Thursday, August 30

MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!!!...


Esok 31 Ogos 2007. hari jadi Malaysia ke 50 tahun. MERDEKA! malam ini akan di adakan sambutan kemerdekaan di hampir kesemua negeri di Malaysia. peringkat kebangsaan akan diadakan di Luala Lumpur. oleh kerana saya tinggal di Putrajaya oleh itu saya akan menyambutnya di sini malam ini. tak sanggup nak meredah jem untuk sama2 menyambut di kuala lumpur. perjalanan 30 minit akan menjadi lebih 2 jam. lebih baik saya sambut di Putrajaya sahaja. lepas maghrib saya bercadang hendak ke Putrajaya Floria terlebih dahulu. pukul 10 malam baru ke pertandingan bunga api di PICC. mesti meriah malam ini. saya perlu membawa kamera untuk merakamkan detik2 indah sambutan ke 50 tahun hari jadi Malaysia malam ini.

teringat perjuangan pahlawan2 terdahulu memperjuangkan kemerdekaan. matapelajaran sejarah adalah matapelajaran yang paling saya minat. entah dari mana minat itu timbul. semasa PMR saya hanya mensasarkan 1A sahaja iaitu matapelajaran sejarah. dan ianya menjadi kenyataan. bergitu juga dengan SPM. semua tarikh dan peristiwa sejarah saya ingat. begitu hebat saya semasa di sekolah dahulu. sepatutnya saya menjadi seorang akeologis. bukan pentadbir tanah. apa nama pahlawan2 melayu yang saya ingat yer? Mat Kilau, Dato' Bahaman, Dol Said, Rentap, Dato' Maharajalela, Rosli Dhobi. apa lagi ye? tetiba otak saya jem. tak lupa perjuangan Tunku Abdul Rahman dan ahli-ahli parti perikatan yang lain untuk memerdekakan malaysia. hasilnya saya lahir sebagai anak merdeka dan esok Malaysia akan meraikan kemerdekaan ke 50 tahun. SELAMAT HARI JADI KE 50 MALAYSIA!

Wednesday, August 29

Putrajaya Jem!!

Malaysia International Fireworks Competition 2007 Putrajaya International Convention Centre will be the venue for the 1st Malaysia International Fireworks Competition. The magnificent view across the lake overlooked by the grand Seri Gemilang bridge will be the main focus for two weeks. From 18 August 2007 till 2 September 2007, Nations from Australia, Japan, Italy and Malaysia will be competing for the Merdeka trophy.

Saya pergi tengok pertandingan bunga api 25hb ari tu. best sangat. ingat 30hb ni nak pergi tengok lagi. cantik. saya ada merakamkan beberapa minit terakhir persembahan itu tetapi tidak dapat dimuatkan ke dalam blog ini. saya hanya boleh bercerita sahaja lah. kepada orang yang pernah pergi melihatnya tentu tahu bertapa cantiknya bunga2 api yang dipersembahkan.

Dan malam itu juga saya melihat satu fenomena luar biasa berlaku di putrajaya. PUTRAYAJA JEM!. nasib saya baik kerana rumah berdekatan dengan PICC. oleh itu saya hanya berjalan kaki dari rumah untuk pergi melihat persembahan tersebut. saya pergi pada pukul 9 malam. orang sudah ramai. di sekeliling pusat equestarian putrajaya saya hanya nampak kepala orang sahaja di mana2. memang ramai. apabila saya membaca akhbar keesokan harinya, ianya melaporkan lebih 100,000 orang datang melihat persembahan tersebut. semasa saya keluar pukul 9 malam kereta sudah berderet di tepi jalan sehingga ke kawasan rumah saya. cukup luar biasa sambutan orang terhadap persembahan tersebut.

kami menyelitkan diri juga di sekeliling pusat equestrian tersebut (saya pergi bersama 2 orang adik). bersebelahan kami terdapat beberapa keluarga kecil yang saya agak juga bersaudara kerana anak2 mereka memanggil pakcik dan makcik. saya rasa budak2 lah yang paling seronok malam itu. tempat saya meriah kerana ramai kanak2 bersorak apabila melihat persembahan tersebut.

