Wednesday, March 16

Cafe Tutup

Cafe kat opis ni tutup sebab dah abeh kontrak. dengar citer seminggu je tutup. minggu depan dah masuk org baru. tah ye tah tidak. susahnya nak makan. dah aa opis jauh dari kedai2 semua. opis lain pun takder. kalau tak bleh gak tumpang2 makan kat cafe opis lain. ini takder. sedih betoi la. nak makan memang kena drive keluar.

Semalam masa datang opis tengok2 cafe gelap je. rupanya tutup. mcm mana nak breakfast ni. msg2 niza dia cakap cafe dah abeh kontrak. pastu duk termenung. malehnya lah nak keluar carik makanan. ingat nak puasa je tapi pagi sebelum gi keje dah minum air plak. nak puasa apa nya. tetiba kay masuk. macam di seru2 dia kata nak pi carik makanan. so kirim dia je. selamat dari keluar pagi semalam.

Tapi lunch tak bleh nak lari dah. nak tak nak kena keluar gak. so keluar pi secret recipe ngan niza. punyalah lama tunggu. pkl 1.50 ptg baru makanan sampai. so makan laju2. sib baik tak tercekik. pkl 2.15 ptg baru gerak masuk opis. semalam balik opis terus carik roti. pagi ni maleh nak keluar dah. tengahari memang kena kot. tengok aa macam mana nanti.

Tadi sampai opis setiap org yang masuk bangunan ni saya nampak bawah sebotol air ngan sebungkus makanan. memang dah macam dasar berjimat je. konon2 masing2 bawak bekal dari rumah la. padahal.. yang ado ;p




Friday, March 11

Sekolah Asrama

Tetiba rasa nak cerita riwayat hidup kat sini. takder aa riwayat sangat. citer zaman dolu2. zaman mudo2 hehe.. lepas darjah 6 saya cakap ngan ayah nak duk asrama. nak jugak.. nak jugak.. tak boleh tidak. tapi bila dapat interview sekolah agama berasrama saya bleh siap cakap ngan seorang kawan "kalau tak dapat pun tak per" hehe.. mungkin masa tu takut kena pakai tudung labuh kot. sebab tu w/pun dapat sekolah asrama tapi bukan sekolah kebangsaan saya takut hehe.. n betoi masin mulut saya. saya tak dapat pun sekolah kat situ.

So ayah daftarkan saya kat sekolah depan sekolah agama tu. sekolah kebangsaan yang saya nak sangat tu. sekolah asrama. so bermula lah hidup sebagai seorang student sekolah berasrama. tak ingat bilik saya memula tu nama apa. tapi saya ingat kedudukannya. katil 2 tingkat. saya sudah semestinya tingkat atas. freshies la katakan. yang duk bawah ni senior2 je :)

Sekolah tu berbukit. kelas tingkatan 1 di bawah bukit. dewan makan, surau, koop semua di bawah bukit. bayangkan baper kali saya turun naik bukit yang ada lebih 50 anak tangga tu tiap2 hari. gi sekolah+sarapan pagi sekali. makan tengahari memang dah ada kat bawah so tak turun naik tangga. siap lunch naik tangga. pastu turun plak untuk minum petang. pastu naik. pastu turun untuk makan malam. pastu naik. huh! letih. menaip pun letih. lagilah masa memanjat tangga tu. tu baru yang wajib2. kalau tak wajib such as ada meeting or persatuan or apa2 tah lagi makin bertambah turun naik tangga tiap2 ari. tapi time tu budak2. apadehal setakat naik turun tangga 50 anak tu. siap lari2 pun bleh naik. pastu selalu turun naik ramai2. tak der aa rasa sangat.

Namanya sekolah asrama. citer2 hantu tu biasa la. macam2 rupa hantu saya dengar citer. setakat dengar je la. alhamdulilah n mintak dijauhkan saya tak nak n tak penah jumpa. ada yang siap citer kalo stay up memalam dengar bunyi anjing merayu2. pastu nampak bayang. nampak hantu tepi katil n macam la. mungkin saya tak nampak or dengar coz saya tak penah stay up kot. hehehe.. saya ni mana main stay up stay up ni. gua rock beb. study time kelas je. time tak kelas tido or borak la hehe.. nasib baik la tak lingkup. apa punya perangai la kan.

