh? ye ramai jugak yang wish
dan saya jugak berharap
insyallah amin..
HAPPY BIRTHDAY TO ME..!!






Wednesday, January 19

Majlis-Majlis

Naper orang suka wat kenduri kawen time cuti umum? susah saya nak gi. ni depan idung ada 2 kad. satu dari opismate sekarang satu lagi dari ex opismate padil. yang opismate tu 5hb. dah tentu2 orang tengah cuti CNY kan. saya semestinya balik kampung. camno tu nak gi kendurinya. kenduri kat kontan plak tu.

Si padil plak belah pompuan buat 23hb ahad ni. belum gaji dik. memang ikut ati nak sangat gi. nak tengok si padil sanding. bukan selalu kan. sekali dia sanding seumur idup tu. belah dia pun sama budak opis tu 5hb. saya kat kampung. bak kata lan kontan dah dekat sangat ngan segamat. banyak la ko. 3 jam tu kontan ngan segamat. dah a lalu jalan kampung. kalau lalu highway gigih aa gak nak gi.

Citer lain plak. hahaha.. gelak dulu apa2 pun. kalau yang pasan saya ada letak status kat fb pasal nak jumpa mb minggu lepas. sekali salah la. bukan minggu lepas majlis nyer. minggu ni. sib baik gua tak gi minggu lepas hahaha.. ye majlis tu malam tadi. paling best mb menyanyi dekat 10 buah lagu hiburkan kitaorg. serius best suara dia. sampai saya cakap kat niza kalau nak jadik mb kena suara sedap hehe.. salute lah!

Pas nyanyi dia berucap. kasi kata2 semangat. kata pujian. jawab soalan2 dan keluhan2 yang di kemukakan. majlis abeh kul 11 malam. saya ada gambar mb tengah nyanyi. siap close up lagi. tapi cam tak best plak nak letak kat sini. sapa nak tengok datang jumpa saya eh. saya bleh printkan sekali kalau mau simpan hehe..

Terpegun dengar suara mb :)


p/s : dah ada signature ;p

Monday, January 17

Ayam

Kalau balik kampung saya rajin jugak basuh pinggan. bila basuh saya dapat tengok ayam2 berebut2 sisa makanan yang saya simbah ke luar tingkap. ye depan sink ada tingkap yang luas. so senang mau simbah sisa makanan. tak yah simpan dalam tong sampah.

Minggu lepas saya balik kampung. seperti biasa mesti ada jugak sekali 2 saya basuh pinggan. cam biasa saya rajin kumpul2 sisa makanan sebelum simbah kat luar umah. dengan sekali baling berterabur nasik tulang sayur semua. complete untuk ayam hahaha.. lepas simbah saya terus basuh pinggan sampai mak tegur dari luar.

mak : naper simbah kat luar ni. mana ada ayam nak makan dah..

saya : (angkat muka n jenguk kat luar) laa.. mana tau. mana pegi ayam semua?

mak : mati dah semua. kena penyakit burung tu

Penyakit burung? oo selesema burung rupanya hahaha.. tetiba sian tengok nasik kat tanah tu. takder ayam nak makan. sian jugak kat ayam sebab keturunan dia dah pupus kat kawasan umah saya huhu.. paling sian tuan punya ayam la. nasib baik ayam kat kawasan umah saya tak duduk dalam reban dan dipasang api bawah reban (mean: ditatang bagai minyak yang penuh) kalau tak mesti tuan2 ayam nangis berlagu2 huhu..

Wednesday, January 12

GembiraHappySeronok

Nak citer pasal kegembiraan arini. citer bemula jumaat minggu lepas. niza ajak gi umah pengadu time lunch. jumaat kan lunch lama. saya baru terpikir nak balik umah cam biasa n tido. tetiba di ajak pi umah pengadu plak. panas gak la ati. tapi tak per. saya berkhidmat untuk negara. saya pun gi lah umah pengadu tu. tu pun terpusing2 dalam bando sebab jem melampau. biasa lah jumaat kan. kami siap pi makan sambil bergebang2 bagai. sampai sana dah pukul 2 ptg hehe..

