Friday, May 22
Part 2 - On The Way
Dalam kul 10 pagi mak bz masak2 nasik sebelum nak gerak. flight kitaorg kul 2.05 ptg. so dalam pukul 12 cam tu dah kena ada. oleh kerana saya n cik dee dedua buta jalan so kitaorg telah bertolak agak awai iaitu dalam kul 11.15 pagi. giler awai sampai. belum kul 12.00 dah sampai. konter check in pun blum bukak. tak per aa. biar cepat jangan lambat. eh peribahasa apa ni? haha..
Ini aa boarding pas saya. 3 je. saya pi ngan mak n ayah saya. lagi 2 orang cik dee n cik kim pi malam sket. coz cik kim tak dapat cuti jumaat tu. so dengan itu cik dee telah dikerah untuk pergi dengan dia pada malam hari jugak.
Tengah makan kat medan selera LCCT tu. makan mee tak sedap. makan sepinggan 4 orang makan pun tak abeh. haha..
Tengah tunggu time masuk. sambil2 tu baca surat kabo n tengok2 orang. mak siap intai2 pesen baju org lain. siap banding2 n cakap nak buatkan kitaorg baju cam tu. tau aa tukang jahit kan. haha..
Thursday, May 21
Part 1 - On The Way
Check list!
1. hotel *settle
2. flight pergi balik *settle
3. pengangkutan kat tempat percutian *settle
4. tiket cable car *settle
5. island hopping *settle
Malam ni akan packing barang2. first time bercuti dengan family ni. selalu bercuti ngan kawan2 je or ngan x bos hehe.. yang sudah semestinya bawak diri je kalau pi. kali ni bercuti dengan arrangement sendiri. harap2 semua berjalan dengan lancar. amin.. ya kawan2 saya sudah sedia untuk bercuti. family akan datang malam ni. flight tengahari esok. doakan saya selamat pergi, semasa percutian dan pulang semula ke putrajaya. amin..
Wednesday, May 20
Tuesday, May 19
Habit Membaca
Dulu masa kecik2 n sekolah2 mana aa nak ada duit nak langgan2 majalah or beli novel kan. paling2 pun pinjam je buku kat library sekolah lah. sampai selalu kena marah sebab pulang lambat. hehe.. so apa buku yang ada kat umah itu lah yang saya khatam. sampai buku peneroka tu pun tetiap bulan saya baca. kadang2 sampai 2 3 kali khatam. yang pelik nya buka pelajaran tak nak plak khatam 2 3 kali cam tu. kemain liat lagi nak mengabehkan. haha..masuk form 1 dah duk asrama ada aa duit kat tangan sket kan. kadang2 ada aa beli majalah2. selalu majalah hiburan aa. paling tak pun beli surat kabo.
Sebab sangat suka membaca masa spm kesusasteraan melayu saya dapat A1. haha.. bangga saya tau. dah aa masa batch saya tu saya sorang je dapat A1 sastera. ni semua sebab membaca la. untuk korang yang tak tau belajar sastera ni ada 5 buku teks utama. selalu 3 4 tahun dia akan tukar2 buku teks dia. masa saya yang saya ingat ada buku kepala nan sebatang (himpunan cerpen), novel mereka yang tertewas, pastu 1 buku puisi, 1 lagi buku sastera lama. ala.. yang ayat2 arakian bagai tu n satu lagi lupa plak. sebab suka membaca w/pun buku pelajaran tapi sebab buku citer pagi sebelum nak pi exam tu saya khatam kelima2 buku tu. pegi exam otak fresh je. apa lagi laju je aa tangan menjawab. kuar2 result A1. bangga2..
Pastu bila dah ke ipt ngan loan yang sikit tu gagah gak beli novel n majalah. tapi tak selalu aa. maklum a study lagi. selalu je pinjam majalah2 n novel2 member. kongsi2 baca. kalau dia dah beli yang tu saya plak beli yang ni. kang bleh tukar2 baca. zaman ipt dulu tak ramai sangat kawan yang suka baca. yang paling saya ingat adalah pn monie. minah tu umah dia dah jadik library. penuh ngan novel2. ngan dia aa saya selalu pinjam novel.
