Thursday, October 9

Bersolat Di Masjid Shah Alam

Semalam pi klang ngan hajar. sesat larat kitaorg. tak per, jangan risau. biasa aa sesat2 ni. pi mintak dokumen bangunan. pastu dia mintak masa sebab nak kena carik pelan tu dulu. so saya balik aa. jam dah kul 12.00 so singgah terus aa kat tesco sebab nak kena beli barang2 untuk masak rendang ayam. baru je jejak kaki dalam tesco orang majlis tu dah call mintak datang ambek pelan sebab dah siap.

Alang2 plak nak pegi sebab dah dekat kul 1.00. kang pegi orang dah rehat. tak pasal2 kena tunggu. nak balik pun alang2 sebab esok2 pun kena gak datang balik. so better tunggu je. dah aa puasa semalam. nak makan tak bleh. apa aa nak buat ni. akhirnya kitaorg decide lepak kat masjid shah alam. tak penah pegi ni. masing2 buat muka teruja nak solat kat masjid shah alam.

Saya ada baca kat buku mana tah lupa cakap kubah masjid ni kubah paling besar kat dunia. tak tau aa masih lagi sekarang ke or dah ada yang pecahkan rekod tu.
baru saya tau besar rupanya masjid tu. kagum2. cantik plak tu. sempat ambek gambar kat luar je sebab kat dalam tak bleh ambek gambar. kalau tak lama dah saya jelajah seluruh masjid tu. cantik.

Yang ni plak tempat ambek air sembayang. cantik. bersih je. tapi yang tak best tempat solat wanita nya tinggi sangat. sampai naik ke tingkat 3. sian kat orang2 tua. mesti diorang tak larat nak panjat tangga2 tu. saya yang muda ni pun dah mengah naik tangga tu. masa nak turun ada saya tengok sorang kakak tu termengah2 dia naik tangga. sian plak. saya tak tau aa kalau ada tempat untuk wanita kat bawah. sebab saya tengok jemaah wanita semua naik kat atas tu.

Kitaorg sampai jemaah dah kasi salam. so tak sempat nak jemaah sekali. siap solat je terus membaringkan diri. terlelap gak 20 minit. bangun2 je terus ke klang balik. sampai opis dah kul 4.15 ptg. balik aa terus. maleh nak masuk opis. hehe..

Al-Fatihah

Al-Fatihah untuk arwah Prof Ahris Yaakub. lecturer saya ni meninggal dunia ketika bercuti dengan family di New Zealand awal pagi tadi. saya kenal arwah sewaktu belajar di UTM lebih 10 tahun lepas kerana dia salah seorang pensyarah di jabatan saya. walaupun saya tak penah belajar dengan dia tapi saya kenal arwah melalui rakan2 yang pernah bekerja dengannya. Universiti Teknologi Malaysia amnya dan Fakulti Alam Bina serta Jabatan Perancang Bandar khususnya kehilangan seorang ahli akademik yang berpengaruh. semoga rohnya dicucuri rahmat, al-fatihah..

Tuesday, October 7

Raya Tahun Ni..

Raya tahun ni adalah raya paling penat saya rasa. 2 hari raya tu orang datang tak putus2. tak tau aa memang sebab nak datang ke or nak jenguk umah baru kitaorg. yang jarang2 datang pun ada tunjuk muka. loteh den. semua masuk sampai dapur. pastu mula aa kuar komen2 yang agak2 membina dari diorang2 tu. raya pertama tu sampai tak kering tangan basuh cawan pinggan. letih2.

Raya tahun ni gak saya pecah rekod. first time tak pegi beraya umah sesapa pun. selalu paling2 sebuah 2 ada gak aa. tapi tahun ni langsung. maleh pun ye. tapi saya mintak maaf ngan jiran2 terdekat semua tau. sebab diorang semua datang beraya umah saya. so semua salam beraya aa.

