Thursday, August 27

Agar2 Marble Pulak Dah..

Arini teringin nak makan agar2 plak. ishh.. macam2 selera minah ni kan. hehe.. agar2 bleh buat sendiri ye tak? tak yah nak beli2. tapi masalahnya agar2 yang saya nak makan ni bukan agar2 biasa yang plain tu. saya nak makan agar2 marble. agar2 biasa tu memang aa pejam mata pun bleh buat. senang sangat. kalau cakap tak reti tu maleh namanya. haha..

Ni aa lebih kurang rupa agar2 yang menjadi idaman. saya tau kat pasar ramadan ada jual. tapi saya kan kalau bleh nak elak dari beli makanan kat pasar ramadan tahun ni. so how?

Buat sendiri? bleh nak buat tapi bab2 memukul telur dan mentega hingga kembang tu agak payah sket. maklum bulan puasa. letih ngan ngada lebih. hehe.. umah saya tak der mixer. kalau ada lama dah saya buat. tak der aa meroyan2 kat sini. oklah saya nak kasi resepi yang saya copy dari sini untuk korang. sapa2 rajin buat tu antar2 aa seketul dua kat saya ek. tq. haha.. belum apa2 dah tq gituu..

Bahan-bahan
4 sudu besar tepung kastad
½ cawan susu cair
125 gm mentega
6 gelas air
1 bungkus agar-agar
5 biji telur
1 mangkuk kecil gula
Sedikit serbuk koko

Cara Menyediakan
1. Masak agar-agar dengan 6 gelas air sehingga mendidih. Bila telah hancur masukkan gula.
2. Sementara menunggu gula hancur, boleh bancuhkan bahan-bahan untuk campuran agar-agar. Pukul telur dengan mentega sehingga kembang.
3. Setelah itu masukkan susu cair dan tepung kastad sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Setelah itu tuangkan adunan ke dalam agar-agar tadi kemudian kacaukan hingga rata.
4. Sesudah sebati dan kelihatan agak pekat bolehlah diangkat dan bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu adunan dicampurkan dengan koko dan satu lagi tanpa warna.
5. Masukkan ke dalam acuan berselang-seli kemudian sejukkan.

SELAMAT MENCUBA!

Saya Dapat..!!

Selepas meroyan sorang2 kat blog semalam akhirnya saya dapat gak cheese cake!. buka pose semalam makan cheese cake dulu baru makan nasik. haha.. gilo mengidam. sapa beli? saya la. sapa lagi nak belikan. semalam pi beronggeng ngan ira ke alamanda. hajat nak pi bayar credit card. mak oii.. org ramai giler. sampai keluar2 dari bank diorang beratur. so tak jadik ke bank saya ke sebelah bank iaitu secret recipe. tengok kek2 tu semua dah telan2 air liur. memula ambek satu pastu eh2 tambah plak satu lagi. huhu.. dua2 cheese cake yang berlainan perisa. dua2 ada separuh lagi kat umah. ptg ni buka bleh makan lagi. syiok betoi hidup bila keinginan dipenuhi.. ;p

Wednesday, August 26

Orang Kata..

Entah naper 3 hari buka puasa ni masak lauk asyik masin je. rasanya buh cam tak buh je garam. tapi masin gak. pelik betoi. nak tak nak n dah lapo belasah gak la makan. abeh puasa ni bleh kena darah tinggi ni. haha..

Orang tua2 kata masak masin nak kawen ek? banyak aa ko punya nak kawen. hehe.. saya ni memang dari dulu pun masak selalu masin. bak kata saya pada ira yang cakap cam tu dulu,

"aku ni dah selalu no masak masin. tak kawen2 pun.."

hehe.. bohong betoi kata orang tua2 tu. tak bleh pakai. korang buka apa tadi? beli ke masak? saya macam biasa dan seperti cerita di atas saya masak. maleh nak pi pasar ramadan. bersesak2 tu bahaya korang sekarang ni. so baik la avoid untuk keselamatan. mana aa tau kan.

Orang kata.. eh org kata lagi huhu.. memang aa orang kata.. saya sampaikan je tau. orang kata kalau nak kena kat mana pun kena kan. tapi at least kita usaha untuk avoid. kalau nak kena jugak tu takdir. terima je lah. ujian tu. tuhan tak kasi ujian kalau dia tahu kita tak boleh hadapi. at least tak der aa sua tengkok org kata kan. hehe.. orang kata lagi. orang kata mencegah lebih baik dari mengubat. eh.. orang kata lagi plak.. hehe.. ok jangan pening tau.. baca dengan perlahan mesti paham apa saya nak sampaikan.

oklah orang dah azan. nak pi terawih.. tata..

Cheese Cake

Saya bukan peminat cheese cake. tapi penah aa makan cheese cake. tapi sebab dah lama sangat saya rasa saya dah lupa cam ner rasa cheese cake tu. dan lepas2 tu tak der rasa langsung nak makan cheese cake. aritu masa jamuan menyambut ramadan kat opis ada sorang staff wat cheese cake. seperti biasa saya langsung tak der ati nak try apa lagi makan. tapi tercubit sket ira punya. mak oii.. sedap plak rasa cheese cake tu. terus bersuap2 lagi saya makan. hehe.. tak tau aa sebab cheese cake memang sedap ataupun staff yang buat tu memang pandai buat cheese cake yang sedap.

hoho.. orang kata tak kenal maka tak cinta kan. sejak aritu saya terbayang2 cheese cake. gilo betoi. nak pi beli maleh. ira kata cheese cake kat secret recipe sedap. dan2 tu saya gigih google website secret recipe. tengok gambo pun dah telan air liur ni. tak tau aa sebab puasa atau saya mengidam lebih. haha..

gambar dari secret recipe website

25 Hari Lagi

Dah ari kelima puasa kan. tahun ni saya tak der review pasal terawih lagi kan. tetiba arini nak review sket. malam tadi adalah malam kelima kita semua terawih. tapi saya dah tinggal semalam iaitu pada malam kedua sebab saya kat kampung. almaklum kalau kat kampung semua benda jadik maleh. huhu..