Di ipt aa saya kenal mastika ni. masa saya kenal tu mastika baru naik dari hampir2 pupus. ye kalau korang ikuti pekembangan mastika ni tau aa cam ner mastika survive kehidupan dia.mastika zaman tu selalu ada citer2 hantu n ghaib ni. ada sorang roomate saya ni selalu marah saya baca majalah ni. kata dia majalah ni menakutkan. haha.. tetiba teringat kat mean. kat mana aa dia sekarang ni. pas abeh study terus ilang. masa zaman2 study kat ipt dulu bleh kata selalu gak beli mastika ni. tapi ada gak yang terskip. maklum aa study kan. bukan selalu ada duit w/pun untuk rm3.00 sebulan. rm3 tu bleh sekali makan tau. hehe..
Sampai arini saya still simpan koleksi2 mastika yang saya sempat beli masa zaman2 study dulu. kalau balik kampung selalu aa baca semula. ye! kan saya cakap saya suka membaca n khatam novel n majalah2 tu berulang2 kali. n saya still buat tabiat tu sampai arini. lagi2 untuk majalah2 n novel2 yang best.
Arini bila dah keje mastika dah jadik sebahagian dari kehidupan saya. tetiap bulan wajib beli. tapi saya tak langgan la. maleh aa nak langgan. kalau beli sendiri senang. nak beli je. tapi yang tak best nyer kalau terlupa la. sedar2 dah lewat n carik2 kat kedai dah abeh. pastu mula aa hidup tak senang. gigih ke sana sini carik gak. alhamdulilah setakat ni saya tak penah miss satu pun keluaran sejak mula keje. betoi! kadang2 tu tak der aa saya baca on the spot pun. tapi bila 13hb cam tu wajib mula carik dah. sekarang dah jadik habit. saya selalu beli kat kedai runcit kat cafe kat opis. sampai angkel tu dah kenal saya. sampai kat kedai dia saya senyum kat dia n hulur duit dia tau dah saya nak beli apa. hehe..
Sonok membaca ni korang. saya pelik tgk orang susah nak membaca. jangan nak kata buku pelajaran aa. yang tu saya pun maleh. haha.. majalah2 hiburan ke baca aa. membaca tu menajamkan otak tau. untuk ibu bapa kalau anak2 mula nak baca tu jangan halang. tak kisah aa dia baca apa pun. selalu memang aa akan berminat pada majalah2 hiburan or kartun2. tak per. janji membaca. sebab dari situ aa dia akan mula minat membaca benda lain bila dia dah mula berfikir nanti. saya cakap sebab saya dulu pun cam tu. mak selalu marah saya suka sangat baca buku2 yang tah apa2. buku pelajaran tak moh baca. tapi bila mak tgk saya n adik2 (adik2 saya pun hantu buku) berkembang dengan mula membaca benda2 mengarut tu mak mula paham. minat kena pupuk. tak kisah dengan apa cara pun. nanti bila dah pandai berfikir kita akan tahu sendiri kebaikannya. wah nasihat gitu. pengalaman2..:)
p/s : baca blog saya ni pun bleh menajamkan otak tau. so rajin2 aa membaca blog saya yer.. hehe..
Monday, May 18
Jalan2 & Jakun2 di KL
Balik dari carefour tu cik dee sajer ikut jalan dalam nak pi keramat. wah sangat rindu ngan kl korang. dulu jalan2 tu aa jalan yang bleh kata tetiap ari kitaorg lalu. ni dah duk putrajaya tak der nyer nak ke situ. jauh tu. banyak gak pembangunan yang baru naik. tiap kali lalu kat pembangunan tu kitaorg sangat jakun. "eh! bila bangunan ni ada?" "eh! bangunan ni dah tukar la.." "eh! dah ada jejantas aa kat sini" huhu.. cik dee siap ulang2 cakap pas abeh study ni dia nak duk area keramat tu balik. banyak kenangan kat situ. w/pun dulu susah. jalan kaki je semua tapi syiok!
