Thursday, November 24

Makan n Makan Lagi

Isnin pagi tetiba dapat call dari HQ mintak saya hadir meeting kat HQ esoknya. alamak malehnya nak gi. baru je balik dari putrajaya dah nak kena gi balik. tak ilang penat lagi. lelagi bila dapat surat baca n tak dapat nak kaitkan meeting tu ngan saya lagi la maleh nak gi. tapi nama dah tertonggok kat dalam surat so nak tak nak kena gi. kang kata tak menurut perintah plak kan huhu..

Selasa dalam kul 9.00 pagi saya gerak dari kuantan ke putrajaya. sampai dalam kul 1.00 ptg. terus pi makan ngan adik. kami makan kat little white cafe bangi. cantek kedai ni sebab dia kaler putih. deko kat dalam pun cantek.

Orang gatal ni lah namanya. tak baper suka makan ikan tapi sebab semua org cakap salmon sedap so try makan salmon. ye saya memang tak suka makan ikan n tak sedap pun salmon ni kat tekak saya huhu.. lain kali makan ayam ngan daging je la. ikan mahal macam mana pun tetap la tak sedap di tekak ku :) tapi saya puji platting sangat cantek huhu.. berangan jadik juri mastercep ;p

Starternya saya dapat sup labu ni. makan ngan roti. yang ni best. sebab rasa yang kuat. ikan tu saya rasa tawar sebab tu yang buat makin tak bleh diterima tekak kot. saya ni kuat masin sket. kalo masak ala2 garamnya memang saya cakap tak sedap huhu.. biar masin jangan tawar bleh? huhu..


My sis ambek sandwish. daging dia sedap. lembut je. pasni bleh aa try makan sandwish ni plak.


Saya tertarik dengan frame ni. bebetoi atas kepala saya. cantek. padahal dia lukis gambar sayur2 ngan buah2 je pun. lukis pun macam main2 je. tapi bila dah frame n susun cantek2 terus jadik wow! yang paling mahal ayat yang atas tu. mesti tu kata2 keramat untuk diri tuan punya kedai. chayok!

Lepas makan kucar kacir bawak kete ke opis. lewat 5 minit. sib baik masa masuk bilik meeting pengerusi baru kasi salam. selamat. n paling selamat ada 2 3 org lagi yang lagi lewat dari saya huhu.. abeh meeting pi berjimba ngan bebudak PPK strata kat alamanda. tapi borak semata sebab masing2 perut dah kenyang. minum pun tidak. baguskan huhu.. topik hangat pasal malaysia menang 'ibu' pingat kat sea games hahaha.. tak abeh2 ;p

Masing2 pulang ke pangkuan jalan dalam pukul 7 mlm camtu. masing2 kejar anak kat umah. lan plak kejo balik ke jb sebab PPK HQ nak mai lawat diorg esoknya. so tinggal saya sorang kat alamanda. my sis datang kami makan plak kat johnnys. ikutkan dah tak bleh masuk tapi sebab makan steamboat gigih gak sumbat. giler kenyang la. asyik makan je keje. pastu balik timbang naik 500g arghh..




2 comments:

Ibu n Abah said...

eija..
akak baru makan disitu malam isnin lepas dengan doktor singa dan sahabat kami dari singapore...
ada sesuatu yg kami discover disitu... tak sampai hati nak cerita...

crisda79 said...

apa dia kak? citer la. sharing is caring :)

tak nak citer sini email saya ek crisda79@yahoo.com. tak sabo nak tau ni..

Lilypie Next Birthday Ticker