Thursday, July 17

Adakah Saya Sudah Dekat Untuk Berkawen?

Tiap kali saya jumpa dr. azim dia mesti cakap jodoh saya sudah dekat. dia sudah doakan di depan kaabah sebanyak 2 kali katanya. dalam 2 tahun ni kalau dia mahu menunaikan umrah mesti dia bertanya apa doa yang hendak anak2 buah dia kirimkan. tapi bila pandang saya dia berkata,

"ok untuk H*****H saya tau dia nak apa, nanti saya tolong doakan.."

Dan apabila pulang dari menunaikan rukun haji tersebut dia nyatakan yang dia sudah doakan jodoh saya di sana.

Dan satu lagi bulan ogos sudah dekat. berapa hari saja lagi. selain sambutan kemerdekaan pada bulan tu seseorang juga akan pulang pada bulan itu selepas 3 tahun di sana. katanya sebelum ini,

"Ko kena tunggu aku balik baru kawen tau, aku nak tengok ko kawen.."

Nyata hati saya sendiri katakan yang saya sudah dekat untuk berkawen. tetiba saya rasa takut plak. dah nak kawen ke saya ni? dah bersedia ke nak kawen? kalau dah kawen saya tak bleh bebas cam sekarang. ngeri plak rasa.

Sudah dekat atau jauh masanya itu saya tak bleh nak komen. ajal maut, jodoh pertemuan di tangan tuhan tapi kalau tanya sudah bersedia ke belum jawapannya TIDAK PASTI tapi rasanya saya belum bersedia. apa pun jodoh tu ketentuan tuhan. apa yang ditakdirkan untuk saya itu harap2 nya adalah yang terbaik.

doakan yang terbaik untuk saya ye..

No comments:

Lilypie Next Birthday Ticker