Saturday, October 31

Kopak Den

Tadi sepagi kejenya 'ngubat' kete je. mula dengan sebis kul 10 pagi pastu melarat2 ke bangi sebey tayar. tayar belakang yang nyaris2 buat kitaorg accident aritu tak tuko2. dengan tayar tu saya dengan beraninya dah buat 3 kali perjalanan jauh. 2 kali ke melaka n sekali balik kampung. giler berani kan. alhamdulilah tak der apa yang jadik kat saya dan saya selamat pegi dan pulang sebab saya drive slow giler. bayangkan patutnya pi melaka bleh sampai dalam 1 jam ke 1 jam suku saya sampai lebih 2 jam. balik kampung plak patutnya bleh sampai dalam 2 jam setengah ke 3 jam saya sampai dekat 4 jam. giler slow saya drive.

Pastu siap sebis kul 11.00 terus berdesup ke seksyen 9 bangi untuk tuko tayar plak. cepat kan sebis. sejam je dah siap. itulah untungnya kalau buat apointment dulu. kalau tak buat appointment memang agak berjanggut gak aa nak nunggu. ye saya jumpa kedai tayar yang menawan hatiku. sebab tu secepat kilat ke sana tuko tayar plak. kat pusat sebis kena rm 100++ dah. kopak2..

En. kete yang tengah debar2 gayat duk atas.. eh apa nama binatang ni ek?

Tayar en. kete sudah di tanggalkan. haha.. en. kete dah tak der kaki ;p

Memula ingat nak pi makan masa tayar ditukar. uncle tu cakap dalam sejam. bleh aa pi makan kan. tapi akibat masing2 (saya pi ngan hajar) tak penah nengok proses tayar ditukokan n masing2 terkagum ngan macam2 alatan kat kedai tu kitaorg sanggup melangut tepi kete tu tengok uncle tu wat keje. bila uncle tu guna satu2 alatan kitapun cakap serentak "oo.. cam tu.." ataupun "oo.. guna cam tu". giler masing2 jakun ni. haha.. lawak2.

Pas penat berdiri sajer lepak dalam kedai plak. sejuk sket kan ada aircorn. depan mata ada macam jenis sportrim plak. sebab tak der pelanggan lain abeh semua pekerja kedai kasi tumpuan penuh kat kitaorg 2 org. rasa cam vip pun ada. bermula aa citer pasal sportrim. dengan ayat skema saya tanya budak yang jaga kat situ,

"bleh awak citerkan kat saya pasal sportrim?"

Budak tu dah tak der keje agaknya panjang lebar terang kat kitaorg. cam tu lah. cam ni lah. masing2 pun melopong je dengar. kagum2 hahaha.. tetiba uncle yang tukar tayar kitaorg tu datang. siap bawak lagi sportrim tu buat demo kat tayar kete saya. lupa nak snap gambar. kalau tak bleh tunjuk kat sini. giler cun lah kete gue tu kalau pakai sportrim yang uncle tu suggestkan. pikir bukan kete sendiri je. kalau tak agaknya dan2 tu saya tuko sportrim tu. ;p

Borak sket punya lama. uncle tu saya rasa tak der keje sangat kot. abeh semua tip2 pemanduan dia citer ngan kitaorg. kitaorg pun lopong sekali lagi dengar. hahaha.. sibuk sangat berborak sampai lupa dengan kete yang dah siap tuko tayar tu. kena rm 300++. huh! kopak lagi sekali gue. ni cam ner nak idup ni? lagi 4 minggu baru gaji tau. uwaaa.. makan lalang aa pasni ;p

Thursday, October 29

Kitaorang 3 Beradik

Baru pas gosok baju

Baru pas mesin kain

Baru pas makan sate.. brupp.. alhamdulilah..

Tetiba cam nak bercerita kat sini. agaknya mood dah mari kot kan. nak citer apa ek? citer pasal diri sendiri je la kan. senang. kot nak ngutuk2 pun diri sendiri. tak bleh nak marah diri sendiri. haha..

Kami hanya 3 beradik. tiga2 pompuan (girl power! huhu..). umur selang 2 tahun. kalau sorang darjah 2 sorang lagi darjah 4 n yang sulung (den lah tu) darjah 6. cam tu la berterusan sehingga abeh sekolah menengah tingkatan 5. ye kami 3 beradik semua sekolah setakat tingkatan 5 je. tak der pun yang masuk form 6. eh tapi saya penah masuk form 6 2 minggu kat SMJ. abeh 2 minggu bersamaan abeh minggu orientasi saya dipanggil ke U. huh! penat kena dera. kalau tau U nak panggil takder maknanya nak seksa diri kat form 6 tu. huhu..

Mak lahirkan saya (anak sulung) lepas 8 tahun kawen. 8 tahun tu. lama kan. mak lahirkan saya masa umur dia 35 tahun. mak kawen umur 27 tahun. betoi! saya penah tengok surat nikah mak ngan ayah. gigil2 nak baca sebab tulih jawi. haha.. maklum saya ni agak buta jawi. kalau slow2 bleh aa. kalau suh baca laju2 tah apa2 aa saya sebut kang. ;p

Kitaorg adik beradik masa kecik tak reti bersosial. seriusly! korang bleh interview mak saya kalau tak caya. huhu.. kitaorg hanya pandai kawan bertiga je. kesian betoi. main bertiga. makan bertiga. tido bertiga. semua bertiga lah. yang paling saya ingat kalau pi kenduri. tak kira aa kenduri kawen ke, kenduri doa selamat ke, kenduri bersunat ke, kitaorg tak kan berlekang dengan mak. mana mak duk kat situ aa kitaorg duk. kalau mak bangun abeh tiga2 ikut bangun. lapang tempat duduk. haha.. ate dah bila bangun, empat2 bangun haruslah tempat duk lapangkan. ;p

Cam belangkas! mengikut je ke sana ke mari. yelah dah namanya tak reti bersosial. harus aa takut nak berkawan kan. duk je melekat ngan mak. sama gak kalau balik kampung. ngan sepupu2 pun tak reti nak berkawan. so kejadian yang sama jugak berlaku. mana mak ngan ayah pegi kitaorg wajib ngeko. mak siang ikan abeh ketiga2 ikut siang ikan. mak makan abeh ketiga2 makan. haha.. lawak plak bila ingat.