Naper tetiba nak review terawih ek arini. sebab semalam terawih kelima saf dah banyak kosong. alahai.. baru ari kelima dah kosong saf. belum ari ke 20 lagi tu. ari pertama memang penuh giler saf. sampai keluar2 jemaah pompuan solat. sampai kena bukak sekolah yang kat belakang tu untuk tampung jemaah pompuan. korang agak2 naper org dah maleh nak pi terawih ek?

Tuesday, August 25

Jangan Main Mercun

Alahai.. baru 4 ari puasa dah ada yang kena mercun. adik2 oii.. jangan main mercun. kan mercun tu dah diharamkan. kerajaan tak kasi main. sebab nyer ni lah. tak pasal2 ilang jari, ilang tangan, ilang mata n memacam aa. yang peliknya mana aa diorang dapat mercun tu. satu lagi diorang ni kretip lah konon. main ubahsuai mercun. nak kretip pun berpada2 la. kretip aa kat tempat yang betoi. bukan suka ati ubahsuai mercun tu. kalau dah kena saya mampu cakap padan muka je lah ek. huhu.. kejam betoi kakak sorang ni kan. abeh tu dah cakap banyak kali. dah iklan dalam tv dan saya pasti mak bapak diorang pun dah marah2 pun still nak buat gak tu namanya mencari penyakit. cakap padan muka tu kira ok la kan. hehe..

Muhamad Nur Sufian 6 tahun hilang 3 jari akibat terkena mercun di kampung simpang cabang tok ku chabang tiga, kuala terengganu hari ni.

gambar dari berita harian.

Laptop Pink

Tengok entry kat blog ceera tetiba ternampak gambar seseorang tengah guna laptop. sama maa.. ngan laptop saya. kaler pink! mesti vp punya. huhu.. tetiba saya rindu plak kat laptop pink saya. laptop tu saya tinggal kat kampung masa balik kampung jumaat lepas. saje tinggal coz time saya sibuk2 nak balik adik plak sibuk2 main games. oleh kerana minggu ni nak balik lagi so decide tinggal je kat kampung seminggu. lagipun kat umah desktop 'pemberian' tu dah dipasang. kalau terdesak2 bleh guna je desktop tu. siap pesan kat adik suh jaga baik2 coz tu je reta yang saya ada. hehe.. sabtu ni balik lagi. bleh aa ambek laptop tu. yey!

Sunday, August 23

2 Hari Berpuasa

Alhamdulilah dah lengkap 2 hari kita berpuasa tahun ni. ada lagi 28 hari kalau kita puasa 30 hari. harap2 kita sama2 dapat penuhkannya. apa citer 2 hari puasa ni? saya tanpa dirancang telah balik berbuka di kampung. pagi jumaat plan. sabtu pagi terus berdesup ke kampung. saya memang nak balik pun sebenarnya tapi memandangkan bajet agak kureng so terpaksa aa tunggu gaji. so plan memang nak balik minggu depan. cuti merdeka kan isnin. so dapat aa cuti 3 hari.

Kebesaran Allah makbulkan doa saya yang nak temankan mak bukak puasa kat kampung. pagi2 jumaat tu saya check claim masuk plak. org lain ada yang tak masuk lagi. tak sangka plak saya punya dah masuk. dan2 tu cakap kat adik2 saya nak balik buka ngan mak. tetiba cik imah nak ikut plak. jeles aa tu. haha.. so kami balik bukak puasa ngan mak n ayah kat kampung. tapi saya balik sabtu pagi. cik imah balik jumaat petang. dia dekat tak per aa. saya ni jauh sket. balik malam2 kang mak marah. so terpaksa aa balik pagi2 sabtu.

Menu buka puasa kitaorg adalah sup tulang mabeles yang ayah buat. pastu murtabak moin n air tebu yang dimesin sendiri. mak plak masak gulai tempoyak ikan sungai. mabeles! makan 2 pinggan nasik. sepinggan lauk tempoyak. sepinggan lagi lauk sup. perut buncit sampai sahur. haha..

Hari ni plak buka daging goreng kicap ngan masak lemak pucuk ubi. pun mak masak. tapi saya makan kat umah saya la. tak bleh nak buka kat kampung arini. kang pukul bape plak nak sampai umah sewa saya ni. mak saya tu bising kitaorg balik lewat2 malam. alhamdulilah makan berdua ngan cyn pun best. ayah ada bekalkan kangkung. esok bleh aa masak kangkung plak. kalau bleh tahun ni tak nak pi beli kat param. nak masak hari2. huhu.. tak tau aa tercapai ke tak angan2 ni. harap2 la..

Friday, August 21

Masjid Baru Putrajaya


Medan dakwah
Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3 di sini, sebelum ini dikenali sebagai Masjid Besi akan menjadi medan dakwah kepada pelancong ke negara ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Muhammad Sheikh Abdul Aziz.

Beliau berkata trend bagi pelancong sama ada Islam atau bukan Islam melawat masjid di negara yang dilawati.

“Ia dibuktikan sendiri dengan statistik sepanjang tahun lalu, 565,408 pelancong melawat Masjid Putra di Putrajaya dan 256,428 pelancong melawat Masjid Negara, di Kuala Lumpur.

“Tambahan pula, masjid itu mempunyai pelbagai keunikan termasuk ‘mashrabiah screen’ diperbuat daripada anyaman besi tahan karat dengan ciri telus cahaya dan angin serta tulisan ayat al-Quran dilakar pada kaca setinggi kira-kira 13 meter,” katanya pada majlis penyerahan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin daripada Perbadanan Putrajaya (PPj) di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden PPj, Tan Sri Samsudin Osman; Pengarah Jabatan Pembangunan PPj, Mohd Ridzwan Kulub Othman dan Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Md Ali Sarbini.

Wan Muhammad berkata, dalam usaha membantu pelancong bukan Islam mengenali Islam, Jakim turut menyediakan kursus pemandu pelancong supaya dapat menerangkan kepada mereka mengenai keindahan Islam.

Beliau berkata, Jakim menetapkan fungsi masjid berkenaan berbeza dengan Masjid Putra bagi mengelakkan pertindihan termasuk menyediakan program bersifat antarabangsa untuk pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS), program kanak-kanak, perpustakaan dan bidang pengajian pengkhususan.

