Friday, November 27

Hari Ini Hari Raya

Tapi saya tak pakai baju raya pun. beriyer2 lah pagi tadi gosok baju raya. sudahnya pakai kain nya je tak sampai sejam dah salin pakai suar. betoilah tahun ni raya cam tak raya je. orang datang pun tadek. kitaorg pi umah orang jangan cakap la. memang tak der lah kan.

Naper raya haji kita kena rasa camni. rasa tak macam raya. padahal raya haji takbir berkumandang 3 hari. raya puasa pas solat raya dah tak bleh takbir raya dah. raya haji ada ibadah korban tapi raya puasa takder. mungkin raya puasa sebab kita puasa sebulan kot. sebab tu excited lebih nak raya. ada ke org buat baju raya haji? tak penah dengar kan. tak baik tau korang 'menganaktirikan' raya haji. sama lah jugak dengan org yang menulih ni pun. huhu..

Saya penah tak balik kampung masa raya haji n saya yakin ada ramai yang penah tak balik kampung time raya haji kan? jangan tipu. tak baik. dosa. huhu.. saya penah sekali je la. masa tu study lagi kat jb. tengah struggle buat tesis masa tu. giler kalau tak lulus. oleh kerana hari raya korban terpaksa lah saya berkorban tak balik kampung demi mengenangkan tesis yang tak siap2 tu. sib baik akak jiran sebelah sedekah ketupat ngan rendang. dapat aa rasa sorang sket. huhu..sedey plak bila kenang balik.

Saya gak penah balik kampung masa raya haji sampai petang raya. masa tu kije kat kl. tak der kete lagi time tu. balik nek bas. tiket beli on the spot. mana nak ada ye dak. w/pun org tak baper nak balik tapi tiket bas still abeh tau. so terpaksa aa naik bas lambat sket. sampai aa petang dalam pukul 6.00pm. sedey gak masa tu. tapi apa nak buat. gitulah cara org merantau. haha..

Sekarang ni bila dah ada kenderaan sendiri petik jari je nak balik bila. tinggal nak tak nak je nak balik. rasa agak2 nak balik start enjin terus pecut. 2 setengah jam pastu terpacul depan umah mak. huhu.. selalu gak la buat cam tu. sib baik mak ayah bukan jenis rajin berjalan. kalau tak sampai umah takder org. padan muka. huhu..

Thursday, November 26

Selamat Hari Raya Korban

Selamat hari raya korang. tak sangka plak saya rajin menulih malam2 raya ni kan. ngantuk ni sebenarnya tapi maleh nak tido. esok raya dah. tapi naper cam tak rasa nak raya ek? huhu..

Pepagi tadi hantar mak pi hospital. dia nak ambek ubat dia. balik singgah kat dowin mak nak beli barang2 jahit dia. dowin tu kedai jual barang2 jahit. ada gak jual bunga2, kelengkapan kawen, kain pasang pun ada jual. ramai plak tempah baju sekolah tahun ni kat mak. so kena aa beli barang2 jahit.

Balik dowin singgah pasaraya. beli barang makanan. huhu.. kitaorg kalau duk umah memang keje makan je sampai tak penah rasa lapo. kat umah saya gak minum air manis. kalau kat umah sewa memang duk teguk air tawar je tiap2 hari. bleh kira baper kali je minum air manis. ingat pas balik pasaraya nak singgah HPA sat. tapi ramai giler org kat jalan nak masuk ke area HPA tu. so cancel then terus je balik umah.

Sampai umah ayam dah potong, bawang lada dah siap tinggal nak mesin n perah kelapa je. tapi untuk wat lemang memang satu haram tak siap sebab tiap2 tahun pun tu mak je buat. kitaorg langsung tak penah usik. so kena gak tunggu mak balik baru buat kecuali raya haji tahun lepas. tahun lepas mak kena tahan kat wad. luka bedah dia bernanah. sehari sebelum raya baru kuar. petang baru sampai umah. so nak tak nak terpaksa aa kitaorg buat2 pandai je wat lemang nya.

Tahun ni mak ambek alih balik tugas dia. wat lemang. ayah plak seperti biasa tukang bakar lemang. ni tiap2 kali raya pun memang wajib sebab dia tak menolong masak kat umah. so keje dia tiap2 kali raya bakar lemang je. lain2 semua kitaorg buat. nak suh saya tok sah harap la. nak idupkan api pun tak reti. tak penah idup kecuali dengan pertolongan minyak gas. huhu..