2 minggu lepas masa lepak umah mak cik lepas balik hospital mak ngan mak cik dok la bercerita pasal kitaorg kecik2 dulu. citer2 pastu gelak. huh! tak sopan betoi gelakkan anak sendiri hahaha.. tetiba mak cakap kat mak cik saya,

"Ini bila dah beso tak sangka plak bebudak ni jadik cam ni"

Huh! terharu plak saya dengar. betoi gak kan. tak sangka kitaorg 3 beradik yang takutkan orang dulu sekarang dah beso bukan main berani lagi. hahaha.. bukan berani apa la. dah pandai berkawan. bleh berdikari. tak bergantung pada mak ngan ayah lagi. pandai je uruskan diri sendiri masing2 pun. masing2 pun sambung study kat tempat yang jauh2 plak tu. hidup je plak kan. tak der plak nangis2 masa mak ngan ayah antar masuk U dulu. eh tipu plak. ada aa nangis sket. tapi tak der aa meraung2. biasa aa kat tempat baru. semua pun agak sedih aa kan jangan nak bohong ek..

Saya sendiri tak sedar yang kitaorg 3 beradik yang berjaya mentransform diri kitaorg dari orang yang tak reti langsung bersosial pada yang terlebih sosial. haha.. tak der aa terlebih. lebih skettttt je. huhu.. kiranya kitaorg dulu dah kena transformasi aa dari budak2 AF tahun ni ;p. cuba bayangkan kalau kitaorg tak berubah2 dari dulu sampai sekarang apa agaknya jadik kan? kompem kitaorg 3 beradik melepek je aa kat umah sampai arini jadik katak yang tak tau citer dunia luar. huh! ngeri betoi nak bayangkan.

Tiga beradik yang telah ditransformasikan ;p

Wednesday, October 28

Mood Talak Mali..

Tak der mood nak apdet blog sekarang sebab blog list problem. w/pun tak der kena mengena2 ngan apa yang saya apdet tapi cam frust aa sebab tak bleh nak tgk recent apdet kawan2. nak kena bukak semua link list satu2 untuk tgk saya yang apdet n siapa yang tidak. penat mak nok! apa prob dia ek? saya sorang je kena ke korang pun kena gak? oklah nanti2 aa saya apdet ek. tunggu mood mari dulu.

Amir & Family

Cam mana nak mulakan citer ni ek? aritu nuar datang opis ada jemputan jamuan perpisahan untuk dia dan beberapa org lagi kawan2 yang dah transfer. tak sempat nak wat jamuan lagi kan masa dia transfer. so alang2 jamuan raya kitaorg buat sekali dengan jamuan perpisahan.

Time lepak2 tu sajer mintak tengok gambar amir anak dia. pastu terus suh bluetoothkan ke hp saya. nak masukkan dalam blog. saya kan suka kongsi2 cerita dengan kawan2. mostly kawan2 mesti baca blog saya. so kalau saya tau or dapat apa2 citer lebih senang saya masukkan dalam blog ni then semua org pun bleh baca. tak perlu nak bertepon2 bagai. jimat!

Amir pakai songkok. cute! huhu..

Amir dah beso. yelahkan dah 7 bulan. tak kan makin kecik kot kan.

Dan akhir sekali gambar amir ngan mummy n daddynyer. wah mummy daddy gitu. tak der aa. apa tah amir panggil mak ngan ayah dia. tak penah plak tanya. kitaorg jarang jumpa amir sebab mak ayah amir tak duduk sekali masa dia lahir dulu. amir duk ngan mak dia. mak amir ngajar. tak dapat satu tempat ngan ayah dia. so duk asing2 la kejap. pas amir lahir n umur baper bulan tah baru ayah amir dapat transfer. saya pun penah jumpa amir 2 kali je. sekali time 'terjumpa' sama2 makan kat secret recipe n sekali lagi masa amir wat lawatan kat opis beberapa hari sebelum daddy dia pindah ke melaka.

Harap amir cepat2 membesar bagai johan tau. nanti bleh wrestling ngan daddy. hahaha..

Saturday, October 24

Potato Wedges Cyn

Tadi petang pi alamanda sat. balik2 cyn dah ada kat umah. masuk umah tetiba nampak ada sekantung kentang kat atas mesin basuh. ye mesin basuh. umah kitaorg mana der kabinet dapur bagai. buh je la mana sempat. jangan letak kat lantai udah le.

saya : beli kentang? kan kentang banyak lagi tu
cyn : a'ah, aku nak buat potato wedges untuk majlis makan2 malam ni.
saya : oo..
cyn : tapi resepi tak der.

Secepat kilat surf internet carik resepi. itu aa untungnya ada internet ni. semua benda bleh carik dalam tu. mak ayah je tak der. haha.. ye jumpa! senang je nak buatnya. nak resepi? nanti last saya kasi. kita abehkan citer dulu ek.

Lepas cakap kat cyn bahan2 yang diperlukan dia pun mula masak. saya sekali2 jenguk gak. first time ni minah ni masak yer2 depan saya. kalau tak tu asyik2 masak air, sup ngan megi je. haha.. teruja gak nak tengok ;p

Tengah tengok2 tv,

cyn : kak ija nah ko rasa. naper tak rasa cam kfc punya ek?

Hoh! ko ingat ko anak sedara kolenel kfc tu ke? haha.. sedap aa tu. buatan tangan sendiri memang cam tu. yang kfc punya tu dia dah awet. pastu ada aa rempah2 rahsianya yang dia buh dalam tu. sebab tu rasa dia lain sket.

Saya terus klik! klik! ambek gambar sambil cakap "aku buh dalam blog yer.." :)

Eh hampir lupa nak kasi resepi ek. ok kat bawah ni resepi nyer. cuba la. sodap!

bahan A
Kentang (ikut suka korang aa nak baper bijik kan)

bahan B
tepung gandum
serbuk lada hitam
serbuk lada putih
kunyit
garam
gula

1) kupas ubi kentang, basuh then potong2

2) rebus ubi separuh masak. tapi kalau masak pun ok. kang goreng kasi masak kulit je sebab dalam dah masak.

3) bancuh bahan B dengan air agak2 cam nak buat goreng pisang.

4) celupkan kentang dalam bancuhan tepung dan goreng. n siap!

