Thursday, November 5

Kucing disahkan dijangkiti selesema babi

Kucing disahkan dijangkiti selesema babi
05/11/2009 3:01am

WASHINGTON 5 Nov. – Seekor kucing di Iowa disahkan positif influenza A (H1N1) sekali gus menjadi kucing pertama dijangkiti wabak pandemik ini, lapor Pertubuhan Perubatan Veterinar Amerika Syarikat, semalam.

Kucing berusia 13 tahun itu dipercayai dijangkiti virus tersebut daripada penghuni rumah tempatnya tinggal.

Ia bagaimanapun telah pulih sepenuhnya dan tidak akan menjangkiti sesiapa pun.

Anjing dan kuda dikatakan turut boleh dijangkiti pelbagai jenis virus selesema, tetapi sehingga kini masih belum ada binatang ini yang dijangkiti wabak selesema babi ini. – Reuters

Baru duk sebut2 aritu. tengok dah kena. abeh aa mimi pasni. kena kuarantin la kat umah tak bleh bersosial nampaknyer hehe..

No comments:

Lilypie Next Birthday Ticker