Raya tahun ni kitaorng sefamili raya kat umah baru. alhamdulilah. rezeki Allah. lama dah mak impikan umah baru. pastu dah ada umah baru ni macam2 plak nak tambah. saya plak pening. dulu umah lama saya suggest macam2 semua tak nak. yang ni dah dia plak mintak macam2. selagi boleh saya ikutkan lah. kata adik "ikutkan je lah kak", a'ah yang bengkok aku gak. huhu..

Raya tahun ni saya first time beli biskut n kek raya. selalu raya beli kerepek2 n kacang2 je. saya dah risau2 ni takut mak bising coz banyak sangat beli kuih raya. sampai umah bila tengok biskut2 raya tu dia senyap je. terus simpan plak tu. dia tak marah lah. haha.. yang best nyer biskut2 tu semua habis! sapa aa yang kuat lantak tu. may be sebab ramai yang bertandang kot.

Raya tahun ni semua sedara2 yang dekat2 bertandang umah kitaorg. mak baru je cakap nak pi esok lusa umah diorang tup2 diorang dah sampai dulu. so senang aa. tak yah bazir2 duit minyak. haha..tak ikhlas betoi beraya umah orang.

Raya tahun ni gak first time saya tak beraya di rumah kawan baik saya. tak tau naper maleh no nak pi beraya. selalu saya memang wajib pi umah dia ni. sure dia tertunggu2 saya datang umah dia kan. dah aa dia ada cakap nak ajak saya beraya umah kawan2 lama tahun ni. tapi saya yang tak mai beraya umah dia. kena mintak maaf ni.

Akhir sekali..
Raya tahun ni kitaorg pakai baju sama n bergambar satu family. lama dah pendam hasrat ni. akhirnya dapat gak bergambar satu family. Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Kami Sekeluarga..

Monday, October 6

Menjelang Raya

Dah seminggu raya. saya tak buat lagi entry raya kan. lagipun baru naik cuti ni. oklah saya cuba updated citer raya cepat2 ek. saya balik kampung 27/9 pagi. kul 8 saya ngan adik gerak dari putrajaya. maleh nak balik awal2. lagipun tahun lepas balik lepas subuh jem nyer tuhan je yang tau. so kali ni balik aa lewat2 sket. alhamdulilah tak jem pun. lancar je perjalanan.

Persiapan menjelang raya bermula ari selasa. macam biasa umah saya kena ada rendang n lemang. wajib tu. tahun ni rendang buat banyak sket coz mak nak buat doa selamat sket. so kitaorg berlima bergotong royong aa buat kerja. bangun pagi tu saya tengok bawang2 dah dibuang kulit. ni mesti keje adik2 saya lepas sahur aa tu. patut aa saya bangun pagi tu sunyi je umah. semua terbongkang lagi.

Dalam kul 8.30 ayah balik bawak ayam2 ni. dia beli kat uncle. ada 5 ekor. tahun ni kita makan ayam kampung aa plak kan. nak masak ayam kampung ni leceh sket. nak kena sembelih, bersihkan bulu baru bleh masak.

Hah! ayah dah siap2 asah pisau tu. nak sembelih ayam. ada ke dia suh saya yang pegang ayam tu masa nak sembelih. saya tak bleh. kang saya kesian. dah tak bleh makan plak kan. so ayah panggil abah (jiran sebelah umah) tolong pegang. abah ni pegang bleh je. tapi nak sembelih sendiri dia tak berani.

aksi2 kijam ayah dan abah menyembelih ayam. saya tak tengok pun. bukan takut tapi bz menyediakan bahan2 untuk merendang. adik saya je berkejar2 mengambil gambar semua ni.

Siap sembelih kena aa bersihkan plak. buang bulu dia semua. memula kena rebus dalam air kasi bulu dia lembut. so senang nak cabut. siap tu kena bakar plak atas api kasi buang semua bulu2 halus kat badan ayam tu. lepas tu baru bleh potong2. leceh kan. kalau ayam bandar beli2 je dah bleh potong2. betoi aa orang cakap. benda yang susah nak dapat tu mesti best. haha..