Ye lemang kami dah siap. buat 5 batang je. tapi 2 batang dah selamat masuk perut. esok idang je la 3 batang. kot kalau abeh kita pakat2 minum air je la raya ni ek. nak kata idang kuih memang tak der la. huhu.. tetiba plak ilang idea. selamat hari raya aa korang ek. maaf zahir batin huhu..

Monday, November 23

Berjaya..! Berjaya..!

Lama kan tak apdet blog. padahal sabtu ahad duk la mengadap internet. tapi apdet nyer tak jugak. tak der mood nak apdet. laptop saya tak bleh bukak farmville. eee.. sakit ati betoi la. ari minggu tu duk bz mengodek laptop tu. gigih dengan baca tuto nyer semua pun still tak bleh nak bukak. sudahnya mood mau apdet blog ilang sudah. semua keje pun tak buat. lastnya tutup tv tutup laptop zzZZzzzZzz.. sepanjang ari. nikmat betoi. haha.. sampai malam langsung tak bleh nak tido. mata duk kedip2 je.

Malam ni pun mata duk kedip2 jugak. tak der plak ngantuk. abeh la. virus tak moh tido sudah menyerang. petang tadi balik keje terus mandi n solat asar. siap solat duk golek2 ngan mimie atas katil. akhirnya dedua lena. gilo betoi! jaga2 dah kul 7.30 malam. sib baik dah solat asar. kalau tak babas la jawabnya. tengah gosok baju bob call ajak kuar makan. katanya pas berita kul 9.00. saya jawab okey!

Siap gosok baju belum kul 8 malam lagi. so bukak laptop siap2 nak sambung buat artikel majalah yang dah lama tertangguh. kena siapkan jugak malam ni coz esok ada satu lagi 'karangan' nak kena siapkan. kali ni untuk big bos plak. kena buat teks ucapan penutup bengkel nanti. mak aii.. satu kije plak lagi. lama dah tak buat2 ucapan bagai ni. nak bantai kot mana pun dah tak ingat. dapat plak kije ni pagi tadi. sib baik ada teks ucapan dulu2 bleh aa tiru2 ngan modified sket2. pun kena siapkan esok. sebab lusa gue sudah mula cuti. yahoo..!!

Ni baru je siapkan artikel majalah tu. sajer apdet blog sket memalam eh! dah lebih kul 1.00 pagi rupanya. bila mau tido ni. internet slow giler malam ni. lelagi pakai IE. giler lembab. sajer install mozilla balik lepas konon2 uninstall aritu untuk install browser lain. farmville punya pasal aa tu. abeh semua browser saya try. tapi hampeh! satu pun tak bleh nak bukak farmville.

Pas install mozilla bukak blog. teringat nak apdet. sambil2 tu bukak aa facebook. tangan ringan je bukak farmville w/pun tahu tak bleh nak bukak. sedapkan ati saya bukak sebab nak send free gift kat kawan2. pas send gift try tekan butang play dan MENAKJUBKAN! saya bleh bukak kebun saya malam ni. yey!!!.. BERJAYA. rasa cam nak buat sujud syukur je sebab berjaya bukak farmville malam ni kat umah! hehe.. masuk kali ni dah banyak kali duk bukak katup games tu. punyalah teruja punya pasal. oklah saya nak masuk tido la. malam ni tido sambil senyum. GEMBIRA!


p/s : punyalah susah payah baca tuto semua, uninstall n install browser baru semua. chait! rupanya sesenang tu je. tak per. pengalaman. huhu..

Thursday, November 19

(',')

ADA YANG PERASAN TAK? SAYA DAH TUKO TAJUK BLOG DARI ..ALL IN MY HEART PADA ..MACAM-MACAM SAYA. NAPER? ENTAH! NAK MEMBUDAYAKAN BAHASA MELAYU KOT. HAHAHA.. SILA GELAK BERAMAI2 ;P

Tuesday, November 17

My Feberet Boy n Girl

Ini dua orang makhluk lelaki n pompuan adalah anak jiran saya. pompuan nama ain n laki plak nama akim. ain umur 2 tahun 3 bulan cam tu n akim dah form 1. diorang 2 org ni adik beradik. jauhkan jarak diorang. ingat akim dah bongsu dah. rupanya 'teraksiden' plak. lahir aa ain masa akim darjah 5. dari kecik suka bertandang ke rumah mak saya dan jadiknya macam rumah diorang.

