Wednesday, January 7

Saya adalah salah seorang dari 1.23 juta pencarum aktif KWSP yang kekal dengan caruman 11%

1.23 juta pencarum KWSP pilih 11 peratus

Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
wananwar@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Hanya kira-kira 1.23 juta atau 22 peratus daripada 5.64 juta pencarum aktif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memilih untuk terus kekal dengan kadar potongan caruman 11 peratus daripada pendapatan mereka, sehingga 31 Disember lalu. Sebaliknya, kira-kira 4.41 juta pencarum KWSP yang aktif memilih untuk mengurangkan kadar caruman mereka sebanyak tiga peratus secara sukarela walaupun sebelum ini ada pihak membantah keputusan kerajaan ini kerana menganggap akan menjejaskan pencarum.

Pengurus Kanan Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, berkata Selangor, Kuala Lumpur dan Johor mencatatkan jumlah pencarum yang paling ramai memohon untuk terus kekal dengan kadar caruman sebanyak 11 peratus. "Kira-kira 56 peratus permohonan itu datangnya dari Selangor membabitkan 343,213 pencarum atau 28 peratus dan 14 peratus masing-masing dari Kuala Lumpur (168,105 pencarum) dan Johor (176,658 pencarum)," katanya kepada Berita Harian, semalam. Pada 4 November lalu, kerajaan mengumumkan pekerja yang mencarum dengan KWSP diberi pilihan mengurangkan kadar caruman daripada 11 peratus kepada lapan peratus secara sukarela.

Pengurangan tiga mata peratusan itu dibuat sebagai langkah sementara, iaitu mulai Januari 2009 hingga akhir 2010. Ia langkah mengurangkan beban pekerja dengan menambah pendapatan boleh guna mereka bagi mengimbangi paras harga barang dan perkhidmatan yang semakin meningkat berikutan ketidaktentuan ekonomi global. Berikutan itu, pencarum yang mahu mengekalkan kadar caruman sebanyak 11 peratus perlu mengisi borang KWSP 17A, manakala pencarum yang tidak mengisi borang itu secara automatik dianggap bersetuju mengurangkan kadar caruman sebanyak tiga peratus. Sementara itu, Nik Affendi berkata, KWSP sudah dan sedang memproses permohonan pencarum terbabit serta menjangkakan lebih ramai ahlinya akan memohon untuk kekal pada kadar potongan yang diamalkan sebelum ini, tahun ini.

Sumber : www.bharian.com.my

No comments:

Lilypie Next Birthday Ticker