Wednesday, February 8

Vanila Coklat Ariana Mikhail

Ye ini kerjaan gilaan hahaha.. jarang sangat saya nak tengok drama2 bersiri ni sejak2 drama cina / korea pukul 6 ptg dedulu dah takder. dulu gigih balik kerja awal semata2 nak tengok drama cina/korea pukul 6 ptg tu. tau je la kalau citer korea tu panjangnya berjela2. tapi gigih jugak tengok ari2. org dok heboh nur kasih, nora elana, tentang dhia, soffiya bagai haram saya tengok. tentang dhiya ngan soffiya tu ada aa 2 3 episod saya tengok tu pun tengok kejap2. tak abeh 1 episod pun. tengok separuh2 je huhu.. yang nora elena ngan nur kasih hampeh langsung tak penah tengok 1 episod pun. tetiba gatai ha nak tengok 2 drama bersiri ni. tapi drama2 ni serius cute hehe.. sebab tu gigih jugak tengok.

Ariana mikhail ni saya memula teruja sebab tajuk dia je. teringat kat blogger arianna melissa sebab tajuknya ariana. pastu terus google2 carik sinopsis citernya. wah best. bleh aa tengok. pastu sekarang dah tak bleh tinggal plak. tu yang payahnya tu tengok cerita bersiri ni. komitmen kena tinggi hehehe..

Vanila coklat ni saya pun tak tau macam mana bleh berminat nak tengok. boring tak tau nak tengok citer apa kot. tetiba terbenti kat citer ni. bila tengok cam best je. cam biasa google carik sinopsis bleh tahan la ceritanya. so continue tengok. eh makin lama makin best plak hehehe.. kena aa tengok kan. lagipun dah tinggal 5 episod lagi citer ni. so tak lama dah nak melekat kat depan tv hehe..



Tuesday, February 7

Cuti Maulud Nabi

Cuti 3 hari lepas saya gi KL bawak nadia sekali. tujuan takder. just jalan2 memenatkan kaki je huhu.. saya bertolak dari kuantan pukul 9.15 pagi. naik bas ok hahaha.. jimat belanja. adik saya dari raub naik bas kul 10.30 pagi. so sampai lebih kurang sama kat pekeliling dalam pukul 1 ptg. masuk2 kete terus rasa lapo mau makan. so jalan2 carik makan sampai la kat medan selera sebelah HKL. benti n makan nasik campur kat situ.

Lepas makan tujuan ke jalan TAR. konon2 mau carik tudung. so jalan2 kat pasar malam nya. belek2, tengok2, usha2 hehe.. sampai le kat semua house. nadia kata mau sebey2 baju tunang. dia sibuk milih saya sibuk mengayakan tudung haha..

Cantek kan tudung ni. pujuk2 nadia beli dia tak nak. penat saya posing huhu.. lepas beli2 barang dah penat. terus je pulang ke pangkal jalan. tu pun berkejo balik sebab masing2 tak solat lagi. sib baik sempat sampai umah tanpa apa2 kejadian yang tak diingini huhu.. malam saya kuar ngan nadia gi alamanda. tujuan pi vinci nak usha kasut. tapi jam yang dibeli ;p

Ahad kami bangun awal sebab mau terjah ikea. kang lewat2 tau je la ikea tu kan. parking nya payah beno. kami sampai ikea pukul 10 pagi. parking agak lengang. best bleh pilih2 parking huhu.. masuk carik breakfast dalam tu. kami makan karipap sedap ngan hotdog. pastu gi maxis jap kat curve. balik ke ikea sempat singgah kat cupcake chic beli red velvet cupcakes ngan macaroon.


Yum! red velvet dia sedap la. nanti bleh aa beli lagi huhu.. gambar macaroon takder. 5 minit sudah cair di perut ;p kat ikea kami window soping. saya nak beli jam je sebenarnya huhu.. lain2 tu sampingan2 je. apa je pun yang sampingan nya. benda2 biasa je. pas sejam lebih dalam tu kuar dan membayar rm26.00 untuk 5 item huhu.. simpan barang dalam kete then ke ayam penyet curve untuk makan tengahari. adik saya tak penah makan ayam penyet. so ke sana kita makan.

Lepas makan jalan2 menenatkan kaki lagi. mana2 kedai yang teringin nak masuk semua masuk. tengok2 belek2. bukan beli pun huhu.. sempat bergambo kat cermin elianto punya la takder keje hehe.. lepas penat jalan2 kami balik umah. jam baru kul 5.30 ptg camtu sampai umah. so landing time. malam plan nak gi uptown danau kota tapi dalam perjalanan tersangkut kat bazar lewat malam bangi. so makan n jalan2 kat situ je. tak jadik ke danau kota. balik terus tido n esoknya bangun pukul 10.30 pagi hahaha..

