Thursday, August 9

Hospital dan Rambutan

3 hb Aug lalu saya pulang ke kampung lagi selepas saya pulang ke kampung pada minggu sebelumnya. kali ini saya pulang kerana emak minta saya tolong hantarkannya ke hospital. katanya ada temujanji dengan doktor pakar di hospital temerloh. sejak saya besar saya jarang berjumpa doktor. dahulu semasa saya kecil hospital dan klinik adalah tidak asing bagi saya. saya pernah menjadi penghuni hospital jerantut selama 11 hari kerana sakit. sakit apa pun saya tidak pasti. tapi yang saya tahu akibat penyakit itu saya perlu dibedah. sungguh kronik nampaknya sakit saya pada masa itu. tapi saya tidak jadi dibedah. kenapa juga saya tidak pasti. malas hendak mengambil tahu.

sudah agak lama saya tidak ke hospital. rasanya paling akhir semasa melawat seorang rakan office kemalangan dalam akhir tahun lepas. kali ini saya ke hospital semula menemankan emak untuk berjumpa doktor. saya pulang ke kampung hari khamis 2hb Aug (ponteng 1/2 hari). hari jumaat pula saya cuti. saya tidak pernah langsung ke hospital temerloh. oleh itu kedudukannya di mana juga langsung saya tidak tahu. saya hanya tahu kewujudannya sahaja. nasib baik ayah saya tahu letaknya hospital tersebut. dia pernah pergi menziarahi makcik sebelah rumah bersalin sebulan sebelum itu. mengikut sepupu saya hospital itu agak moden. jika ada orang sakit teruk menaiki ambulan, ambulan itu sekali boleh naik ke tingkat di mana pesakit itu akan diletakkan. tidak perlu lagi menyorong pesakit di lobi hospital. wah! agak terkejut saya mendengarnya. ambulan juga boleh menaiki lift sekarang. ini betul2 moden dan canggih.

hospital itu terletak betul2 di tepi jalan menuju ke temerloh jika datang dari bandar jengka. hospital itu rupanya sudah ada nama dan telah dirasmikan. sungguh saya tidak tahu menahu tentang itu. namanya Hospital Sultan Ahmad Shah. nama sultan pahang dan tuanku telah merasmikanya pada..opss.. yang ini saya lupa. kami sampai dalam pukul 8.30 pagi. masih ada masa 1 jam sebelum temujanji emak dengan doktor iaitu pukul 9.30 pagi. kami bersarapan di cafe hospital sebelum emak masuk berjumpa doktor. agak lama juga menunggu. nasib baik saya telah bersiap sedia dengan surat khabar, Mp3 dan jaket saya. sejuknya hospital itu seperti di office saya. kebas juga lah jari2 saya. ayah beberapa kali keluar kerana tidak tahan dengan sejuk dan pergi merokok. dalam pukul 11.30 semua kerja selesai. emak perlu datang lagi pada 14hb dan 17hb Aug lagi untuk membuat ultrascan.
pulang dari hospital kami singgah di rumah makcik di felda jengka 15. dari jauh lagi saya sudah nampak rambutan bergayutan di sekeliling rumah makcik saya. teruja betul saya melihatnya. lebat betul sampai saya lihat dahan pokok rambutan itu hampir patah kerana berat. ada 3 pokok yang betul2 lebat buatnya. turun pada kereta pokok rambutan dahulu saya tuju. sedapnya makan rambutan segar dari pokok. akibat terlalu ghairah memetik buah rambutan tangan saya berbintik2 kerana digigit nyamuk. itulah balasannya. kami pulang selepas solat asar. saya siap tidur dahulu sementara menunggu asar. emak tidak mahu pulang awal kerana tidak mahu pergi 'rewang' di kampung saya. katanya mahu pergi keesokan harinya sahaja. oleh itu kami perlu pulang agak lewat. sebelum pulang ayah dan pakcik saya telah memetik rambutan. penuh 1 guni baja di petiknya akibat saya mengatakan buah tersebut tidak cukup. penuh bonet kereta saya dengan rambutan. yang peliknya apabila sudah sampai di rumah saya langsung tidak menyentuh rambutan tersebut. hari ahad emak mengikatnya untuk menyenangkan saya membawa pulang ke putrajaya. satu bakul penuh rambutan saya bawa pulang dari kampung.

No comments:

Lilypie Next Birthday Ticker