Kuar dari keramat lalu plak jalan yap kwan seng. masuk area bukit bintang plak. sajer kan tak der keje. lagipun minyak penuh tu. bleh aa berjalan sesuka hati. pusing2 kat area plaza low yat, lalu depan time square. pastu masuk plak jalan TAR. kat sini kitaorg benti. konon2 nak beli kain aa. tak der maknanya. jalan je lebih. paling2 beli ais blended kat kopiesatu je. kuar dari jalan TAR dah kul 6.00 ptg. terus balik umah. sonok betoi jalan2 sambil jakun2 di kl. lama dah tak buat keje giler cam tu. kalau malam mesti lagi best. hehe..
p/s: entry tak bergambar. so korang pandai2 aa bayangkan sendiri ek. huhu..
Ke Konsert Juara HAFIZ AF7
Masa tengah beratur nak masuk dewan. manusia punyalah ramai. ada yang dah beratur dari pukul 7.00 malam. gagah betoi aa diorang ni. kitaorg pas maghrib baru terhegeh2 beratur. maleh nak berhimpit2 beratur. sudahnya geng cyn dapat masuk dulu. hehe..
Dalam dewan. pn. alya, cik dee n saya. tempat duduk kitaorg agak strategik la. cantik je pemandangan pentas dari tempat kitaorg tu. masa ni penyokong2 dah sahut menyahut2 menjerit. masing2 duk sokong pelajar kegemaran. kitaorg? haruslah sokong hafiz. hehe..
Ini pemandangan aa pentas dari tempat kitaorg duk. agak jelas aa. tapi kalau ada org muka org tu tak nampak sangat aa. agak jauh.
Gambar agak blur. masa ni cik dee curi2 ambek gambar. kalau ada abg rela mampus ke sound. haha.. pelajar tengah tunggu result masa ni. berdebar sungguh tunggu keputusan. saya dah terangkat2 punggung dah nak sorak kalau hafiz menang. ac plak duk kona2 masa nak kasi result. geram betoi. hehe.. ac umum je hafiz menang kitaorg tak agak2 menjerit2 dan lompat2 sambil tepuk tangan. sib baik tak jatuh. sakit2 tekak jerit hehe..bergema stadium tu. suka2..!!
Dah abeh konsert dah. muka minyak2. hehe.. selamat tinggal bukit jalil n tahniah untuk hafiz. juara akademi fantasia ke 7..!!
Masih Jelas - Hafiz AF7
Hati tetap serupa
Tiada yang berubah
Dari hari dikau pergi
Dikau pergi
Penjara.. hidup ini penjara
Tanpa ada simpati
Kepada sang kekasih
Yang dilanda, yang dilanda
Kehilangan..
Chorus:
Masih jelas setiap garisan halus
Bila senyuman kau ukirkan untukku
Masih jelas setiap lekuk penjuru
Menghiasi wajahmu
Waktu kau renung aku
Ratib sendu..
Ratib sendu bergetar dalam kalbu
Hingga menitis linang
Dari kelopak mata
Keranaku keranamu dipisahkan
Sudah suratan takdir begini
Segalanya sementara
Selagi hayatku masih ada
Kau bertakhta di hatiku
Lagu & Lirik :
Aidit Alfian & Ad Samad
Sunday, May 17
Thursday, May 14
Tag Dengan Suka Rela
[Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog with 16 random things, facts, habits or goals about you. At the end choose 16 people to be tagged, listing their names and why you chose them. Don’t forget to leave them a comment or tag them in your note to read this.]
SATU.
Kawan2 non muslim susah sangat nak sebut nama saya. selalu saya akan jadik haliza dari halijah. penah satu ketika seorang klien dari penang faxkan sesuatu pada saya. penat tunggu fax yang tak sampai2 saya decide naik atas carik fax tu. dia tulis to: pn. halizah. huhu.. patut aa tak sampai pada saya.
DUA.
Saya adalah sangat kurus time belajo2 dulu. betoi! masa darjah 6 berat saya cuma 21kg n bila abeh degree plak berat saya hanya 39.5kg! sekarang telah kembang semangkuk huhu..
TIGA.
Tak suka orang kacau saya tido. bagi saya waktu tido adalah waktu rehat paling penting dalam kehidupan. n satu lagi sebab saya juga tak suka kacau orang tido. saya tak kan kejut org yang sedang tido selagi dia tak bangun sendiri or ada hal2 urgent. serius!
EMPAT.