Friday, October 23

BAJET 2009

Pembentangan bajet dah abeh. terima kasih kat DS najib sebab kasi bayaran khas pada kitaorg yang bergred 41 -54 sebanyak rm500. yelah dari tak der rm500 pun duit ye tak? memang aa kalau ikutkan hati tak cukup n sket kan. tapi dari tak der rm500 pun bleh la. bersyukur je la dengan pemberian itu w/pun tak pueh hati. haha..

DS najib juga bermurah hati memberi penjawat awam membuat pinjaman komputer setiap 3 tahun sekali. pada siapa2 yang tak der pc lagi tu bleh aa buat pinjaman. 3 tahun sekali tu. kalau 10 tahun bleh dapat 3 pc la. pastu benti keje bukak cybercafe je. untung gak. hahaha..

Banyak gak benda2 yang best masa DS najid bentang bajet tadi. paling best student2 la. macam2 inisiatif dapat. antaranya yang best :

1) Pakej netbook dan jalur lebar kepada pelajar universiti dengan bayaran RM50 sebulan selama 2 tahun. Tawaran oleh Telekom Malaysia kepada 100,000 pelajar di semua universiti tempatan bermula 1 Januari 2010. - Yang best pada student2 baru la sebab dia kasi tawaran 2 tahun. yang tak bestnya cybercafe la. bila semua student dah ada broadband sendiri kompem tak pi cc dah. banyak aa cybercafe bungkus pasni. ;p

2) Diskaun tambang 50% tambang perkhidmatan kereta api jarak jauh kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar. - Best tu. pasni ketapi mesti penuh ngan student je la. 50% banyak tu. kalau tiket rm30.00 bleh dapat rm15.00. dah aa tambang ketapi lagi murah dari bas. makin sesak aa stesen ketapi pasni.

3) Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setarafnya bermula tahun hadapan. - Yang ni penah buat dulu tapi dah buang. la ni dia buat balik. memang aa berbaloi. tapi lagi berbaloi kalau dia hapuskan terus charge perkhidmatan untuk semua student. huhu..

4) Menganugerahkan biasiswa nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik berasaskan merit sepenuhnya. - Yang ni no komen. ;p

Dengan bertambahnya inisiatif ni buat saya rasa nak study plak. best tu macam2 dapat. cam tambang tu kerajaan kasi 50% dari umur 13 sampai selagi bergelar pelajar tau. tak kira tua mana pun student tu lah kan. huuuu.. best2.

Bagi pembayar cukai plak ada beberapa inisiatif diberi. antaranya

1) Penurunan 1% kadar cukai pendapatan individu maksimum dari 27% ke 26%. -Yang ni tak der kaitan ngan saya sebab saya tak layak lagi bayar cukai. maklum org gaji agak kecik.

2) Pembayar cukai individu dibebaskan cukai pendapatan sebanyak RM500 bagi mereka yang melanggani jalur lebar. - Saya suka dengar pengumuman ni. kerajaan sangat prihatin dengan teknologi namanya. haha.. tapi seperti di atas saya masih tak layak bayar cukai. so tak dapat aa pengurangan cukai w/pun saya guna broadbeng kat umah.

Ada juga pengumuman yang mencekik diri sendiri. hehehe.. ayat tak agak2. antara yang agak menjerut tengkuk adalah :

1) Kerajaan mencadangkan cukai perkhidmatan RM50 setahun dikenakan ke atas setiap kad kredit utama dan kad caj termasuk kad yang diberi secara percuma. Kerajaan juga cukai perkhidmatan RM25 setahun bagi kad kredit tambahan berkuatkuasa 1 Januari 2010. - Baru je pagi tadi borak2 ngan opismate kata nak terminate kad plastik ni. rupanya DS najib nak umum benda ni dalam bajet. nampaknya dah wajib terminate lah ni. huhu..

Banyak lagi yang DS najib umum dalam bajet tu tadi. banyak gak la inisiatif2 yang diberi pada beberapa sektor2 utama negara. saya bab2 sektor2 utama ni tak reti nak komen. saya komen yang ada kena mengena dengan saya. antara lain yang agak menarik seperti :

1) Kerajaan membenarkan kadar potongan caruman KWSP dinaikkan semula ke kadar 11 peratus secara sukarela berkuatkuasa serta merta dan mulai 1 Januari 2011 caruman KWSP akan dikekalkan pada kadar 11 peratus. - Pada siapa2 yang nak tukar dah bleh sekarang. pada saya biar aa kekal 11%. itu simpanan hari tua. hari di mana kita dah tak kuat nak kerja. at least ada aa sket untuk sara diri bila dah tua nanti. kalau dah simpan sikit, sikit aa untuk hari tua nanti ye tak? tak beza sangat pun 11% ngan 8% tu.

2) Bagi memastikan hanya kumpulan sasar diberi subsidi minyak, kerajaan akan melaksanakan satu sistem pengurusan subsidi minyak pada awal 2010. Sistem yang mesra rakyat ini akan menggunakan pakai MyKad. -Yang ni pun saya setuju. biar aa kumpulan sasar je dapat subsidi. takut ada orang yang tak disasar ambek kesempatan atas subsidi yang diberikan. yang rugi kita.

3) Sejumlah RM1 bilion disediakan untuk meningkatkan lagi perkhidmatan PDRM pada 2010. - Harap2 pihak PDRM bertambah cekap menangkap penjenayah n jenayah makin kurang.

Itu je kot yang ada kaitan secara langsung dengan kehidupan saya sekarang ni. banyak lagi subsidi dan inisiatif yang diberikan. cukup lah kot saya komen setakat ni. nak komen banyak2 apa hak kita betoi tak. bak kata mak saya bersyukur dengan apa yang diberi. apa yang saya komen ni pun pendapat saya je. lain orang lain pendapatnya. korang plak apa komen? ;p

Thursday, October 22

BONUS

Cuepacs, MTUC minta bonus 2 bulan

Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Cuepacs dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) masing-masing memohon kerajaan memberi bonus dua bulan gaji kepada 1.6 juta kakitangan dan pesara perkhidmatan awam serta dan memperkenalkan dasar gaji minimum RM900 sebulan bagi semua sektor pekerjaan dalam Bajet 2010, yang akan dibentangkan esok.

p/s : dapat ke? berdebo2 ni. hahaha..

