Thursday, January 31

Nonton Wayang Gambar

Semalam saya pi nonton wayang ngan ina. dia banjer :). tengok kat jusco cheras selatan (balakong). tengok citer cuci. best2. sakit perut saya ketawa. w/pun citer dia biasa n tak terlalu berat tapi menghiburkan. pi aa tengok. tak rugi. percaya aa cakap saya. bravo hans issac!!

Wednesday, January 30

Norain...!!


Ya Allah apa ko buat ni norain? makan kangkung mentah. hehe..sempat gak ambek gambo ko. nak jadik kambing ek makan kangkung mentah. dah2 tunggu mak long masak dulu baru makan..hehe..

Siaran Tertunda

Dari kiri hairul (22/1), saya (21/1), ema (bln 2) n cecilia (17/1). menyambut hari jadik yang dah lepas n belum lepas. sepatutnya ada 2 orang lagi dalam group ni iaitu pn. sharifah (7/1) n bob (1/1). tapi diorang tak der semalam. pn. sharifah cuti bersalin n bob cuti rehat. so semalam hanya kitaorg 4 org je meraikannya.

semalam diadakan mesyurat seksyen kat opis sambil meraikan hari jadik kami2 dan kenaikan pangkat serta pertukaran zainal ke instun. selamat menyambut hari jadi kami2 n selamat maju jaya untuk zainal.

Tuesday, January 29

Monday, January 28

Semua telahan saya betoi!

baru terjumpa permberitahuan ini kat http://jemariseni.com.

Pemberitahuan
Novel Kopi Susu Sepatu Biru sudah kehabisan stok. Penghantaran untuk pesanan selepas ini hanya akan dihantar mulai 30 Jan 2008. Maaf di atas kesulitan ini.

Kopi Susu Sepatu Biru

Akhirnya saya dapat gak buku kopi susu sepatu biru karya ruby hazri yang sangat saya idam2 kan. 4 tempat saya pegi kedai buku semua sold out. hati saya makin teruja. mesti best giler aa buku tu sebab banyak kedai dah sold out. akhirnya saya jumpa kat tesco shah alam. tu pun tinggal 1. rembat jer n terus bayar. sepanjang hari sabtu (26/1/08) aritu saya abehkan 1 buku tersebut. duk melepek je kat kerusi.

first time saya baca buku terbitan jemariseni. saya tak suka font buku tu. hehe.. memang saya ni agak cerewet sket kalau baca buku citer. paling penting kat saya font n spacing tulisan buku tu. kalau rapat2 sakit mata saya baca.

ada seorang kawan di UTM dulu selalu bising bila saya baca buku karya ahadiat akashah. katanya buku terbitan tersebut fontnya jarang2 n spacing terlalu besar. buku tebal tapi cerita pendek katanya. peduli lah. saya memang suka baca buku font simple n spacing yang besar. cerita penting gak tapi font ngan spacing tulisan lagi penting.

berbalik pada citer kopi susu sepatu biru tadi. citernyer simple. senang nak paham. ayat2 pun simple. tapi saya tak nampak kaitan sepatu biru ngan kopi susu ngan citer ni. sepatu biru ada gak masa 2 watak utama bergaduh. kopi susu hanya diminta diakhir cerita. alahai.. mati2 saya ingatkan 2 benda tu punca utama 2 watak utama bergaduh. anyway sebuah citer yang menghiburkan. banyak kali saya tergelak sendiri bila ada part2 yang mengelikan hati.

TQ ruby hazri kerana menceriakan hari sabtu saya!

Tahniah Estranged..!

tahniah estranged sebab menang juara lagu semalam. aku harap lagu kaer menang. but estranged plak yang menang. kira ok gak la. sempoi je persembahan diorang semalam. ok gak suara rich nyanyi live semalam. tak sesia 1 lagu melayu dalam album diorg. pas ni bleh aa wat album melayu sepenuhnya plak. bravo!!

Thursday, January 24

Tragedi di Hari Jadi - Berderau Darah Aku..

21hb 1 08 - 2.45 ptg

Dalam perjalanan balik dari hospital temerloh. mak tengah tido kat seat belakang. di hadapan saya ada sebuah lori kecil. agak laju juga.

