Sunday, December 6

Makin Addicted

Saya bukan pemain games tegar. tapi tau aa men games2 kat komputer. tak der aa buta sangat sampai tak reti men games langsung. dan sebelum ni games bukan aa prariority saya kalau on komputer. kalau dah tak der keje sangat n dah boring men internet n wat kije saya tutup je pc. langsung tak terpikir nak men games pun.

Ada satu hari tu cyn kasi saya games. ada aa dalam 10 games. memula maleh nak men. yelah memang saya tak suka men games kan. tapi ambek aa jugak. mana tau kot2 rajin nak men. memula buh kat laptop opis. pastu buh kat laptop. pastu dah berjangkit kat laptop adik. lastnya kami semua giler men games. huhu.. tapi setakat tu je la. abeh level men semula pastu dah abeh mula smeula. tu je la keje saya. gilo tak gilo.

Sampai satu ketika saya bising2 tak reti men games kat facebook. ada plak makhluk tuhan yang rajin nak ajo saya. datang meja saya semata2 nak ajar saya men games kat facebook. jasa hang aku kenang sampai bila2 la. huhu.. nampaknya aku lagi terer dari hang. dah potong level hang dah ni. haha..

Sekarang masalahnya saya dah addicted ngan games kat facebook. balik dari mahkamah bleh ingat games dulu dari kije yang menimbun2 tu. gilo2. kadang2 duk leka ngan games langsung lupa nak bukak blog pun. bahaya ni. sampai blog pun dah lupa nak bukak ni. rasanya saya patut buang tabiat tak bagus ni. games sudah over shadow blog maa.. agak2 cam ner nak kasi slow down men games ni ek? ada cadangan tak?

Nota tangan kanan : abehlah pasni duk usung laptop je la. nak men games punya pasal huhu..

Saturday, December 5

Belum Pegi Dah Penat

Esok nak pi langkawi. sonok? tak! huhu.. pi wat kije beb.. bukan pi jalan2. kalau pi jalan2 memang melompat la sukanya. belum tentu dapat jalan2 pun nanti. tah2 3 hari tu duk la terperap dalam hotel. langsung tak ke mana. lagi satu tak excited sebab saya baru lagi pi langkawi ngan family bulan 5 aritu. so rasa excited tu takder dah.

Ni belum pegi lagi ni dah penat. sebab pi naik kete. bayangkan perjalanan 6 jam nanti dengan naik kete waja. amboi! menyebutnya je dah naik semput dah ni. belum jalan lagi. badan dah tua2 ni tak larat aa nak jalan jauh naik kete lagi. balik kampung tu terpaksa drive. kalaulah ada kapal terbang landing depan umah saya mesti naik kapal terbang balik kampung tiap2 bulan. hohoho.. berangan!

Friday, December 4

Penat Otak & Jantung

Seminggu ni memang giler. kalau tak pikirkan keje lama dah saya giler kot. huhu.. mula dengan sms yang masuk pada ari raya haji kedua dari PO saya mintak kumpulkan saksi untuk briefing sebelum bicara kes arini. lepas dapat sms tu tido dah mula tak baper nak lena. jap2 jaga.. jap2 jaga.. mimpi tak yah cakap la. mimpi pasal kes tangguh la. mimpi pasal OKS ngaku salah la. memacam la. tak tenteram betoi idup. oleh kerana kes tu cuti terpaksa dibatalkan. saya sepatutnya cuti sampai 1/12 terpaksa balik 30/11 sebab nak kumpulkan saksi dan siapkan semua dokumen terlibat.

Mula ari rabu 2/12 hidup semakin teruk. tak terurus. huhu.. pepagi lagi kena bertolak ke melaka untuk briefing saksi. w/pun saya akan dipanggil sebagai saksi paling last coz saya IO tapi seperti biasa IO diperlukan di mana2. nak tak nak terpaksa pegi untuk bincang n briefing sekali ngan PO n saksi. rabu tu datang tak bawak baju untuk bermalam kat melaka. so petang terpaksa patah balik ke putrajaya. soalan untuk saksi keempat tak sempat siap. gilo. dari pukul 10.30 pagi duk kat kerusi sampai kul 5.00pm punggung duk melekat je kat kerusi. lunch pun tak. itu pun briefing tak siap. giler tak giler. patah balik putrajaya terus ke opis. siapkan eksibit semua. fotostat semua eksibit mengikut permintaan PO. pukul 9.30pm baru balik umah.

Semalam dalam pukul 9.30 pagi gerak balik ke melaka. terus ke MPAG untuk ambek pengesahan untuk cukai taksiran pengadu. sib baik urusan lancar je. pastu terus check in hotel, solat then terus ke PTG sebab saksi ketiga belum brief. kena ke sana untuk bincang n brief saksi ketiga. lepas siapkan briefing n susun eksibit terus gerak ke hotel. otak dah beku gilo. jantung plak debar2 nak pi mahkamah.

