Monday, February 27

Isnin Terakhir

Arini ni ari isnin dan insyallah akan jadik isnin terakhir saya kerja kat kuantan. ye 'sirih' akan pulang ke 'gagang' minggu depan. rasa? sonok ada. sedih pun ada. sonok sebab akan kembali kerja kat tempat lama. jumpa balik kawan2 lama. akan tinggal dengan kawan lama. sedih plak entah. maybe sebab dah mula sonok keje kat kuantan kot. sedih nak tinggalkan anak2 buah yang sangat best kat sini. lagi2 diorang baru je ilang bos. ni sorang lagi 'bos' nak gi plak sob sob..

Pastu sedih gak sebab pasni nak balik kg kena lalu jem semula hahaha.. ye saya paling tak suka lalu jalan karak-bentong-gombak tu. dengar kena lalu situ je badan dah start rasa letih. belum lalu lagi ;p dulu berlagak la balik kampung raya pun tak jem. sekarang rasakan semula. pasni cuti lebih sehari lepas cuti raya kena praktikkan semula huhu..

Kali ni takder penangguhan akan dibuat sebab kerja pun dah siap. tinggal yang baru2 org lain plak le sambung. ada lagi 1 2 kerja yang tak baper nak siap akan disiapkan sebelum abeh minggu ni. barang dari rumah sewa plak separuh dah angkut. tinggal lagi separuh insyallah akan diclearkan ari sabtu ni n terus tinggalkan kuantan. kali ni tak stress sangat nak pindah sebab barang tak banyak. 2 kali angkut clear dah bilik huhu.. barang pun conet2 je. takder yang beso2 gabak sangat. so senang nak angkut. ahad ni bermula kehidupan di tempat baru yang lama. semoga rezeki saya makin murah kat tempat yang sama tu nanti. amin..


Thursday, February 23

Itam Si Comot

Balik dari langkawi saya singgah umah adik di raub. antar barang borongan dengan nak jumpa si busuk itam n oyen kucing adik saya. baru baper bulan tak jumpa 2 ekor tu dah beso. ligat plak tu. sibuk keluar masuk umah org. tak malu sungguh.

Tengok ni nakalnya dia. org hidang air kat tetamu dia plak sibuk minum. itam minum air teh ok. beriyer2 dia minum sampai abeh setengah cawan.

Ni plak buat perangai masuk dalam beg org. kucing memang suka kan tempat tersorok2 ni. selagi bleh masuk dia sibuk la nak masuk. tah carik apa tah. itam ni bila perati betoi2 cute tapi sebab bulu dia camtu terus jadik tak cute. kecantikan tersembunyi katanya hahaha..


Wednesday, February 22

Si Manis Qisya

Sambung citer kat bawah. biasalah kalau dah gi langkawi tu tak membeli menipu namanya hahaha.. yela paling2 coklat daim sebungkus 2 mesti beli punya pun walau pegi atas dasar apa ye tak? jangan nak membohong! tak der duit dengar kata nak gi langkawi korek la mana pun kan huhu.. walau baru lepas 'kawen' kan anak hehe..

Bergitulah ceritanya dengan seorang kawan saya ni. orang lepas kenduri harus terasa itu ini serba serbi tak cukup masa kenduri. pinggan mangkuk cawan senduk semua. alang2 gi langkawi harus beli. paling kebetulan flight balik dia sama ngan saya. so saya jadik 'mangsa' tolong angkat barang2 borongannya itu. tapi sebagai balasan saya telah dihantar pulang dari lcct hingga ke pintu rumah hahaha.. suka2. dan suka jugak sebab dapat jumpa cik adik manis qisya anak tuan punya barang borongan.

Qisya memula malu2 ngan auntie. tak senyum pun. qisya dah besar. qisya ingat tak qisya penah buli auntie masa kecik2 dulu. qisya terjaga dari tido n nangis sebab auntie beri salam masa auntie datang umah qisya? hahaha..

Dah agak lama qisya dah tak malu. sempat buat sign peace kat auntie lagi. lepas ni kita bleh la selalu jumpa kan sha. auntie dah ada kat 'sana' :)




Monday, February 20

See Food

Hai kawan2. saya baru balik dari langkawi. biasa la berbengkel. gi berjalan tu maybe idok le sebab dah pegi aritu. ni org kasi pegi free bleh la pegi lagi huhu.. eh saya pegi bekerja tau. bukan gi joli2 katak walaupun.. hahaha.. maleh aa nak citer pasal keje. saya nak citer pasal makan je. malam kedua kat IPP kami ada bbq. i like bbq very much! huhu.. malam tu ada ayam, sotong, ketam, kerang, sate bihun nasik semua la. saya makan seafood n ayam je. nasik bihun apa semua tak makan.


Ni kerang. dia bukan bakar la. eh dia bakar tapi rasanya dia bungkus ngan aluminium foil tu sebab tu dia berair sket. saya makan ni 2 kali. yum!

Ni plak udang. 1 cucuk ada 4 ekor kot. saya ambek 2 cucuk huhu..

Ni plak ketam. giler beso ketam2 nya. fresh plak tu. saya makan 3 ekor ketam yang beso gabak huhu.. yum jugak. ketam ni dia kukus rasanya. sebab tak rasa bakar pun.

Ini pinggan kami bertiga. cuba kira ada baper atas meja tu? saya ngan ira ada 3 pinggan sorang. cclia 2 pinggan sebab 1 pinggan kongsi ngan saya hahaha.. gambar ayam ngan sotong n makanan lain maleh mau letak takut terliur sebab sedap sangat huhu.. paling best air asam dia. giler mabales la. rasa mau hirup2 je. sodap!