Inilah antara bahan2 untuk merendang. ini namanya rendang simple yang sedap giler. bahan dia sket je pun. bawang merah n putih, halia, serai n santan. tu je.



hasilnya mabelas! sedap hingga menjilat jari. sedap lagi aa dari KFC tu w/pun tag nya sama. haha..

Abeh satu keje. siap merendang kita melemang aa plak. melemang ni mak je selalu buat. saya n adik2 selalunya tolong perahkan santan n masukkan pulut dalam buluh je. buat lemang ni senang je. macam masak nasik. bezanya nasik masak dalam periuk n guna air tapi lemang masak pakai buluh n guna santan.


Ayah tengah bertungkus lumus memotong buluh. tu nama je pakai gergaji tu. tapi last nyer pakai gak parang. gergajinya buta. tak lut pun.


Ini mak plak tengah memasukkan daun pisang dalam buluh. kira keje2 melemang ni memang keje mak ngan ayah dah tetiap tahun. mak sediakan. ayah tukang bakar. kitaorg tukang tengok n sebuk. haha..



Itulah saja keje2 kitaorg di hari terakhir berpuasa tahun ni. ala..citer sama cam tahun2 lepas gak. tak der kurang or lebih keje or orang nya. bila lah nak bertambah kan. haha..

Thursday, October 2

Khas Untuk Si Kurus

Hari ni birthday si kurus. happy birthday si kurus. dah suku abad dah umur si kurus. Malam tadi saya tido lewat. membaca kononnya. kul 12.00am reminder bunyi2 menandakan birthday si kurus. si kurus dah tido kat sebelah saya. so tak yah kejut lah. terpikir gak nak simbah si kurus ngan air nila. tapi nanti dia marah plak. dia kan suka tarik rambut ngan pukul bahu saya. sakit woo.. so lupakan ajer lah hasrat tu.

Si kurus ni sebenarnya adik saya yang paling bongsu. dah 25 tahun dah umur nyer. tapi tah naper rasa cam dia kecik je lagi. sampai arini susah nak caya ngan dia kalau buat apa2. takut dia tak bleh nak buat. padahal bukan budak2 lagi nak dipantau 24 jam. kalau dia naik bas saya selalu pesan suh msg kalau dah naik bas n sampai risau dia tak sampai. kalau dia naik ketapi saya selalu msg coz takut dia terlepas station kot2 tertido. kalau dia beli barang pesan banyak2 kali risau dia salah beli.

Semua nyer risau. tak paham betoi. may be sebab dia suka mintak tolong n pendapat saya kot. nak beli barang tanya pendapat saya. nak balik ke tak tanya saya. nak cuti ke tak tanya saya. nak beli kete pun saya yang cakap ngan jurujual, saya yang teman, saya yang settlekan borang2. dia bayar duit je. semua nak mintak tolong saya sampai isi borang nak masuk U pun saya yang isikan. so dah set kat kepala ni semua benda dia tak bleh buat.

Yang saya plak tak bleh tak tolong. adik beradik aa katakan. susah2 pun saya tolong gak. saya selalu cakap kat dia, "apa guna aku jadik akak kalau tak reti nak buat or tolong". so kena aa tolong nak or tak nak or ikhlas or tak ikhlas kan. hehe.. selalunya saya ikhlas tau.

Teringat dia nangis2 kat mak coz saya tak nak pergi temankan dia masa daftar kat poli dulu. dia cakap kat mak saya selalu tak nak tolong dia. padahal saya main2 je time tu. saya pegi lah jugak ke KB tu. sampai poli mintak tolong lagi. mintak tolong teman dia masuk masa daftar. oh! maaf yang tu saya tak dapat tolong. tapi saya tolong kasi pendapat tau. tak der masalah pun.

Untuk si kurus semoga si kurus panjang umur, murah rezeki, cepat2 dapat jodoh (w/pun melangkah bendul huhu..), maju dalam pelajaran dan dapat dekan lagi sem ni. haha..
Lilypie Next Birthday Ticker