Tuesday, October 20

Kucing Jari 6

Aritu balik dari antar mak pi hospital singgah umah mak cik kat jengka. sambil2 menghantar barang sambil2 ziarah la. saya kan tak datang lagi umah dia raya tahun ni. huhu.. dan saya jumpa dia ni. si cute ni. serius kiut. rasa nak picit2 je. dah aa manja. paling istimewa empat2 jari kaki ngan tangan dia (eh! kucing ada ke tangan?) ada 6. kucing kan selalu ada 5 jari je.

Pueh nak ambek gambar dia ni. sibuk nak gerak2. bunyi plak bukan main nyaring lagi. eeeeeeee.. naper awak kiut sangat..

Cuba kira tu. betoi kan dia ada 6 jari.

Sebab kaki ngan tangan dia ada 6 jari so jadik aa cam ni. kaki dia kembang. huhu.. kalau dia jalan kiut je. cam kaki ronald mc donald tu. beso! hahaha..

Kad Privilege

Orang itu : Kami dari f**f** malaysia ingin memberi cik baucar tiket penerbangan percuma berserta kad privilege...

Orang Itu : Kami dari koperasi serbaguna **** . tahniah anda telah memenangi ...

Hoh! bosan betoi. tak abeh2 nak promote kad diorang tu. saya yakin org lain yang ada kad kredit mesti selalu dapat panggilan2 cam tu. saya bukan nak salahkan diorang. saya tau diorang pun bekerja untuk dapat customer. tapi kadang2 cara diorang tu salah. lepas kasitau benda yang konon2 kita menang baru cakap yang kena bayar semua. sepatutnya diorg kena terangkan awal2 yang kad tersebut kena bayar. tak kira aa bayar sekali seumur hidup atau cam ner pun.

Saya penah kena sampai saya dah kasi no kad kredit semua baru dia cakap semua hadiah2 tu kena bayar padahal sebelum tu saya dah tanya kena bayar ke tak dia jawab tak payah bayar. bila tanya balik tadi cakap tak yah bayar dia bleh belit plak cakap tak yah bayar bulan2. tapi bayar sekali seumur hidup. tak kisah aa bayar cara macam mana kan. itu maknanya still kena bayar. bagi saya itu adalah penipuan. kawan saya pun penah kena sampai dia charge dalam akaun. padahal takder pun cakap setuju dengan apa yang dia cakap.

Tadi ada lagi sorang telepon saya. yang lagi saya geram suara memang orang yang sama sebab dah banyak kali call saya tapi bleh ngaku dari syarikat lain pulak. yang buat lagi geram bila saya cakap elok2 dan lembut2 "tak per, saya tak nak.." dia bleh hempas telepon. tak der adab ke? cam tu ke cara ko nak dapat customer? dah aa ada unsur2 menipu. kurang adab plak tu. apa salahnya cakap terima kasih n letak telepon elok2. tak paham betoi la.

Monday, October 19

Kepentingan

Hidup sebenarnya satu perjuangan. Bak kata pepatah yang kalah jadi abu yang menang jadik arang. Perjuangan adalah satu perkara yang indah dalam hidup jika berani menghadapinya. Berjuang maksudnyer berusaha. Berjuang maksudnya tidak mengaku kalah. Dalam hidup ni sebenarnya jika mahukan sesuatu mahu atau tidak kita terpaksa berjuang. Perjuangan untuk mendapat kemenangan atau sebaliknya. Bila kita menang kita gembira. Tetapi bila kita kalah kadang2 kita salahkan pihak yang menang. Itu lumrah hidup.

Bagi saya jika kita telah berjuang (berusaha) tetapi kita tetap kalah itu juga adalah satu kemenangan. Yang penting kita telah berjuang. Kalah atau menang itu bukan persoalannya. Tapi dalam asyik berjuang kita kadang2 lupa satu persoalan penting. Bahawa kemenangan pada pihak sendiri adalah kekalahan dan kekecewaaan pada pihak yang satu lagi. Apabila kita terlalu pikirkan kepentingan sendiri (kemenangan) kita sebenarnya telah abaikan kepentingan pihak yang lagi satu yang kadang2 sebenarnya telah menganiaya mereka. sedar ke korang?

Kita sepatutnya redha dengan ketentuan tuhan. Kemenangan atau kekalahan dalam hidup adalah lumrah kehidupan. Kemanisan hidup akan dapat dirasai apabila kita dapat merasa kedua2 situasi tersebut. Semua eleman kena balance. Barulah nikmat hidup dapat dirasakan sepenuhnya. Dengan hanya merasa nikmat kemenangan semata akan membuatkan timbul rasa angkuh dan bongkak dalam hati. Manakala hanya merasa kekalahan semata pula akan membuatkan diri rasa serba kekurangan dan tidak berguna langsung.

Bagi yang merasa nikmat kemenangan harus diingat hidup umpama roda. Tidak selamanya kita berada di atas. Sampai satu masa kita akan berada di bawah. Bersyukurlah dengan nikmat kemenangan yang Allah kurniakan kepada kita selama ini. Allah maha adil. Kita juga kena percaya dengan konsep balasan. Setiap yang berlaku dalam hidup ini akan dibalas tak kira balasan baik atau buruk. Rasa bersyukur dan redha dengan ketentuan tuhan (setelah berjuang) akan membuatkan kita menerima dengan seadanya ketentuan yang telah tersurat.

p/s : ini baru betoi2 dari hati saya.. :)

Kenapa Berkahwin?

Holaa... lama tak apdet kan. cam biasa kalau balik kampung memang maleh nak apdet sebab internet kat kampung slow mengalahkan siput. so kita mula kan arini dengan sedikit tazkirah ye adik2. wah.. feeling2 ustazah ni. saya copy paste dari email. sila kan baca untuk mencuci minda sket pagi2 ni ek..

Saban tahun beratus malah mungkin mencecah ribuan rakyat Malaysia berkahwin. Dan sekiranya kita bertanya kepada mereka kenapa mereka berkahwin? Maka beberapa jawapan seperti di bawah akan kedengaran.

1 – Saya berkahwin kerana hendak mendapatkan zuriat.

Allah SWT telah berfirman :
Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan
menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (QS an-Nisaa’)

2 – Saya berkahwin kerana saya memerlukan pertolongan seorang isteri untuk berbuat kebaikan dan melarang membuat kejahatan.

Allah SWT telah berfirman :
[9.71] Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (QS at-Taubah)

3 – Saya berkahwin kerana perkahwinan membuka pintu rezeki.

