Monday, January 30

Birthday Di Dalam Jem Yang Maha Teruk

Happy belated birthday to me on 21st jan aritu hehe.. bertambah setahun lagi umur. w/pun dah terlambat lebih seminggu dah pun tapi takper. still nak ucap happy birthday kat diri sendiri. moga saya dipanjangkan umur dalam keimanan dan dimurahkan rezeki yang halal. saya tak nak mintak banyak. mintak nak kaya je hahaha.. moga apa yang saya hajati saya dapat tahun ni. apa yang dihajati tu? entah setakat ni tak terpikir lagi. jodoh mungkin hehe.. moga saya dapat kumpul duit banyak2 tahun ni. nak buat apa nanti dah banyak saya citer ek huhu.. moga saya jadik org yang lebih baik pada diri sendiri, mak ayah, family, kawan2, sedara mara.. eh semua lah. dapat gembirakan semua org. yes! mengembirakan org adalah benda paling best dan paling saya suka buat. sukalah tengok org gembira :) n akhir sekali moga saya bahagia dan gembira selamanya. amin.. korang tolong aminkan jugak tau :)

Tahun ni saya sambut birthday dalam jem hahaha.. bayangkan pukul 1 ptg dari kl patutnya dalam kul 2 ptg dah boleh sampai tanjung malim tapi dekat pukul 4 ptg baru sampai sana. gilo la. memula lalu highway pastu tak larat tersengguk2 kuar jalan lama plak. nyaris2 sesat barat akhirnya dekat pukul 4 ptg sampai jugak ke tanjung malim. giler teruk jem. mak saya sampai 2 kali muntah dalam kete sebab baring duduk, baring duduk tapi tak sampai2. akhirnya dia pening pastu muntah hahaha.. tak penah2 ada org muntah dalam kete saya. first time!

Malam tu kami berombongan ke majlis nikah anak sedara saya kat ulu bernam. nasib baik kami lawan arus ke selatan. arus ke utara jem nya ya Allah. tak dapat bayangkan kalau saya yang tersangkut dalam jem tu. tu jalan lama tu. mesti highway jem teruk giler sebab tu semua org kuar ke jalan lama tapi rupanya lagi teruk jem nya. kata kak pnut dari kl dalam 4 jam dia belum sampai tg malim pun. memang Allah nak bukak kan pintu ati saya balik petang jumaat n pagi sabtu ke kl. kalau ikutkan kehendak keje pagi sabtu saya kena attend event n lepas event baru boleh balik tg malim memang dengan saya2 lah tersangkut kat jem yang maha teruk tu. nasib baik la kami gerak awal sikit.

Alhamdulilah leen anak sedara saya selamat jadik isteri org. tu pun teruk jugak sebab ada ahli rombongan yang tersangkut dalam jem yang maha teruk tu. konon nak nikah lepas isyak tapi dekat pukul 11 malam baru tok kadi jabat tangan pengantin lelaki. memang pengalaman ngeri la. nasib baik sampai jugak. kalau tak, tak nikah la hahaha.. gambar pengantin takder. eh bukan takder. ada tapi kat umah. ala tak yah tengok la. korang bukan kenal pun hahaha..


Thursday, January 19

Sudoku v Kakuro

Korang main sudoku tak? cam kat bawah ni. saya selalu gak main. main kat hp. selalu sebelum tido la. main 1 2 games baru tido. dah jadik habit plak sebelum tido main sudoku. sekarang dah separuh level medium dah saya abehkan. rekod paling laju main 2.23 minit hehe..


Tapi sekarang dah jumpa games baru. masih berasaskan nombor gak. namanya kakuro. aritu duk godek2 hp terjumpa plak games ni. try main. wah best plak. sekarang sebelum tido layan 1 2 games kakuro plak. sudoku seminggu 2 ni dah di lupakan huhu.. korang try la. best!

Ni tadi saya main kakuro. first time main online. selalu main kat hp je. memang mencabar minda gak la. sama cam sudoku gak. jepun ni memang suka kan games nombor2 ni. tapi saya suka. best! eh sejak bila minat nombor2 ni? bukan dulu masa study math asyik fail je ke? hahaha.. ni games ok lain. just perlu kemahiran berfikir. tak yah nak buat teoram phitagoras (betoi ke eja ni?) bagai ;p


Wednesday, January 18

HP Camera

Edisi malas sedunia. kali ini buh gambar je la ek. ni gambar2 dalam kamera hp saya yang tak pernah dipertontonkan kepada umum. wah macam eksklusif sangat plak huhu..

