Monday, June 1

Langkawi - Part 2

Hari kedua bermula awal. sebab konon2 nak pi mandi laut. hehe.. sambil2 mencari sesuap nasik lemak n bersedia untuk buat island hopping kitaorg sekeluarga berjalan2 dulu kat tepi pantai cenang. pastu carik2 sesuap nasik n seteguk teh kat kedai makan. waktu pagi cenang sangat sunyi. bleh kira baper je kedai bukak. oleh kerana kitaorg tak ambek breakfast kat hotel so kitaorg telah berbondong2 mencarik makanan diluar.

Dalam kul 8.50 siap sedia untuk island hopping. tunggu kat depan underwater world. sambil2 tunggu tu sempat aa bergambaran depan underwater world tu. pi island hopping basic ada 3 aktiviti. 1 pi pulau dayang bunting pastu eagle feeding n pi mandi manda kat pulau beras basah.


Dalam bot untuk aktiviti island hopping.

Dah sampai kat pulau dayang bunting.

Di tasik dayang bunting. kat pulau beras basah tak ambek gambar pun. penat n panas. lagipun tak der aktiviti sangat kat sana.

Ni masa eagle feeding plak tak baper nampak. tak der kasi makan pun sebenarnya. just tengok diorang terbang sambil makan2 je.

Cenderamata dari island hopping. kata mak "bila masa plak diorang ambek gambar aku ni?" hehe..

Balik island hopping terus pi makan. makan kat area cenang je. diorang cakap sedap. saya tak makan. hehe.. tak lapo la. bukan diet. pastu balik bilik. mandi2 semua solat pastu kuar balik. kali ni kena pi soping plak. tempat tujuan harus la ke kuah kan. sebagai planner hehe.. planner ke? harus menjadik kelindan kete untuk membaca peta. jumpa kedai tu masuk soping, jumpa kedai ni masuk soping gak. syioknya soping kan. mak beli set cawan ngan mangkuk ngan talam ngan apa tah satu lagi tu. yang mangkuk pusing2 tu. saya ngan adik2 borong coklat tak ingat. haha.. pueh hati.



Pastu pusing2 kuah carik jeti n dataran lang. harus pegi kalau pi langkawi. kalau tak kang org tak caya pi langkawi. haha.. jumpa. tapi memula sesat larat gak coz jalan nak ke dataran lang tu tutup. pusing2 je tup2 dah sampai. kagum2 ngan diri sendiri. haha.. balik dataran lang tu singgah kedai makan yang saya, mak ngan ayah makan semalam. kali ni ajak adik2 plak. still sedap cam semalam. pastu terus gerak balik ke hotel.

Mak seperti biasa terus masuk bilik. saya ayah n adik2 tak penat2 berjalan plak kat kedai2 area cenang. ayah beli baju. cik kim pun beli baju. saya? entah. oh saya beli topi. hehe.. pastu balik tido. esok nak pi cable car plak. teruja2..

Langkawi - Part 1

Sampai langkawi pukul 3.05 petang. lepas ambek2 beg n calling2 ina (kereta sewa), dia kasi kunci n kitaorg terus bertolak ke hotel. ikut ina dari belakang coz tak tau jalan n ina berbesar hati nak tunjukkan hotel. gambar kete lupa nak ambek. kitaorg sewa wira auto. best! sampai hotel jumpa malar org go holidays air asia. ambek hotel ngan dia. terus check in. masuk bilik solat n terus kuar balik. memula ekspedisi mencari petrol pump. minyak nyala2 merah dah. buatnya terbenti tengah jalan naya. haha.. ekspedisi berjaya. petrol pump dijumpai.

Ini aa hotel kitaorg menginap selama 3 hari. nadias inn comfort kat cenang. patutnya kitaorg duk kat rasa eksotika. tapi sebab hotel tu tengah wat maintenance so go holidays tukarkan kitaorg kat hotel ni. cantik. kaler pink pepel warna bilik dia. hehe..