Amboi ko ain. silang panggung kaki ek ;p

"ini ain punya" kata ain pada mak long.

Si akim ni susah sket nak bergambar. so kena aa ambek gambar curi2. kalau suh pose memang tak der aa nak ambek gambar dia. jangan main2 mamat ni. kecik2 dah ada gepren. minggu lepas saya balik siap tunjuk gambar awek kat saya. cute! siap kasi biodata tu. biasa aa budak2. hehe.. ain plak kalau suh berpose terus tak reti nak senyum. so kalau nak ambek gambar dia kena ambek spontan. kalau tak mesti berdiri tegak n muka masam. tak paham betoi.

Dua2 pun memang rapat ngan kami 1 family. akim tu dari kecik memang kat umah tu aa tempat dia tido-baring-makan-mandi-tgk tv semua. dah macam umah dia dah. kalau mak dia tak der kat umah kitaorg aa dia merempatnya. huhu.. tapi best. saya kan tak der adik laki. so kira akim ni adik laki kitaorg la. best gak kongsi2 cerita ngan dia. kami pernah kipnep akim ni bawak jalan2 sampai ke kl pun. mak dia plak memang tak kisah. dulu kecik2 kalau tak der kat umah carik je kat umah kitaorg. kompem ada punyalah. kalau malam sikit punya susah nak suh balik. tektik nak tido umah kitaorg ialah tutup lampu siap2. then nanti mak dia tak kan carik dah coz ingat satu umah dah tido. hehe.. so selamat aa dia tido umah kitaorg malam tu.

Ain pun dah nampak cam tu gak perangainya. tapi tak penah lagi tido malam kat umah. kecik lagi pun. nak bawak jalan2 pun tak baper nak berani. minah ni buas sket. takut kang bawak jalan2 ilang anak orang. minah ni pandai nyanyi tau jangan tak caya. kalau petang2 kitaorg bawak pi main buaian kat taman kompem dia nyanyi. ala.. nyanyi lagu budak2. mak saya kan banyak koleksi lagu2 rakyat ni. ajar kat dia ingat plak tu. hehe.. minah ni gak suka giler main kat luar umah. kalau dah main kat luar memang payah nak bawak masuk balik. kecik2 ni bleh umpan2 lagi. selalu umpan ngan makanan la. huhu.. cam kucing plak. dulu kecik2 takut gile ngan kucing. kucing bunyi pun bleh nangis. la ni dah beso jumpa kucing je mesti nak hempuk2 kucing tu. gile ganeh la minah ni.

P/s : bila tanya ni buah apa? ain jawab BUAH CAWIT! huhu.. mentang2 anak peneroka sawit. semua buah pun cakap buat sawit. huhu..

Musim Peksa

Esok dah nak mula SPM rupanya ek. itupun dengar kat era pagi tadi. kalau tak memang tak tau pun bila masanya spm. kang sedar2 dah lepas je. huhu.. lamanya saya dah tinggal kan spm. bayangkan saya spm tahun 1996. la ni dah tahun 2009. dah nak masuk 14 tahun pun. saya plak tak der adik yang sekolah lagi. apa citer pasal sekolah pun kitaorg satu family tak tau w/pun umah depan sekolah je. tiap2 ari nampak budak2 pi sekolah so dengan itu kami tahu sekolah tak cuti lagi. itu je. hehe..

Pagi tadi kat era fm duk citer pasal persediaan spm bagai. tetamu dia dr fazley. macam2 tips yang diberi sebelum, semasa dan selepas menduduki exam. dan macam2 masalah juga yang diceritakan. pasal harapan ibu bapa. budak2 yang tertekan nak pi exam n macam2 lagi la. ada yang tak bleh tido la. berdebar2 la. takut la. memacam la.

Takut ke nak spm? entah. saya tak penah rasa takut nak pi exam masa sekolah. bukan sekolah je. masa study kat u pun cam tu. tak tau naper. tak rasa apa2 selalu la. huhu.. memang tak der perasaan kot. cikgu or pensyarah kata exam, saya study 2 jam camtu malam sebelum exam pastu esok terus pi exam tanpa ada perasaan takut or berdebar. prinsip saya masa study kalau dah tak bleh buat tu tinggal je. hantar je kertas kosong. huhu.. tapi alhamdulilah sepanjang saya jawab exam tak penah plak antar kertas kosong. 2 baris ayat pun saya gigih gak jawab n antar. rekod saya jawab exam 10 muka surat tau. haha.. tetiba teriak di situ. apa aa saya merepek tu kan. hajar cakap dia nak pi spm berdebar tapi tido still lena. huhu.. saya tido jangan cakap la. lena selena lenanya. bom jatuh pun belum tentu sedar. hahaha..