Orang kata saya obses ngan kaler pink sebab suka beli benda2 kaler pink. saya ada laptop kaler pink n dalam proses nak beli kete n kamera kaler pink. hehe.. sebenarnya saya tak obses pink. saya suka kaler pink sebab ramai org tak suka pink. saya suka benda2 yang org tak suka sebab lain dari yang lain.
LIMA.
Mak kata saya sendiri gelarkan diri akak. padahal sepatutnya bagi orang perak kakak yang sulung digelar yong. mungkin pengaruh rakan sebaya lah kot. haha.. sampai ngan kucing pun saya gelarkan diri akak. hehe..
ENAM.
Dalam sehari saya wajib makan nasik sekali. kalau tak perut akan rasa sebu n tak sedap. selalu saya akan makan nasik tengahari. malam bleh aa makan benda2 lain selain nasik.
TUJUH.
Masa umur 16 tahun saya baru pandai bawak motosikal. umur 26 tahun plak baru bleh drive kete. agak2 umur 36 tahun saya bleh bawak apa ek? bawak lori mungkin. hehe..
LAPAN.
Dengan tak malunya bleh makan sorang2 kat mana2 kedai or gerai or restoren. ala.. nak makan je, apa nak malu. kita bayar apa. lagipun org tgk je. bukan luak. huhu..
SEMBILAN.
Akan sesak nafas kalau baring telentang. oleh itu saya tak bleh tido dalam keadaan telentang. saya boleh tido meniarap atau mengiring sahaja. kalau panas sangat seksa sebab angin tak kena kat badan. huhu..
SEPULUH.
Suka birthday saya yang ke 21 sebab hanya ada no. 2 & 1 sahaja. menyambut hari jadi ke 21 pada pada 21 hb 1 tahun 2001 pada tahun pertama (1) abad ke 21. hehe.. cantik kan no2 2 & 1 tu.
SEBELAS.
W/pun duk kat kampung saya tak penah mandi kat bilik air yang terletak di luar umah cam dalam citer2 kat TV tu. mungkin sebab kitaorg adik beradik semua pompuan. ayah risau kalau kitaorg mandi kat luar org so dia buat bilik air dalam umah sajer.
DUA BELAS.
Suka baca majalah, surat kabo, buku or apa2 bahan bacaan dari belakang. tapi bukan aa baca terbalik ek. maksudnya baca cerita2 di belakang dulu baru baca citer2 kat depan. hehe.. kalau novel baca ending dulu (bab akhir) baru baca permulaan. kalau best baru teruskan pembacaan.
TIGA BELAS.
Paling tak suka susahkan orang. selagi bleh buat sendiri saya akan usaha buat sendiri dulu. kalau terdesak baru mintak tolong orang. sebab apa? sebab saya tak suka orang susahkan saya la. hehe..
EMPAT BELAS.
Hati saya tenang kalau tengok kucing menunduk. tak tau naper. habit kot. kucing nampak sangat kiut kalau dia tengah menunduk bagi saya. Saya sangat sayangkan binatang. kalau balik kampung nampak kumpulan lembu jauh lagi saya dah break n mulut bebel2 suh dia ke tepi sebab takut dia kena langgar.
LIMA BELAS.
Kawan2 rapat tau saya sangat takut ngan kipas syiling. lelagi kalau di pasang masa saya tgh tido. saya takut kalau dia pusing laju2. paling kuat bleh pasang no. 2 je. saya akan rasa kalau ada org pasang kipas time saya tido lebih dari no. 2. dan2 tu bangun n slowkan. naper? saya takut dia jatuh kat atas saya. huhu.. cam bebudak.
ENAM BELAS.
Selalu akan terkejut n pelik kalau ada bebudak laki zaman2 sekolah dulu jumpa saya n tegur coz zaman sekolah saya tak penah kawan ngan lelaki. naper ek diorang nak berbaik ngan saya sekarang? haha..
Ok dah siap. nak tag sapa ek? oklah sebab saya pun buat secara suka rela so tak nak aa tag sapa2. sapa rajin nak buat bleh buat. sangat dialu2kan. :))
Wednesday, May 13
Pemanasan Global
Tuesday, May 12
Sticker Era.fm
Dah tampal kat kete. bangga2.. pasni pi memana dalam mesia semua bleh dengar era coz frekuensinya ada tertulis kat belakang sticker. tukar2 frekuensi je..
