Tuesday, October 14

Jika Kita..

Jika kita memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kita mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kita lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail kita dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kita memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kita menjaga hatinya. Janganlah sesekali kita terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersama kita dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati kita.

Jika kita menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluan kita. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kita menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang.

Begitu juga jika kita memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kita terlalu mengaguminya dan janganlah kita menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Kerana apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kita untuk menerimanya. Akhirnya kita kecewa dan meninggalkannya.

Jika kita telah memiliki sepinggan nasi yang kita pasti baik untuk diri kita. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kita berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan? nanti nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal..

Begitu juga jika kita telah bertemu dengan seorang insan yang kita pasti membawa kebaikan kepada diri kita. Menyayangi kita. Mengasihi kita. Mengapa kita berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan? nanti kita akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kita juga yang akan menyesal..

P/s : Artikel ni Khas Untuk Cyn dan Sahabat2 Ku.. :)

Sumber : Artikel Virtual Friends

Membahagiakan Ibu Bapa

SETIAP anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa demi membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan mulia. Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian. Antara bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

+ Memberi nafkah.

Ada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Jika bekerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat. Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

+ Menyediakan tempat tinggal.

Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai untuk didiami, menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih sesuai kepada ibu bapa. Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

+ Memberi kasih sayang.

Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini dicurahkan ibu bapa. Jadi, seharusnya kasih sayang itu dibalas sebaik-baiknya. Anak yang baik tidak melupakan jasa dan kasih sayang ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil." (Surah al-Isra, ayat 24)

+ Memberi perhatian.

Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak dipedulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa. Ramai ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah penjagaan orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa, sedangkan mereka mampu menjaga dan membesarkan beberapa anak.

+ Memenuhi permintaan.

Ibu bapa sering memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa. Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat dan seumpamanya.

Malah, keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama daripada berjihad di medanperang. Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: "Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: "Apakah perbuatan disukai oleh Allah?" Lalu Baginda bersabda: "Sembahyang pada waktunya." Kemudian apa?" tanya saya lagi. Baginda menjawab: "Berbakti kepada kedua ibu bapa." Saya bertanya: "Apa lagi." Jawab Baginda: "Berjihad pada jalan Allah."

+ Melakukan apa yang disukai.

Ibu bapa tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka. Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat. Sabda Rasulullah bermaksud: "Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa." (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: "Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa. Maka, sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati."

+ Bercakap dengan lemah lembut.

Satu cara menjaga perasaan ibu bapa adalah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendak direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: "Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua-dua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata 'cis' terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut." (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

+ Menghadiahkan kejayaan.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

+ Meluangkan masa bersama-sama.

Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi mereka. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

+ Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa.

Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya." (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil. Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya. Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

Sumber : Artikel Virtual Friends

Monday, October 13

Raya @ Ira's House

Semalam pi raya umah ira. dia buat makan2. pi ngan cyn dari umah dalam kul 12.30 gak la. masing2 tak tau umah dia kat mana. saya bleh agak umah dia kalau dah sampai taman tapi nak pi taman tak tau. cyn plak tau taman nya tapi tak tau umah. so dengan konpiden nya kitaorg redah je tanpa alamat umah dia. sesat sket je. termasuk barisan umah belakang umah dia. kira ok aa tu.



Kitaorg sampai dulu. ira dah siap hidang dah. menarik betoi. ira masak bihun sup, nasik impit ngan kuah kacang n lontong. ada buah2 n beberapa balang kuih raya. sangat mabeles. pandai betoi aa minah ni masak. bleh bukak kedai pasni. lepas 15 minit kitaorng lepak nuar, hajar, lan ngan kawannya pun tiba. hebat gak aa. bleh jumpa umah ira berpandukan alamat je. namanya SO kan. haha..


Masing2 makan tak angkat muka dah ni. sedap ke lapo tu. haha..

Kalau nak kenal tu pakai tudung itam tu lah tuan umah. suami nyer tak der. keje katanya. tak sempat nak jumpa pun.


Yey! dah kenyang. aktiviti selepas kenyang adalah melepak sambil bergosip2. tapi tak lama dalam kul 2.30 kitaorg dah gerak balik. TQ very much ira. siap bungkuskan lagi tu. lain kali masak aa lagi. ko masak memang mabeles lah!

Friday, October 10

Tak Ramai Tapi Meriah

Semalam kat umah dr. azim diadakan majlis hari raya anjuran gacos. saya selaku tuan rumah tidak rasmi bersama iryd, nora n jalil telah ke rumah dr. sebelum pi tugas dibahagi kan siap2. iryd pi ambek nasik ayam kat bangi, jalil pi ambek sate kat warisan n saya dan nora terus gerak ke umah dr. kat presint 10.