Allah SWT telah berfirman :
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui. (QS an-Nur)

4 – Saya berkahwin kerana saya mahukan bersenang hati, hidup mesra dan berkasih sayang serta belas kasihan.

Allah SWT telah berfirman :
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
(QS ar-Ruum)

5 – Saya berkahwin kerana sunnah Nabi.

Sabda Rasulullah SAW :
Diriwayatkan daripada Anas r.a. katanya : Sesungguhnya beberapa orang sahabat r.a. bertanya kepada isteri-isteri Rasulullah SAW mengenai amalan yang dilakukan oleh baginda secara diam-diam. Maka ada di antara mereka yang memberitahu bahawa dia tidak akan berkahwin. Ada juga yang memberitahu bahawa dia tidak makan daging dan ada pula yang memberitahu bahawa dia tidak pernah tidur di atas hamparan. Mendengar hal itu semua, Rasulullah SAW memuji kepada Allah dan bersabda,

“Apa kena dengan kaum itu, mereka berbicara itu dan ini, sesungguhnya aku mendirikan sembahyang dan aku juga tidur, aku berpuasa, berbuka dan aku juga berkahwin. Maka sesiapa yang tidak suka sunnahku, dia bukanlah golonganku iaitu umatku.”

6 – Saya berkahwin kerana saya nak jadi seorang suami dan seorang ayah yang soleh.

7 – Saya berkahwin kerana semua orang berkahwin.

8 – Saya berkahwin kerana saya dah tua. Saya tak nak orang panggil saya bujang terlajak.

9 – Saya berkahwin kerana nafsu saya bergelora.

10 – Saya berkahwin kerana saya rasa sunyi dan perlukan teman.

11 – Saya berkahwin kerana nak menutup malu, kami dah terlanjur.

12 – Saya berkahwin kerana kesian dekat dia. Saya nak bantu dia.

13 – Saya berkahwin kerana ayah dan ibu saya paksa saya berkahwin.

14 – Saya berkahwin kerana ada yang akan menanggung serba-serbi kehendak saya.

Sekiranya saya meneruskan lagi senarai ini pastinya senarai akan bertambah panjang. Dan saya tidak dapat menafikan bahawa setiap perkahwinan tetap mempunyai sebab yang tersendiri. Cuma kalau kita selidiki apa yang Rasulullah SAW katakan bila berbicara tentang perkahwinan,

“Dikahwini wanita itu atas empat perkara : harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan.”

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), Nasaie (6/68) dan Ibnu Majah (1858))

Kesimpulan, setiap perkahwinan mempunyai visi dan misi yang tersendiri. Sama ada dari al-Quran mahu pun dari hadis Rasulullah SAW, ianya telah menyatukan dua insan yang berbeza untuk hidup dalam satu bumbung dan berinteraksi, berkomunikasi dan berbicara sama ada secara fizikal mahupun secara batin. Visi dan misi ini yang memberikan kekuatan bagi seorang suami dan seorang isteri untuk menghadapi kehidupan di dunia.

Namun ramai yang terlupa kenapa mereka berkahwin? Apa matlamat mereka berkahwin? Ringkasnya sama ada untuk memenuhi tuntutan akal atau nafsu, batin atau zahir, emosi mahupun fizikal ianya adalah demi untuk kebaikan semua pihak.

Lantas kenapa timbul isu-isu seperti di bawah?
1. Suami/ isteri saya sudah tidak sehaluan.
2. Suami/isteri saya telah berubah.
3. Suami/isteri sudah tidak serasi
4. Suami/isteri tidak bertanggungjawab.
5. Suami/isteri sudah tidak saling cinta mencintai.
6. Kasih sayang sudah pudar.

Asasnya, ramai yang berkahwin kerana nafsu. Ini merujuk kepada ayat al-Quran dalam surah ali-Imran yang bermaksud :

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

Dan sekiranya kita merujuk kembali hadis Rasulullah SAW bahawa wanita dikahwini kerana empat sebab iaitu rupanya, hartanya, keturunannya dan agamanya, dapat kita simpulan bahawa ianya memenuhi sifat yang ada pada manusia. Kesukaan kepada rupa, harta dan keturunan namun perkara yang paling penting ialah agama kerana dengan agama sahaja kita akan kembali
kepada Allah SWT.

Jelas sekarang bahawa semua isu yang timbul di kemudian hari ada berkait rapat dengan matlamat perkahwinan.

Dari Amirul Mukminin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata, “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan itu tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada
(keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikehendakinya atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.”

(Hadis riwayat dua imam hadis, Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al
Qusyairi An Naishaburi dan kedua kita Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang)

Tuesday, October 13

Menatap Matamu

"kak, donlodkan lagu baru aril menatap matamu kalau xsilap tajuk dia" cik kim via sms.


"Ok" via sms.


Sepantas kilat on laptop dan donlodkan lagu tu.


Menatap matamu by aril

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andaikan kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun

p/s : Siapa sudi nyanyikan lagu ni kat tinger gue?

DAH CAPAI 10,000

Yey! dah cecah lebih 10,000 hit. suko2.. tapi tak dapat capture 10,000 tepat. tak per aa.. yang penting lebih 10,000 kan. siapa aa yang bertuah tu kan masuk time 10,000 tu. anyway saya nak ucap tq aa untuk semua yang sudi jenguk2 kat blog comey ala2 mengarut ni. tanpa sokongan anda semua tak mungkin impian saya untuk cecah hit 10,000 tu tercapai. wah! dah macam ucapan menang award FFM gitu. haha.. eh tapi saya ikhlas tau. siapa2 yang dapat capture hit 10,000 tu jangan malu2 nak email ek kat crisda79@yahoo.com. tq very2 much aa pada semua. tanpa anda siapa lah saya. wah gitewww..!! ;p

Lagi 100

Sudah hampir angka 10,000. wah teruja ni. lagi 100 je nak sampai 10,000. bertahun nak tunggu tau.. harap2 dapat aa capture angka 10,000 tu nanti. sapa kalau masa masuk dapat angka 10,000 tu print screen aa ek n email saya kat crisda79@yahoo.com. kerjasama anda amatlah dihargai. terima kasih. huhu..

Monday, October 12

Saya Suka Gambar Ni

So sajer nak menyemakkan blog letak gambar giler glamer ni. huhu..

..Atau Nama Pena Saya Wajib Tayang

Kelako gilerlah citer PAPADOM ni. sakit perut saya gelak. kadang2 ada part2 yang orang lain dah abeh gelak tapi saya tak abeh2 gelak lagi. gilo.. penangan afdlin memang syiok!