Wednesday, February 8

Vanila Coklat Ariana Mikhail

Ye ini kerjaan gilaan hahaha.. jarang sangat saya nak tengok drama2 bersiri ni sejak2 drama cina / korea pukul 6 ptg dedulu dah takder. dulu gigih balik kerja awal semata2 nak tengok drama cina/korea pukul 6 ptg tu. tau je la kalau citer korea tu panjangnya berjela2. tapi gigih jugak tengok ari2. org dok heboh nur kasih, nora elana, tentang dhia, soffiya bagai haram saya tengok. tentang dhiya ngan soffiya tu ada aa 2 3 episod saya tengok tu pun tengok kejap2. tak abeh 1 episod pun. tengok separuh2 je huhu.. yang nora elena ngan nur kasih hampeh langsung tak penah tengok 1 episod pun. tetiba gatai ha nak tengok 2 drama bersiri ni. tapi drama2 ni serius cute hehe.. sebab tu gigih jugak tengok.

Ariana mikhail ni saya memula teruja sebab tajuk dia je. teringat kat blogger arianna melissa sebab tajuknya ariana. pastu terus google2 carik sinopsis citernya. wah best. bleh aa tengok. pastu sekarang dah tak bleh tinggal plak. tu yang payahnya tu tengok cerita bersiri ni. komitmen kena tinggi hehehe..

Vanila coklat ni saya pun tak tau macam mana bleh berminat nak tengok. boring tak tau nak tengok citer apa kot. tetiba terbenti kat citer ni. bila tengok cam best je. cam biasa google carik sinopsis bleh tahan la ceritanya. so continue tengok. eh makin lama makin best plak hehehe.. kena aa tengok kan. lagipun dah tinggal 5 episod lagi citer ni. so tak lama dah nak melekat kat depan tv hehe..



Tuesday, February 7

Cuti Maulud Nabi

Cuti 3 hari lepas saya gi KL bawak nadia sekali. tujuan takder. just jalan2 memenatkan kaki je huhu.. saya bertolak dari kuantan pukul 9.15 pagi. naik bas ok hahaha.. jimat belanja. adik saya dari raub naik bas kul 10.30 pagi. so sampai lebih kurang sama kat pekeliling dalam pukul 1 ptg. masuk2 kete terus rasa lapo mau makan. so jalan2 carik makan sampai la kat medan selera sebelah HKL. benti n makan nasik campur kat situ.

Lepas makan tujuan ke jalan TAR. konon2 mau carik tudung. so jalan2 kat pasar malam nya. belek2, tengok2, usha2 hehe.. sampai le kat semua house. nadia kata mau sebey2 baju tunang. dia sibuk milih saya sibuk mengayakan tudung haha..

Cantek kan tudung ni. pujuk2 nadia beli dia tak nak. penat saya posing huhu.. lepas beli2 barang dah penat. terus je pulang ke pangkal jalan. tu pun berkejo balik sebab masing2 tak solat lagi. sib baik sempat sampai umah tanpa apa2 kejadian yang tak diingini huhu.. malam saya kuar ngan nadia gi alamanda. tujuan pi vinci nak usha kasut. tapi jam yang dibeli ;p

Ahad kami bangun awal sebab mau terjah ikea. kang lewat2 tau je la ikea tu kan. parking nya payah beno. kami sampai ikea pukul 10 pagi. parking agak lengang. best bleh pilih2 parking huhu.. masuk carik breakfast dalam tu. kami makan karipap sedap ngan hotdog. pastu gi maxis jap kat curve. balik ke ikea sempat singgah kat cupcake chic beli red velvet cupcakes ngan macaroon.


Yum! red velvet dia sedap la. nanti bleh aa beli lagi huhu.. gambar macaroon takder. 5 minit sudah cair di perut ;p kat ikea kami window soping. saya nak beli jam je sebenarnya huhu.. lain2 tu sampingan2 je. apa je pun yang sampingan nya. benda2 biasa je. pas sejam lebih dalam tu kuar dan membayar rm26.00 untuk 5 item huhu.. simpan barang dalam kete then ke ayam penyet curve untuk makan tengahari. adik saya tak penah makan ayam penyet. so ke sana kita makan.

Lepas makan jalan2 menenatkan kaki lagi. mana2 kedai yang teringin nak masuk semua masuk. tengok2 belek2. bukan beli pun huhu.. sempat bergambo kat cermin elianto punya la takder keje hehe.. lepas penat jalan2 kami balik umah. jam baru kul 5.30 ptg camtu sampai umah. so landing time. malam plan nak gi uptown danau kota tapi dalam perjalanan tersangkut kat bazar lewat malam bangi. so makan n jalan2 kat situ je. tak jadik ke danau kota. balik terus tido n esoknya bangun pukul 10.30 pagi hahaha..

Gitu gini pukul 11.30 pagi dah. terus ke ayam penyet wong solo bangi plak. ada org tu nak makan ayam penyet lagi huhu.. kat sini akhirnya saya dapat minum alpukat juice. sedap! sebelum ni tiap kali masuk ayam penyet mintak mesti takder stok. kali ni dapat. gembira2 huhu.. pas makan terus ke pekeliling sebab masing2 mau pulang. yelah kami org2 pahang cuti 3 hari je. so kenalah pulang sebab arini keje huhu.. kalau cuti 4 hari harus saya tak apdet blog lagi arini ;p





Wednesday, February 1

Lilypie Next Birthday Ticker