Wednesday, January 7

10 Muharam Hari Asyura

Hari ni 10 muharam 1430 hijrah. hari asyura. ada sesapa buat bubur asyura arini? pas2 aa kat saya sket. saya sebenarnya tak penah makan bubur asyura ni. mula kenalnya masa bersekolah menengah di KT dulu. teringat masa kat KT dulu setiap sambutan kitaorg raikan termasuk la 10 muharam ni. bila 10 muharam je kitaorg satu asrama laki n pompuan bergotong royong buat bubur asyura. saya tak baper suka sangat makannya. sket2 bleh aa. may be banyak sangat rempah2nya kot. muak kalau saya makan banyak2.

Di kalangan orang-orang Melayu, 10 Muharram disambut dengan jamuan bubur asyura. ikut sejarah bubur ini dibuat untuk mengingati hari Nabi Allah Nuh selamat mendarat setelah 40 hari mengharungi banjir besar yang melanda dunia pada masa tu. setelah mendarat maka diorang pun mengumpul segala apa bahan makanan yang ada di kapal untuk dimasakkan sekali gus. Maka dimasukkanlah tepung-tepung, kacang, jagung, badam, gula, garam, dan sebagainya dan terciptalah satu santapan yang lazat yang namanya bubur asyura.

Banyak kelebihannya 10 Muharam ni. antaranya berpuasa sunat. Rasulullah bersabda;

"Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya".
Riwayat Muslim.

Beberapa perkara sunat yang kita boleh buat pada 10 Muharam ni antaranya ;

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru"
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa sunat
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

No comments:

Lilypie Next Birthday Ticker