Monday, May 11
Gedik2 Ke Konsert AF
Setelah lama termenung kat depan konter axcess tu, dengan sedihnya terpaksa aa beli tiket harga rm10. free seating. ni tak suka ni. nak kena rebut2 plak. apa salahnya dia buh je number kat tiket tu. kan senang. ingat senang ke nak rebut2 tempat cam tu. tak sopan santun aa la I nanti nak rebut2 cam tu huhu..cyn cakap tak per aa. nanti ahad kita bleh tgk lagi kat tv. kali ni just nak rasa bahang konsert final je. huhu.. sedih2.. nak duk lower seat.. abg konter tu dengan sama bersedih ngan kitaorg ni telah 'menghadiahkan' extra sampul axcess pada kitaorg. dapat sorang 1 kau. haha..
Ini le tiket tu. ada 4 je kat sini coz 2 cyn dah songlap untuk dia. kitaorg pi berenam semuanya. sapa2 yang bertuah tu? tunggu nanti pas af saya citer ek. hehe.. ngada!
Betoi tau tiket ni. 16 may 2009 9.00 malam, konsert akhir akademi fantasia. yang sedih tang upper tier tu. huuu.. nak duk lower tier.. afundi HAFIZ! huh tetiba..hehe..
'Memeras Ugut' Angkel Kamera
Membeli ngan saya adalah sangat best sebab saya suka tekan org kedai tu. tak caya tanya jalil. hehe..tak dapat kurang harga akan dapat banyak2 barang free. haha..
ira : naper dulu ko takder suh cina kedai hp tu buh cover kat tepon aku?
saya : dulu aku tak baper pandai lagi. la ni dah terer 'memeras ugut'. haha..
Ira beli kamera jenama lumix panasonic. org dah jadik mama kan. kena ada kamera nak ambek gambo anak. hehe..
Saturday, May 9
I LOVE U MAK..!!
Saya nak citer apa ek? hari ibu kan. mesti aa kena citer pasal ibu. ibu saya nama dia pn zainab bt untak. asal orang perak. tapi dah lebih 30 tahun duk kat pahang sebab ayah saya peneroka kat pahang. so kira dah jadik orang pahang aa kan. mak saya garang. ye. semua anak2 jiran pun setuju ngan saya. kalau mak saya jerit memula ramai org abeh mak jerit je semua ilang. hehe.. anak2 jiran takut ngan mak termasuk aa kitaorg adik beradik. dulu masa kecik selalu rasa marah ngan mak sebab sangat garang. tapi bila dah besar ni saya sedar sebab mak garang aa saya jadik org. kalau tak sure saya jadik kucing. haha.. tak der aa. kalau tak sure saya tak dapat kejayaan cam ni.
Mak saya sangat ambek berat ngan pelajaran kitaorg adik beradik. kata mak "aku tak der harta, pelajaran ni je lah yang akan tolong korang nanti". saya ingat pesan mak tu sampai arini. balik sekolah mak tengok buku2 sekolah saya. tgk apa sayer belajar. tapi saya sangat maleh belajo. saya pun tak tau naper. saya belajo semata dalam kelas. mungkin sebab otak saya agak cergas sebab tu saya dikategorikan pelajar pandai. sekarang saya terpikir kalau aa dulu saya rajin belajo kan sure saya dah belajo kat obersea dah. ada phd ke kan. hehe..
Ni citer pasal saya ke pasal mak saya ni. hehe.. saya kecik2 dulu mengaji ngan mak je. mak yang kenalkan saya ngan huruf jawi. saya tak penah rasa pi mengaji kat umah orang sebab sampai khatam mak yang ajar mengaji. dulu kalau tgk dalam tv saya selalu rasa nak pi belajo ngaji ramai2 kat umah ustaz malam2 macam dalam tv tu. macam best je kan. tapi sebenarnya saya sangat beruntung. tak payah susah2 nak ngaji umah org sebab mak sendiri mengajar saya ngaji.