Tu dia..Macam2 menu ada. itu sket, itu sket rupanya bila dah hidang banyak jadiknya. pikir gak bleh abeh ke semua makanan ni semua. kitaorg 12 orang je. yang beli je dah baper jenis. masing2 ada menyumbang air tangan la. rendang daging pn. bad (wife dr. azim) buat. rendang ayam saya buat. biskut raya hasil tangan pn. bad gak. lemang, sate, nasik ayam, roti jala semua beli. buah2 ngan kacang2 pun beli gak. air botol tu (confirm aa beli kan) pn. bad sediakan.

Kul 8 tepat majlis kitaorg mula. tapi ada lagi yang tak mai. dr. cakap kita mula aa dulu. kang diorang datang join je lah. so kitaorg yang lapo ni (saya ngan nora puasa semalam) melantak bagai nak rak. lapo maa..



Semua makan n ambek makanan dengan khusyuknya. tak pandang kiri kanan dah. serbu...



Ni time dah abeh makan. tak larat nak berdiri2 dah. akhirnya duk je kat bawah. bergosip2 lah plak kan katanya. macam 10 tahun tak jumpa je. bising semua org nak bercakap. akhirnya saya melepek kat lantai. banyak makan n penat bergosip. haha..

Lepas abeh2 bergosip kitaorg pun mulakan acara wajib iaitu bergambar. penat ni mencari sudut2 menarik kat dalam umah tu. abeh semua barang2 kat dapur budak2 ni keluarkan untuk lapik kamera diorang.

Hasilnya inilah gambar keluarga diraja gacos untuk raya tahun ni. ada yang tak der berbanding tahun lepas. tahun ni bob ngan enal tak der. tapi tambah ngan kerul suami ira ngan kak saadiah PA dr. azim. Walaupun kami hanya 12 orang tapi sambutan hari raya tahun ni sangat meriah. kami sama2 bergotong royong mengemas lepas abeh makan. kemas meja, cuci pinggan semua. sedar2 dah dekat pukul 12.00. so masing2 mintak diri nak balik.

Salam Aidilfitri 1429 dari keluarga diraja GACOS untuk semua yang mengenali kami. maaf zahir dan batin.

Thursday, October 9

Merendang Untuk Close House

Malam ni ada open house kat umah dr azim. saya dengan berbesar hati telah mengofer diri merendang untuk majlis tu. siap tepon mak tu tanya baper banyak santan nak masuk kalau buat rendang 2 ekor ayam.

puan-puan inilah cara2 membuat rendang simple resepi mak saya ek. memula kita potong2 aa bawang putih, bawang merah, halia, serai n cili kering.


Pas potong2 tu blend je. masuk semua dalam satu blender pastu masukkan santan. blend je sampai halus. sehalus yang korang nak aa. ada yang suka tak baper halus. ada plak yang suka hiris je semua bahan2 tu nipis2. tak yah blend. menangis aa saya kalau nak hiris semua bahan2 tu. banyak. kul baper plak nak siapnya nanti. so untuk orang pemalas cam saya better blend je. senang!
Ini bahan utama dia. ayam. bleh gak nak buh daging ke, udang ke, kerang ke or apa2 aa yang korang suka. kali ni saya buat rendang ayam. memula budak2 gacos request rendang kerang. saya tak kisah. tapi cam tak masuk plak kalau nak makan ngan lemang. so kita buat aa rendang ayam ye puan2.
Bahan2 yang dah siap blend tu masuk semua dalam kuali. tambah aa santan sket lagi coz santan yang blend bahan2 tu sket je. kacau2 sket n biar sampai mengelegak. tak yah masuk ayam dulu. bila dah mengelegak baru masuk ayam. kang hancur ayam masuk awal2. tapi kalau guna ayam kampung or ayam tua better aa masuk awal2 coz ayam2 tu liat sket. bila masuk awal cepat sket dia empuk.
Dah mengelegak n kuah makin pekat kita masukkan plak ayam. kecikkan sket api. takut hangus plak nanti. pastu kacau je aa selalu. kuah dia makin bertambah nanti sebab air ayam keluar. masa ni aa masukkan garam n serbuk perasa.
Bila dah makin kering bleh aa tutup api dan hidangkan. tapi yang ni saya nak hidang petang kang. katanya untuk open house kannn. tapi namanya open house ni. jemputan untuk datang dah ditentukan. so kira close house aa ni. hehe.. tak per kalau nak makan datang aa umah. bebila saya bleh masakkan.
Lilypie Next Birthday Ticker