Wednesday, March 30

Cerita Mimi

Lama tak citer pasal mimi kan. eh korang ingat tak lagi ngan mimi ni. mimi kucing saya tu. dia dah duk kampung sekarang. mak cakap may be dia akan duk sana selamanya huhu.. dia pun sonok je duk sana nampaknya. tido atas katil lagi huhu..

Minggu lepas saya balik kampung. ari sabtu tengahari mimi mengiau lebih pada biasa. mimi ni dia pendiam sket. payah no nak dengar bunyi suara dia. kadang2 je bunyi. dia banyak pakai action je. nak makan duk kat tepi pinggan. nak keluar duk tepi pintu. nak masuk umah kalau pintu tertutup dia masukkan tangan celah pintu. sikit tak bunyi. main action2 je. so kalau dia buat semua tu tau aa kitaorg apa dia nak hehe..

So bila sabtu aritu dia bunyi berlebih2 pastu tolak2 saya n gelisah semacam semua mesti ada benda tak kena. tetiba saya cakap kat ayah,

"mimi mau beranak!"

hohoho.. cam pelik je. bila plak masanya dia ngandung. so ayah siap pi carik kotak lagi. kasi dia 'beranak' kononnya. celah mana mau beranak tah kalau mengandung pun tidak. mimi duk la bising ajak semua org baring2 ngan dia dalam bilik. bila saya baring dia senyap jap. bila bangun dia lari2 kejar pastu bising2 ajak masuk bilik semula. pelik betoi la. macam kucing nak beranak je.

Mimi nyorok dalam beg saya

Lastnya maleh mau layan. saya tgk tv dia pandang je. pastu naik atas kerusi jugak baring atas perut saya. tah cam mana terpegang kepala ngan telinga dia. panas nya.. mimi pening kepala kot. patut aa tolak2 saya ngan kepala dia. so ambek air basahkan kepala ngan tengkuk dia. lama2 dia diam. mak siap selimutkan dia lagi. baru tido. oo.. pening kepala rupanya. awat tak cakap ;p

Esok pagi nya bangun mak cakap dia tunggu mak mandi sebab nak makan. bila mak siap mandi kasi dia makan. pastu tido balik. pastu masa saya bangun tengok dia tido dalam kotak tempat 'beranak' tu. kepala dia dah suam2 kuku. telinga pun. tengahari tu saya tengok dia dah mula gaduh balik ngan cik mie. dah baik la tu hehehe.. nasib baik tak demam. kalau tak haru gak ngan idung sumbat semua. antibodi tak kuat mimi ni ;p




Thursday, March 24

Pengalaman Jadi Cashier

Masa saya muda2 dulu macam2 keje saya penah buat. masa buat keje tu peritnya lah rasa. baru la terpikir susah nyer nak carik duit. kena buat keje dulu baru dapat duit. ada yang keje jadik kan saya hitam legam. ada yang keje asyik kena potong gaji je. ada yang keje berurusan dengan abang2 lori n macam2. tapi bila kenang balik sonok plak. tetiba rasa mau buat balik keje2 tu.

Ni nak citer pasal saya keje cashier kat klcc. tempat tak agak2 tu kat klcc. ni ikut kawan punya pasal la. baru grad kan. sebelum konvo kena aa carik duit. bleh gak buat tambang gi konvo nanti. so kami bertiga gi mintak keje kat satu supermarket yg agak glamer kat klcc tu.

Pas isi borang kena interview ngan org HR nyer. tanya itu ini pastu balik. tak lama dia call cakap kami dapat. sonok2. so bermula lah episod kami berkerja sebagai cashier. masuk pagi kul 8 balik pukul 3. masuk pukul 11 balik pukul 6. kalau masuk pukul 3 balik pukul 10 malam. kira keje 3 shif la. cuti seminggu sekali. tak kira ari apa. nasib aa terkena bebila. saya penah keje direct 8 pagi sampai 10 malam. giler tak? gigih kan ;p

Oleh kerana kami belum tetap gaji di bayar ikut jam. sejam baper ek? rm3.50 kot. lupa sudah. kalau masuk pukul 8 tu sampai pukul 12 tu senyum lebar je layan customer. naik 12.30 tengahari je muka dah mula masam. penat seh. lelagi waktu lunch. org serbu cashier amatlah panjang. kalau ada packer tu bleh aa senyum setitik 2. kalau tak kita aa key in, kita lah packing rasa nak patah tangan. lagi2 yang benda2 yang berat2 tu. dah aa tak bleh nak duduk. keje kena laju kalau tak cik supervisor marah huhu..