Mak gak pandai masak. memang air tangan mak superb. saya ni yang dah boleh kira pandai masak ni still tak bleh nak tanding mak masak. tak payah masak yang susah2 la. masak mee goreng pun saya tak bleh challenge mak. tiap kali nak masak mee goreng saya tetapkan dalam ati nak masak cam mak masak. tapi bila jadik. aiks! pesal tak rasa cam mak masak pun. frust betoi. hehe.. sama gak cam masak patin masak tempoyak. adoi air tangan mak memang best. saya dah puluh2 kali masak patin masak tempoyak tapi rasa mesti tak sama ngan mak masak. awat ek? huhu..
Mak saya pandai menjahit tau. cakap je baju apa mesti dia bleh buat. yang selalu menyusahkan mak adalah adik yang bongsu cik dee. haha.. minah ni suka sangat buat baju pelik2. yang jadi mangsa menjahitnya mak la. macam2 baju pelik2 dia nak buat. yang peliknya bila mak jahit jadik plak tu. hehe.. sebab mak pandai jahit ilmu tu dah mengalir plak kat saya. ye saya pandai menjahit baju kurung tau. tapi sekarang dah jarang sangat menjahit. sebab dah tak duk umah. kat umah sewa ni tak der mesin jahit. mak dah banyak kali bising suh saya beli mesin jahit ni. nanti aa. saya nak beli gak ni. nanti saya bleh jahit baju sendiri je kat umah.
Mak saya suka bercerita. itu saya ingat sampai arini. masa kecik2 mak selalu bercerita kisah2 tauladan semua kat saya. sejak kitaorg belum sekolah kadang2 tetiap petang mak bercerita kat kitaorg adik beradik. sampai la saya masuk sekolah. bila masuk sekolah baca buku2 dalam library jumpa semula cerita2 yang mak penah citer kat saya sebelum saya sekolah lagi. maknanya citer2 dalam buku citer tu saya dah dengar dari mak sebelum saya baca. sampai arini mak still suka bercerita. lepas kitaorg mak sambung bercerita kat akim. kat mamat n mungkin pasni kat ain plak. bebudak ni anak2 jiran yang sangat rapat ngan mak ngan family kitaorg. saya ingat lagi akim sampai bleh bercerita cerita yang mak ceritakan kat dia masa dia kecik2 dulu kat kitaorg. sebab selalu sangat mak becerita ngan budak2 tu.
Banyak lagi kalau nak citer pasal mak saya. ye saya sayang mak saya sebab mak saya superb! huuu..rasa nak nangis plak. so dikesempatan ni saya nak ucap SELAMAT HARI IBU untuk pn ZAINAB BT. UNTAK. semoga mak dipanjangkan umur dalam keimanan dan bahagia selalu di samping ayah n anak2 dara mak ni. muahhhh.. I LOVE U MAK!
Buah Leletup
Ni aa pokok bunga yang kesian tu. dah tak rupa pokok bunga dah. dah rupa pokok leletup je. penuh dahan dia pokok leletup tu dah konker. hehe..
Tgk tu penuh buah dia. masak plak tu. tinggi tapi. sebab tinggi banyak buah2 dia yang masak jatuh kat bawah. kuning je bawah pokok dia. saya bleh ambek yang rendah2 je. sedap la. lama tak makan. teringat zaman2 muda2 dulu haha..
Belek2 Exora
Masa lalu kat kamdar tu intai dalam showroom proton tu. kot2 aa ada exora. bleh tgk dekat2 kan. bleh aa feeling2 duk dalam tu. hehe.. ye kawan2 ada exora dipamerkan dalam tu. so balik dari kamdar terus singgah kat showroom tu.
Masuk2 je terus bukak pintu exora dan duduk. ira duk belakang, kak jie plak duk sebelah saya. saya drive la. haha.. feeling2 bawak exora masing2.
Besar giler aa exora ni. cam takut je nak bawak. tapi kalau tak pandang belakang saya rasa saya bleh bawak. kalau pandang belakang sayup je. terus takut nak bawak. haha..
Nak beli? huii la hai.. beso no korang. memang aa murah kan. tapi tak sanggup nak bawak. sure susah nak parking. lelagi aa bagi saya yang dah biasa bawak kete comel2 ni.. main selit2 je kalau bawak kete comel ni. bawak exora mau berpeluh2 n berjam2 lah saya nak parking. dah aa carik parking pun susah. haha..