Lain orang lain rasanya kan. ada yang takut sampai tak lena tido. sampai mimpi2 pun ada. cam bercinta tu. mandi tak basah, tido tak lena mengenangkan exam. takut tak lulus. nanti mak marah. abeh la.. saya pun penah rasa fail. mana plak tak penahnya. biasa aa orang suka study last minute n memain cam saya kalau tak fail bohong lah kan. yang penting cepat sedar diri la. usaha lebih sket dari biasa. usaha ke? usaha aa lebih 5% dari biasa cam tu. 5% cukup la. kang banyak2 pandai sangat susah plak. haha.. dasar pemaleh!

Untungnya mak saya tak penah plak marah beriyer2 kalau saya fail sampai pukul2 bagai. dia bunyi2 tu biasa la. namanya mak kan. kalau tak bunyi tu bisu namanya. huhu.. dengar je. jangan jawab. dosa. pastu usaha 5% lebih. nanti lulus dia diam la. kalau lulus cemerlang lagi dia suka. petua tu. sila ikut. hahaha..

Oklah untuk korang2.. eh! adik2 yang nak ambek spm tahun ni study smart tau. tak yah nak study hard2 sangat last minute ni. jangan paksa sangat otak tu. kang pecah payah. langsung tak bleh nak pi exam esok. huhu..

Bukan Salah Ibu Mengandung

Naper aa kalau dekat2 nak raya maleh datang bertandang? huhu.. ayat tak agak2. mentang2 aa tengah buat satu artikel formal untuk majalah. semua jadik ala2 formal gitu. tak penah dibuat2 saya buat artikel formal sejak tinggalkan zaman belajo. baper tahun dah ek? kalau buat2 karangan zaman2 sekolah, form 5 dah tinggal 13 tahun tapi kalau zaman2 jawab esei 20 patah perkataan adalah dalam 4 tahun kot. lama aa tu kan. itu pun karangan zaman sekolah selalu pun dapat C je. mana penah dapat A pun. C tu nasib2 baik je. kalau tak dapat D dah cukup baik. saya memang fail betoi bab2 ngarang ni. cam ner lah bleh ada hobi nuleh blog sekarang ni pun tak tau la. selalu mengarut dalam blog ni guna bahasa pasar je. citer suka ati. kata ..all in my heart kan. harus aa tulisan sesuka hati ni je. huhu.. ilang tatabahasa2 yang cikgu bahasa melayu ajar masa sekolah dulu. ni kalau cikgu bahasa baca ni kompem pengsan. hahaha..

Raya dah dekat korang. kalau mengikut kalendar arini adalah 29 zulkaedah. hari tengok anak bulan. malam ni dato' ungku apa tah nama dia akan umumkan bila tarikh raya haji. saya dah apply cuti. korang dah? huhu.. dengan kebenaran mak saya dan baki cuti yang banyak saya telah cuti secara bermaharajalela. huhu.. jangan carik saya selama seminggu yer. blog ni pun entah2 tak apdet masa cuti nanti. saya mahu bermaharajalela makan lemang je raya ni. apdet2 blog ni mungkin tak der masa kot ;p

Artikel maleh nak buat. semalam baru buat separuh je. cyn suh buat 3 muka surat. semalam dah tuleh 2 muka surat. citer kat kepala ada separuh lagi sebelum bleh buat penutup atau kesimpulan. kalau jadik 4 muka surat cam ner ek? itu masalah paling besar kalau kasi saya menuleh. memula macam maleh. pastu rasa tak der idea. pastu rasa tak ingat cerita. semua dok rasa. tapi bila dah mula nuleh mula lupa diri. tak sedar meleret2 tah apa2 saya ngarut.akhirnya panjang jugak. tak paham betoi dengan diri sendiri. huhu..

Sebab tu saya suka tulih blog kot. tapi tulis blog ngan tulis artikel formal lain sket feel dia. tulis blog bleh tuleh suka2 hati je. tatabahasa, peribahasa semua tak payah nak jaga. tapi buat tulisan formal semua nak kena jaga. kira kalau tulis artikel formal kena sopan santun sket la. cam lalu depan bakal mak mertua bongkok cam rukuk solat subuh gitu. kalau tak mak mertua tak jadik nak wat menantu plak kang. huhu..