Kalau kena keje sabtu ahad lagi la penat. lagi2 siang sabtu ngan malam ahad. giler ramai lah org. time ada aa makhluk2 yang beli sampai 2 3 trolli. berdetup2 bunyi tangan lepas abeh packing barang diorg. bila cash kan ada yang lebih rm1000. selalu yang camtu bukan org kita la. ni semua org luar. diorg memang saya perati suka beli barang sekali banyak2. pastu kang minggu depan datang lagi camtu jugak. maleh nak kuar banyak kali kot.

Masa keje klcc ni saya gi keje naik train putra. naik kat stesen damai. turun klcc. selang 1 stesen je. tapi kalau masuk kul 8 azab aa sket. kena keluar awal sebab kena berebut ngan org yang nak gi keje jugak. kadang2 tu sampai 3 4 train terlepas sebab penuh bersumbat org. nak celah pun tak celuih. tapi tu memula keje je la. bila dah 2 3 minggu keje tak penah kena tinggal train dah. selagi bleh masuk saya tolak je org. nak jugak celuih. nasib baik aa kecik. so takder aa org nak marah hehe..

Tapi saya keje 2 bulan je. cukup 2 bulan dapat surat konvo kami pakat2 berenti. penat oo keje sana. uniform dah aa 1. keje 6 hari seminggu. kalau keje malam balik keje je terus basuh baju mandi pastu tido. kalau esoknya masuk pukul 8 kadang2 baju sejuk lagi bila pakai. tak baper nak kering pun. nak buat camner terpaksa aa pakai jugak. kalau masuk pukul 11 or pukul 3 selamat aa sket. tido pun dapat lama sket. tak yah berebut naik train jugak.

Memang pengalaman betoi la. tapi kadang2 terasa nak balik jadik cashier. sonok sebenarnya kalau time2 tak baper sibuk tu. beli barang pun ada diskaun hehe.. kawan2 ramai. abeh semua klcc tu saya dapat teroka. tau lift n kedudukan kedai kat mana semua sebab dah ari2 kat situ. food court klcc tu dah macam kedai mak limah bawah pokok je bagi kami ari2. abeh nak makan kat mana lagi. situ je la yang paling murah pun w/pun mahal jugak sebenarnya. rasa cam org kaya je ari2 makan kat klcc padahal..



Wednesday, March 23

Kasut Baru

Ehem.. ehem.. dah lama nak beli kasut kot. kasut saya dah ilang dia punya tapak. so kalau jalan laga dengan lantai bunyi kuat giler. kalah bunyi kasut cikgu gitu. ada gak jalan2 tengok2 kasut. seperti biasa sebagai org yang cerewet semua pun tak berkenan.

Jumaat lepas kuar gi ECM. konon2 mau redeem token kat celcom but tak bleh. so alang2 kita singgah kedai kasut. masuk macam2 kedai semua tak berkenan. tak cantek la, tak tinggi la. tumit halus la. tinggi sangat la. biasa org cerewet huhu.. so lastnya masuk nose. bukan masuk dalam lubang idung ye tapi masuk kedai kasut jenama nose. sajer usha2 tetiba berkenan dengan yang ini..