Sampai kawasan siasatan wah term undang2 ;p. sampai sana kami di bawa ke satu tempat untuk duduk. tetiba ramai yang serbu n di suruh kami bagi penerangan. tersedak2 saya huhu.. lepas kasi penerangan sikit lebih kurang kami janji akan tolong sedaya mungkin. tamat kat situ.

Isnin masuk opis dah ada aduan aritu atas meja. niza suh saya pantau aduan tu. no hal bebeh. dah memang tugasku. ambek adun kasi SO suh failkan. ingat lepas difailkan mau minit tapi bila tanya balik SO2 ku tersayang dah mulakan siasatan. bravo SO2 ku. cekap dan betul tindakan kalian huhu.. siasatan dimulakan. kesimpulan siasatan SO hakmilik ditarik balik sebab ada pindaan. ok minit!

Selasa saya gi JUPEM ada meeting. tengah2 meeting terkeluar citer pasal aduan yang saya ambek jumaat aritu. TA jupem cakap dah masuk permohonan. siap kasi fail tgk. kami nak terjerit kat situ. betullah dah masuk permohonan dan dah lulus. dengan senyum lebar kami balik dan raikan dengan ini!

First time makan prosperity beger. tak sedap! huhu.. tak masuk dengan tekak saya.

Balik opis dapat citer yang owner dah siap nak transferkan hakmilik pada pembeli. dokumen telah disubmit pada peguam. lagilah ati berbunga2. sonok betoi dapat selesaikan masalah ni. memula terpikir penat je siasat. tapi kalau tak siasat mesti tak tau tempat tu dah ada hakmilik kan. itulah hikmahnya panas ati aritu. Allah balas dengan keseronokan dan kegembiraan team kitaorg selesaikan masalah ni. alhamdulilah :)

Balik rumah dengan gembira dan raikan dengan memeluk dan memicit2 binatang yang cute ini. cyn cute kan kucing angkat aku ni? ;p


Kucing tadek nama yang cute hehe..

Tuesday, January 11

Kenangan Hujan

Hujan oh hujan.. tak benti2 turun. dengar kat berita awal minggu lepas katanya ujan peringkat kuning di pahang, kelantan n ganu sampai sabtu aritu je. ni dah masuk isnin still camtu. tak benti2. lebat nya tak agak2 plak tu. tak perlah rahmat Allah. adalah hikmahnya tu. jangan banjir sudah. kalau betoi2 banjir pengalaman pertama ni. debor ase bak kata zizang huhu..

Ujan2 ni paling susah bila basuh baju la. payah betoi nak kering. dah pakai spinner pun 2 3 hari baru kering. lagilah perah pakai kederat. dulu kecik2, time2 letrik pakai generator dulu. mana lah nak ada mesin basuh bagai. kain baju basuh pakai tangan je. berus2 pastu bilas. pastu perah. kederat mana lah sangat nak perahkan. setakat perah je lah. pastu bila sidai air titik2 lagi jatuh. kalau ujan mak ai.. 2 minggu belum tentu kering lagi kain tu. paling2 pun air titik2 je dah tak turun. tapi kain still lembab lagi.

Masa tu mak mula buat penyidai dalam umah. silang sana sini tali untuk sidai baju. paku sana sini untuk sangkut baju. akhirnya umah dah jadik cam kedai jual kain baju. sana sini tersidai n tergantung kain baju. agak2 dah kering nak pakai sarung je dari penyidai. tak yah nak lipat2. angkat yang tu ada lagi yang tunggu giliran nak sidai. kalau tak muat sidai je lapis2 huhu..

Kalau ujan tetiba benti n matahari malu2 nak kuar mula lah kami sidai kain baju kat luar. kot2 lah cepat sikit kering kan. tak dapat matahari angin pun cukup. pastu kalau dah sidai kat luar tu kena lah tunggu. dah namanya musim ujan kan. kang tetiba je ujan balik. dalam masa tertunggu2 tu nak solat pun takut. kang ujan sapa lah plak nak angkat kain baju tu. kena lah gilir2. bila ujan berlari semua angkat kain. kenangan sungguh lah hehe..