Thursday, May 7
Coretan Majlis Pn. Alya & En. Jas
Coretan majlis nikah.
1. Majlis yang sepatutnya mula lepas asar mula agak lewat. kelam kabut aa kitaorg mai awal. ramai yang dah cakap awal2 tak bleh datang coz majlis mula lepas asar tapi sempat datang coz majlis mula lambat.
2. Nora n jalil tak dapat datang masa majlis tu sebab bosnya tak lepaskan dia pegi.
3. En. jas lafaz nikah sekali je. bravo..!!
4. Mas kawen pn alya yang pusing2 mcm muzikal box tu jatuh dari kotaknya. huhu..
Coretan majlis di rumah en. jas.
1. Ada bunyi helikopter melatari majlis. konon2 feeling2 pengantin pompuan datang dari sarawak naik helikopter aa. huhu..
2. Masa malam berinai hantaran yang jalil bawak nyaris jatuh. nasib baik tindakan refleks kuat lagi. sempat sambut. huhu..
3. Kain baju nikah pn alya besar. terpaksa pin untuk elak dia terlondeh. pn. alya gemuk kot masa buat ukuran baju tu.
4. Air minuman masa majlis kat umah en jas kaler biru n berperisa laici!
5. Malam berinai gak selipar oren jalil telah dikipnap. nasib baik jumpa balik.
6. Pengapit pengantin pompuan masa malam berinai pakai baju kaler biru. tak masuk team. hehe..
Coretan majlis di hotel.
1. Majlis agak kelam kabut masa tetamu datang coz hotel terlupa nak fotostat senarai table setting. terpaksa bergantung pada satu kertas je.
2. jemputan beratur nak masuk dewan.
3. Reheasal yang diberitahu pukul 4.00 akhirnya mula pukul 6.00 ptg. kelam kabut pengantin naik bersiap coz mak andamnya dah sampai dulu.
4. Dato' Azemi dan wife adalah tetamu terakhir datang. duk je terus dipersila merenjis.
5. Pengantin jalan dengan lajunya ke pelamin. kejar apa tu.. hehe..
6. Gimik sebelum makan adalah mengkagumkan. siap ada api2 tu. haha..
7. Pn. sharifah bos kitaorg pitam. katanya tekanan darah rendah.
8. Ada tetamu islam dapat door gift yang sepatutnya diberi kepada non muslim.
Makan2 di Kedai Misteri
saya : kita nak makan kat mana ni?
jalil : kita makan kat kedai atas bukit.
saya : kat mana tu?
jalil : dekat2 ngan petronas tu
OooOO.. so saya pun drive je aa ikut arah panduan yang diberikan. tetiba jalan masuk dia menakutkan. curam je. pastu masuk kat tempat yang gelap2 je.
saya : kita nak pi mana ni?
jalil : tempat makan la
saya : awat gelap n menakutkan je
jalil : tempat sedap harus aa misteri sket.
huh! banyak aa ko punya misteri. ye kawan2 nama kedai itu saya dah lupa. tapi kedai dia agak cantik la. ada gak aa org. tak der aa kosong je. ada tempat makan duduk bersila lagi. kitaorg sampai tu tinggal 1 wakaf bersila. so dengan berlari2 kejar nak tempat tu. macam aa ada org nak rebut. haha.. ada saya ambek gambar tapi golap. tak yah tempek aa kan. bukan nampak apa pun. huhu..
Saya cakap kat jalil nak minum air pelik2 malam tu. tapi tiap kali order je semua tak der stock. so terpaksa la minum air kiwi sajer. sedap! orang kuat makan memang semua sedap je kan huhu..
Ini lah budak kuat makan tu. dia minum air asam apa tah. abeh dia minum. sedap aa tu. hehe..
Kitaorg makan nasik ngan telur bistik ngan tomyam ngan kerabu perut. bleh aa. tak der aa sedap melampau. bleh aa untuk alas2 perut. haha.. alas ke? abeh gak sepinggan nasik dalam on diet2 tu. jalil siap tambah 1 pinggan lagi tu. abeh aa diet saya..huuuu..