paling seronok apabila di dalam perjalanan pulang. saya cukup seronok melihat putrajaya jem. sudah dekat 2 tahun saya menetap di putrajaya tetapi tidak pernah saya lihat situasi luar biasa begitu. kereta berderet2 memenuhi jalan. hampir tidak bergerak. kata kawan saya perjalanan ke kuala lumpur biasanya 30 minit, penangan persembahan bunga api punya hal 2 jam belum tentu boleh sampai ke kuala lumpur. 30hb ini ada lagi persembahan. rasa teruja untuk melihat putrajaya jem lebih dari melihat persembahan bunga api tersebut. bukan tidak biasa melihat jem. malah saya pernah tersangkut di dalam jem juga. tapi putrajaya jem adalah fenomena luar biasa kerana tidak pernah terjadi.

Monday, August 27

MENCARI ORANG TERSAYANG

Apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
MORALNYA : BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG ADA SEKARANG

Thursday, August 23

Pening-pening lalat

selamat datang ke opis. dah 5 hari saya bercuti. cuti saya selama 5 hari ini hanya duduk di dalam kereta. rasa macam hendak pengsan rasanya. ke sana ke mari berjalan. bermula jumaat 17 aug selepas pulang dari opis terus bertolak ke tanjung malim rumah pak tua saya. bermalam di situ. pagi2 18 aug kami bertolak ke sg. besar untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya. habis majlis kenduri dalam pukul 2 petang kami bertolak pulang ke teluk intan. kata mak ingin mengunjungi angah saya kerana alang2 sudah berjalan. semasa memandu saya rasa sangat mengantuk tapi saya gagah juga memandu. emak, ayah dan adik saya sudah lama lena. sampai di rumah angah dalam pukul 3.30 petang. sesat larat juga kerana saya tidak tahu jalan. jangankan saya yang jarang2 balik ini, emak saya juga langsung tidak ingat jalan untuk pulang ke kampungnya!!

petang itu dalam leka2 berbual saya tersengguk juga. mengantuk dan penat sangat. tapi hendak tidur rasa tidak manis pula. anak2 angah saya semua pulang kecuali yang no. 2. kata kak ijan mereka mahu membuat kenduri arwah emak mereka keesokan harinya. oleh itu saya berjumpa dengan semua anak2 angah saya. 2 orang daripadanya paling akhir saya jumpa masa opah saya meninggal tahun 1986 dahulu. sudah dekat 20 tahun kami tidak bertemu. kak liza anak bongsu angah saya masih tidak berubah rupanya. rasanya kalau saya berselisih bahu dengannya pasti saya dapat mengenalinya lagi. sudah ada 2 anak rupanya kakak saya sorang itu. yang paling best rupanya dia juga bekerja di putrajaya. sudah dekat 2 tahun saya di putrajaya, langsung saya tak pernah bertembung dengannya. abang pai, abang sepupu saya yang sorang ini sudah jauh berubah. rasanya kalau tidak kerana berjumpa di rumah angah saya pasti saya tidak mengenalinya. abang sepupu saya yang sorang ini duda. kata mak sudah setahun lebih dia bercerai. semasa berbual dengannya mahu juga saya bertanya. tapi takut dia terasa hati pula. mungkin lain kali saya boleh bertanya.

pagi 19hb aug kami bertolak pulang ke putrajaya. sampai di rumah saya pukul 12.30 tengahari. selepas makan tengahari kami bertolak pulang ke pahang. adik saya yang bongsu memandu kerana saya sudah letih benar. sampai di pahang pukul 5.30 petang. kami singgah di pasar malam padang piol. saya bercuti 20hb itu kerana hendak menemankan emak ke hospital. pagi 20hb kami ke hospital agak lama juga menunggu. balik dari hospital kami singgah pula di rumah mak cik di jengka 15. sepatutnya saya hanya bercuti hari isnin sahaja. oleh kerana doktor mahu berjumpa hari rabu jadi saya teruskan cuti sampai rabu kerana hari rabu saya memang bercuti. so saya hanya mintak cuti hari selasa sahaja. semalam saya balik menaiki bas. fobia saya dengan bas express ni. tapi terpaksa juga. dalam terpaksa2 itu saya sempat juga tertidur. sudah 5 hari badan saya dilambung2 dengan kereta. penat!

hari ini saya masuk opis kepala jadi pening2 lalat. nak buat apa pun tak tau. pagi2 lagi ms. ivy dari segar apartment sudah menalifon saya. kata hajar semasa saya bercuti selalu sangat dia mencari saya. nasib baik hari ini bos saya tidak ada. kata yani dia ke perlis. ada meeting sampai esok. so saya boleh layan pening lalat saya ni hari ini.