Saya lihat di dalamnya ada barang2 peralatan rumah. ada bata, kayu n besi. kepala terus teringat kat rumah baru saya. oleh kerana lori tersebut laju saya mengikutnya agak jarak.

tengah saya best2 membelok di jalan untuk masuk ke kawasan perumahan saya. tetiba bata di dalam lori tersebut jatuh bertaburan ke jalan. banyak sangat. hampir separuh yang jatuh menutup hampir keseluruhan jalan. berderau darah saya. nasib baik saya tak ikut lori tersebut dalam jarak dekat. jika tidak bata tersebut mesti jatuh atas kereta saya.

mata saya automatik tengok cermin belakang. saya lebih risaukan kenderaan di belakang saya. takut ada kereta yang kena bata itu atau tak perasan terlanggar bata2 yang bertaburan di atas jalan. sungguh bahaya. lori tersebut pulak tanpa beri signal berenti tetiba berenti mengejut. nasib baik saya tak panik. saya elak n teruskan perjalanan.

tak dapat bayangkan kereta saya kemik kena bata. bukan kete saya plak tu. nasib baik mak tengah tido n tak sedar perkara tu. kalau tak sure dia bising. moral ceritanya jarakkan kenderaan anda dengan kenderaan depan. sebab kalau apa2 jadik kita sempat mengelak.

sUPriSe..!!!

Minggu lepas saya balik kampung. saya cuti 5 hari termasuk ari minggu ngan cuti taipusam yang Pak Lah baru umumkan 20hb. dalam perjalanan saya perasan ada sms masuk ke telefon. bila sampai kat umah rupanya bukan 1 sms. rupanya ada 5 sms n 1 miskol. apis rupanya sms n miskol saya. ingatkan saya marahkannya dia menghantar sms bertalu2 ke hp saya. rasa bersalah plak so saya terus telefon dia.

lepas say sorry saya n katakan saya tengah drive n sudah sampai ke kampung dia rupanya sangat terkejut. rupanya dia dalam perjalanan ke KL. datang untuk celebrate birthday saya. tu lah. nak suprise orang dia yang terlebih suprise. katanya tak sangka langsung saya akan pulang kampung pada tarikh tu sebab tiada cuti n sebab tu dia tak kasitau saya awal2 yang dia nak mai KL. ingat sampai KL mahu suprisekan saya katanya.

kesian plak saya ngan dia. tapi apa2 pun salah dia. naper tak kasitau awal2. kalau saya tau dia nak datang saya bleh balik umah ari ahad coz saya cuti lama. sempatlah jumpa dia w/pun tak sempat celebrate birthday saya pada hari yang tepat. tak der rezeki saya nak celebrate birthday ngan dia. may be lain tahun kot.

nota tangan kanan ; lain kali nak datang kasitau awal2 ye incik apis!

Entry birthday - TQ all!

Saya dengan rasa seronoknyer ingin mengucapkan terima kasih kepada you all yang ingat birthday saya.

Dari sms;

TQ 2 bob, atun, celcom, imran, ira, kimah, wawa, apis n jalil.

Dari friendster;

TQ 2 cyn, mazizah, atun (sekali lagi), tasya, nora, suzi, nadia, roslan n linda.

Dari email;

TQ 2 jobstreet, person.com, myjodoh.net, mymesra, virtualfriends, birthdayalarm, hotel equatorial bangi n tubely n apis nasrul.

lain2
TQ 2 sham, david n acel

nota tangan kanan : terima kasih tak terhingga kat atun coz menyambut birthday saya besar2an kat blognyer. sedih oo aku baca entry tu. huhu..

Wednesday, January 16

Berat

Seorang teman lelaki bertanya tentang berat badan kepada saya.

"47kg" saya menjawab dengan bangganya

dengan muka terkejut dia menyoal

"bukan 74kg ke?"

"ha!" terus saya jadik blur kejap. aku punya berat 74kg ke? huh! dia cuba mengelirukan aku rupanya. terus saya jawab

"bukan la, berat saya 47kg je"

"oo" balasnya pendek.

tetiba saya tambah

"sekarang 47kg baru, on the way ke 74kg kot" kata saya sambil tergelak2. iskk.. biar betoi. tak nak la, ngeri dengar nombor 74 tu. Insyallah tak kan sampai ke angka tu berat saya.

Orang Yang Melahirkan

Suatu ketika seorang teman melangsungkan perkahwinan di karak. pergi ke sana bersama adik dan seorang teman. rupa2 nyer teman saya itu sudah mempunyai anak. adam namanya. kawen tak jemput la minah ni. kecik sket ati saya. saya tak berapa suka ngan budak2. just berbahasa ngan adam.

"adam ngan ...err.."

"anak ko panggil ko apa?" tanya saya

"..mi"

"ha?" spontan saya terjerit. saya dengar mi je kat belakang.

"mummy" kata teman itu

saya mengurut dada.

"mummy" ajuk saya. "ingatkan umi tadi"

tak baik kan saya. tah la. dah terpaku kat kepala otak ni kot. kalau umi tu hanya untuk orang2 alim ulamak je. orang2 cam kita2 ni cam tak sesuwei je anak nak panggil umi. mesti teman itu terasa kan. saya kena mintak maaf kat dia ni.

nota tangan : nak suh anak saya nanti panggil saya bunda. hik hik..