Tu pasal hantu. ni pasal sakit plak. dedulu saya pikir gastrik tu bleh berjangkit ke? yelah selalu bebudak ni sakit gastrik. pastukan satu2 tumbang. bila tanya cakap sakit perut gak. pelik betoi. pastu kang dah kumpulkan 1 bilik semua berjangkit sakit perut. pastu tengah2 malam kena gi klinik. nasib baik aa klinik dekat sekangkang kera je. senang nak gi. sampai sekarang saya terpikir. camner kejadian tu boleh berlaku. apa motifnya? naper kalau sorang sakit semua pun sakit? tak paham la.

Masuk tengah tingkatan 2 saya dah gelupur nak tukar sekolah. tak larat makan nasik kawah hari2. dah aa tak sedap plak tu. nak makan masakan mak. pastu dedulu bleh balik sebulan sekali je. saya pun tak paham naper sekolah nak tahan kitaorg dari balik tiap2 minggu or at least 2 minggu sekali. bukan jimat ke kalau lepas kitaorg balik tiap2 minggu. dining tak yah masak. kan jimat tu hehe.. padahal bukan ada aktiviti pun sabtu ahad. satu lagi benda yang saya tak paham.

Citer pasal balik ni lagi best. kami ni kan duk ceruk utan. so masa saya sekolah menengah kampung saya tu takder phone lagi. phone umah maksudnya. so kalau tetiba sekolah takder air ke apa kan so susah la nak balik. majoriti budak kampung saya yang sekolah kat situ balik mak bapak ambek. so kalau tetiba kena balik cam mana mak bapak nak tau. oleh itu kami beramai2 telah berjalan kaki. konon tak nak tunggu mak bapak datang la. kami pun jalan la kaki ramai2. giler jauh. lebih 20km rasanya. tapi sebab jalan kaki ramai2 syiok jugak. saya penah jalan kaki time bulan puasa. hampir separuh jalan gak la berjalan kaki. dalam otakdah set nanti balik umah nak buka puasa. tapi alhamdulilah sampai umah penuh puasa saya aritu. gigih kan :)

Naik tingkatan 3 kelas kat sebelah asrama. best2. gi kelas kul 7.25 pagi pun sempat lagi. tengah2 kelas nak balik asrama pun bleh. rehat balik tido kat katil pun bleh. eh! naper saya tak penah buat eh dulu? hehe.. masa tu dah senior. yelah sekolah tu sampai form 3 je memula dulu. so bila dah naik form 3 dah jadik super senior kat situ. sonok la w/pun saya tak penah buli junior hehe.. masa tu dah ada aa org nak panggil kita kakak. senior katakan.

Abeh PMR saya sekali lagi gelupur nak tukar sekolah. tah naper tah saya suka no tuko sekolah. so masa ambek result PMR ayah terus buat surat tuko kat saya. dia tulis kat tempat sebab pertukaran tu kehendak ibu bapa. saya gelak guling2. bukan sebab ibu bapa nak suh tuko la. saya yang gelupur nak tuko. so saya tuko sekolah tanpa ucapkan selamat tinggal kat kawan2. keji kan saya. nasib baik aa sekarang diorg tak buat2 tak kenal saya. kalau tak mesti nangis coz kawan2 sekolah tak kenal saya dah hehehe..



p/s : panjangnya entry ni. balas dendam ke apa ni huhu..


Thursday, March 10

Bersemadi

Aiks baru 2 entry bulan ni.
macam dah maleh apdet blog je hehe..

Giler mengantuk la arini
pegang keyboard pun tersengguk2 ni ha..
semalam tido lewat
buat keje tak berfaedah
men games hehehe..
pastu ngantuk arini
padan muka

Semalam ngan sue kitaorg buat keje giler sket tengah2 malam
pi 'kebumikan' kucing mati
orang usha kitaorg pelik je
apalah courius sangat
kitaorg 'kebumikan' kucing je pun
kalau kebumikan janin mesti la tak depan2 org
tu pun nak pelik huhu..

Tapi memang nampak macam maling aa kitaorg 2 semalam
pi tempat tu tak kena
pi tempat ni tak kena
dah macam org salah plak
ada org nampak lari
padahal..
tak larat nak cangkul tanah hehehe..

2 3 tempat gi mencangkul
tapi tanah keras
dah aa cangkul tak pakai cangkul
pakai penyodok je
rasa nak putus nafas je
akhirnya kucing bersemadi kat tepi jalan
tanah giler lembut kat situ
5 6 kali sodok jadik lubang beso
saya suspek ada org tanam kucing jugak kat situ hehe..

Siap tanam ketuk2 'kubur' terpasan ada pakcik usha kitaorg
buat tak tau je terus gerak balik
tah2 pas kitaorg balik dia pi korek tgk apa kitaorg tanam kot
yelah kalau saya pun saya buat kot
tah2 tanam janin ke kan
org sekarang ni bukan bleh caya!




