Friday, March 21

Rehat.

Akan berkursus selama seminggu mula 24hb 3 ini.

berehat sebentar bersama kit kat..

eh! bukan..

berehat sebentar di INSTUN! ;)

Kesimpulan

Saya rasa tak sihat 2 3 menjak ni. sakit ke saya ni? Emak sarankan saya berjumpa doktor. tapi hati saya kata tak perlu.

Kenapa?

Sebab saya rasa saya masih dalam kondisi yang agak baik (sihat pada saya adalah masih boleh berjalan dan otak masih boleh berfikir dengan baik).

Sebenarnya..

Saya takut bila doktor akan cakap saya berpenyakit. lepas itu saya diminta makan macam2 ubat. saya juga pasti diminta menjalani pelbagai rawatan.

Oleh itu..

Saya tidak akan berjumpa doktor. lebih baik saya tidak tahu apa2 berkenaan diri saya dari tuan doktor itu. kerana ini akan menakutkan saya kalau2 si tuan doktor bercakap yang bukan2 berkenaan diri saya.

Untuk orang seperti saya..

Daripada definisi sihat tadi kita tidak perlu susah2 berjumpa doktor. kita akan dikategorikan sakit apabila kita tidak boleh berjalan dan otak tidak dapat berfikir lagi. untuk kategori tu hanya orang2 sekeliling kita sahaja yang tahu bila kita sakit.

Prinsipnya..

Hanya orang lain yang akan membawa kita berjumpa doktor. kita tidak perlu susah2 untuk itu.

............
Paham ke? tak paham pun buat2 lah paham..

Tuesday, March 18

Yang Ini Untuk Liza

First sekali saya nak cakap yang saya tak kenal orang yang bernama Liza ini. tapi dia sangat excited untuk melihat gambar rumah kecik family saya. so saya tunaikan lah permintaan nya ini. maaf la cuma ada 2 keping gambar sahaja.

enjoy..!!

Rumah ini kepunyaan..


Monday, March 17

Kannadi Pookal

Tarikh : 9hb Mac 2008
Tajuk : Kannadi Pookal
Siaran : TV2
Waktu : 12.30 ptg

Agak boring. memicit2 button remote tv. tiba2 hati berkenan dengan satu cerita tamil di TV2. jalan ceritanya sudah selalu saya baca dalam cerita2 di internet. mengisahkan seorang anak. kehilangan ibu semasa masih kecil. si bapa berkahwin lagi dengan seorang wanita yang baik. si ibu tiri menjaganya dengan penuh kasih sayang dan seperti anaknya sendiri. si ibu tiri selalu memberitahu si anak bahawa si ibu tiri itu adalah kawan karib si anak. sangat sayangkan si anak. sanggup berbuat apa sahaja untuk si anak.

sampailah ketikanya si ibu tiri mengandung dan melahirkan zuriatnya sendiri. di sinilah bermulanya konflik kepada si anak. si ibu tiri dan ayah sangat gembira dengan kehadiran si adik dan mula mengabaikan si anak (si abang). si ibu tiri berkata bahawa si abang bukan lagi kawan baik si ibu tiri kerana sudah ada si adik. mereka melebihkan si adik dari si abang. si abang yang sedih dan berasa cemburu. oleh kerana cemburu yang meluap2 si abang telah menyembur racun ke muka si adik. si adik meninggal dunia.

si abang telah dibicarakan sebagai kes juvana. dia menangis2 memohon maaf kerana tidak sengaja. katanya dia menyembur racun tersebut hanya untuk menyebabkan si adik demam. bukannya membunuhnya. si ibu dan si ayah juga berasa bersalah tetapi tidak dapat berbuat apa2. kes disabitkan. si abang dikehendaki menjalani hukuman 18 bulan di sekolah pemulihan akhlak.

si abang seorang anak yang manja kerana di manjakan oleh si ibu tiri dan ayahnya sejak kecil. oleh itu dia menjadi pasif apabila dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak. dia menjadik penakut. kanak2 serta guru2 dia situ semuanya tidak percaya yang si abang dimasukkan ke situ akibat membunuh. ini kerana sekolah itu hanya menempatkan pelajar2 yang ponteng sekolah, mencuri serta beberapa lagi kesalahan kecil.

suatu hari doktor pusat pemulihan akhlak itu telah datang untuk membuat rawatan rutin. dia nampak si abang yang pasif. cuba menceriakan tetapi si abang tidak mempedulikannya. si doktor telah pergi ke rumah ibu dan ayah untuk mengetahui keadaan sebenar. selepas menerangkan keadaan sebenar si doktor cuba membantu si abang serta keluarganya. pusat pemulihan tersebut hanya membenarkan ibu bapa melawat kanak2 di situ hanya sebulan sekali. oleh itu doktor nasihatkan ibu bapa tersebut jangan alpa dengan rutin tersebut. selepas dinasihatkan oleh doktor si abang sudah mula ceria. sudah mahu berkawan dan bermain seperti kanak2 lain. dia menjadi kesayangan doktor dan kawan2nya.