Nota Tangan Kanan

perkataan pelik yang saya dengar arini
pegawai jentik2. AC mizal cakap masa pagi di Era pagi tadi. pelik tapi rasanya semua orang bleh pahamkan.

hari ni baru saya perasan
yang saya ada ramai kawan nama apis. err..anak jiran saya pun nama apis gak. suka sangat panjat pokok tanjung mak saya. hehek..

dah lama sedar
yang saya tak pernah beli baju kurung. kalau tak saya buat sendiri sure mak buatkan. tapi la ni mak je buat coz tak der mesin jahit nak buat sendiri kat umah sewa.

teringin nak baca
buku citer tajuk kopi susu sepatu biru karya Ruby hazri. aritu saya dah belek2 tapi tak mampu plak nak beli. nanti minggu depan dapat gaji mesti saya sambar.

sudah 2 hari
saya tidak makan malam, takut gak kurus. bak kata seorang teman kitaorg ni sama. tak makan 2 hari dah bleh turun berat sampai 2kg. iskk..tak bleh jadik ni. malam ni kena gak makan.

perlu ingatkan diri
malam ni ada CSI kul 10 malam, so tak bleh tido awal. selalu saya tido kul 10 kecuali malam ni coz CSI abeh kul 11 malam.

sebelum tido saya suka
baca buku, tapi kat kg la, kat sini tak bleh sebab tak der orang nak tutupkan lampu kalau 'ter' tido (saya duk sorang satu balik). kat kampung ayah selalu tolong saya tutup lampu kalau tertido masa baca buku.

dah lama perasan
semua kawan paling baik n rapat ngan saya sudah kehilangan ayah masing2. mula ngan ina tahun 1999 kalau tak silap. pastu mala tahun 2000 rasanya n edon 3 tahun lepas pun rasanya. maaf la ingatan kurang elok arini..

baru saya tau
yang saya ada seorang pakcik bergelar datuk. duk kat kajang lagi. dekat je ngan saya.

teringin sangat2 nak jumpa
seorang kawan yang sudah lama tak jumpa namanya F.A.S.A. dah 3 tahun tak jumpa. selalu berdoa semoga Allah dapat pertemukan saya ngan dia. rindu kot. hehek..

kecik2 dulu selalu pikir
orang yang nyanyi dalam radio tu memang duduk dalam radio. huk huk..

sangat rindu
pada kete kecik warna biru. apalah kabo dia sekarang ek. dengarnyer dah sampai terengganu semalam. mesti dia sonok jalan2. tapi dia tak rindu saya ke?

tetiap pagi wajib
basuh tangan dan minum air masak sebelum pegi keje. kalau tak tangan rasa kotor sepanjang masa n tekak kering tak ingat!

saya berazam
nak bersolat di awal waktu. tapi tetiap tahun pun jarang tertunai. doakan saya merealisasikan azam itu tahun ini pulak. amin..

langsung tak sangka
kawan saya masa form 2 masih ingat jam yang saya pakai time tu ngan sekarang jam yang sama. kuat betoi ingatan dia. masih elok. better pakaikan. walaupun dah old fashion.

Friday, January 11

1429 Hijrah

Selamat menyambut tahun baru hijrah 1429 hijrah. tahun baru maksudnyer bertambahlah umur. senang nak ingat tahun baru hijrah sebab melambangkan umur saya. 1429 hijrah. 29 adalah umur saya. so saya senang nak ingat tahun hijrah. saya lahir pada 1399 hijrah. tapi kalau ikut tahun islam umur saya 30 tahun ini. tahun islam kan lain dari tahun masihi. kalau ikut tahun masihi saya berumur 29 tahun. moga saya makin matang dan bertambah baik serta diberikan kekuatan dan ketenangan hati dalam menghadapi hari2 mendatang. selamat menyambut maal hijrah 1429 kepada semua umat islam.

nota tangan : Ari ni birthday dato' siti nurhaliza. happy birthday! Err..lagi 10 ari birthday saya. jangan lupa ek..:p

:: Me In Perth - 15-17 Dec 2007 ::


aktiviti utama di aussie - kasi makan kanggaru

hujan kat caversham wildlife park

me n koala

buah anggur yang tak masak lagi

saujana kebun anggur

saya n encik besi

kat pinnacles desert

besarkan bas ni

laut kat perth

depan hotel penginapan

cantiknyer..!!

padang pasir tepi laut - lancelin desert

jalan2 terjumpa konsulat mesia kat perth

Wednesday, January 9

Malunyer aku

Suatu ketika saya pergi berjalan2 di carefour alamanda. teringat nak beli alat tulis lalu pergi ke bahagian stationery.

mata melilau-lilau mencari pin berwarna warni. saya perasan seorang kakitangan carefour di sebelah saya. mungkin tengah kira stok.

dalam hati berkata,

"bagus gak mamat ni ada kat sini. kang tak jumpa bleh terus tanya"

pueh saya belek. dah abeh semua dah saya belek. tak jumpa plak pin tu. tanpa memandang mamat carefour tu saya terus bersuara

"bang pin yang warna warni tu kat mana ek?"

mamat tu senyap je. aiks..bisu ke mamat ni

saya terus pandang mamat tu. mamat tu automatik pandang saya.