Semalam saya pi tengok PAPADOM ngan 'biopren skandal' saya. haha.. ngan jalil la. korang tu mula aa nak pikir bukan2 tu. hehe.. kitaorg pi tengok show kul 7.30 malam. kat alamanda la. kat mana lagi. w/pun umah jalil jauh dari alamanda tapi saya telah memaksa dia datang jugak ke alamanda untuk tgk sama2 ngan saya. hahaha..

Kuar umah dalam 6.30 ptg sebab nak kena ambek tiket dulu. namanya booking kan. harus aa ambek. kang lewat langsung tak dapat. tu pun semalam penuh wa cakap lu. sib baik kitorg dah booking awal2. tu pun dapat belah tepi. hujung sekali plak tu. teleng2 kepala tgk movie. sib baik best. huhu.. lepas ambek tiket masing2 jadi orang beriman duk dalam surau sambil tunggu azan maghrib. tepat jam 7.04 malam masing2 laju2 solat. pastu terus ke gsc menunggu tayangan.

Serius citer PAPADOM best. memang tak sia2 filem ni menang filem terbaik FFM aritu. tapi tak bleh lawan sepi la. saya suka sepi by kabir bhatia. bagi saya sepi super terbaik. tak tau naper 100 kali tengok pun still tak jemu. siap beli vcd dia tu. kalau korang tak caya baik korang pi tengok sendiri PAPADOM. saya tak bohong. dalam babak2 sedih tetiba terselit secalit kelakar yang bleh buat kita ketawa tak sedar diri. afdlin memang giler.

Memang Sunyi

Lagi 50 je lagi nak sampai 10,000 ni. teruja2. hehe.. saya sebonaih nak citer pasal saya dapat duit raya tengahari tadi. wah tak sangka dah besar2 pun still dapat duit raya ni. tapi memang tiap tahun pun saya dapat. terima kasih aa kat pemberi duit raya tu. moga dimurahkan lagi rezeki dan kasi duit raya banyak2 lagi kat saya.

Pada yang biasa ngan tulisan tu sure tau siapa pemberi duit raya tu. tulisan yang susah nak baca tu hehe.. keje 2 tahun ngan dia baru bleh baca tulisan dia. tu pun sket2 je. bukan sepenuhnya.

Oleh kerana dapat duit raya saya kongsi aa ngan budak2 opis. saya beli 2 pizza large n 2 botol air bergas (bak kata jalil) untuk makan sama2 ngan diorang kat opis. sampai2 masing2 serbu. malangnya. lan plak puasa. tak cukup korum aa makan. jangan nangis ek lan. aku dah tapau untuk ko. hehe..

Satu perkara yang paling rasa masa wat makan2 kali ni ialah suasana sunyi. serius sunyi. dulu kalau wat makan2 cam ni riuh rendah unit kitaorg. macam2 gelagat ada. sonok nyer kalau kenang. hehe.. sket2 nak kenang. sampai en. farid pun cakap unit kitaorg sunyi. tadi pun riuh gak. tapi cam biasa aa makin sket org kan makin slow :(

Friday, October 9

Jamuan Raya 'Seksyen Angkat'

Bleh plak ada kandung ada angkat kan. yelah. kami ni special sket. harus ada 2 seksyen. hehe.. pagi tadi majlis bermula dengan meeting seksyen. dalam kul 11.00 pagi baru jamuan bermula. majlis ini merangkumi 3 perkara. meeting bulanan seksyen, majlis perpisahan ngan birthday. majlis bermula dengan sambutan birthday.


Bermula dengan my bos. bersungguh2 cik mat (my bos) potong kek tu. kek nya beku sebab letak dalam fridge. keras giler. kek ni saya langsung tak rasa. naper? sebab cam tak best. saya kan tak suka coklat. hehe..


Yang kedua birthday hajar, zairi ngan nurul. ada yang bulan 9. ada gak yang lahir bulan 10. tarikh tak ingat. dalam gambar ni hajar ngan nurul je coz zairi mc arini. domam kot. kek ni saya makan. cilok ira punya sket. maleh nak ambek sendiri. huhu..

Pas sambut birthday kitorg mula plak ngan jamuan raya. makanan tak der aa super banyak cam jamuan seksyen kandung aritu tapi tetap kenyang. apa hal makan tak kenyang kan. huhu.. ada ayam merah, lemang, lontong, sate, karipap dan fruit cocktail. semua sedap!

Tetiba maleh nak naip. layan gambar2 kitorg tengah makan kat bawah ek.

Makan dan makan lagi..

Sempat menyelit!

Peace dari saya.

Lepas tu acara meraikan staff yang telah transfer dan 'ditransferkan'. selamat maju jaya untuk korang.

Nuar transfer ke melaka

Aida n ira ke KL n alya ngan yus ke s.alam.

Last sekali harus ada gambar tuan blog kedaung. semua jamuan raya dah settle. dari NRE (saya tak pi) ke JKPTG (pi sebab bertugas tapi tak makan coz puasa) ke seksyen kandung (makanan super banyak) ke seksyen angkat (sonok jumpa kawan2). lepas ni sapa nak wat jamuan raya lagi sila aa jemput. tunggu jemputan dari BMG plak ni. wei.. jangan lupa jemput aku. haha.. tak malu nak tumpang jamuan raya org lain. buat terakhirnya

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430 KEPADA SEMUA

Thursday, October 8

Syukur

Tekak nak muntah. badan panas. perut bergelora. makan tak selera. adoyai.. kompem saya nak demam ni. apa nak buat ni ek? jumpa doktor memang tidak lah kan setakat demam ni. eh tapi sekarang ni heboh H1N1 kan. harus jugak jumpa doktor ni. esok2 aa kot. ptg ni balik tido dulu. mana tau kot2 bangun sehat ke kan. ;p nampak sangat memang tak nak jumpa doktor.

Balik ni kena beli air tembikai. minum dengan sekali sedut. malam ni kul 3 pagi kena bangun mandi lama2 sket. pastu tak yah lap pasang kipas kuat2 duk or baring bawah kipas. esok kompem aa sehat. itu petua tau. untuk saya aa. untuk org lain tak tau aa valid ke tak. hehe..