Gelagat Miau
Dulu tempat tido miau atas kusi sebelah tempat simpan motor ayah. tempat tido tu miau suka kongsi ngan kucing2 lain. kadang2 saya bangun pagi bukak pintu nampak bermacam2 kucing tumpang tido kat tempat miau tido tu. sedap tempat tu. ayah siap letak kain lagi. empuk je. haha.. oleh kerana miau baik ati tempat tido dia tu dia sedekah kat kucing2 lain yang tak der tempat tido. so miau decide tak nak tido kat situ dah. la ni miau fully tido kat beranda umah saya plak.
Huargh..!! ngantuknyer.. sampai terlentok2 miau.
Oklah miau nak tido dah. jangan kacau. nanti miau gigit! huhu..
Tuesday, May 5
Takziah
Part 3 - Keje Jalan2 & Pindah2
Selamat datang! ni pintu gerbang masjid kristal, taman tamadun islam waktu malam.
Cantik kan masjid ni waktu malam. kamera ni bukan kamera manual ye kawan2. so gambar tak cantik sangat.
Tetiba saya dah tak tau nak buh caption apa. so korang tengok gambar n paham2 je aa ek. huhu..
Esoknya (jumaat 1/5) pagi2.. eh pagi ke? kul 7 gak rasanya bangun mengangkut barang2 dalam kete2 kecik kami tu. dalam 9.30 gerak balik ke pahang. sampai temerloh pusing2 plak carik umah sewa tapi tak jumpa. sampai umah dah kul 5 ptg. kepala dah pening2 langau. huhu.. lalat kecik sangat. ni teruk sket kena langau aa. langau beso sket haha.. malam tgk tomok. tapi tak tengok result. kepala tak tahan. kul 10.00 tido. huuu.. sangat penat!
Part 2 - Keje Jalan2 & Pindah2
Sampai terus berlarian ke pantai. sunyi je. tak der ramai org sangat masa kitaorg datang tu. may be awal lagi kot.
Minah ni sejak dapat hp baru tak lekang2 hp kat tangan. pastu bateri hp abeh duk bising2. mana tak abeh. 24 jam godek2 hp je. huhu.. ampun..
Yang 2 orang minah ni tak abeh2 mengambek gambo. giler kamera betoi.
Pastu terpandang A&W kat tepi pantai batu buruk tu. bebudak 2 orang yang tak reti lapo tu nak makan plak. saya pegi sebab nak minum root bear flood je. hehe..
Tengok tu siap peluk2 tong root bear tu lagi. nak flood.. nak flood.. haha..
2 orang makhluk yang tak kenyang2. haha..
Guwe minum root bear flood je tau. tak caya tengok ni. hehe..
Part 1 - Keje Jalan2 & Pindah2
Petang pukul 5 bergerak ke kedai tudung yang tengah sale giler2 kat KT. nama kedai tu desa murni. kata cik dee cam nama kampung je. hehe.. saya pun pasan ada nama kampung desa murni kat tengah jalan nak pi temerloh dari jantut. apa2 aa. huyoo.. memang sale giler2. ada tudung harga lima posen je. tapi kitaorg tak jumpa plak tudung tu. hehe.. rambang mata all. rasa cam nak beli semua je. murah2 plak tu. saya ambek 3 helai tudung biasa tu. cik dee ngan cik imah ambek 5. pastu ambek plak tudung indon tu sehelai sorang. pastu tambah plak 2 helai mak punya.
Masa pilih masing2 tanya cukup ke duit. tapi tangan duk pilih ni. huhu.. pastu masing2 ajak balik. kang lama2 lagi banyak beli. pastu tiba time bayo. penat adik cashier tu buang dia punya button scanner tu. banyak no belinya. haha.. sedap je tangan adik tu picit button mesin cashier tu. tup2 ha kau.. RM 280++. huhu.. mahal gilak. dah bertopup2 nak membayonyer. tapi tak per. pasni susah dah nak pi sana. dah tak der tempat nak bertanggah. cik mah pun dah pindah. tak duk KT lagi.
Ini je gambar yang dapat ambek. masa dalam kedai n tengah pilih2 tu langsung tak teringat nak ambek gambar. kusyuk memilih. haha..