Monday, March 7

Terkunci

Apa lah dosa saya arini. ye selalu ingat camtu kalau ada musibah menimpa. tapi time buat dosa tu tak ingat plak hehehe.. itulah manusia. manusia mudah lupa. eh! bukan melayu ke mudah lupa? sama je pun. saya kan manusia yang berbangsa melayu. so dah kena 2 kali lupa hehe..

Tadi dalam kul 11.30 pg cam biasa perut bunyi2 menari2 lagu poco2 hahaha.. lapo dek non. biasa la org sarap kul 7.30 pg memang gini. jap je dah lapo w/pun pepagi dah pulun nasik sepinggan hehe.. so ajak member pi perodua jenguk kete dia. dia pegi sebis kete pagi tadi n saya yang anto dia. so jalan nak makan awal kitaorg keluar sebab konon2 mau tgk kete yang disebis. ye itu satu dosa. so padan muka.

Siap makan tak balik opis sebab opis tadek air. alang2 dah keluar balik umah solat dulu baru masuk opis plannya. jam baru pukul 1. sedang elok la. kul 1 sudah 'halal' untuk keluar. sempat mandi bagai sebab paneh! so solat n siap2 capai wallet, hp n kunci lock pintu bilik turun tangga pi kat grill alamak! mana kunci umah? uwaaaaaaa... tertinggal dalam bilik.

Macam mana ni? mula menginsafi diri sebab keluar dari opis awal tadi. kalau lah tak keluar opis awal tadi mesti tak jadik camni. yang terbabit adalah memberku. sian kat dia. saya takper. ok je hehehe.. dasar! so misi membuka pintu. korek2.. cucuk2 still tak bleh. panggil resque 666 datang tolong. pun still tak berkesan. rasa nyesal sangat. terus janji kat diri tak nak kuar awal dari opis lagi.

Dalam berjanji mulut kumat kamit doa semoga pintu boleh terbuka. n doa jugak Allah ampunkan saya sebab curik kuar opis awal. tetiba terdengar member cakap dari bawah "nah try kunci ni.. saya jumpa kat bawah" katanya. turun separuh tangga ambek kunci cucuk pada tombol pusing tap! terbukak. waaaaaaaa... terus saya menjerit kuat. dalam hati bersyukur tak ingat. kalau tak bleh bukak tadi confirm melayang duit. tak kena ganti tombol mesti kena ganti pintu. cam mana nak berjimat camtu.

Ok moralnya jangan curi keluar dari opis awal. n jangan buat dosa jugak. sekarang Allah balas cash. petik jari je. padahal seumur hidup saya tak penah tertinggal kunci dalam bilik berkunci. Allah maha besar. arini Allah nak tunjuk saya salah. padan muka. harap2 insap lepas ni :)















Wednesday, March 2

Popia Cili Padi

Tengahari tadi punyalah mengantuk. maybe sebab telan ubat banyak sangat kot hehe.. sib baik ada nyawa lagi ;p. oleh kerana ngantuk kul 1 sampai 2 saya bantai tido. bangun2 pedih2 perut lapo. so kocoh2 turun gi cafe carik apa yang bleh di makan. nasik ada la. tapi lauk tinggal kuah je. ayam 2 3 ketoi so decide maleh makan nasik. makan malam ni je.

So beli goreng pisang. pastu ternampak popia. cam menarik je. ambek 4 ketoi. sampai opis terus mengunyah. memula makan pisang. pastu ambek popia. gigitan pertama dah terasa ada cili padi. tak per. macam tak biasa pedaskan. so telan. gigitan kedua pun ada. gigitan ketiga pun ada. mak oi. dia buh inti popia ni cili padi ke apa.

Try korek2. mak oi banyak gilos cili padinya. ni nak membunuh org ke apa ni. dah aa tukang buat popia ni potong kecik2. kalau cantum tu mau 3 4 bijik cili 1 popia tu. apa ke banyak sangat cili nyer. kalau lah org tak tahan pedas makan free je kena maki hehe..


Tu nampak yang hijau2 tu semua cili tu. tu pun saya dah korek separuh kasi buang. makin korek makin banyak plak. karet ngan sengkuang tak sampai 10 jalur pun. halus plak tu. langsung tak rasa benda. memang aa tukang buat popia ni buh cili padi as inti popia ni. lastnya makan 2 je. maleh ambek risiko pedih perut. 2 lagi selamat dalam en. tong sam pah dah hehe..




Lilypie Next Birthday Ticker