Orang kata sakit menghapus dosa2 kecik kan. kalau tak sakit tak hapus aa dosa ek? alamak! banyak aa dosa den ni. dah lebih 2 tahun den tak demam ni. jangan kata nak demam. selesema pun tidak. tapi tak per. kita kena bersyukur ngan apa yang tuhan beri. at least saya sihat dari org lain yang menanggung sakit tu. alhamdulilah Allah kasi saya kesihatan yang baik sepanjang hidup ni. dosa pahala tu urusan Allah. kita usaha dan tunaikanlah apa yang disuruh dan tinggalkan larangan. betoi dak? abeh la.. dah feeling2 ustazah plak. hehe..

Musim Mengawan

Dah 2 hari tak nampak jay. bz betoi dia. selalu balik dari keje dua2 tu sibuk menunggu saya bukak pagar n pintu. tapi 2 3 hari ni mimi je yang sambut saya balik keje. jay entah ke mana. cyn cakap pagi semalam dia ada balik makan. pastu langsung tak nampak2. betina mana aa yang dia kejar tu agaknya ek sampai langsung tak balik2. huhu..harap2 chantek aa. sebab saya dah pesan ngan jay nak carik aweq kena carik yang chantek2. kang bleh dapat anak chantek2. hahaha.. mesti dia tengah kejar aweq chantek aa tu. sebab tu tak balik2. ;p

Tuesday, October 6

Jamuan Raya 'Seksyen Kandung'

Baru pas menyumbat perut dengan makanan2 di jamuan hari raya 'seksyen kandung'. makanan super banyak. maklum potluck. semua org pun sibuk2 nak bawak makanan sendiri dari umah. unit kitaorg bawak rendang ngan lemang je. kongsi 5 orang. ok aa kan dari tak der.


Tengok aa makanan yang super banyak ni. macam2 ada. nasik la, bihun la, spegeti la, laksa, sate, buah2, kuih raya, lemang, rendang, pulut kuning, bubur kacang, kek, tepung talam dan macam2 aa sampai tak tersebut. sampaikan kfc pun ada. tak sesuai tau kfc makan masa jamuan raya.

Paling istimewa majlis ni Dato' KSU ngan Dato' KP kitaorg adalah jemputan khas. tak sangka dato' KSU sanggup luangkan masa untuk memeriahkan majlis hari raya kitaorg yang tak seberapa ni. bila dato KSU ngan KP mula makan masing2 ke belakang. semua takut nak ambek makanan. malu konon. tapi bila diorang balik masing2 jadik hantu. semua pun rebut2 nak ambek makanan. hak hak hak..

Bos2 sedang menikmati makanan. yang berdiri tu bos 'seksyen kandung'. saya tak baper nak kenyang la. tapi nak sumbat lagi dah tak bleh plak. tak per. depan mata ni dah simpan semangkuk laksa. nanti lapo2 bleh makan lagi. hehe.. siap simpan makanan lagi tu. buruk lantak!

Monday, October 5

Rojak Kentang + Epal + Ikan Masin

Arini first time breakfast sorang2 pas tinggal sorang ni. minggu lepas khamis tak breakfast sebab konon2 nak puasa. sudahnya tengahari makan. huhu.. jumaat plak breakfast ngan hajar. arini hajar puasa, lan ngan adie pi antar mak lan pi stesen bas, zairi kuar ngan kawan dia n hairul plak dah makan kat umah. so tinggal sapa lagi? tinggal aa saya sorang. sebab perut bunyi2 turun aa bawah beli makanan. eleh ngada2 kan. sebelum ni cam tak biasa makan sorang2. huhu..

Tengahari ni plak nak pi carefour. nak pi beli daging dan beberapa bahan2 untuk buat rendang. dah 'dipaksarela' untuk bertugas membuat rendang bagi jamuan raya opis esok. tapi saya suka je. saya kan suka masak2 ni. ingat cam nak buat puding sket. tapi tengok aa cam ner nanti. tu pun kalau rajin la. huhu..

Tetiba teringat citer semalam. masa tengah2 berborak2 sambil makan kuih raya kat umah ina semalam mak tepon.

mak : haa.. (dengan nada agak menjerit dan kelam kabut) apa no. telipon umah ni?

saya : haa.. 09-313xxxx (saya jawab dengan kelam kabut gak). naper?

mak : budak2 ni nak balik, pastu mintak no. telepon umah ni. (mak ada ambek anak angkat kat umah ari minggu aritu)

saya : oo.. apa aa mak ni, no tepon umah sendiri pun tak ingat.

mak : hahaha..

Bleh cam tu. tepon saya semata2 nak tau no. tepon umah dia sendiri je. dah aa terkocoh2 kelam kabut. ingat kan naper la.

Apa motif citer2 saya ni ek? tah la.. nak apdet tapi maleh nak susun citer. so jadik aa citer rojak cam ni. bleh aa kan. janji apdet. huhu..

Sunday, October 4

Ligat Beraya

Wah minggu ni sibuk beraya umah orang. tak penah2 saya serajin ni beraya. abeh rekod tak beraya ke rumah sesapa tahun ni lebur. huhu.. bleh plak cam tu kan. tapi saya suka. so saya bleh apdet blog sebab ada citer nak diceritakan. haha..

Pagi tadi ikut hajar pi open house umah kawan dia kat pantai dalam. serius saya lupa muka minah ni w/pun penah jumpa. kami penah jumpa kat kenduri alya dulu rupanya. tapi harus diingat masa kenduri tu saya memang tak pandang orang. 'mak pengantin' katanya. haruslah bz kan. so mana nak ingat. kalau yang daftar masuk ngan saya ada aa ingat2 sket lebih kurang. kalau yang daftar ngan org lain memang saya tak ingat. senang citer saya anggap dia tak datang je. huhu..

Balik dah 12.30 tengahari. baring2 sambil sambung tengok citer calon suami kat tv1. pastu tertido. jaga kul 1.00 ptg. pastu tertido balik. pastu sedar2 dah pukul 2.00 ptg. kelam kabut bangun. sampai sekarang sakit kepala sebab bangun terkejut cam tu. dah aa janji ngan ina nak datang raya umah dia lepas zohor. bangun msg ina sat. mandi solat zohor terus berdesup pi umah ina.