Tuesday, August 14

Kejadian 13 Ogos 2007

Dah lama saya tidak menulis di sini. Sejak mendapat pengarah baru saya jadik terlalu sibuk. Maklumlah pengarah baru. Masih fresh. Semua hendak dilaksanakan cepat. Malam tadi saya terpaksa membawa kerja pulang ke rumah. Semalam tepat pukul 5 petang en. Pengarah telah memanggil saya berjumpa dengannya. Apabila saya sampai ke hadapannya dia menyatakan menteri mahu berjumpa dengannya esok. Mahu tidak mahu saya terpaksa mengikutnya esok. Dia juga berpesan agar saya menyiapkan satu format taklimat berkenaan kertas kerja yang saya hantar kepada menteri awal bulan Mei lepas. Kesian saya kepadanya. Baru masuk seminggu sudah menteri panggil untuk brief kan satu benda baru. Dia hanya minta saya standby. Katanya dia akan minta tangguh kepada SUSK menteri sehingga bos lama saya dahulu pulang dari umrah. Agak lama dan saya rasa tidak sesenang itu mendapat tarikh baru dari menteri. Katanya dia harus cuba minta tangguh namun jika tidak boleh "terpaksalah saya hulur tengkuk saya juga" katanya. Saya hanya mengiyakan. Dia pengarah baru saya sekarang. Mahu tidak mahu dia perlu memikul beban itu jika terpaksa.

Pagi semalam saya mendapat satu sms dari sahabat baik saya, katanya

"Al-fatihah utk arwah mak dan ayah saya yang meninggal dunia pg td"

Terkejut saya. Dua tiga kali juga saya baca sms itu. Jika meninggal seorang saya tidak pelik sangat sebab setahu saya ayah sahabat saya itu memang tidak berapa sihat. Ini kedua-dua ini. Mesti ada something wrong. Terus saya menalifon sahabat saya itu. Apabila telefon diangkat bunyi tangisan yang saya dengar dahulu. Tanpa membuang masa saya terus bertanya. Katanya ibu dan bapanya meninggal akibat kemalangan. Dia sekarang di Hospital Taiping untuk menuntut jenazah. Itu sahaja kenyataan dari sahabat saya itu. Saya juga tidak sampai hati hendak bertanya terlalu banyak memandangkan kesedihannya. Saya hanya mintanya bersabar sahaja dan redha dengan pemergian allahyarham ibu dan bapanya. Dia minta saya hebahkan berita itu kepada sahabat2 saya yang lain. Ya telah saya tunaikan. Seperti saya semuanya terkejut.

Saya cuba menalifon seorang sahabat yang bekerja satu pejabat dengan sahabat yang baru kehilangan ibu dan bapa itu. Barulah saya mendapat gambaran sebenar. Ibu dan bapanya kemalangan dengan bas. Dalam perjalanan ke rumah salah seorang anaknya iaitu abang kepada sahabat saya itu di kedah. Hampir 20 orang terbunuh akibat kemalangan bas tersebut.

Malam semalam saya sembahyang magrib awal semata-mata untuk menonton berita di televisyen. Benar kemalangan itu menjadi berita utama semua channel televisyen. Kemalangan terburuk yang pernah terjadi di Malaysia selepas kejadian di Baling dan Merapoh, Kuala Lipis. Kemalangan itu terjadi di Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Bukit Gantang Taiping. Seramai 19 orang mati di tempat kejadian dan seorang mati di hospital. Polis telah mengeluarkan senarai mangsa yang terkorban. Salah seorangnya adalah bapa kepada sahabat saya itu. Mayat ibunya belum dkenalpasti polis kerana tiada pengenalan diri. Mesti dia sangat sedih saat ini kan. Saya doakan dia tabah menghadapi. Katanya pada saya pagi semalam dia redha dengan ketentuanNya.

