Friday, October 10

Tak Ramai Tapi Meriah

Semalam kat umah dr. azim diadakan majlis hari raya anjuran gacos. saya selaku tuan rumah tidak rasmi bersama iryd, nora n jalil telah ke rumah dr. sebelum pi tugas dibahagi kan siap2. iryd pi ambek nasik ayam kat bangi, jalil pi ambek sate kat warisan n saya dan nora terus gerak ke umah dr. kat presint 10.

Tu dia..Macam2 menu ada. itu sket, itu sket rupanya bila dah hidang banyak jadiknya. pikir gak bleh abeh ke semua makanan ni semua. kitaorg 12 orang je. yang beli je dah baper jenis. masing2 ada menyumbang air tangan la. rendang daging pn. bad (wife dr. azim) buat. rendang ayam saya buat. biskut raya hasil tangan pn. bad gak. lemang, sate, nasik ayam, roti jala semua beli. buah2 ngan kacang2 pun beli gak. air botol tu (confirm aa beli kan) pn. bad sediakan.

Kul 8 tepat majlis kitaorg mula. tapi ada lagi yang tak mai. dr. cakap kita mula aa dulu. kang diorang datang join je lah. so kitaorg yang lapo ni (saya ngan nora puasa semalam) melantak bagai nak rak. lapo maa..



Semua makan n ambek makanan dengan khusyuknya. tak pandang kiri kanan dah. serbu...



Ni time dah abeh makan. tak larat nak berdiri2 dah. akhirnya duk je kat bawah. bergosip2 lah plak kan katanya. macam 10 tahun tak jumpa je. bising semua org nak bercakap. akhirnya saya melepek kat lantai. banyak makan n penat bergosip. haha..

Lepas abeh2 bergosip kitaorg pun mulakan acara wajib iaitu bergambar. penat ni mencari sudut2 menarik kat dalam umah tu. abeh semua barang2 kat dapur budak2 ni keluarkan untuk lapik kamera diorang.

Hasilnya inilah gambar keluarga diraja gacos untuk raya tahun ni. ada yang tak der berbanding tahun lepas. tahun ni bob ngan enal tak der. tapi tambah ngan kerul suami ira ngan kak saadiah PA dr. azim. Walaupun kami hanya 12 orang tapi sambutan hari raya tahun ni sangat meriah. kami sama2 bergotong royong mengemas lepas abeh makan. kemas meja, cuci pinggan semua. sedar2 dah dekat pukul 12.00. so masing2 mintak diri nak balik.

Salam Aidilfitri 1429 dari keluarga diraja GACOS untuk semua yang mengenali kami. maaf zahir dan batin.

4 comments:

Cuyek said...

Mcm gambar tahun lepas lagi gempak. The food was awesome...thanks to the host.

elcynthia 엘신티아 said...

tak ramai tu yang meriah, eija. meriah utk perut...hohoho... nampak sedap lah makanan tu.

ud@cit said...

miss u ols...

crisda79 said...

tu aa..rindu kat bebudak DTN n GACOS lama. jom aa wat reunion!

Lilypie Next Birthday Ticker