Sampai2 je ina sambut depan pintu. kuar dari kete ina tegur,

ina : tak pakai baju raya pun? (saya pakai jeans ngan t-shirt je)
saya : aku datang bukan nak raya (sambil bukak pintu kiri kete), aku datang nak sambut birthday.. (sambil kuarkan kotak kek)
ina : wahhh.. apa ni.. apa ni.. (menjerit2 dengan terujanya. hahaha..)

Ini aa kek tu. cute kan. seperti biasa order dari kak pnut. super sedap n super cantik. sekali sekala buat kawan2 gembira apa salahnyer kan. pasni sapa lagi nak suprise cam tu? tu pun kalau saya rajin lagi nak buat la. hahaha.. lupa nak citer. birthday ina esok. tapi saya bawak kek arini coz esok kan keje. maleh plak nak meredah jem ke kl semata2 nak mengantar kek.

Pas melayan diri sendiri makan kuih raya kat umah ina terus gerak ke umah monie yang sekangkang kera je dari umah ina tu. raya umah dia plak. dia masak laksa. pun sedap. bak kata saya pada hajar janji cukup asam garam masakan tu semua sedap je pada saya. huhu.. sambil2 beraya tu hajat kitaorg sebenarnya nak tgk anak baru dia. baru ke? hehe.. dah nak masuk 5 bulan budak tu baru kitaorg terhegeh2 nak jenguk. kawan apa aa ni kan.

Wah addicted dukung baby apa. tetiap ari nak dukung baby ni. semalam dukung mica arini dukung anak monie plak. hehe.. ini aa anak monie yang baru. namanya Aisy Qhayyira. payah betoi nama anak orang zaman sekarang ni. hehe.. cute kan.

Sebelum balik seperti biasa lepas salam2 peluk cium ngan mak dan anaknya soalan biasa monie untuk saya,

"jah.. dah ada bunyi2 ke?"

Saya jawab dengan pantas,

"tadek!" hehehe..


p/s : monie dan ina adalah sahabat baik saya masa dip. dulu.

Saturday, October 3

Beraya Umah Ira

Tadi saya hajar ngan lan telah bersama2 pi beraya kat umah ira kat kajang. ira buat makan kawan2 je. bebudak opis eh.. ex opis dia je pun yang dia jemput. sampai dalam 1.30 ptg. janji 12.30 tghari. biasalah janji melayu. saya kan melayu. hak hak..

Sampai2 zairi n aida with tunang dah sampai dulu. masuk2 pas duk2 jap terus makan2. ira masak bihun sup, rendang, nasik impit ngan kuah kacang. ada serba sikit kuih raya n buah2. gambar terlupa nak ambek. so korang pandai2 je lah bayangkan ek makanan2 tu. huhu.. seperti biasa ira masak memang super sedap. hajar makan tak bangun2. hahaha..

Duk tengah sedap2 makan dengar bunyi baby nangis. mica anak ira baru bangun tido. geram tengok mata cepet dia tu. n buat kedua kalinya saya dukung dia. hehe.. kedua tau. kali pertama masa kat de palma masa majlis buka puasa dulu. gambarnya dalam kamera jalil dan janjinya nak kasi kat saya tapi seperti biasa dah namanya janji jalil haruslah janji palsu kan. huhuhu..

Ni gambar saya ngan mica. ambek sendiri. bulatnyer mata dia hoho..

Friday, October 2

Selamat Hari Lahir Si Kecik

Arini genap adik bongsu saya ini berumur 26 tahun. wah sudah besar budak kecik ni. tapi pada saya dia tetap kecik! dah nama adik kecik kan. umur 40 pun tetap saya anggap kecik jugak. huhu.. so budak kecik akak ucapkan selamat hari lahir ke 26. semoga panjang umur dalam keimanan, murah rezeki yang halal, lulus SBC dengan cemerlang, cepat2 dapat kije n cepat2 kawen jugak. huhu..

p/s : apdet citer kek cepat2 tau.. tak dapat makan dapat tengok gambo pun jadik ler. hehe..

Thursday, October 1

Sunyinyer..

Dah pukul 5 jugak akhirnya arini.

Arini berlalu dengan penuh sentimental.

Sunyinya opis ni..

Cam ner aa nak melalui hari2 yang sunyi cam ni lepas2 ni.

* dah tak dengar suara alya marah2.
* dah tak dengar suara yus cakap kuat2.
* dah tak dapat borak2 n gosip2 ngan ira.
* dah tak dapat tengok aida kena kacau ngan budak so.

Mak oii.. sunyinyer rasa..

Lama2 cam ni bleh giler aku..

Huh..!!

Selamat Maju Jaya

Semalam adalah hari terakhir bagi 4 org kakitangan unit kitaorg. diorang telah ditransferkan ke 2 negeri. ira ngan aida akan pi WPKL. alya ngan yus plak pegi selangor. uwaaa.. kitaorg dah makin sket lepas ni. dari 12 org memula tinggal 11, pastu 10 n arini dah tinggal 6 org je. sedeynya.. tak der nak meriah2 ramai2 lagi cam dulu.

Berdiri dari kiri aida n ira, duk dari kiri alya ngan yus.

Yang lagi sedey saya tinggal sorang je pegawai pompuan kat unit ni. uwaaaaaaa... nak pi breakfast ngan lunch ngan sapa pas ni.. sib baik ada sorang SO pompuan tinggal. kalau tak tinggal terkontang kanting aa saya sorang2 pompuan kat unit ni.

Gambar terakhir bersama orang2 yang akan transfer. jangan pelik tgk gambar ni sebab lelaki pakai baju melayu w/pun semalam ari rabu. semalam ada jamuan raya jabatan. so semua kena pakai baju raya w/pun bukan ari jumaat. untuk ira, alya, yus n aida selamat maju jaya ek kat tempat baru. jangan rajin2 sangat. korang tu transfer sementara je. kalau malash nanti mesti korang kena tukar sini balik. aku suko! huhuhu..

p/s : hajar ngan hairul tadek dalam gambar ni coz diorang mc semalam.

Dah Lengkap

Hari ni saya RAYA.

Yey!

Dah selamat semalam saya lengkapkan puasa ganti ngan puasa sunat syawal 1430 hijrah saya. sikit2 lama2 abeh gak. semalam w/pun jadik MC jamuan ari raya jabatan saya gigih gak puasa. pas abeh tugas terus lenggang kangkung balik opis. clear je sebab orang lain berebut2 nak makan juadah raya.

Saya dah.. korang bila lagi?
Lilypie Next Birthday Ticker