"err..awak cakap ngan saya ke?"

saya angguk kepala sambil buat muka bengang. bila dah pandang tu baru saya perasan eh..mamat ni bukan mamat carefour la. baju dia lain sket.

sambil senyum malu, saya 2 3 kali say sorry kat mamat tu.

"tak per..dah 4 5 orang dah panggil saya mamat carefour arini" katanya sambil senyum.

huh! malu giler lah. saya terus je jalan. langsung tak pandang dah mamat tu. yang mamat tu pun bengong. yang pakai baju warna sama ngan baju carefour tu wat per. padan muka!

Hik..hik..!!

Anak saper aa ni..adik saya sebenarnya ni..just try masuk bonet kete kancil..huh! muat..keciknyer lah adik saya yang berumur 25 tahun ni..tutup muka..tutup muka..nanti org kenal..huhu..


Tuesday, January 8

Ibu yang malang

Kesian betoi saya pada 'ibu' tersebut. bak kata org. sudahlah jatuh ditimpa tangga pula. seminggu sebelum ni 'ibu' digigit kucing. abeh berdarah2. semuanya salah saya. saya yang gatal tangan pergi kacau kucing itu. mak saya kata kucing itu tengah marah sebab baru lepas bergaduh ngan kucing cu yang besar itu. kononnya mempertahankan kawasannya. saya plak pi kacau. sebab itu 'ibu' digigitnya.

semalam pula 'ibu' terjatuh dan tertindih badan saya. arini 'ibu' bengkak. saya cuba urut 'ibu' semalam. tapi terlalu sakit. akhirnya saya hanya menyapu 'ibu' dengan minyak. apalah malang nasib 'ibu' itu.

tadi saya pergi perjumpaan dengan menteri. semasa masuk dan keluar saya takut berasak2. takut ada org terpijak 'ibu'. kalau betoi ada org terpijak 'ibu' memang saya menjerit tak ingatlah jawabnya.

hari ni saya tak bleh pakai kasut ke tempat kerja kerana IBU JARI KAKI saya sakit dan bengkak. uwaaaaaaaaaaa...






ibu digigit kucing





ibu bengkak terjatuh

Wednesday, January 2

:: sEnYuM ::

saya dan adik2 berjalan dari masjid KLCC ke KLCC. berborak tentang seorang kawan yang drop kitaorg kat masjid tu tadi. dia telefon sebentar tadi. katanya dia menunggu di KLCC. hanya bertanya kepada seorang adik.

"kat mana mamat tu parking kete?"

"kat bawah KLCC la, dia tau parking kat situ je kalau pi KLCC"

saya terkejut lalu cakap

"wah! agak kaya juga mamat ni ek. bukan kalau parking kat bawah tu mahal? dia cakap kat aku aritu gajinya RM****.** sebulan"

"mana sampai" kata adik

"kalau campur2 lebih kurang aa kot sama gaji tu" tambahnya

tetiba teringat. gaji saya lebih RM 500.00 darinya. saya cakap kat adik tentang itu lalu adik bertanya

"awak parking mana kalau pi KLCC?"

saya dengan spontannya jawab

"parking kat LRT damai la, aku naik tren je"

opss! hehe..

Selamat Tahun Baru

Sudah sangat lama saya tidak menulis di sini. bukan malas. bukan tak der idea. tapi sibuk bercuti. w/pun saya bekerja 26-28hb 12 aritu tapi tak der rasa cam keje. ramai sangat yang masih menyambung cuti hingga awal tahun. opis agak lengang. so mood untuk bekerja pun ilang. naik arini baru meriah sket. dah nampak muka semua org.

saya adik beradik sebenarnyer exited untuk melihat rumah baru kitaorg. dan2 tak nak balik akhirnyer lepas seminggu berada di kl saya pulang semula ke kampung. semua terkejut. mak memula bising2 coz baru je balik seminggu dah muncul balik. sonok tengok umah yang dah nak siap. banyak sebenarnyer benda nak citer. tapi nanti la saya mula satu2 ok. citer helikopter datang ke kampung saya. paling banyak citer berjalan2 ke perth.

walaupun sudah 2hb saya still nak ucap selamat tahun baru 2008 kepada semua warga dunia. semoga tahun baru ni kita menjadi lebih baik dari tahun2 sebelumnya.
Lilypie Next Birthday Ticker