Sebab tu sampai sekarang artikel formal saya masih 2 muka surat tapi blog dah 2 kali apdet. padahal tulis blog bukan ada idea pun. tapi jari laju je menaip benda bukan2. tulis artikel formal kena pikir dan sopan santun. saya ni bukan ayu sangat pun nak control2 sopan. oleh kerana cyn cakap artikel ni nak sebelum ujung bulan, nanti ujung bulan aa saya sambung plak kot. mesti masa tu entry blog dah beranak2 tapi artikel formal masih 2 muka surat. hahaha.. bukan salahku. orang yang rajin tulis blog tak semestinya bleh tuleh artikel formal yer adik2. wah! dalam entry pun dah pandai berkiasan cam karam singh walia sejak2 buat artikel formal ni. ;p

Monday, November 16

Iskk..

Macam mana mau buat kije ni. mata makin teruk sakitnya. ngadap pc 5 minit pun dah kelabu2 mata. nak tuleh artikel untuk majalah lagi ni. dah aa banyak citer dah lupa. duk tanya kawan2 pun semua pakat lupa. kalau saya tipu2 je bleh dok? huhu.. nak ngadap pc lelama memang tak bleh sekarang ni. cam ner mau siapkan kije? kena tuleh tangan dulu kot kan. iskk..!

Wednesday, November 11

Rumahku Syurgaku

Ramai yang tanya tak boring ke duk umah sorang2. eh! jangan salah sangka. saya ada osmet. tapi dia jarang ada kat umah. orang tinggal sorang kat opis. harus aa banyak kije kan. hahaha.. so saya memang dah biasa sangat tinggal sorang2 kat umah. rutin saya tiap2 ari pun sama je.

6.45am ke 6.30am - bangun tido. dah terbiasa. kadang2 2 minit nak 6.30 saya dah terjaga sendiri. tapi golek2 dulu dalam 6.40-6.45 baru betoi2 bangun. kadang2 6.50 baru bangun. huhu.. bangun terus pi bilik air cuci2 muka sket then ambek wuduk n solat subuh.

7.00am - lipat2 selimut n kemas2 katil. kalau osmet tak der saya kasi mimie makan dulu baru pi mandi. mimie biasanya kalau tak tido ngan saya dia dah siap2 tunggu depan pintu bilik nak mintak makan. tapi kalau dia tido ngan saya kadang2 kul 3.30am dia dah sibuk2 kejut saya mintak makan. haru betoi aa nak makan kul 3.30 pagi. kalau ari cuti selalu kalau tak sambung tido saya tgk tv. tapi kadang2 tv tengok saya hahaha..

7.20am ke 7.30am : pi kije.

8.00am - 5.00pm : kije la. tapi kadang2 ada gak men games ngan chatting. hahaha..

5.10pm ke 5.20pm : dah sampai umah. dulu sebelum ada peraturan kena punch 3 minit selepas waktu balik tepat kul 5.00 saya dah punch. giler awal nak balik. haha.. sekarang dah tak bleh so dalam 5.05 baru turun bawah punch. mimie biasa dah tunggu depan pagar or atas pagar. kalau dia jauh, nampak dia lari2 balik bila nampak kete saya sambut saya balik.

5.30pm : pas bukak pintu wajib kasi mimie makan dulu. kalau tak dia sibuk duk ngeko saya je sampai nak jalan pun susah. duk pusing2 kat kaki saya. kalau ada tali kat badan dia kompen saya terbelit huhu.. siap kasi mimie makan baru duk n pasang tv. tukar2 channel carik citer best. kalau tak der saya akan gosok baju. saya memang akan gosok baju ptg pas balik keje ataupun malam. tak der keje lah nak gosok esok paginya. rugi tido ku kena bangun awal semata2 nak gosok baju. ;p

6.00pm ke 6.30pm : mandi n solat asar. saya jarang sangat solat asar sebelum mandi. mesti mandi dulu baru solat asar. tapi kalau nak masak biasanya saya siap2kan bahan2 masak. potong2, kupas2 semua baru mandi. kang siap solat asar campak je lam kuali.

7.00pm - 11.00pm : biasanya kalau masak pas maghrib baru makan. makan sambil tengok tv ye anak2. huhu.. pas makan baru konsentret tgk tv. tapi kalau citer tak best saya on laptop n chatting or men games. selalunya memang citer tak best pun. huhu.. dalam seminggu saya tgk 2 citer je. 1 isnin 10 malam awan dania ngan rabu 10.00 mlm CSI. lain2 tu kalau tetiba rasa cam best tgk la. kalau tak tv tgk saya men games or chatting la. huhu..