Pas isi minyak kitaorg melarat2 sampai ke kuah. sajer aa jalan2. bleh sebey2 tempat2 nak soping2. sampai sana rasa lapo plak. so makan dulu kat kedai seafood. makan ikan bakar. syiok!. lepas makan terus naik ke atas. hajat nak tgk matahari terbenam kat tg rhu. jumpa. sangat cantik ciptaan tuhan.


Cantikkan korang. kata mak sayu hati pandang laut. indah betoi ciptaan tuhan.

Balik tu terus turun ke bawah. tak lalu kuah dah. kena balik awal coz dalam kul 10 nak ambek minah 2 orang tu plak kat airport. sesat2 gak aa nak turun tu. yelah tak der orang nak harap baca peta. saya drive n saya gak kena baca peta. kalau benti saya gak aa terteleng2 nengok peta. kelakar pun ada. akhirnya kitaorg selamat sampai ke hotel semula. mak balik bilik tapi saya ngan ayah merayap lagi kat area cenang. dalam kul 9.30 balik bilik. mak nak ikut pi airport ambek anak2 dia. flight bebudak tu delay. lama tunggu. dah aa penat melampau. balik2 je terus terbongkang. esok mau pi island hopping.

Big Apple Donut

Baru 5 minit tadi pusing2 kerusi sambil2 mengenang nasib diri hak hak.. nasib aa sangat. saya duk perati big apple punya pamplet yang saya sengaja gantung kat tepi meja saya. tetiba terasa petang ni nak singgah alamanda nak beli big apple. tapi duk teringat kat umah banyak makanan n saya kena berjimat so dengan sedih hati terpaksa cancel. huuu.. sedey.. tetiba..

jeng..





jeng..





jeng..





Terdengar dgr org panggil nama n cakap "meh aaa makan donut ni.." terus jenguk kepala kat luar. wah! big apple. syiok2!! *sambil jalan lonjak2 haha..

Tq pn. alya. ko cam tau2 je aku ngidam ek. haha.. saya tanya untuk apa donut ni? katanya sajer nak banjer. alhamdulilah. murah rezeki ko..! lain kali banjer lagi ek. huhu..
Giler maleh nak updated blog.

kalau cuti berblogging bleh dak?

Friday, May 22

Part 2 - On The Way

Bangun awal solat subuh. tapi pastu tido balik. saya dengar ayah ngan cik dee pi beli makanan. so matikan diri je. haha.. kang kena banjer plak. dalam kul 8.30 cam tu bangun. siap kemas2 baju semua masukkan dalam beg. barang2 mak pun saya suh dia tukar beg masukkan dalam beg troli cyn. senang sket nak bawak. tarik je. baju ayah ngan mak satu beg je dah muat. tak banyak sangat bawak baju coz katanya nak beli baju kat langkawi.

Dalam kul 10 pagi mak bz masak2 nasik sebelum nak gerak. flight kitaorg kul 2.05 ptg. so dalam pukul 12 cam tu dah kena ada. oleh kerana saya n cik dee dedua buta jalan so kitaorg telah bertolak agak awai iaitu dalam kul 11.15 pagi. giler awai sampai. belum kul 12.00 dah sampai. konter check in pun blum bukak. tak per aa. biar cepat jangan lambat. eh peribahasa apa ni? haha..

Ini aa boarding pas saya. 3 je. saya pi ngan mak n ayah saya. lagi 2 orang cik dee n cik kim pi malam sket. coz cik kim tak dapat cuti jumaat tu. so dengan itu cik dee telah dikerah untuk pergi dengan dia pada malam hari jugak.

Tengah makan kat medan selera LCCT tu. makan mee tak sedap. makan sepinggan 4 orang makan pun tak abeh. haha..

Tengah tunggu time masuk. sambil2 tu baca surat kabo n tengok2 orang. mak siap intai2 pesen baju org lain. siap banding2 n cakap nak buatkan kitaorg baju cam tu. tau aa tukang jahit kan. haha..
Lilypie Next Birthday Ticker