Tuesday, October 18

Random II

1. Setelah berkurun lama (eh memang lama tau tapi tak la sampai setahun ;p) baru arini saya dapat makan kfc. yum yum.. tapi kurang kick sebab takder spicy punya. sekarang tengah promo tom yam rupanya. nampak sangat dah lama tak masuk kfc. nampaknya kena makan kfc sekali lagi bila spicy dah kembali nanti huhuhu..

2. Arini gak genap setahun saya keje kat kuantan. kejap je masa berlalu. sapa beranak 18/10 tahun lepas anak dia mesti dah setahun kan. mesti dah pandai jalan kan :). eh tetiba citer pasal anak org plak. setahun kat kuantan sama je cam ari memula saya sampai dulu. still sesat kalau nak gi megamall hahaha.. tapi gi ECM lulus A+ dah ;p

3. Minggu depan saya cuti 3 hari. ok sebenarnya ambek cuti sehari je. isnin 24hb pahang memang cuti. tuanku punya birthday. rabu plak semenanjung cuti deepavali. so selasa yang terapit kita ambek la cuti. cuti banyak2 tu bila lagi nak abehkan ye tak? hehehe.. so dengan rasmi nyer minggu ni balik kg 5 hari wohooo..! dah macam cuti raya gayanyer ;p

4. Ada org baru kat unit angkat saya ni. masuk minggu lepas lagi tapi baru pagi tadi dia tegur saya. eh! sapa bos ni ;p. oklah budak baru tu hasil pertukaran antara SO kat sini. maksudnya yang sini gi sana then direplace (eh ada ke perkataan ni?) dengan org sana. cam tu la. zero pasal strata tapi rajin belajo. bagusss!

5. Charger laptop saya rosak. dah lebih seminggu. hailo! payah betoi mau online sekarang. nak kena online kat opis je. nak beli konon2 nak tunggu claim masuk. tadi lepas masuk kfc masuk kedai pc. adik tu cakap charger dell kena beli online kalau nak yang original. dia ada jual yang second je rm99. hoh! baik beli ori baru rm119. ni tadi dah beli. tapi kompem minggu depan baru dapat. waaaa.. 5 ari kat kg nanti mati kutu la tak bleh online..

6.

ok tu je. bai!



No comments:

Lilypie Next Birthday Ticker