11.00pm ke 11.30pm : tido. ZZzzzZZZz..

Umahku syurgaku tu. duk umah saya sonok apa. seriusly sekarang saya jarang sangat kuar. kalau ada pun kuar time adik datang. tu pun paksa diri kuar. ikut ati memang maleh nak kuar. tapi sian plak diorg duk terperap je kat umah. tak kan nak suk diorg ikut saya terperap kat umah kan. kuar aa gak teman diorg.

"tak boring ke duk umah?" jawapannya tak. kalau boring tgk tv saya bleh surfing internet. kalau boring surfing saya tgk tv balik. kalau citer still tak best saya bleh tido or men2 ngan mimie. kadang2 cuti 2 hari sabtu ahad saya langsung tak bukak grill umah pun. pintu je bukak. giler tak bersosial kan. tak per. saya tak kacau org n harap org pun tak kacau saya. ;p

Tuesday, November 10

SAYA SAKIT..!!

Saya sakit mata.. tunggu masa nak pecah tu. tetiba ngeri plak bayangkan mata tu pecah then darah kuar buak2. haha.. over di disitu. doakan kesihatan saya ek. huhu.. sekali lagi over di situ. cam lah sakit teruk nak mati kan. ;p

Monday, November 9

Tak Moh Pi Dah Pasni..

Jumaat aritu cik dee datang ambek kete. dia nak 'pindah' dah. so nak kena angkut barang la. so kitaorg konon2 nak pi aa jalan2. tapi kali ni sajer gatai jalan2 kat kl di hujung minggu menaiki kenderaan awam. lamo gilo tak jalan2 nek tren. teringat masa duk keramat dulu. tetiap ari pi kije nek tren. memula kitaorg plan nak pi KLCC. lama giler tak pi sana. dulu masa keje kl umah 5 minit je dari KLCC. sehari 4 5 kali pun bleh pi. la ni nak pi KLCC ambek masa sejam (termasuk jem) so agak maleh nak melangkah. huhu..

Tapi nak pi KLCC kena naik putra. kitaorg plan nak parking kat erl je. kalau nek erl turun bandar tasik selatan kena naik komuter pastu tukar kat kl sentral sebelum nek putra. banyak kojo plak hai. kalau nak nek erl pi kl sentral pun bleh tapi tambang eh mahai lah plak. musim2 belum gaji ni agak tercekik aa nak bayar tambang sampai rm10.00 sehala kan.

So cancel pi KLCC. plan pi midvalley plak. pi midvalley senang. nek erl turun bandar tasik selatan. pastu tuko komuter terus turun midvalley. so dengan gigih dan gagahnya kitaorg pi aa tunggu erl. dalam 10 minit erl mai. naik. wah sojuk ja. sampai bandar tasik selatan turun n tunggu komuter. mai ai. orang sket punyo ramai lahai. dah aa tren ala2 lambat. tren sampai je ponuh!. cam mana nak nek ni. nak tak nak tolak je la. sib baik lah den kocik. tapi agak tak bernapeh gak la. nasib baik 2 stesen je. kalau tak mau pengsan dalam tu. kaki plak langsung tak gerak ni. tegak je.

Pas jalan2 buang maso (duit takdo nak buang, so kita buang maso yo lah) tiba time nak balik. lagi sekali keadaan yang sama berlaku. kali ni lagi teruk lah. den raso dah tersepit tulang selangka dah ni ado lagi orang tolak nak gak masuk lam tren. iskk.. iskk.. sib baik aa den ala2 ayu. kalau tak mau den jerit je. abang komuter tu saje je tutup pintu lambat2. patutnya dah nampak penuh tu tutup je lah. orang selagi yang tutup memang selagi boleh nak gak masuk.

Paling best den langsung tak pegang apa2. lentok kiri kanan harap badan orang je. kalau orang kiri kanan depan belakang jatuh den pun jatuh lah. tapi dalam keadaan yang lebih teruk dari sardin tu, dengan kaki tangan badan semuo tak bleh gerak memang agak mustahil lah nak jatuh kan. kalau org mati dalam tu pun kompem mati berdiri lah jawabnya. huhu..

