Monday, October 6

Menjelang Raya

Dah seminggu raya. saya tak buat lagi entry raya kan. lagipun baru naik cuti ni. oklah saya cuba updated citer raya cepat2 ek. saya balik kampung 27/9 pagi. kul 8 saya ngan adik gerak dari putrajaya. maleh nak balik awal2. lagipun tahun lepas balik lepas subuh jem nyer tuhan je yang tau. so kali ni balik aa lewat2 sket. alhamdulilah tak jem pun. lancar je perjalanan.

Persiapan menjelang raya bermula ari selasa. macam biasa umah saya kena ada rendang n lemang. wajib tu. tahun ni rendang buat banyak sket coz mak nak buat doa selamat sket. so kitaorg berlima bergotong royong aa buat kerja. bangun pagi tu saya tengok bawang2 dah dibuang kulit. ni mesti keje adik2 saya lepas sahur aa tu. patut aa saya bangun pagi tu sunyi je umah. semua terbongkang lagi.

Dalam kul 8.30 ayah balik bawak ayam2 ni. dia beli kat uncle. ada 5 ekor. tahun ni kita makan ayam kampung aa plak kan. nak masak ayam kampung ni leceh sket. nak kena sembelih, bersihkan bulu baru bleh masak.

Hah! ayah dah siap2 asah pisau tu. nak sembelih ayam. ada ke dia suh saya yang pegang ayam tu masa nak sembelih. saya tak bleh. kang saya kesian. dah tak bleh makan plak kan. so ayah panggil abah (jiran sebelah umah) tolong pegang. abah ni pegang bleh je. tapi nak sembelih sendiri dia tak berani.

aksi2 kijam ayah dan abah menyembelih ayam. saya tak tengok pun. bukan takut tapi bz menyediakan bahan2 untuk merendang. adik saya je berkejar2 mengambil gambar semua ni.

Siap sembelih kena aa bersihkan plak. buang bulu dia semua. memula kena rebus dalam air kasi bulu dia lembut. so senang nak cabut. siap tu kena bakar plak atas api kasi buang semua bulu2 halus kat badan ayam tu. lepas tu baru bleh potong2. leceh kan. kalau ayam bandar beli2 je dah bleh potong2. betoi aa orang cakap. benda yang susah nak dapat tu mesti best. haha..



Inilah antara bahan2 untuk merendang. ini namanya rendang simple yang sedap giler. bahan dia sket je pun. bawang merah n putih, halia, serai n santan. tu je.



hasilnya mabelas! sedap hingga menjilat jari. sedap lagi aa dari KFC tu w/pun tag nya sama. haha..

Abeh satu keje. siap merendang kita melemang aa plak. melemang ni mak je selalu buat. saya n adik2 selalunya tolong perahkan santan n masukkan pulut dalam buluh je. buat lemang ni senang je. macam masak nasik. bezanya nasik masak dalam periuk n guna air tapi lemang masak pakai buluh n guna santan.


Ayah tengah bertungkus lumus memotong buluh. tu nama je pakai gergaji tu. tapi last nyer pakai gak parang. gergajinya buta. tak lut pun.


Ini mak plak tengah memasukkan daun pisang dalam buluh. kira keje2 melemang ni memang keje mak ngan ayah dah tetiap tahun. mak sediakan. ayah tukang bakar. kitaorg tukang tengok n sebuk. haha..



Itulah saja keje2 kitaorg di hari terakhir berpuasa tahun ni. ala..citer sama cam tahun2 lepas gak. tak der kurang or lebih keje or orang nya. bila lah nak bertambah kan. haha..

6 comments:

Anonymous said...

yum! that looks good! thanks for posting that.... have a great week!:)

goooooood girl said...

Very fine......

elcynthia 엘신티아 said...

ha.. eija, gelak lah nengok ayam tu berbaris utk disembelih. awak susun dulu ke??... hmmm mesti sedap tu kan.. tahun ni i beraye 3 rumah je. cukup la utk pegi merasa rendang (favorit I waktu raya). okey...

crisda79 said...

bukan saya yang susun. ayah yang susun tu. sian gak tengok ayam tu. cam konpius je. hehe..datang aa umah kita. bleh saya masak kan rendang. hehe..

elcynthia 엘신티아 said...

uih... kalau dekat ni, tak di jemput pun I datang! hoho!!! bagi I resipi nya boleh? I mmg tak pandai masak rendang nie. tau makan jak...

crisda79 said...

senang je aa elcy, ni rendang paling simple sekali. bhn2nya ayam, bawang merah, bawang putih, serai, halia, cili kering, santan, garam n perasa. tu je. pastu blend semua. masuk dalam kuali, dah menggelegak masuk ayam or daging, or kerang or apa2 aa yang nak direndang tu. saya ni masak ikut suka ati je. tak reti nak sukat2. so elcy pun agak2 je lah baper banyak nak letak ek. senang kan..:)

Lilypie Next Birthday Ticker