suatu hari seorang rakan si abang di pusat pemulihan tersebut telah tamat hukumannya. dia dibenarkan keluar. tetapi si rakan tidak gembira. namun dia tetap dihantar keluar kerana tempoh hukuman telah habis. selang seminggu si rakan dimasukkan semula ke pusat pemulihan tersebut. semua kanak2 di pusat tersebut terkejut lebih2 lagi si abang. apabila ditanya si rakan menyatakan dirinya tidak diterima diluar. keluarganya mengatakan dia memalukan keluarga. kawan2nya memulaukan nya. oleh itu dia mengambil keputusan untuk kembali ke pusat pemulihan tersebut.

dalam masa yang sama si ibu tiri dinasihatkan mengandung semula oleh si doktor. si ibu pada mulanya tidak mahu. katanya hanya si abang anaknya sampai bila2. dia amat menyesal dengan apa yang terjadi kepada si abang. namun setelah dinasihatkan oleh si doktor yang menyatakan si abang sebenarnya menyesal dengan apa yang dilakukannya kepada si adik dan akan menyayangi serta tidak akan mencemburui si adik jika si adik masih ada si ibu tiri bersetuju.

semangat si abang mula jatuh apabila mendengar cerita si rakan. si rakan juga menceritakan yang kanak2 seperti mereka tidak akan diterima masyarakat serta keluarga. namun si abang masih mempertahankan bahawa ibunya tidak akan membuatnya bergitu. si rakan mula mempertikaikan bahawa ibu si abang sudah tidak melawatnya. hanya datang melawat pada awal2 dahulu sahaja. yang datang cuma si bapa. itu tandanya si ibu tidak menyayangi si abang lagi. apabila si bapa datang dan ditanya alasan mengapa si ibu tidak datang melawatnya si bapa hanya berkata si ibu sedang menyiapkan hadiah yang paling istimewa untuknya apabila si abang pulang kelak.

suatu ketika si abang diterima masuk ke pertandingan pidato. dia sangat gembira. dia mewakili pusat pemulihan akhlak tersebut. selepas pertandingan tersebut hukuman si abang telah tamat tempohnya. si abang pergi dibawa oleh si doktor dan si rakan dengan penuh bersemangat. sesampai di sana dia telah berjumpa dengan rakannya semasa bersekolah. dia cuba memanggil si rakan sekolah. apabila terlihat si abang, si rakan sekolah terus berlari ketakutan. tiba2 dia terjatuh. dia memberitahu gurunya bahawa dia telah dikejar oleh si abang. si guru memarahi si abang. katanya si abang jahat kerana menganggu anak muridnya. polis datang mententeramkan keadaan. dia bertanyakan si abang dari sekolah mana. si abang menjawab dari sekolah pemulihan akhlak. si polis menempelak si abang. katanya si abang masih mahu berbuat jahat.

si abang menangis. dia tidak dapat menumpukan perhatiannya ke pertandingan tersebut. akhirnya dia berlari turun dari pentas. si bapa dan si doktor memujuknya untuk pulang kerana tempoh masa hukuman telah habis. si abang mengamuk mengatakan dia tidak mahu pulang ke rumah kerana tidak ada siapa akan menerimanya di luar sana. semua orang mengatakan dia jahat. dia hanya mahu pulang ke pusat pemulihan akhlak.

akhirnya si bapa berjanji akan menghantar si abang pulang ke pusat pemulihan akhlak selepas si abang pulang ke rumah berjumpa si ibu tiri. selepas berjanji si abang bersetuju pulang ke rumah. tiba di rumah si ibu tiri menyambutnya dengan kasih sayang. tiba2 dia mendengar suara tangisan bayi. si abang terkejut. dia terus berlari ke rumah. mencari bunyi suara tersebut. si abang menjumpai seorang bayi. si abang mula nampak marah dan tidak mahu mendekati bayi tersebut. tiba2 dia berlari ke atas. habis biliknya dipunggah seperti mencari sesuatu. apabila dia turun dia rupanya meletakkan sehelai baju ke atas si bayi lalu mengangkat bayi tersebut serta mendukungnya dengan penuh kasih sayang.