Tragis betoi la kejadian tu. dalam hati menyosal gilo sebab tak pi nek kete. kot kalau terperangkap dalam jem pun tak der la den tersopit cam tu. nak adbencer lah konon. ambek kau. bukan lagi adbencer, dah sampai tahap ngeri dah tu. pasni memang tak lah nak jalan2 nek tren masa hujung minggu lagi. tobat2..

Tak moh nek tren hujung minggu dah!! huhu..



Nota Tangan Kanan : Den tuleh nogori sempeno n9 menang piala malaysia aritu yo. hahaha..

Thursday, November 5

Problem Sudah Solve

Banyak plak entry saya arini kan. tak per aa. pasni seminggu saya tak yah wat entry dah hehe.. tak der just nak kongsi kejayaan saya me'repair' saya punya blog list yang prob aritu. sekarang sudah kembali kepada asal. gembira2. banyak hit saya jatuh akibat perkara ini. saya beriyer2 apdet tapi kat bloglist sendiri dan kawan2 still kuar entry lama gak. so orang mesti agak saya tak apdet kan. 3 minggu tu masalah ni berlarutan.

Arini dah tak bleh tahan dah. surf jugak cam ner nak solve masalah ni. orang kata usaha tangga kejayaan kan. dengan gembiranya saya umumkan prob saya sudah solve. tapi tak tau aa sampai bila bleh bertahan sebab ada yang guna cara yang sama tapi prob still tak solve pun. tapi untuk sementara oklah kot. cyn ngan jalil tak moh belajo ngan otai ni ke untuk solve prob korang tu. hahaha.. agak berlagak di situ.

Nota tangan kanan : Saya tak pandai ngajar. try klik kat sini. mungkin bleh bantu nak solve prob tu.

LADS Berkubur

Dapat info dari en. razani my x lecturer from utm. course kitaorg (ijazah sarjana muda kepujian pentadbiran dan pembangunan tanah) akan jumud sesi 2010/2011. sedihnya dengar. teringat tahun lepas beberapa org lecturer dari jabatan LADS (arwah dr. asiah, cik man & dr. kathy) datang meeting ke NRE untuk fight supaya LADS kekal tapi nampaknya usaha tu tak berjaya. nak buat macam mana kan. dekan dah kasi kata putus. terima je lah. sedihnyer.. :(

Diskaun PTPTN pada pemegang ijazah kelas dua atas


KUALA LUMPUR - Pelajar yang memperoleh keputusan ijazah kelas dua atas mungkin diberikan diskaun amaun pembayaran balik pinjaman pelajaran yang diperoleh daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, cadangan itu kini dalam pertimbangan kementeriannya atas dasar ia boleh memberi kesan positif daripada segi pembayaran balik pinjaman.

"Saya rasa diskaun itu boleh menggalakkan lebih ramai pelajar mendapat keputusan cemerlang termasuk ijazah kelas dua atas,'' ujarnya di sini semalam tanpa mahu mengulas kadar diskaun yang mungkin diberikan.

Saya setuju 150%. sila buat secepat mungkin yer hehe..

Kucing disahkan dijangkiti selesema babi

Kucing disahkan dijangkiti selesema babi
05/11/2009 3:01am

WASHINGTON 5 Nov. – Seekor kucing di Iowa disahkan positif influenza A (H1N1) sekali gus menjadi kucing pertama dijangkiti wabak pandemik ini, lapor Pertubuhan Perubatan Veterinar Amerika Syarikat, semalam.

Kucing berusia 13 tahun itu dipercayai dijangkiti virus tersebut daripada penghuni rumah tempatnya tinggal.

Ia bagaimanapun telah pulih sepenuhnya dan tidak akan menjangkiti sesiapa pun.

Anjing dan kuda dikatakan turut boleh dijangkiti pelbagai jenis virus selesema, tetapi sehingga kini masih belum ada binatang ini yang dijangkiti wabak selesema babi ini. – Reuters

Baru duk sebut2 aritu. tengok dah kena. abeh aa mimi pasni. kena kuarantin la kat umah tak bleh bersosial nampaknyer hehe..

Tuesday, November 3

Perut Ngada2

Masalah betoi! tetiap petang balik keje dah set kan kepala malam ni tak nak makan. malam ni tak nak makan. konon2 diet la. makan malam kang gemuk. huhu.. chait! tak der maknanya. dah gemuk dah pun huhu..