Katanya, pengurusan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dikendalikan 35 kakitangan, diketuai Imam Besar dan dibantu tiga pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang bertindak sebagai imam manakala 31 kakitangan sokongan bersama-sama mentadbir serta mengurus masjid.

Sementara itu, Samsudin berkata kompleks masjid yang berkapasiti 20,000 jemaah itu turut dilengkapi tiga kuarters dua tingkat, 10 unit kedai, dewan serbaguna, bilik kawalan televisyen dan radio serta 620 petak letak kereta dan 100 letak motosikal.

p/s : dah siap rupanya masjid ni. jom terawih masjid baru nak? hehe..

Berpuasa

Sebab esok dah nak puasa kan so arini kena aa citer pasal benda2 berkaitan puasa. baru aa feeling puasa lebih sket. haha.. nak citer apa ek? kita buat citer puasa dengan soalan aa kan baru best. kira Q & A la.

1. Bila saya mula puasa?
Tak ingat plak. tapi yang pasti sebelum sekolah saya dah mula puasa. dalam umur 5 ke 6 tahun cam tu dah belajar puasa. dan setahu saya saya tak penah puasa separuh hari. saya pun tak penah dengar term puasa separuh hari sebelum saya masuk sekolah. kalau dah namanya puasa mesti puasa sampai ke maghrib. bagus betoi!

2. Siapa ajar niat puasa?
Harus lah mak. sebab saya kan mula puasa sebelum sekolah. nak kata cikgu nampak no tipu kan. saya bukan cam budak sekarang umur 4 tahun dah pi sekolah. org kampung cam saya umur 6 tahun baru sekolah yer.

3. Bila mula puasa penuh sebulan?
Masa darjah 2. may be sebab saya memang jenis kurang makan kot. dulu saya sangat kurus yer sebab tak suka makan. so berpuasa bagi saya langsung tak der masalah sebab saya bukan suka makan pun. yang best masa darjah 3 ustaz cakap sapa puasa penuh dapat adiah. dalam hati dah agak saya mesti dapat sebab darjah 2 lagi saya dah puasa penuh. so tak der masalah untuk puasa penuh tahun tu plak. n seperti dijangkakan saya dapat adiah dari arwah ustaz mat (al-fatihah) sebab puasa penuh. yey! sonok giler.

4. Makanan kegemaran masa buka
Wajib makan nasik. lain2 tu sampingan je. kalau tak der pun tak per. saya bleh makan nasik lauk ikan bilis goreng ngan kicap je kalau dah tak der makanan sangat. makin berumur ni makin tak kisah nak makan mewah2 pun. dulu2 masa kecik2 memang aa lapar mata. tengok tu nak. tengok ni pun nak. la ni dah tak kisah. janji kenyang cukup. tapi kalau balik kampung saya wajib makan murtabak yang mak rohaya buat. mabeles!

5. Tabiat buruk waktu puasa
Saya tak bersahur. kalau bersahur kang pagi2 lagi perut saya dah bunyi2 lapo. saya gak tak bleh ulang makan. saya just makan masa buka je. pas buka bangun solat sampai tido memang langsung tak makan dah. paling2 pun minum air je. nak kata makan time sahur memang tak la coz saya memang tak kan bangun sahur.

6. Kenangan puasa
Solat terawih penuh sebulan adalah kenangan terindah saya. tetiba rindu nak terawih. malam ni reramai kita pi terawih ek. teringat masa sekolah2 dulu. payah betoi nak terawih. banyak setan kot. kadang2 dah elok2 solat kawan2 plak kacau. mengantuk memang masalah paling besar la. kadang2 kelakar plak bila ingat balik. naper aa dulu susah sangat nak solat. padahal bukan payah pun.

Kenangan bukak pose ngan family gak sonok. ni citer zaman sekolah2 rendah dulu la. bila naik sekolah menengah (form 1-3) saya dah duk asrama. kalau dapat bukak puasa ramai2 pun time hujung minggu je. bila form 4 saya ke sekolah harian biasa adik bongsu plak masuk asrama. so susah dah nak berkumpul bukak puasa ramai2 cam masa sekolah rendah dulu. sekarang lagi la susah. masing2 dah keje n duk jauh2 plak tu. kalau betoi2 nak berkumpul kena plan. tu pun sekali je sebulan dapat berkumpul bukak pose ramai2. paling2 pun sehari 2 sebelum raya je dapat buka sekali.

Jalan kaki balik umah dari sekolah time puasa pun kenangan yang susah saya nak lupakan. bayangkan dekat 25km kitaorg jalan kaki dari sekolah untuk balik umah. dah aa puasa. dalam pada berjalan2 tu dah set kat kepala sampai umah je nak bukak puasa. tapi alhamdulilah iman kuat lagi. terbongkang pun saya teruskan gak puasa dan sayaberjaya. naper jadik cam tu? masa tu saya duk asrama. zaman2 tu tepon umah belum ada. asrama saya cam bengong sket. suka2 hati je nak kasi balik umah hujung minggu. selalu cakap awal bleh aa inform awal kat ayah suh ambek. tapi kalau kasi balik tiba2 memang kitaorg kena menapak la. nak kasitau umah takder tepon lagi. gagah betoi kitaorg time tu. tapi bila ingat balik sonok w/pun seksa. hehe..

Dulu kecik2 penah gak hampir terpedaya ngan kawan2 bila tengok diorang makan. masa sekolah la yang paling mencabar keimanan. yelah kat sekolah kan. saya puasa. bebudak lain kebanyakkan tak. siap bawak bekal lagi kat sekolah. saya penah mintak kat mak nak bukak puasa jugak. mak cakap apa tau "tahun lepas ko bleh puasa penuh naper plak tahun ni tak tahan" huhu.. tak dapat gak. tapi alhamdulilah saya dapat berpuasa penuh dari darjah 2 sampai tingkatan 2. pastu penuh gak tapi ada 'time cuti'. kira penuh gak aa kan. time tak bleh tu bukan sengaja. :)

Itulah antara citer2 puasa saya. makin berumur ni makin sonok plak tunggu ketibaan ramadhan ni. tak tau naper. dulu kecik2 dengar je nak puasa rasa maleh sangat nak buat. tapi raya nak. hehe.. selamat berpuasa all!