Gemuk cuba memakan rambut

Projek tagging lampu 5S

Niza belanja sebelum dia pindah. eh bukan patutnya saya ke kena belanja dia ? ;p

First time makan tutti fruti. rasa? boleh la..

Tiket bas rapid penang.

Breakfast roti canai ikan seko dengan nadia.

Ikan siakap stim kot. dato' hj belanja. tq dato'!

Nasi kerabu kemira. slurpp!

Buah delima depan umah sewa adik.

First time redeem point bonuslink.

Oklah tu je. sekian terima kasih ;p




Saturday, January 7

Aksi Ain

Minggu lepas saya balik kampung. cam biasa ain datang rumah. nampak anak jiran main dia tegur. pastu dengan kereknya anak2 jiran tu boo layan ngan dia. so saya cakap ngan ain tak yah kawan diorg. kang petang saya bawak gi main buai. so dia pun ikut cakap saya. duk ngeko je n tanya bila nak gi main buai hahaha.. sebab dah janji kena aa bawak. dah redup sket kami dua gi main buai kat taman.

Pas main buai dia main gelunsur. pastu main panjat2. saya tengok kan je. maleh nak ajak balik. biar dia main sampai puas. main sorang2 pun jadik minah tu. maklum org takder kawan huhu.. tengok aa aksi2 dia kat bawah ni. caption maleh buh. korang tengok gambar je lah ek.

Gambar sebelum gi main2 kat taman. sibuk ngeko saya sana sini tuntut janji huhu..







Sekian terima kasih ;p


Friday, January 6

Mee Kuah n Pindah

Ada banyak citer nak citer kat sini tapi gambar yang dah resize semua kat laptop. so tak bleh nak citer kat sini sebab takder gambar. gambar direct dari kamera bapak beso. berjam nak aplot terus maleh nak apdet hehehe.. (alasan!). semalam saya gi site ngukur. gi ngan 2 org staf. siap dalam kul 11 pagi terus carik kedai makan. nama kedai sitiman. area mana lupa huhu.. my staf suh saya try mee kuah. sebab tak penah try so try. saya kan suka makanan2 berkuah ni.

Nilah mee kuah tu. rasa dia cam mee rebus+mee udang sket. sedap la. rasa cam nak tambah semangkuk lagi je huhu.. lain kali bleh gi lagi kedai tu.

Lawan mee kuah adalah limau suam. tak pelik kan. yang pelik pada saya adalah sebab dia serve air limau tu dalam cawan bukan gelas. masa memula budak kedai tu letak atas meja saya dah gelak2. tak penah saya tengok org serve limau suam dalam cawan. selalu dalam gelas je. terus ambek gambar hehehe..

Lagi satu benda pelik pada mata saya kat kedai ni, pokok pisang tanam dalam pasu hehe.. siap berbuah tu pisang dia. gigih pokok pisang tu. sempit2 pun gigih berbuah bagai hehehe..

Oh satu berita sedih. my friend kat atas tu dah pindah ke labuan. ikut suaminya. alhamdulilah lepas 2 tahun akhirnya dapat bersama suami tercinta. good luck dari saya untuk dia yang akan lapor diri di opis baru isnin depan (9/1).



Thursday, January 5

Duit

Dah masuk tahun baru. dah 5 hari pun. selamat tahun baru uols!. sajer je lambat2 wish. tahun ni maleh nak review citer tahun lepas. eh tapi kalo takder citer kang saya buat la kot hehe.. tahun ni saya sambut tahun baru jauh di pulau borneo. tapi tetap sambut depan tv tengok konsert reunion AF akhir hehehe.. pastu Zzz..

Dah masuk bulan 1 ni macam2 benda nak kena settle melibatkan duit. adeh2.. 11hb lesen mati. sib baik perasan. kalau tak tengok tadi ingat lesen mati 13hb huhu.. eh tapi lewat 2 hari je kan. oklah tu. yang org lain mati berbulan tak sedo tu lagi la hehehe.. pastu roadtax n insuran plak mati 28hb. aritu dapat quatation kena bayar dekat2 4 angka jugak hoho..

Pastu ada majlis kawen 22hb ni kat tg malim. wajib gi tu. kalau tak diorg tak ngaku sedara plak hahaha.. takder la. sedara dekat kena la gi kan. setakat ni takder aral yang melintang di tengah jalan. org dah ajak wajib datang :) agak2 mana nak carik duit ni ek?



Lilypie Next Birthday Ticker