Monday, February 28

Makan Bunga

Citer dah lama ni. sebab maleh nak apdet blog so tak terciter2. ni baru rajin apdet baru citer lah hehe.. korang kenal tak bunga ni? bunga ni bleh makan tau. saya dapat ni dari umah org kawen. ni namanya bunga halwa betik. sedap gilos la habaq hang. tapi untuk orang2 yang suka manis la. sebab rasa dia manis giler. rasa cam makan gula campur betik muda. tapi betiknya dah tak rasa. yang rasa gula je. betiknya rasa fizikal je.

Dulu masa saya kecik2 mak selalu buat. dah beso2 ni tak penah plak tengok dia buat. masa dia bawak balik bunga ni dia siap cakap dia bleh buat lagi cantek pada tu. tapi mak saya memang kreatif pun. dia pandai melukis. so kalau dia buat halwa ni lagi cantek dan kalerful. dulu2 pantang nampak betik muda. rajin je dia buat halwa bunga ni. sekarang dah maleh kot. sebab tu tak penah dah dia buat :)















Thursday, February 24

Gaji

As usual wah cakap omputeh hehehe.. biasa la arini gaji. so hormon rajin telah membuak2 kerana hati gembira. dengan itu saya telah menulig blog arini hehe.. bebudak kat luar ni lagi gembira. kuar sarap kul 11 belum balik. giler lama sarap. makan 8 kali kot huhu.. pastu tadi nak pi solat kul 2.00 ptg pun semua ilang lagi. tinggal sorang je. giler kan penangan gaji ni. bleh buat orang gembira terlebih hehe.. dah nak gerak gi meeting saya nampak semua balik bawak kehepsi. wah belanja sakan. ingatlah masa depan staff2 ku ;p

Saya bulan ni gaji macam rasa banyak plak w/pun tiap2 bulan sama je sebenarnya hehe.. agaknya bulan ni berkat sket kot. sebab tu rasa banyak hehe.. nampak sangat gaji kurang berkat. kurang ok bukan tak ;p oleh kerana rasa banyak harus dibelanjakan. mau beli apa eh?

Nak citer pasal si kucing bertuah. ni si bertuah tido dalam tudung saji. elok plak tu bergilir berdua ekor tu. jap2 kang si puteh masuk. jap2 si bobot ni lagi ambek giliran. ada sehari tu saya tengok dedua masuk sekali. terbengkok je berdua dalam tudung saji hehe.. terbantut hasrat nak angkat balik tudung saji tu. asalnya dulu tudung saji tu terjatuh dari atas meja. pastu lama tak berangkat. sekali nak angkat nampak permandangan ni plak huhu.. ni kang kalau dah angkat tak dapat dah tengok si bobot sama putih tido dalam tu ;p




Tuesday, February 22

Lamakan?

Giler lama tak apdet blog kan. rasa nak benti berblog je rasanya. takder citer mau citer. maleh mau menaip pun ye jugak. bukan kat sini je sepi. kat semua tempat pun sepi jugak. kat fb sekarang bz main games sudah datang kembali. so gigih la menyiasat (tak abeh2 menyiasat). mentang2 keje menyiasat hehe.. tengah giler main games csi tu. best gak la. sekarang dah level 10 sket lagi nak masuk level 11. sekali main akan naik 1 level. gigih kan ;p

Semalam baru pulang ke pangkal jalan dari berkelana selama seminggu. masuk opis tadi ada yang tegur lama tak nampak muka hehe.. ada jugak yang pasan muka saya kat opis ni kan. perjalanan bermula masa cuti maulud nabi tu. tengah ari berangkat ke kuala terengganu. ari rabu (16hb) bermeeting zon sama strata. ari khamis pagi baru balik. sorry adie. tak sempat singgah dungun sebab msg tak sampai. lain kali call la. baru msg sampai dengan cepat hehe..

18hb plak berkelana dekat sket. area kuantan je. kali ni berbengkel plak satu semenanjung. jumpa balik kawan2 susah senang masa di HQ. sangat seronok berbengkel sebab bos sporting. ada je masa dia lepaskan kitaorg berehat. so itulah masa untuk berborak sakan sambil bersoping. untuk diorg la. saya org sini tak yah sakan sangat pun. so just jadik tourist guide je. tu pun ala2 nak tersesat hehehe..

Semalam 21hb lepas bermeeting baru balik ke pangkal jalan. terus tido terbongkang sebab masa kat hotel sakan bersoping n berborak sampai tak ingat2 dunia. malam first je balik dari berborak dah pukul 1 pagi. aje giler. to pn alya TQ la sebab kasi kitaorg rasa duit key in selangor tu n kete jadik pengangkutan rasmi kami ke mana2 kami berjalan. kete baru haruslah kena buli hehehe..





Wednesday, February 9

JSP

dealing with the past;
living the present;
fighting for the future
.






.:rooftoprant:hlovate:.



Tuesday, February 8

Ain

Suatu petang dalam kete on the way balik umah dari antar kakak atun naik bas. memula sajer main tanya2 ngan ain. dia dah sekolah kan. bila nampak lembu banyak kat tepi2 jalan kakak tanya ain,

kakak : lembu makan apa ain?

ain : lembu makan rumput..

kakak : kucing makan apa ain?

ain : kucing makan ikan

kakak : cik mi (kucing ayah) makan apa ain?

ain : cik mi makan nasik

hehehe..

pastu ayah benti kat tepi jalan sebab mau carik pisang berangan. masuk dalam kete ayah sibuk makan pisang then kakak tanya lagi,

kakak : ayah makan apa ain

ain : ayah makan pisang!

kakak : macam apa ain..

ain : macam beruk


hahahaha.. betoi la ain dah pandai ;p






Lilypie Next Birthday Ticker