Thursday, August 20

Claim oh Claim

Rutin orang kekurangan duit. tiap kali jumpa internet harus check claim kat online banking. awat la lambat sangat masuk bulan ni. diri ini sudah kekeringan. sianlah diri hamba ini.. huhu..

ok tu je. sekian terima kasih ;p







p/s : sib baik ada online banking. kalau tiap kali jumpa atm nak pi check mesti org kata saya psiko. nak mencuri!

Ramadhan Datang

Sedar tak sedar arini dah 29 saaban. arini gak ari org tengok anak bulan untuk tentukan puasa jatuh bila. puasa bleh jatuh esok or lusa. tapi mengikut kalender dan cara kiraan hisab menunjukkan puasa ari sabtu ni. apa2 pun kita tunggu aa pengumuman yang dibuat oleh penyimpan mohor besar raja2 malam ni. sejak saya belajar kat U ngan keje ni jarang sangat tengok pengumuman penyimpan mohor besar raja2 ni umum puasa. kalau raya memang tak penah miss sebab time tu dah ada kat kampung. tengok pengumuman ramai2 ngan family syiok. bleh jerit2 kalau esok raya. haha..

Dulu masa study mana der tv. kalau ada pun 1 kolej ada 1 tv je. 1 kolej yer. bukan 1 blok. tak kuasa aa plak nak berlari ke bilik tv untuk tengok pengumuman tu. jauh tu bilik tv ngan asrama saya. so untuk tahu apa result nya selalunya saya tepon mak or tanya kawan2 je. kalau diorang tipu saya mesti tertipu kan. tapi tak der aa. kawan2 ngan family saya tak penah plak tipu saya. hehe.. masa keje ni kadang2 tak der kat umah. yelah duk sendiri kan. kadang2 makan kat luar. kekadang2 pi soping sampai langsung tak ingat bila 29 saaban. teruk kan saya. sib baik tau puasa bila. kalau tak org puasa saya suka2 je makan. hehe..

Jap je masa berlalu kan. dalam masa lebih kurang sebulan lagi kita dah nak raya. persiapan raya? tak yah kot. saya bukan jenis beraya sangat. kuih bleh beli. beli 2 3 jenis cukup. dengan saya paling penting raya kena ada lemang ngan rendang je. kuih2 raya tak penting sangat. may be sebab kuih raya sekarang dah tak special cam dulu. yelah dulu kuih raya jumpa time raya je. la ni sepanjang musim ada jual kuih raya. lemang ngan rendang pun org jual sepanjang musim sekarang. sebab tu kalau tak raya saya seboleh2 avoid makan lemang ngan rendang. konon2 nak kekalkan specialnya untuk raya je.

Kita may be puasa esok or lusa. dikesempatan ni saya nak ucap selamat menyambut ramadhan pada semua kawan2 yang sudi singgah kat blog comey saya ni. saya gak mintak maaf kalau ada salah silap dan saya sedia memaafkan salah silap kawan2 saya jugak. sama2 aa kita bermaafan yer. semoga ramadhan ni akan memberi lebih keberkatan dari tahun2 sebelumnya. sama2 aa kita tingkat ibadat dan ambil peluang ni untuk tambahkan pahala masing2. amin..

Tentang H1N1

Apa itu H1N1?

viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dr manusia kpd manusia.

Jangka hayat virus

Oleh kerana ia adalah virus yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja . jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host (badan manusia) ia akan mati. maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik akan 'bersih' dr virus tersebut.

Asal virus ini

Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico

Virologi virus H1N1

Incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari. ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit. pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4 . H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara serangan

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan. virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS). peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse'. ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi.

Siapa yang berisiko

1. orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemuk
2. perempuan yg mengandung
3. orang yg ada astmatic
4. orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)

* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas

Simptom2

day 1 = rasa kurang sihat, tak bermaya
day 2 = selsema, batuk dan demam yg kekal (demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)
day 3 = rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
day 4 = sakit dada yg teruk
day 5 and above = lung collapse @ koma

Langkah2 kawalan

1. golongan2 yg berisiko, elakkan drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)

2. menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran.

3. elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'.

4. jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan) .

5. jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask).

6. utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.

7. jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan.

8. jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.

9. tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubat influenza. jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubat2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubat2 tersebut terlebih awal.

10. vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.

11. utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia . mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12. tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbrake ini. sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.

Amin.

ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dr kem. kesihatan m'sia di pan pasific klia pada 01.08.2009.

Sumber : email

Tuesday, August 18

"saya tak berharap
tapi..
saya nak ianya jadi"

..:acelnija on 180809:..

Penangan H1N1

Kenal tak? jangan ada yang tak kenal diri sendiri plak ek. haha.. meh saya kenalkan dari kiri adi, yus, ira, saya, alya, hajar, hairul n zairi. peace dari unit kami untuk H1N1!

Monday, August 17

Kucing & H1N1

Berborak2 ngan wawa pasal mengenang nasib diri. wawa dengan rela hati nak dengar citer saya. ala bajet dapat dengar citer pasal 'jiwang2' lah tu. tak do do.. hehe.. saya kenang nasib diri yang agak terdedah dengan penyakit h1h1. kat opis ni dah ada yang kena plak tu. takut dengar. saya tanya wawa,

me:kucing bleh ke kena h1n1 ni?
wawa:haiwan pun bole kene...
wawa:tp simptom dia x sama lah
me :oo ek
me :pastu dia bleh jangkitkan kat kita gak aa ek?
wawa :virus tu bole mutate kan dirinya kalo masuk ke perumah yg lain
wawa :aku pun x berani nak jamin
wawa :tp aku rasa x kot
wawa :sbb kucing pun ada imuniti badan juga
wawa :kalo kucing tu sakit n imuniti badan dia rendah...kemungkinan virus nak mutate tu mungkin x mberi kesan lgsg pd kucing
wawa :so chances tu kurg
wawa :tp x dinafikan lama kelamaan mungkin bole jadi juga
wawa :H1N1 ni sbnrnya virus yg sama masa selsema burung dulu
wawa :tp dulu nama dia H5N1
wawa :virus influenza ni bole mutate2...dia jahat
wawa :so bila dia masuk perumah yg baru...dia mutatekan diri dia
wawa :mcm dulu burung n manusia
wawa :skrg bila dia berada dlm badan babi..dia mutate...
wawa :jd H1N1
wawa :tu psl doktor2 susah nak cari vaksin utk bendung gejala ni
wawa :sbb diorg x dpt nak cari antibodi yg bole lawan virus tu sbb virusnya asik berubah bentuk me :pandai betoi virus tu ek
me :bleh bertukar2 cam otomen plak
me :hahaha..


hahaha.. gelak2 jugak ek. tapi penyakit ni bahaya tau. so sila lah ambil langkah berjaga2 terutama bagi yang berisiko tinggi untuk kena. had kan pergaulan di tempat2 sesak. makan banyak vitamin c untuk cegah demam. sayangi diri kita.

p/s : wawa adalah seorang doktor haiwan.