Kuar dari hotel dalam 7.30 pagi. terpaksa kuar awal sebab nak kena ambek saksi di cheng. saksi tu takder kenderaan. sebab dia kena kasi keterangan arini dan sebagai IO yang baik saya ambek dia kat umah n bawak pi mahkamah. baik betoi IO ni kan. huhu.. sampai mahkamah 8.30am. jumpa ngan OKS. bleh dia tak kenal saya. hehe.. borak punya borak dia kasitau lawyer dia tak bleh datang coz ada kes kat tempat lain. ingat tangguh aa kes. hati dah gembira2 sebab mungkin tangguh kes coz lawyer tak datang. rupanya judge suh jalan kes jugak.

Saya sepatutnya tak yah nak debar2 aa kan sebab saya tak beri keterangan arini. tapi tak der maknanya. saya rasa saya lebih debar2 dari saksi2 lain. kes ni kira kes sulung siasatan saya sepenuhnya yang bicara. penah ada sebelum ni tapi just IO gantian. pastu OKS ngaku salah plak. tak der aa bicara. tapi saya still kena duk kat bilik saksi coz saya kena dibuat pengecaman. w/pun buat pengecaman tak perlu nak cakap apa2 saya berdebar macam nak tercabut jantung. giler kan.

Dalam kul 3.00pm kes ditangguhkan ke bulan 1 tahun depan. banyak keje kena buat lagi ni. lepas bincang2 ada 1 2 saksi lain nak kena panggil. so semua pun kena buat rakaman tu. ada jugak saksi yang dah ada kena buat rakaman semula untuk kuatkan kes sket. harap2 kitaorg menang la kes ni. w/pun sebenarnya kitaorg tak kisah pun sebab ni macam kes percubaan tapi kalau menang itu satu bonus untuk pasukan kitaorg. bak kata PO saya "kalah menang lain citer, yang penting kita cuba yang terbaik!"

Wednesday, December 2

Sempoi

Sempoi dak header baru cek tu? oklah kan dari tadek. cek mana nak reti buat header cantik2. janji ada sudah. tu nasib baik nak letak. kalau tak togel je aa header cek tu. oklah nak dekat kul 1.00 pagi. esok pepagi cek nak pi melaka plak. ada briefing ngan saksi. jumaat ni ada bicara. puh2.. mintak2 OKS ngaku salah lagi. berdebar cek nak jadik saksi ni. huhu..

Tuesday, December 1

Usaha Kungfu Panda

Yey! akhirnya dapat gak tgk kungfu panda. baru abeh ni. sonok2. dari 29hb aritu masa tayangan pertama kat HBO duk gedik2 nak tgk. tapi 29hb kat kampung. astro kat kampung tadek movie. so tak dapat tgk. duk tunggu aa balik umah sewa baru nak tgk. duk tgk astro view tu bila lagi ulang tayang citer tu. siap letak reminder kat hp takut terlepas tayangan. huhu..

Sepatutnya saya bercuti sampai arini kat kampung. tapi oleh kerana ada keje yang sangat mendesak saya terpaksa balik ke umah sewa semalam. rugi cuti 2 hari. tapi apa kira. saya cuti gak. pi opis jap je pastu balik umah. nak jugak cuti. huhu.. oleh kerana saya balik umah sewa awal bleh aa tengok kungfu panda arini. arini tayangan dia kul 3.00 pagi, 7.00 pagi ngan kul 5.15 ptg. hahaha.. tau detail tu. itulah gunanya astroview tu. huhu..

Saya memula dulu tengok citer ni kat wayang. tgk ngan sapa lupa dah. lama dah pun kan citer ni. tak tau naper saya suka citer ni. padahal katun je. tapi kalau tengok di sebalik yang tersirat tu banyak pengajaran dia citer ni. bukan setakat citer katun budak2 je. saya paling suka bila ayah po cakap,

"Untuk jadikan sesuatu istimewa tak perlu ramuan rahsia,
hanya perlu anggap ianya istimewa dan ianya dah jadik cukup istimewa"


Satu lagi tentang kepercayaan. memula shifu langsung tak caya yang po tu dragon warrior tapi bila oogway kasi semangat dan cakap kepercayaan tu ada dalam diri shifu n kalau shifu percaya po boleh jadik kungfu yang hebat mesti akan jadik kenyataan. dengan itu shifu dapat ajar po kungfu dalam masa singkat w/pun po langsung tak penah belajo kungfu sebelum tu sebab dia tanam kepercayaan dalam hati dia yang po adalah dragon warrior. betoilah kalau kita percaya dengan sesuatu benda tu tak mustahil dia akan berlaku. yang penting percaya. jangan cepat putus asa. usaha je sebab bila kita percaya semua benda bleh jadik. usaha kan tangga kejayaan. tuhan dan janji kalau kita usaha kita mesti dapat. so usahalah selagi bleh!
Lilypie Next Birthday Ticker