Tuesday, February 7

Cuti Maulud Nabi

Cuti 3 hari lepas saya gi KL bawak nadia sekali. tujuan takder. just jalan2 memenatkan kaki je huhu.. saya bertolak dari kuantan pukul 9.15 pagi. naik bas ok hahaha.. jimat belanja. adik saya dari raub naik bas kul 10.30 pagi. so sampai lebih kurang sama kat pekeliling dalam pukul 1 ptg. masuk2 kete terus rasa lapo mau makan. so jalan2 carik makan sampai la kat medan selera sebelah HKL. benti n makan nasik campur kat situ.

Lepas makan tujuan ke jalan TAR. konon2 mau carik tudung. so jalan2 kat pasar malam nya. belek2, tengok2, usha2 hehe.. sampai le kat semua house. nadia kata mau sebey2 baju tunang. dia sibuk milih saya sibuk mengayakan tudung haha..

Cantek kan tudung ni. pujuk2 nadia beli dia tak nak. penat saya posing huhu.. lepas beli2 barang dah penat. terus je pulang ke pangkal jalan. tu pun berkejo balik sebab masing2 tak solat lagi. sib baik sempat sampai umah tanpa apa2 kejadian yang tak diingini huhu.. malam saya kuar ngan nadia gi alamanda. tujuan pi vinci nak usha kasut. tapi jam yang dibeli ;p

Ahad kami bangun awal sebab mau terjah ikea. kang lewat2 tau je la ikea tu kan. parking nya payah beno. kami sampai ikea pukul 10 pagi. parking agak lengang. best bleh pilih2 parking huhu.. masuk carik breakfast dalam tu. kami makan karipap sedap ngan hotdog. pastu gi maxis jap kat curve. balik ke ikea sempat singgah kat cupcake chic beli red velvet cupcakes ngan macaroon.


Yum! red velvet dia sedap la. nanti bleh aa beli lagi huhu.. gambar macaroon takder. 5 minit sudah cair di perut ;p kat ikea kami window soping. saya nak beli jam je sebenarnya huhu.. lain2 tu sampingan2 je. apa je pun yang sampingan nya. benda2 biasa je. pas sejam lebih dalam tu kuar dan membayar rm26.00 untuk 5 item huhu.. simpan barang dalam kete then ke ayam penyet curve untuk makan tengahari. adik saya tak penah makan ayam penyet. so ke sana kita makan.

Lepas makan jalan2 menenatkan kaki lagi. mana2 kedai yang teringin nak masuk semua masuk. tengok2 belek2. bukan beli pun huhu.. sempat bergambo kat cermin elianto punya la takder keje hehe.. lepas penat jalan2 kami balik umah. jam baru kul 5.30 ptg camtu sampai umah. so landing time. malam plan nak gi uptown danau kota tapi dalam perjalanan tersangkut kat bazar lewat malam bangi. so makan n jalan2 kat situ je. tak jadik ke danau kota. balik terus tido n esoknya bangun pukul 10.30 pagi hahaha..

Gitu gini pukul 11.30 pagi dah. terus ke ayam penyet wong solo bangi plak. ada org tu nak makan ayam penyet lagi huhu.. kat sini akhirnya saya dapat minum alpukat juice. sedap! sebelum ni tiap kali masuk ayam penyet mintak mesti takder stok. kali ni dapat. gembira2 huhu.. pas makan terus ke pekeliling sebab masing2 mau pulang. yelah kami org2 pahang cuti 3 hari je. so kenalah pulang sebab arini keje huhu.. kalau cuti 4 hari harus saya tak apdet blog lagi arini ;p





3 comments:

Ibu n Abah said...

Haik..
sudah sampai bangi.. awat tak koling2???... Boleh akak belanja Ayam Penyet Hospital Serdang...

crisda79 said...

hehehe.. jumaat ni la akak. aritu datang ngan housemate takut dia tak selesa plak. jumaat ni saya mai saya kontek akak ek. nak tuntut janji ;p

aakashmacfarland said...

Casinos and Gaming in Virginia: The 10 Biggest & Most
casinos, 구리 출장안마 gaming revenue, 계룡 출장안마 industry and 동두천 출장안마 The top 10 casinos in Virginia, including 계룡 출장마사지 the Golden Nugget and William Hill. 안양 출장안마

Lilypie Next Birthday Ticker