Tuesday, November 17

Bukan Salah Ibu Mengandung

Naper aa kalau dekat2 nak raya maleh datang bertandang? huhu.. ayat tak agak2. mentang2 aa tengah buat satu artikel formal untuk majalah. semua jadik ala2 formal gitu. tak penah dibuat2 saya buat artikel formal sejak tinggalkan zaman belajo. baper tahun dah ek? kalau buat2 karangan zaman2 sekolah, form 5 dah tinggal 13 tahun tapi kalau zaman2 jawab esei 20 patah perkataan adalah dalam 4 tahun kot. lama aa tu kan. itu pun karangan zaman sekolah selalu pun dapat C je. mana penah dapat A pun. C tu nasib2 baik je. kalau tak dapat D dah cukup baik. saya memang fail betoi bab2 ngarang ni. cam ner lah bleh ada hobi nuleh blog sekarang ni pun tak tau la. selalu mengarut dalam blog ni guna bahasa pasar je. citer suka ati. kata ..all in my heart kan. harus aa tulisan sesuka hati ni je. huhu.. ilang tatabahasa2 yang cikgu bahasa melayu ajar masa sekolah dulu. ni kalau cikgu bahasa baca ni kompem pengsan. hahaha..

Raya dah dekat korang. kalau mengikut kalendar arini adalah 29 zulkaedah. hari tengok anak bulan. malam ni dato' ungku apa tah nama dia akan umumkan bila tarikh raya haji. saya dah apply cuti. korang dah? huhu.. dengan kebenaran mak saya dan baki cuti yang banyak saya telah cuti secara bermaharajalela. huhu.. jangan carik saya selama seminggu yer. blog ni pun entah2 tak apdet masa cuti nanti. saya mahu bermaharajalela makan lemang je raya ni. apdet2 blog ni mungkin tak der masa kot ;p

Artikel maleh nak buat. semalam baru buat separuh je. cyn suh buat 3 muka surat. semalam dah tuleh 2 muka surat. citer kat kepala ada separuh lagi sebelum bleh buat penutup atau kesimpulan. kalau jadik 4 muka surat cam ner ek? itu masalah paling besar kalau kasi saya menuleh. memula macam maleh. pastu rasa tak der idea. pastu rasa tak ingat cerita. semua dok rasa. tapi bila dah mula nuleh mula lupa diri. tak sedar meleret2 tah apa2 saya ngarut.akhirnya panjang jugak. tak paham betoi dengan diri sendiri. huhu..

Sebab tu saya suka tulih blog kot. tapi tulis blog ngan tulis artikel formal lain sket feel dia. tulis blog bleh tuleh suka2 hati je. tatabahasa, peribahasa semua tak payah nak jaga. tapi buat tulisan formal semua nak kena jaga. kira kalau tulis artikel formal kena sopan santun sket la. cam lalu depan bakal mak mertua bongkok cam rukuk solat subuh gitu. kalau tak mak mertua tak jadik nak wat menantu plak kang. huhu..

Sebab tu sampai sekarang artikel formal saya masih 2 muka surat tapi blog dah 2 kali apdet. padahal tulis blog bukan ada idea pun. tapi jari laju je menaip benda bukan2. tulis artikel formal kena pikir dan sopan santun. saya ni bukan ayu sangat pun nak control2 sopan. oleh kerana cyn cakap artikel ni nak sebelum ujung bulan, nanti ujung bulan aa saya sambung plak kot. mesti masa tu entry blog dah beranak2 tapi artikel formal masih 2 muka surat. hahaha.. bukan salahku. orang yang rajin tulis blog tak semestinya bleh tuleh artikel formal yer adik2. wah! dalam entry pun dah pandai berkiasan cam karam singh walia sejak2 buat artikel formal ni. ;p

No comments:

Lilypie Next Birthday Ticker