Mata saya sakit. mungkin kerana terlalu lama mengadap komputer hari ini. Sudah saya letakkan pelembab mata tetapi masih letih. Selalu apabila saya menitiskan pelembab mata pasti keletihan itu hilang. Tetapi hari ini tidak. Itu isyaratnya saya patut berhenti di sini. Daaa..~
berita penuh kejadian :

Thursday, August 9

Hospital dan Rambutan

3 hb Aug lalu saya pulang ke kampung lagi selepas saya pulang ke kampung pada minggu sebelumnya. kali ini saya pulang kerana emak minta saya tolong hantarkannya ke hospital. katanya ada temujanji dengan doktor pakar di hospital temerloh. sejak saya besar saya jarang berjumpa doktor. dahulu semasa saya kecil hospital dan klinik adalah tidak asing bagi saya. saya pernah menjadi penghuni hospital jerantut selama 11 hari kerana sakit. sakit apa pun saya tidak pasti. tapi yang saya tahu akibat penyakit itu saya perlu dibedah. sungguh kronik nampaknya sakit saya pada masa itu. tapi saya tidak jadi dibedah. kenapa juga saya tidak pasti. malas hendak mengambil tahu.

sudah agak lama saya tidak ke hospital. rasanya paling akhir semasa melawat seorang rakan office kemalangan dalam akhir tahun lepas. kali ini saya ke hospital semula menemankan emak untuk berjumpa doktor. saya pulang ke kampung hari khamis 2hb Aug (ponteng 1/2 hari). hari jumaat pula saya cuti. saya tidak pernah langsung ke hospital temerloh. oleh itu kedudukannya di mana juga langsung saya tidak tahu. saya hanya tahu kewujudannya sahaja. nasib baik ayah saya tahu letaknya hospital tersebut. dia pernah pergi menziarahi makcik sebelah rumah bersalin sebulan sebelum itu. mengikut sepupu saya hospital itu agak moden. jika ada orang sakit teruk menaiki ambulan, ambulan itu sekali boleh naik ke tingkat di mana pesakit itu akan diletakkan. tidak perlu lagi menyorong pesakit di lobi hospital. wah! agak terkejut saya mendengarnya. ambulan juga boleh menaiki lift sekarang. ini betul2 moden dan canggih.

hospital itu terletak betul2 di tepi jalan menuju ke temerloh jika datang dari bandar jengka. hospital itu rupanya sudah ada nama dan telah dirasmikan. sungguh saya tidak tahu menahu tentang itu. namanya Hospital Sultan Ahmad Shah. nama sultan pahang dan tuanku telah merasmikanya pada..opss.. yang ini saya lupa. kami sampai dalam pukul 8.30 pagi. masih ada masa 1 jam sebelum temujanji emak dengan doktor iaitu pukul 9.30 pagi. kami bersarapan di cafe hospital sebelum emak masuk berjumpa doktor. agak lama juga menunggu. nasib baik saya telah bersiap sedia dengan surat khabar, Mp3 dan jaket saya. sejuknya hospital itu seperti di office saya. kebas juga lah jari2 saya. ayah beberapa kali keluar kerana tidak tahan dengan sejuk dan pergi merokok. dalam pukul 11.30 semua kerja selesai. emak perlu datang lagi pada 14hb dan 17hb Aug lagi untuk membuat ultrascan.
pulang dari hospital kami singgah di rumah makcik di felda jengka 15. dari jauh lagi saya sudah nampak rambutan bergayutan di sekeliling rumah makcik saya. teruja betul saya melihatnya. lebat betul sampai saya lihat dahan pokok rambutan itu hampir patah kerana berat. ada 3 pokok yang betul2 lebat buatnya. turun pada kereta pokok rambutan dahulu saya tuju. sedapnya makan rambutan segar dari pokok. akibat terlalu ghairah memetik buah rambutan tangan saya berbintik2 kerana digigit nyamuk. itulah balasannya. kami pulang selepas solat asar. saya siap tidur dahulu sementara menunggu asar. emak tidak mahu pulang awal kerana tidak mahu pergi 'rewang' di kampung saya. katanya mahu pergi keesokan harinya sahaja. oleh itu kami perlu pulang agak lewat. sebelum pulang ayah dan pakcik saya telah memetik rambutan. penuh 1 guni baja di petiknya akibat saya mengatakan buah tersebut tidak cukup. penuh bonet kereta saya dengan rambutan. yang peliknya apabila sudah sampai di rumah saya langsung tidak menyentuh rambutan tersebut. hari ahad emak mengikatnya untuk menyenangkan saya membawa pulang ke putrajaya. satu bakul penuh rambutan saya bawa pulang dari kampung.

