Tuesday, May 5

Part 1 - Keje Jalan2 & Pindah2

Khamis (30/4) aritu saya ngan cik dee pi KT untuk punggah barang2 cik imah. bertolak dalam 7.30 pagi n sampai pukul 2.00 petang ke KT. sungguh penat wei. 6 jam setengah drive dari putrajaya ke KT. sib baik drive gilir2 ngan cik dee. kalau tak pengsan sampai KT. sampai2 terus pi makan. balik terus tido. abeh aa gemuk. haha.. tapi saya tak makan yer tengahari tu. so tak per aa saya tido sebab tak kan gemuk. huhu..

Petang pukul 5 bergerak ke kedai tudung yang tengah sale giler2 kat KT. nama kedai tu desa murni. kata cik dee cam nama kampung je. hehe.. saya pun pasan ada nama kampung desa murni kat tengah jalan nak pi temerloh dari jantut. apa2 aa. huyoo.. memang sale giler2. ada tudung harga lima posen je. tapi kitaorg tak jumpa plak tudung tu. hehe.. rambang mata all. rasa cam nak beli semua je. murah2 plak tu. saya ambek 3 helai tudung biasa tu. cik dee ngan cik imah ambek 5. pastu ambek plak tudung indon tu sehelai sorang. pastu tambah plak 2 helai mak punya.

Masa pilih masing2 tanya cukup ke duit. tapi tangan duk pilih ni. huhu.. pastu masing2 ajak balik. kang lama2 lagi banyak beli. pastu tiba time bayo. penat adik cashier tu buang dia punya button scanner tu. banyak no belinya. haha.. sedap je tangan adik tu picit button mesin cashier tu. tup2 ha kau.. RM 280++. huhu.. mahal gilak. dah bertopup2 nak membayonyer. tapi tak per. pasni susah dah nak pi sana. dah tak der tempat nak bertanggah. cik mah pun dah pindah. tak duk KT lagi.

Ini je gambar yang dapat ambek. masa dalam kedai n tengah pilih2 tu langsung tak teringat nak ambek gambar. kusyuk memilih. haha..

No comments:

Lilypie Next Birthday Ticker