Sunday, August 16

Tiada Kesan Langsung

Tetiba terpikir nak makan western. kalau makan kedai kena makan sorang. so decide beli then masak sendiri. tapi macam maleh. yelah musim2 h1n1 ni takut gak nak kuar. tapi duk pikir kalau tak makan arini lepas raya aa plak makan coz pasni dah puasa. puasa saya memang wajib makan nasik. takder nak makan ngada2 cam tu. hehe.. nak tak nak pi gak. ala.. mesti tak der org nya kat alamanda. org kan takut ngan h1n1 sekarang.

Tengok jam dah kul 5.00 petang. cepat2 solat then terus ke carefour alamanda untuk carik bahan mentah. sampai2 je terus carik parking. tkt 2 penuh. naik tkt 3 pun penuh, tingkat 4 penuh gak. naik plak tingkat 5 pun penuh. huish..!! melampau ni. semua tingkat penuh. naik plak tingkat 6 penuh gak. dalam perjalanan nak naik ke roof top ada kosong kat tingkat 6. giler aa diorang ni. h1n1 rupanya tak der kesan langsung kat diorang. selamba je kuar bersesak2.

First time parking kat tingkat 6. nak turun kena naik lift coz eskelator sampai tingkat 5 je. masuk lift tu dia penuh!. betoi aa orang malaysia ni tak takut kena h1n1 bak kata dr mahathir dalam berita semalam. sampai lobi tengok orang ramai giler. budak2 jangan cakap aa. berlari2. ada yang siap main mainan lagi. ibu mengandung pun ada bersantai2 n tunggu anak2 main. dah aa budak2 ngan ibu mengandung orang paling berisiko untuk kena penyakit tu. diorang saya tengok selamba je bersenang2 kat tempat2 awam yang terbuka cam tu. mask memang tak pakai la. maknanya diorang memang bersantai. kalau terdesak diorang tak kan bawak anak n pas beli barang balik je. tak der nak borak2 or bersenang2 dalam restoran sambil makan dan bergelak ketawa.

Apa pun terpulang aa pada diri sendiri. kalau sayang diri jaga aa diri sendiri. mungkin diorang pikir diorang punya immune kuat kot. so tak kan kena penyakit tu. bila dah banyak yang mati ni penyakit ni agak menakutkan saya plak. so cara terbaik duk je kat umah. memang aa ajal maut kat tangan tuhan. but kita diberi akal untuk berpikir. kalau dah tau tempat2 awam tu boleh mendedahkan diri pada penyakit tapi pegi gak tu namanya mencari penyakit.

Friday, August 14

Ayam & Itik

Berjalan2 di pasar malam sambil belek2 sawi tetiba,

cik mek : it's spinach?
saya : errr... (sambil belek2 sawi) no..
cik mek : how you cook this? (sambil tunjuk kat sawi yang saya pegang)
saya : err..
cik mek : can fried?
saya : err.. yes2 (sambil senyum) this is spinach (sambil tunjuk kat bayam)
cik mek : it's spinach?
saya : ya! this is green color n this is red color spinach
cik mek : oh!.. thank you (sambil senyum manis kat saya)

Berterabur abeh BI saya. bantai aa labu. cik mek tu paham saya cakap kira ok aa tu kan. haha..

Tuesday, August 11

Pinar-Pinar

Berpinar mata membaca semua benda2 yang saya baru tinggalkan sehari. aktiviti surfing saya terhenti di waktu siang minggu ni sebab saya bz berkursus dan takder kat opis. so malam saya bersengkang dan berpinar mata updated n membaca semua benda yang terjadi di internet. dari blog hopping, baca email, baca paper online, updated blog, balas komen2 di facebook n friendster, jawab offline msg dari YM, person.com n skype dan macam2 lagi la. bz mengalahkan PM dah ni. huhu..

Ini la bahananya bila dah jadik addicted kat internet. hidup tak sempurna bila tak der internet. nasib baik ada internet di rumah. kalau tak giler kot. haha.. itu baru sehari tu. kalau seminggu tak tau aa baper banyak benda saya nak kena jenguk n baper lama masa saya perlu ambek untuk updated semua benda. Giler betoi hidup di zaman teknologi ni kan. hehe.. oklah saya nak out. mata dah mula terkenyit2 ni. mau tido. tata..

Monday, August 10

Mimpi Ngeri

Entah apa kena nya malam tadi saya mimpi yang ngarut2. saya sampai umah dari kampung pukul 8.30 malam. pas solat maghrib kuar balik beli beger double daging. huh! sodap. huhu.. pastu tengok citer journey to the center of the earth kat HBO ngan cyn. cyn tengok sambil tido. huhu.. jaga2 duk tanya apa jadik.. apa jadik.. penat aa nak explain. hihi..

Abeh citer tu pukul 10.30 mlm. saya terus masuk tido. cyn sambung tengok citer per tah. memula tido posisi biasa. tapi sebab tv terpasang n cahaya masuk dalam bilik saya saya tukar posisi. tido kepala kat bahagian kaki katil. tapi tak bleh tido plak. paneh sangat. duk berpusing2 atas katil. bila bleh tido mimpi plak ngarut2. hayoo..