Wednesday, August 1

Nasi Briyani Mar'ah

Dua minggu lepas saya ke Johor Bharu untuk satu lawatan tapak. kami bertolak hari jumaat 20.07.2007. Ha! cantik kan tarikh tu. 20072007. bukan berkenaan tarikh tu yang saya mahu ceritakan. saya mahu bercerita berkenaan satu makanan yang menarik iaitu nasik briyani. sebelum sampai ke johor bharu kami singgah ke kulai untuk menikmati nasi briyani istimewa makcik kepada kawan pejabat saya. bagi saya yang agak jarang makan nasi briyani (saya tak suka makan kari sebenarnya) nasik briyani makcik kawan saya itu agak menarik.



tengok tu betapa gambiranya bos saya kerana dapat menikmati nasi briyani. maaf la gambar nasi nya hanya dari jauh. terlupa hendak fokus kepada nasi itu. tapi masih dapat dilihat kan. saya tidak tau apa ramuan untuk membuat nasi briyani ini. kerana ianya bukan makanan kegemaran saya. satu perangai saya, saya tidak akan belajar sesuatu yang tiada kepentingan langsung pada diri saya. contohnya memasak nasik briyani ini. jika dihidangkan saya makan, hendak membeli atau memasaknya sendiri mungkin tidak. hidup dengan bos saya baru saya belajar makan nasi briyani dan kenal kari serta kedai mamak.

emak saya tidak pernah masak kari di rumah. oleh itu kami adik beradik hanya kenal kari apabila sudah hidup merantau (hidup di asrama). itu pun sampai hari ini masih sukar untuk melalui tekak saya ini. pernah satu hari bos saya tanya kepada saya hendak makan di mana. saya hanya mendiamkan diri kerana saya tahu dia akan membawa saya ke restoran mamak. tetapi dia memahami pula lalu berkata kepada isterinya "bila abang tanya halijah nak makan di mana dia senyap saja, itu maksudnya dia tidak mahu makan di kedai mamak" saya hanya gelak. lalu malam itu kami makan di kedai biasa sahaja. selamat saya malam itu.

Mesti terkejutkan lihat gambar di atas. licin! dua pinggan di sebelah kanan saya itu milik jalil. jalil dan bos saya makan 2 pinggan nasi briyani! wah ini memang betul2 sedap namanya. pinggan yang di sebelah kiri itu pinggan saya. jangan terkejut, juga licin. memang betul2 sedap nasi briyani ini. tetapi selepas makan tekak saya menjolok2. itu sudah biasa pada saya jika makan makanan yang berkari serta bersantan. awal2 lagi saya sudah pesan air limau untuk cuci tekak saya. sedapnya pada saya hanya sekejap sahaja. saya sendiri tidak faham kenapa tekak saya susah hendak menerima makanan berkari serta bersantan yang satu ini. bagaimana agaknya kalau saya berkahwin dengan orang yang suka makan makanan berkari serta bersantan nanti? hendak tak nak saya kena biasakan diri. seperti kata isteri bos saya, dia dahulu juga susah hendak menerima kari serta kopi (bos saya saya suka minum kopi) dalam hidupnya. selepas 20 tahun berkahwin dengan bos saya dia telah dapat menerimanya dengan baik. mungkin saya juga begitu nanti. mungkin la..


Lilypie Next Birthday Ticker