Petang semalam balik kije tekak terasa nak makan coklat. dari tengahari lagi dok terbayang2 coklat. balik je terus pi kedai runcit kat umah. nak pi carefour maleh. pi kedai runcit sudah. beli coklat pastu 'terambek' biskut oat pastu 'terambek' lagi eskrim. giler banyak. sape nak makan ni?

Balik lepas maghrib makan semua benda tu. tapi perut still rasa tak sedap. tak kenyang aa makan benda2 tu. eee.. perut ni ngada2 betoi. lastnya kul 9.00 mlm saya bantai masak spegeti. masak simple2 ajer udah. makan sendiri. apa yang ada je letak.

Antara bahan spegeti simple saya. presentation tak nak kalah ngan cep wan tu. haha.. sedap? sedap je. kalau tak, tak der aa licin kan hehe..

Malam ni plak konon2 lagi sekali tak nak makan malam. makan lite2 sudah. eskrim ada lagi. coklat pun ada lagi. bleh aa buat lapik perut sementara nak tido. lagi sekali perutku ngada2. nak tak nak kul 8.30 mlm kelentang kelentung kat dapur masak. kali ni masak suka ati namanya. nama pun tak tau nak letak apa. ini aa padahnya suko no tgk AFC tu. masak pun main campak2 je feeling2 cam jamie oliver hehe..

Ini aa makanan saya tu. seperti biasa harus lah sedap kan. haha.. eh tapi tak tipu memang sedap maa.. ada ayam black paper. tak kaler itam sebab buh sket je black paper ngan kentang rebus then goreng sama drip ayam tu. thumb up!

Konon2 mau diet la. takut gemuk la. tak der maknanya. kalau dah mula masak pun kul 9.00 malam agak2 kul baper saya makan? pastu tido. huish.. abeh la. gemuk pasni ;p

Sojuk!

Baru la nampak cerah sket arini. nampak panas. kalau tak duk asyik ujan je manjang. dari minggu lepas duk asyik la ujan je. petang je ujan. kalau tak ujan duk mendung semedang. maklum dah dekat bulan 12 ni kan. dah nak mula musim tenkujuh lah katakan. tak lama lagi ada aa berita banjir kat tv tu.

Tapi banjir sekarang tak kira musim dah. dia nak datang dia jadik je. lelagi banjir kilat tu. pantang ujan lebat sket. kadang2 tu ujan tak sampai sejam pun banjirnya sampai sehari 2. pengalaman banjir? terjadi kat umah sendiri tak penah ada. tapi mengharungi banjir ada aa sekali 2. siap kena naik bot tu nak nyeberang banjir. nostalgik betoi ;p

Bab2 ujan ni saya suka time tido je. tido sejuk2 best. lelagi aa bilik saya tu ala2 banyak dosa kan haha.. panas je sepanjang masa. kalau ujan tu nikmat betoi tido. tido pakai selimut tebal ngan berstoking dan berhimpit2 ngan mimi. sangat syiok!

Tapi yang tak bestnya duk kat opis la. dah aa opis ni sejuk tahap air batu. pastu tambah lagi ngan cuaca sejuk kat luar lagi aa mencucuk2 ke tulang itam sejuknya. rasa duk kat kutub utara plak (macam penah pi kutub kan ;p). dah sejuk2 kan mula aa berulang ke toilet. duk sejam nak buang air. pastu duk lagi nak buang air lagi. penat den berulang ke toilet. dah aa air kat toilet pun sejuk semacam je. gigil2 tangan kena air.

Jari2 pun dah start biru dah ni. itu le kelemahan saya. tak bleh sejuk sangat. mula aa jari2 naik biru lebam je. kadang2 tengok jari sendiri pun takut. tapi tu belum tahap sejuk giler aa. saya kalau sejuk giler hidung pun sejuk. cam hidung kucing hehe.. time ni mula lah rasa nak piknik kat jalan raya depan opis ni sambil baring2 feeling2 tepi pantai hahaha..

Monday, November 2

Bagus La..

Lepas lebih kurang seminggu kejadian kemalangan di Kilometer 1.5, Persiaran Selatan, Jalan Kajang-Dengkil depan umah saya. saya tengok dah tak der lagi pemandu2 melintas sepanjang divider kat situ. yang bawak motor pun dah tak der berani melintas kat area tu. alhamdulilah insap jugak diorang ek. jangan insap jap je. kang lama2 wat balik. ambak aa iktibar dari kejadian tu. jangan dah terhantuk baru nak terngadah. wah! cam karam singh walia buat laporan je kan.
Lilypie Next Birthday Ticker