Saya mimpi bunuh orang. giler ganeh. dalam mimpi tu saya disuruh oleh kawan saya wan untuk bunuh kawan dia sorang pompuan cina. memula saya tak nak tapi bila dia paksa2 n diupah saya pun setuju nak buat. wan kasi saya upah rm20k ngan satu loket bentuk anggur. jumlah tu sama ngan jumlah duit yang puteri laila kasi izuan untuk tebus rumah dia macam saya tengok dalam telefilem laila sari tengahari ahad tu. sampai mimpi2 tu. hehe..

Nak tau saya bunuh cam ner? saya bunuh pakai batu. saya ketuk kepala pompuan tu ngan batu kuat2. pastu batu tu saya buang dalam paya belakang umah saya. masa bunuh tu saya tak der plak rasa takut. yelah mimpi kan. mana nak ada rasa semua tu. tapi bila terjaga pas mimpi tu tetiba saya rasa ngeri plak. apa maknanya mimpi tu ek? nauzubillah.. mintak dijauhkan saya dari buat benda2 cam tu. amin..

Sunday, August 9

Hari Yang Gelap Kini Sudah Terang

Citer jumaat aritu ni. jumaat yang paling memenatkan. rasa nak pengsan je. petang jumaat my bos mintak buat perbincangan plak. dah namanya perbincangan kan. ngan bos plak tu. tak der maknanya nak kejap. masing2 maleh nak pi. dia tolak kita. kita plak tolak dia. hoho.. tahap maleh melampau wa cakap lu. tapi mengenangkan bincang ngan bos turun gak la. tu pun dah lewat 10 minit. teruk betoi la. bincang punya bincang dah 5.30 ptg. tu termasuk la acara mengumpat sket2. haha..

Masa ngah bincang cousin msg cakap kat tg malim ujan lebat giler. eh lupa plak nak citer. saya telah 'dipaksa' untuk balik ke kampung oleh sepupu saya kerana dia lupa jalan nak pi umah saya. huhu.. datang aa lagi 10 tahun sekali. padan muko lupa jalan balik. haha.. padan muko den gak sebab 'terpaksa' temankan dia. so dia cakap may be diorang lambat sket coz ujan yang menggile.

Dalam 5.45 my cousin msg cakap dah gerak. saya dengan cool nya balik umah. mandi. solat. kul 6.30 baru kuar umah. saya budjet sure dia sampai dalam kul 7.30 kat genting sempah (kitaorg janji nak kumpul kat genting sempah). saya dengan berlenggang kangkung nya pi isi minyak, pastu pam tayar pastu baru gerak. masa tersangkut dalam jem kat tesco ampang dia msg cakap dah sampai. uiks! saya kat kl lagi. haha.. tak per aa. kitaorg pun duk tunggu 1 family lagi. lagipun saya kan tourist guide. diorang tak bleh jalan kalau saya tak der. saya lambat pun kena aa tunggu kan. haha.. jahat2..

Pukul 8.02pm saya sampai kat genting sempah. 1 family lagi tu tak sampai2 lagi. padahal dari puchong je. ni den marah ni. nak ikut den dia plak lambat. my cousin bawak dia punya bapak mertua. org tua tu plak dah lapo. so decide pi petronas kat bentong untuk makan coz kat sana banyak sket pilihan. msg 1 family lagi tu. bleh dengan cool nya dia cakap baru nak kuar umah. wah makin angin gue dengar.

Boring tunggu tok sah cakap la. ikut hati saya nak tinggal je. saya cukup pantang org lambat2 ni. janji kena tepati tau. dah aa saya penat. sib baik tak kelam kabut masa kuar tu. kalau tak lagi angin aa. memula duk makan. pastu borak2. dah boring jalan2 dalam petronas. pastu surf internet. pun tak sampai2 lagi. bila msg cakap jem bagai. ko dah tau jem kuar aa awal sket. hayoo..

Pukul 10.30pm baru sampai. dalam2 marah ni saya senyum aa gak. packing2 laptop terus masuk kete ingat nak gerak. dah nak pi toilet plak. nak beli air bagai. adoi! saya tak larat dah ni. kepala dah pening2 dah. dalam kul 11.00pm baru gerak.

Harus aa saya didepan kan. tapi sebagaimana yang diketahui saya ni kan ayam. saya mana nampak sebenarnya kalau jalan malam2 ni. lelagi bawak org kat belakang. saya tak tau yang mana kete diorang pun. so saya bantai jalan je aa. saya harap diorang tak ayam aa cam saya n nampak aa kete kecik saya ni. tapi dalam2 tak baper nak laju tu 2 kali gak diorang pintas saya. so saya assume diorang memang bawak laju n saya yang slow. so saya decide yang saya harus bawak laju.

Sampai tol temerloh baru saya slow coz tunggu diorang. sampai temerloh dah kul 12.00. sapa yang nak jalan tengah2 malam kan. so jalan sangat lengang. kat jalan kampung tu saya slow aa sket. takut gak kot2 lembu melintas ke. tak pasal2 terlanggar plak. sampai umah org kawen dah kul 12.30am. singgah sat coz bapak mertua my cousin nak tido umah org kenduri. singgah pun sempat lagi minum2 n makan kueh. hehe.. diorang duk bising cakap saya bawak kete laju giler. aiks! bukan korang laju ke? sebab tu aa saya laju. wife my cousin cakap dia tak bleh tido coz suami dia bawak kete laju sangat semata2 nak kejar saya. laa.. lain kali sound la. kete saya kecik maa.. so saya ingat korang bawak laju aa sebab 2 kali tu pintas saya. kete korang kan bagak2. mana aa saya tau rupanya ada org bising2 saya bawak laju sangat. hehe..

12.45am sampai umah saya. saya terus cuci muka n solat. kepala dah pening gilo dah. tak sabo nak tido. dalam pening2 tu kul 2.30 gak saya tido. tu pun mata dah segar. ayam pun dah berkokok. besok bangun rasa nak demam. solat sambil tutup mata. haha.. pas solat tido sat. 7.30 bangun saya tengok semua org pun tido lagi kecuali mak ngan ayah saya. penat woo.. sambil weng2 saya tertido lagi kat bilik ayah saya. kul 9.30 baru bangun. hectic betoi aritu tu. kalau tak kuat mau demam. dah aa hati panas. huhu..