Tapi baiknya ujan ni duk je bertapa dalam umah. tak kuar2 pun. kalau kuar pun terdesak je. selalu ayah je kuar. kami jangan harap! (w/pun kadang2 terlepas jugak huhu..) baju2 pun tak baper kotor. bleh je pakai sepasang baju tu sehari suntuk. jimat penyidai hehe.. tu pun kadang2 kotor jugak bila kami adik beradik sama anak2 jiran main ujan. syok oh main ujan. pastu main gelongsor2 atas tanah yang licin. pastu ramai2 jatuh. abeh tanah kami kerjakan. dah macam segerombol kerbau lalu je hehe.. tinggal nak tanam padi je lagi. tanah sudah gembur hahaha.. gelak2 pastu siap kena marah ngan ayah sebab gemburkan tanah dia. semua anak jiran bertempiaran balik. kami terus lari kat belakang umah gendang pintu suh mak buka. pastu mandi 3 beradik. wah sungguh nostalgik kenangan ujan :)

Monday, January 10

Inilah Berita

Lama sangat rasanya tak apdet blog. takder idea nak tulis apa. tiap2 ari rutin adalah sama. so tak kan nak citer benda sama kan. kang bukan korang je, saya pun boring jugak. arini rutin baru di opis saya jaga punch card. seminggu ni saya kena duk bertunggu tangga depan mesin punch card masuk dan balik untuk check dan pantau kad2 kuning tu. siapa ketip 2 kali saya sergah hehe.. minggu depan saya kena buat laporan plak. dah ada format tiru sajer. seperti biasa org baru seperti saya agak strict sket. so jaga2.. ;p

Arini jugak mau ucap happy enibeseri untuk kawan terbaik saya pn cyn. katanya arini dah belated sebab dia akad nikah 9hb. samalah tu. janji saya ingat. kalau tak ingat haa.. menangislah ko di sana. aku tak kan wish eniberseri ko hehhehe.. oklah untuk cyn n alem, selamat ulang tahun perkahwinan ke satu lah ek. semoga korang dapat sambut ulang tahun seperti ni tiap2 tahun sampai akhir hayat korang. amin..

Jumpa ni kat blog wawa. so pada siapa2 yang suka kenny rogers sila bersedia. rabu ni dengan berpakaian merah kita pakat2 serbu KRR. lipstik merah tak kira yer. hanya pakaian dan aksesori sahaja yang valid untuk promosi ini. untuk pn iryd bila mau pulang. sudah rindu mau makan kenny rogers sama kamu huhu..

Tuesday, January 4

Opis Baru

Ari jumaat minggu lepas saya ditugaskan inspect bangunan baru PTGP. inspect unit saya je lah. sebab unit2 lain ada wakil jugak. so dalam kul 9.30 pg cc datang kasitau kitaorg akan gerak kul 9.45 pg sebab meetingnya kul 10 pg. oleh kerana pagi tu hujan lebat giler kami terpaksa jugak naik kete opis. padahal opis baru dekat sekangkang gorila je. jalan kaki pun tak sempat berpeluh :)

Bila sampai mak aii.. ramainya org. kami masuk dulu bilik meetingnya. duk la depan. ingatkan kami2 je yang meeting. tetiba berbondong2 yang masuk dalam bilik meeting. rupanya majlis tu pra penyerahan bangunan tu pada 3 end user yang semuanya pejabat berkaitan tanah. chairmannya jkr. meeting citer sekali progress pembinaan. dari 3 blok tu blok A je dah siap sepenuhnya. blok B & C ada lagi tak siap. arkitek pun blum inspect. lepas taklimat kami dibawa ke bangunan masing2. PTGP blok B. so kami masuk berbekalkan pelan dari jkr. inspection bermula :)

Ini bakal bilik saya nanti. pandangan belakang adalah jalan kuar dari opis untuk balik umah. mesti ingat nak balik je bila duk sini nanti hehe..