Oleh kerana tak penah pakai kasut jenama nose 2 hari gak la kaki sakit. nasib baik tak melecet. just sakit2 gitu je. tapi 2 hari je la. pastu dah bleh berlari dah huhu.. so cantek tak kasut saya pn cyn? mau beli pegilah nose ye huhu..





p/s : Eh saya nampak satu beg kat nose giler cantek. mau sambar la gaji ni huhu..

p/s/s : abaikan kaki yang gumuk itu ;p

Monday, March 21

Cik Doktor

Seorang teman menghantar offline msg di YM. katanya dia suka pada seorang lelaki yang ada 2 personaliti. berkerut dahi saya menafsir. apakah itu 2 personaliti? macam billy milligan yang ada multiple personality disoder kah? kalau macam tu menakutkan lah. eh korang kenal ke si billy ni? siapa penah baca novel aku bukan billie milligan karya norhayati berahim mesti kenal si billy ni :) kalau tak tau korang google je la. mesti korang tau sapa si billy ni :)

So saya balas offline msg tu dengan bertanyakan apakah maksudnya 2 personaliti tu. katanya dia pernah bercerita pada saya sebelum ini. oh! baru ingat. cerita seorang lelaki yang agak lembut tingkahlaku serta pertuturan nya. itu bukan 2 personaliti la cek oi! hailoh..

Oleh kerana dia suruh saya kasi pendapat so saya kasi aa pendapat kat dia. bagi saya semua ni terpulang pada hati dia. kalau dah suka teruskan. pastikan suka, sayang or cinta tu kerana Allah. insyallah akan dipermudahkan hubungan tersebut insyallah. pada saya senang. bila kita berdolak dalih ni sebenarnya kita tak suka betul pun kat dia. just ada rasa. tapi hati tak bleh nak terima. sebab tu jadik berdolak dalih. kalau betul suka apa sekalipun sanggup di harungi. bak kata pepatah lautan api sanggup direnangi katanya w/pun secara logiknya bila nak mulakan renangan dah mati dulu sebab terbakar hahaha..

Saya mana reti kasi pendapat. tapi ingatlah 1 tu. kalau kita suka apa sekalipun kita sanggup hadapi. tapi kalau tak berapa suka, takut pandangan orang la, takut itu, takut ini so hati akan mudah berdolak dalih. lupakan je lah hubungan tu sebab sampai bila2 pun korang tetap akan rasa sangsi dengan pasangan. rasa percaya tu susah nak wujud. wah dah macam pakar cinta saya arini huhu..


sekian dari doktor cinta ;p

Thursday, March 17

Bertabahlah

Dalam seminggu 2 ni macam2 benda terjadi kat kawan2. alhamdulilah saya masih berperasaan dan turut bersedih ngan risau dengan keadaan kawan2. first masa dengar gempa bumi di bumi jepun. my fren ada kat sana. tapi memula tu buat tak tau sebab yang saya tau yang kena gempa bukan sendai tempat my pren tinggal. tetiba malam sabtu cclia call bertanya kan khabar kawan di sendai. eh! apa kaitan? katanya di tv mengatakan di sendai dah 300 org mati akibat gempa bumi. Allah.. Allah.. rasa nak gugur jantung dengar. terus buka fb tengok status. kata hubbynya my pren ada call n cakap dia dengan anaknya selamat. alhamdulilah..

2 3 hari lepas pulak baca status di fb seorang kawan katanya baru keluar wad dan dapat cuti 2 minggu untuk rehat di rumah. saya tau dia mengandung. oleh itu tidak pulak saya bertanyakan apa2. just ingatkan dia masuk wad kerana mabuk mengandung. tadi dia msg dia YM katanya dia di rumah. keguguran! Allahu akbar.. sekali lagi saya terkejut. katanya mungkin terlalu lasak sewaktu mengandung. tak cukup rehat. katanya dia ok dan redha. mungkin bukan rezekinya.

Apa lagi yang boleh saya katakan kepada keduanya kecuali bersabar. tabah menghadapi dugaan yang Allah turunkan. insyallah akan ada hikmah yang lebih manis untuk kalian kelak. untuk teman sudah menjejak bumi malaysia bertabahlah. jauhkan trauma dalam hati. bersyukur dalam keadaan yang amat mengerunkan tersebut dia selamat bahkan selamat pulang ke malaysia. untuk bakal ibu bertabahlah. rehat secukupnya dan insyallah akan ada rezeki yang lebih baik untuk kalian suami isteri kelak. teruskan berusaha! ;p


Lilypie Next Birthday Ticker