........................................
banyak betul pengajaran dalam cerita ini. ingatan buat saya dan semua,

1. jangan membeza2kan kasih sayang antara anak2
2. terimalah anak kita seadanya
3. didiklah anak2 dengan kasih sayang
4. jangan pinggirkan anak2
5. maafkanlah jika anak2 memohon kemaafan

Penghargaan Seorang Sahabat

Semalam tengah leka2 melihat ulangan lawak si Bang Bil di astro tiba2 HP saya berbunyi. seorang sahabat menelefon. agak jarang dia menelipon saya. tapi saya tau dia tak pernah lupakan saya. lepas bertanya khabar dan lokasi saya (kalau saya cakap di jb sure dia mengamuk sebab tak kasitau dia saya datang sana) dia berkata dengan nada seronok,

"aku nak kasitau ni, tapi sorry lah lambat kasitau"

"kasitau apa?" tanya saya. dalam hati sudah agak apa yang mahu dikatakannya.

"ko dah jadi makcik sekarang"

sambil senyum saya menyambung "yelah ko memang selalu lupa kat aku, bila?" tanya saya.

"sorry lah, banyak sangat benda sampai lupa nak kasitau ko"

"bila? laki ke pompuan?" serang saya padanya lagi

"2/3 ari tu, perempuan la" jawabnya

excited sangat sampai lupa nak ucap tahniah kat dia.

"apa namanya?" tanya saya

"Nur Qaseh.."

"Nur Qaseh? wah nama kelaz" jawab saya

dia hanya gelak2. sambungnya,

"kita tengok la dia jadi apa nanti"

"NurQaseh LeaZarra" katanya lagi

"huh! ada sambung lagi" kata saya terkejut
NurQaseh LeaZarra - Kredit 2 Wan's Wife Friendster

TQ wan coz ko ingat kat aku. saya tak sangka dapat penghargaan sampai cam ni dari seorang sahabat. dalam diam2 rupanya dia tak lupakan saya. bukan dia sorang kawan saya yang dapat anak. ramai. tapi saya jadik istimewa pada dia coz dia sendiri menelipon saya memberitahu berkenaan kehadiran anaknya itu. teman2 yang lain hanya menghantar sms jika mendapat anak.

semasa majlis perkahwinannya dulu juga dia tak lupakan saya. tengah sibuk2 bersiap sebagai pengantin dia masih ingat untuk menalipon saya bertanya di mana saya. katanya takut saya sesat. katanya juga dia mahu saya datang juga ke majlis nyer. melihatnya bersanding. meraikan hari bahagianya. pagi itu sebenarnya saya sudah berhajat tidak mahu datang w/pun hadiah perkahwinannya telah saya beli. tempat nya jauh. lagipun saya datang sorang. memandangkan dia telah menalipon pagi hari persandingannya itu saya rasa saya memang patut pergi. bukan terpaksa tetapi penghargaan dan meraikan hari bahagia seorang sahabat.

saya pergi seorang diri ke batu pahat. melihatnya bersanding. saya tiba tak sampai 5 minit pengantin pun sampai. sempat melihat dia berarak. masih sempat melambai tangan dan tersenyum kepada saya. sahabat..ko memang sempoi! yang paling buat saya rasa dihargai semasa saya datang mengucapkan tahniah kepadanya. spontan dia menarik tangan saya.

"TQ ija coz datang majlis aku, ko dah makan? pukul baper sampai? sesat tak? datang dengan sapa?" tanyanya bertalu2. terkedu saya.

saya hanya tersenyum "aku ok, kan dah selamat sampai ni, datang sorang la" jawab saya.

"anyway selamat pengantin baru tau, jaga isteri ko baik2" sambung saya.

"Inilah kawan baik abang" dia mengenalkan saya kepada isterinya sambil tangannya tidak lepas dari menggenggam tangan saya. saya membalas senyuman isterinya.

saya tau isterinya konfius. sebab dia tak pernah kenal saya.

"selamat pengantin baru" kata saya kepada isterinya pula. dia masih tersenyum.

saya pulang dengan lambaian dari wan.

"ko kawen jangan lupa jemput aku, aku nak tengok ko sanding" pesannya.

rupanya jalinan sahabat ni sangat istimewa daripada segalanya. saya agak terkilan kerana tidak dapat berjumpa dia sebelum dia berumahtangga. dia pernah menyuarakan mahu berjumpa saya sebelum dia berkahwin. katanya jika sudah berkahwin dia sudah terikat. saya faham tapi yang satu itu tidak dapat saya tunaikan. saya agak sibuk pada masa itu. maaf sahabat. saya terkilan kerana dia sanggup menunaikan permintaan saya untuk meraikan graduation saya. tapi saya tak dapat tunaikan permintaannya.

Pesannya "kalau datang jb ko kena tido rumah aku, wajib!"

Insyallah wan, saya cuba ke sana. TQ coz sudi jadik sahabat saya yang terbaik. aku tak kan lupa ko sampai bila2..
Lilypie Next Birthday Ticker