Saturday, August 8

Penyakit Yang Sakit

Saya sangat bermasalah untuk minum dalam meeting2 kat opis atau kat umah orang. selalu sangat hidang minuman bersusu. untuk pengetahuan saya tak bleh minum minuman bersusu. kalau minum apa jadik? kuar balik la. dan masa tu akan rasa susu tu sesuka hati menjolok2 tekak saya tanpa henti sampai muka jadik merah2 sebab menahan muntah.

Apa salahnya kalau hidang air tak bersusu satu jag. paling tak pun hidang aa air kosong. saya suka je minum air kosong. tapi kalau orang dah hidang tu tak der aa saya demand plak. seteguk pun saya minum gak la untuk ambek hati. pastu saya muntah. haha.. pelik betoi penyakit ni kan. saya lebih suka org tanya dulu sebelum hidang air kat saya. saya tak demand. saya just mintak air kosong je. betoi!

Sian kan kat saya. pernah satu ketika dalam meeting dihidang bihun goreng. oleh kerana lapo saya makan tanpa tengok air apa yang dihidang. siap makan baru carik air. tengok2 semua air bersusu. alamak! cam ner nak minum ni? tetiba organizer rasa bersalah plak ngan saya sebab hidang air yang saya tak bleh nak minum. tak per. saya tak kisah pun sebenarnya. oleh kerana saya selalu kena cam tu saya dah jarang minum air pas makan. kadang2 sampai lupa yang saya belum minum air pas makan.

Penah jadik saya pi makan ngan adik kat kedai makan. just order makanan. bila dia mintak order air saya jadik blur. pastu cepat2 cakap nanti saya order. sampai nasik dah nak abeh dalam pinggan saya tak order air. yang kelakarnya abang buat air tu 2 3 kali datang tanya nak order air apa. dia takut saya tercekik kot coz makan tak minum air. hahaha.. kelakar betoi. lastnya adik saya order gak la air. adik saya sian kot kat abg tu duk ulang kat tempat kitaorg mintak order. huhu..

Lagipun apa nak heran. saya memang makan tak berulam air. pas abeh makan baru saya minum air. mak memang ajar kitaorg adik beradik cam tu dari kecik. so kalau datang makan umah saya jangan pelik kalau mak saya hidang makanan tanpa hidang air sebab kitaorg minum air lepas selesai makan. oleh kerana dah diajar dari kecik cam tu saya akan putus selera kalau tengah2 makan minum air w/pun seteguk. lagi satu penyakit ni. haha..

Friday, August 7

Biar Diddy Sambung

" Ku dengar ada jawatan kosong
untuk sang pencinta
pelukis pewarna jiwa
ku ingin jadi yang pertama
mengisi aplikasimu
tapi bagaimana aku tak tahu "

Diddy Hirdy feat. Wangi (The Fabulous Cats)

No Reservation

Semalam nonton no reservation ngan cyn kat HBO. lakonan catherine zeta-jones ngan aaron eckhart. dah ada pakej movies ni harus aa nonton movie kan. tapi saya nonton movie kalau ngan cyn je. kalau sorang memang takder maknanya. kalau tgk sorang saya rasa citer2 kat saluran tu semua tak best. tapi bila tengok ngan cyn terus citer tu jadik best. cam no? haha..

Saya just nak share tentang kasih sayang mak cik kepada anak sedaranya dalam citer tu. bila saya tengok citer tu saya terpikir rupanya ada gak org yang lagi teruk dari saya dalam penjagaan budak. honestly saya memang tak baper suka ngan budak2. mak saya pun cakap yang saya memang susah sangat nak berbaik ngan budak2. tapi bila tengok citer tu saya rasa saya lagi ok dari kate (makcik - CZJ) dalam menjaga zoe (anak buah). ye kami ada persamaan iaitu sama2 belum kawen. tapi rasanya kalau just setakat nak ambek hati budak saya rasa saya bleh buat lebih baik dari kate. huhu.. pasan jap..

Bagi saya kate sangat teruk dalam ambek hati budak. bagi saya ngan budak2 ni nak ambek hati just kena pandai pujuk. cara kate tak baper betoi sebab kalau si zoe cakap tak nak dia terus tak ambek tau. penah sekali kate ajak zoe makan then zoe tak nak dia terus diam je n teruskan makan tanpa tanya naper zoe tak moh makan. teruk kan. berjalan ngan zoe tak pernah nak pegang tangan. pujuk dengan cakap ugut2. nak peluk sambil pujuk langsung tak der la. budak2 ni hati dia lembut. kita kena gak pujuk dia ngan lembut. lagi satu zoe dah biasa dimanja2 kan oleh mak dia. so bila mak cik dia jaga cam tu budak tu rasa terpinggir.

Nasib baik la cepat sedar. tu pun sebab nick (aaron) yang tolong. kalau tak makin terpinggir la si zoe tu. masa ni saya terpikir yang saya masih ada sikap yang baik untuk budak2. tak der aa saya benci sangat kat budak2. rasa tu masih boleh dikawal dan tak seteruk kate yang di paparkan dalam citer tu. so rasa lega sket aa. rupanya saya ni tak aa teruk sangat kan. haha..

Thursday, August 6

Entry Kotor

Entry yang agak kotor sket tapi perlu diketahui ye untuk kesihatan kita gak. entry ni cam sambungan aa entry perut buncit tu. wah saya sangat concern ngan kesihatan plak 2 3 hari ni. yelah kan. umur makin meningkat ni makin kurang immune kat badan so makin banyak gak aa penyakit bleh datang. so sekali2 kita kena gak aa ambek tau sket pasal badan kita sendiri ni. sapa lagi nak ambek tau kalau tak diri kita sendiri kan. saya modifaid entry ni kat sini. cuba korang kaji korang punya buangan. tengok sihat ke tak.

klik gambar untuk besarkan.

So baper point korang dapat? kalau banyak harus hati2. saya sarankan banyakkan aa aktiviti yang bleh mengurangkan perut buncit seperti entry sebelum ni tu. jagalah kesihatan. lelagi musim2 banyak penyakit ni. sekian nasihat dari doktor tak bertauliah. huhu..