Ni plak pandangan dari luar tingkap bakal bilik. nampak tak jalan kat belakang tu? tu jalan kembali ke pangkal jalan tu hahaha.. jalan balik umah la ;p tapi rasanya memang dapat bilik ni. just compete ngan amril je. lagipun ada 3 bilik pegawai untuk unit kitaorg. tak kan la yang satu ni dia nak rebut kot. dia mesti kasi can saya pilih dulu punya hehehe..

Ini plak ruang untuk staff amril hehe.. kira staff saya gak la sebab saya pun org unit tu. tapi sebab keje banyak ngan strata kira org strata gak huhu.. tapi nanti kat unit baru saya terpisah jauh ngan strata. diorg kat groud floor. saya plak kat tingkat 2. kurus lah turun naik tangga tiap2 hari. sib baik ada lift :)













p/s : Tak tau la dapat ke tak rasa opis baru ni.

Monday, January 3

Tahun Baru 2011

First post di tahun baru :)


Selamat Tahun Baru Uols.. Semoga semua selamat di tahun baru ni. saya mulakan tahun baru dengan bermacam2 penyakit huhu.. seperti biasa (dah selalu sangat sampai maleh ambek port dah huhu..) saya sakit mata. kali ni agak teruk sebab pakej dengan dalam mata sekali. selalu sakit kelopak mata je. bengkak sana sini. kali ni pun kelopak mata pun bengkak jugak. pastu pakej ngan sakit dalam mata. ye mata saya merah blink2 sebelah kiri. so kalau jumpa saya jangan tenung mata saya eh. nanti jangkit!

Pastu semalam tercekik tulang ikan masa makan laksa huhu.. sampai arini terasa lagi tulang tu cucuk kat tekak saya. kalau telan air liur je mesti dia cucuk2 tekak. dah aa saya yang buat laksa tu. lenyek ikan pun saya. rasanya abeh dah tulang2 semua saya buang. rupanya laksa ni makan tuan betoi la. sampai terlekat tulang ikan kat tekak saya.

Citer tahun baru? takder pun. kul 10 saya dah masuk tido. konon2 mau tengok bunga api (kat tv) la. takder maknanya. terlena sampai kul 6.30 pagi jugak. so bunga api dalam mimpi je la. tu pun tak mimpi. so berangan je la tengok bunga api huhu..

Azam baru? ada2. eh mana bleh cakap. kang bulan 12 nanti kalau tercapai saya cakap eh. kalau tak kita fwd je la tahun depan lagi dan lagi dan lagi huhu.. arini dah 3hb. lagi 17 hari birthday saya. lagi 24 hari roadtax kete mati hahaha.. tu lah. sapa suh beli kete awal tahun. bulan 1 gak lesen driving mati. sib baik lesen 30 hengget je. yang buat terduduk ni roadtax sama insuran la. tak main puluh ni. dia main ribu2 je.

Sepatutnya bulan 1 gak kete kena sebis. sib baik dah sebis siap2 bulan lepas. terima kasih pada kptg sebab pindahkan saya ke kuantan. so saya balik kampung tiap2 minggu. dengan itu mileage kete telah mengalir seperti air. oleh itu cepat la saya sebis kete huhu.. kalau tak pengsan. semua pun nak kena renew bulan 1.

Nak recap tahun lepas ke? tadek yang menarik pun. yang menarik just kete oren kuar je. lain2 sama je ngan tahun2 lepas. antara yang penting2..

1. Kete oren kuar
2. My last hosmate kawen. uwaaa.. saya tinggal sorang ;p
3. Pn alya dapat baby qisya. bertambah 'anak sedara' ku
4. Mimi sket lagi mau mati sebab termakan racun tikus huhu..
5. Saya dapat APC tahun ni. syukur2 :)
6. Demam yang berlarutan sampai berbulan2 :(
7. Lapor diri di kuantan. selamat tinggal putrajaya :)
8. Mimi beranak. yay! tapi lepas seminggu semua mati :(

Tu je kot. saya sakit mata ni. ingat mau jumpa doktor mintak mc bleh? hehehe.. (tanduk kuar kat kepala ;p)
Lilypie Next Birthday Ticker