Gitu gini pukul 11.30 pagi dah. terus ke ayam penyet wong solo bangi plak. ada org tu nak makan ayam penyet lagi huhu.. kat sini akhirnya saya dapat minum alpukat juice. sedap! sebelum ni tiap kali masuk ayam penyet mintak mesti takder stok. kali ni dapat. gembira2 huhu.. pas makan terus ke pekeliling sebab masing2 mau pulang. yelah kami org2 pahang cuti 3 hari je. so kenalah pulang sebab arini keje huhu.. kalau cuti 4 hari harus saya tak apdet blog lagi arini ;p





Wednesday, February 1

Monday, January 30

Birthday Di Dalam Jem Yang Maha Teruk

Happy belated birthday to me on 21st jan aritu hehe.. bertambah setahun lagi umur. w/pun dah terlambat lebih seminggu dah pun tapi takper. still nak ucap happy birthday kat diri sendiri. moga saya dipanjangkan umur dalam keimanan dan dimurahkan rezeki yang halal. saya tak nak mintak banyak. mintak nak kaya je hahaha.. moga apa yang saya hajati saya dapat tahun ni. apa yang dihajati tu? entah setakat ni tak terpikir lagi. jodoh mungkin hehe.. moga saya dapat kumpul duit banyak2 tahun ni. nak buat apa nanti dah banyak saya citer ek huhu.. moga saya jadik org yang lebih baik pada diri sendiri, mak ayah, family, kawan2, sedara mara.. eh semua lah. dapat gembirakan semua org. yes! mengembirakan org adalah benda paling best dan paling saya suka buat. sukalah tengok org gembira :) n akhir sekali moga saya bahagia dan gembira selamanya. amin.. korang tolong aminkan jugak tau :)

Tahun ni saya sambut birthday dalam jem hahaha.. bayangkan pukul 1 ptg dari kl patutnya dalam kul 2 ptg dah boleh sampai tanjung malim tapi dekat pukul 4 ptg baru sampai sana. gilo la. memula lalu highway pastu tak larat tersengguk2 kuar jalan lama plak. nyaris2 sesat barat akhirnya dekat pukul 4 ptg sampai jugak ke tanjung malim. giler teruk jem. mak saya sampai 2 kali muntah dalam kete sebab baring duduk, baring duduk tapi tak sampai2. akhirnya dia pening pastu muntah hahaha.. tak penah2 ada org muntah dalam kete saya. first time!

Malam tu kami berombongan ke majlis nikah anak sedara saya kat ulu bernam. nasib baik kami lawan arus ke selatan. arus ke utara jem nya ya Allah. tak dapat bayangkan kalau saya yang tersangkut dalam jem tu. tu jalan lama tu. mesti highway jem teruk giler sebab tu semua org kuar ke jalan lama tapi rupanya lagi teruk jem nya. kata kak pnut dari kl dalam 4 jam dia belum sampai tg malim pun. memang Allah nak bukak kan pintu ati saya balik petang jumaat n pagi sabtu ke kl. kalau ikutkan kehendak keje pagi sabtu saya kena attend event n lepas event baru boleh balik tg malim memang dengan saya2 lah tersangkut kat jem yang maha teruk tu. nasib baik la kami gerak awal sikit.

Alhamdulilah leen anak sedara saya selamat jadik isteri org. tu pun teruk jugak sebab ada ahli rombongan yang tersangkut dalam jem yang maha teruk tu. konon nak nikah lepas isyak tapi dekat pukul 11 malam baru tok kadi jabat tangan pengantin lelaki. memang pengalaman ngeri la. nasib baik sampai jugak. kalau tak, tak nikah la hahaha.. gambar pengantin takder. eh bukan takder. ada tapi kat umah. ala tak yah tengok la. korang bukan kenal pun hahaha..


Thursday, January 19

Sudoku v Kakuro

Korang main sudoku tak? cam kat bawah ni. saya selalu gak main. main kat hp. selalu sebelum tido la. main 1 2 games baru tido. dah jadik habit plak sebelum tido main sudoku. sekarang dah separuh level medium dah saya abehkan. rekod paling laju main 2.23 minit hehe..


Tapi sekarang dah jumpa games baru. masih berasaskan nombor gak. namanya kakuro. aritu duk godek2 hp terjumpa plak games ni. try main. wah best plak. sekarang sebelum tido layan 1 2 games kakuro plak. sudoku seminggu 2 ni dah di lupakan huhu.. korang try la. best!

Ni tadi saya main kakuro. first time main online. selalu main kat hp je. memang mencabar minda gak la. sama cam sudoku gak. jepun ni memang suka kan games nombor2 ni. tapi saya suka. best! eh sejak bila minat nombor2 ni? bukan dulu masa study math asyik fail je ke? hahaha.. ni games ok lain. just perlu kemahiran berfikir. tak yah nak buat teoram phitagoras (betoi ke eja ni?) bagai ;p