Wednesday, August 5

Nisfu Syaaban

Malam ni malam nisfu syaaban. malam yang mana buku catatan amalan kita akan ditukar baru. dengan itu tinggal separuh bulan lagi untuk kita menyambut bulan Ramadhan al-mubarak. berpuasa aa kan. yey! saya tak sabo nak puasa. harap2 puasa tahun ni lebih baik dari tahun2 lepas.

Mari lah kita beramai2 baca Yassin 3 kali lepas maghrib malam ni.

Bacaan pertama mohon panjang umur dalam kebajikan.
Bacaan kedua mohon dimurahkan rezeki yang halal.
Bacaan ketiga mohon iman yang sempurna semasa mati kelak
.

Pastu kita bleh berdoa untuk kebaikan diri, keluarga, malaysia even seluruh dunia pun. then esok kita bleh berpuasa sunat sempena nisfu syaaban. kita gak bleh ambek peluang malam ni untuk doa supaya kita, keluarga dan malaysia dijauhkan wabak selesema H1N1. dah makin ramai yang mati ni makin takut plak rasanya. semoga kita semua dirahmati Allah dan dijauhkan dari penyakit tu. InsyaAllah..

p/s : sedey sebab tak bleh nak buat semua tu malam ni.. :(

Terpedaya

Terpedaya ngan entry sebelumnya konon2 nak mengatasi perut buncit la. dari pagi duk teguk air je. konon2 nak kasi perut kempis balik. memang aa betoi petua tu. tapi sekarang ni saya tak larat plak nak berulang2 pi toilet. duk baru setengah jam dah nak pi toilet lagi. pastu 1/2 jam lagi kang nak pi lagi. penat aa cam ni. dan itu lah sebabnya pun saya tak suka minum banyak air. kalau minum banyak air ni aa jadik nya. dah aa opis ni sejuk. pastu ujan plak pagi tadi. lagi aa makin sejuk. teguk plak berbotol2 air. mau aa tak berulang alik ke toilet je. abeh cam ner perut nak kempis cam ni. alasan! hehe..

Tips Mengatasi Masalah Perut Buncit

Masalah perut buncit. dulu tak jaga betul2. Sekarang menyesal tak sudah. orang lain pakai baju apa saja pun serba kena. tapi kita pakai baju macam mana pun serba tak kena. Kecuali T-Shirt labuh atau apa saja pakaian yg bersaiz XL atau lebih teruk XXL. Kalau pakai Jeans pun tak muat! Selalu sendat di perut sehingga nampak menggelembung. Sebenarnya perut buncit dialami oleh banyak orang disebabkan faktor diet yg tidak betul dan juga gaya hidup.Jangan risau. Anda bukan keseorangan mengalami masalah ini. Di sini ada cara untuk mengatasi atau mengurangkannya.

Minum Banyak Air

Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, kita sebenarnya dapat mengurangkan masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem tubuh.

Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin. Jangan mengubah pengambilan air saat diet kerana banyak bahan yang susah dicerna dan dapat menyebabkan perut menggelembung.

Makan perlahan-lahan

Jangan makan gelojoh kerana ketika kita menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut.

Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan.

Mengurang Pengambilan Garam

Terlalu banyak garam dalam diet menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

Pengambilan Serat

Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.

Awasi Ubat-Ubatan

Perut yang mengembang adalah efek sampingan dari pengambilan ubat.Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan.

Hindari Sembelit

Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.

Bersenam

Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah dimana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air urine. Senaman yang disarankan seperti aerobik.

Sumber : sini

Tuesday, August 4

Buat Orang2 Yang Bertanya

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
Surah Al-Baqarah ayat 216

RASA FRUST?

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.
Surah Al-Imran ayat 139

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Cukuplah Allah bagiku; tidak ada lain selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.
Surah At-Taubah ayat 129

Monday, August 3

Suko!

First time saya tegur dia jawab sambil senyum.
Selalu masam n marah2 sampai saya pun takut.
Wah! w/pun hati tak bunga2 tapi saya gembira.
Permulaan yang baik ye hoho..

Gigih Berjoging

Citer lama ni. sajer nak masukkan sebab maleh nak pikir citer lain tapi tetap nak apdet. hehe.. pada suatu petang hoho.. cam karangan plak. ye saya konon2 nak pi joging ngan adik. kasut ada 2 tapi satu sudah sangat uzur. tak per saya mengalah pakai yang uzur. adik pakai yang cantik. tetiba tengah2 jalan kasut uzur tercabut tapaknya. ayoo.. cam ner nak joging ni. tengah semangat kobar2 ni. lastnya saya suh adik ambek sandal (eh sandal ke? bantai aa labu) saya kat kete. adik suh tanggal stoking tapi saya nak gak pakai. so jadik aa kaki saya cam tu. hehe.. jangan tak caya saya gigih gak belari w/pun pakai cam tu. berpeluh2 den. suko! yang penting semangat nak berjoging bukan kasutnyer. hehe..

Saturday, August 1

Setem

Semalam (jumaat) pi tengok setem kat alamanda. pi tayangan kul 9.40 malam. pi ngan adik la. saya kalau sorang memang kemalasan. hehe.. bak kata saya pada cyn "kita tunggu je aa dia tayang kat tv time raya" tak yah nak kuar duit pi wayang. hehe..

Saya teringin nak tengok citer ni sebab saya suka hasil kerja kabir bhatia. selalu dia buat citer2 cinta (sepi & cinta) tapi kali ni dia buat komedi. n komedi dia jadik! best aa. bleh buat org gelak. lagi2 aksi afdlin ngan sathiya. giler bengong 2 orang tu. sakit perut saya ketawa. paling suka adegan que haidar bawak kete. bayangkan org buta bawak kete. giler menakutkan. dah aa salah lorong. menjerit2 org dalam wayang tgk dia bawak kete. hahaha.. aksi bront pun best gak. dah macam citer omputeh plak. buat cam ner pun susah no nak mati. rambut dah tegak2 pun idup lagi. giler bengong la. sakit perut ketawa. huhu..

Tak moh citer banyak la. saya bleh kasi 4 bintang untuk citer ni. w/pun bagi saya tak bleh lawan sepi tapi setem best. setem bleh kasi saya gelak. bagi saya sepi citer yang jujur tapi setem kelakar bengong. haha.. pergi lah beramai2 tengok setem sebab dia best!
Lilypie Next Birthday Ticker