Friday, September 28

nak wish tapi esok plak bezdaynyer.. anyway HAPPY BEZDAY!!

ada org tu bezday dia esok..
tapi saya nak wish dulu la ari ni..
coz esok saya tak der depan pc..
sebab esok saya cuti..
balik kampung..huhu..
kepada ijam..
kira akak wish awal aa ni ek ijam..
wish je lah..adiah tak der..
tanyer d baper pokainya akak la ni..huhu..
epy bezday ke 23..
semoga panjang umur..
dimurahkan rezeki..
semoga cepat2 kawen..huhu..
tanyer sket..dah dapat ke 'org' tu..hihi..

Ciko..oooo..




Huhu..ngeri betoi la gambar tangan saya tu kan. tu tangan saya tau..ciko kucing yang menumpang teduh. cewahh.. menumpang teduh konon.. kucing yang tumpang umah saya telah gigit saya semalam. tah apa anginnyer. tetiba je nak gigit saya. sakit oo.. selalu saya pegang2 dia tak marah pun. semalam dia gigit saya. nak marah lebih2 tak sampai ati plak. kang dia majuk. maklumlah kucing tumpang huhu..nanti kang abang saya tak der kawan plak. sory la gambar tak baper nak clear. maklum lah pakai kamera enpon murah je. so sila lah hayati dan bersimpati ngan saya ok. sekian adanya..

Wednesday, September 26

Kemeriahan dan Kesuraman

Selepas 6 malam saya tak berterawih (biasa la org pompuan kan) saya pegi ke surau untuk berterawih semalam. banyak bezanya. kelakar pun ada. biasalah orang melayu. nampak sangat hangat2 tahi ayam. masa awal2 puasa dulu saya dan jemaah wanita lain terpaksa solat di bawah khemah dan di dalam kelas mengaji di belakang surau. penuh sepenuh2 nya. sejuk hati tengok keadaan itu. di dalam surau dipenuhi dengan jemaah lelaki yang juga penuh sampai ke luar. tapi malam tadi tempat solat bahagian perempuan di dalam telah dibuka semula. so saya solat di dalam surau semalam. dan jemaah lelaki tak penuh pun. yang kelakarnya tempat solat di dalam kelas mengaji telah ditutup. hanya lampu hadapannya dibuka untuk kanak2 bersolat dan bermain. saya yang memang masuk ke surau ikut pintu belakang mula2 pelik. dalam hati berdetik "tak solat ke malam ni?" kerana lampu ditutup. rupanya jemaah wanita telah diletakkan semula ke tempat asalnya. patutlah lampu bilik mengaji tutup. malam ke 14 ramadan hanya tinggal separuh jemaah sahaja yang masih mengekalkan keadaan itu. saya mengaku saya pun jarang2 ke terawih tahun2 lepas. tah apa azamnya tahun ini agak rajin. so saya dapat lihat sendiri fenomena kemeriahan dan kesuraman terawih bila ianya sampai ke hujung bulan.

Tuesday, September 25

Orang Yang Mencintai Kamu..

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti selalmat pagi, selamat hari minggu, selamat tidur walaupun kamu tidak membalas SMS-nya. Jika kamu menyambut hari ulang tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

6] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.

7] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya.

8] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga.

9] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

10] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS good luck untuk memberi semangat kepada kamu.

11] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

12] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

13] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

14] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawapengaruh buruk kepada kamu.

15] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

16] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMD. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

17] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan takakan melakukannya lagi.

18] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!

19] Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu.

20] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupunhal itu membunuh hatinya.

21] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut kamu akan menyesal melakukannya! ]

Friday, September 21

Muahhhhs..!!

Lilypie Next Birthday Ticker