Thursday, December 17

Makan Donut Manis

Oleh kerana arini gaji semalam balik opis saya pi soping. ye seperti biasa saya suka soping sehari sebelum gaji. dan itu lah pun yang saya buat kebelakangan ni. syiok soping time org tak der duit ni. haha.. tak yah nak rebut2. semalam pas opis terus heret hajar ke alamanda. memula pi carik adiah kawen jiran kat kampung. pastu jenguk2 buku kat MPH sementara tunggu hajar pi solat. terbeli gak 1 novel. huhu.. tak per. lama dah tak beli novel.

Jalan lenggang2 carik tempat makan. tanya hajar nak makan apa dia jawab nak makan yee mee. hayoh! sudah ketagih makan yee mee plak minah ni. dulu saya yang yer2 promote kat dia. la ni dah ketagih. duk asyik nak makan yee mee je. so kitaorg decide makan kat food court je sebab hajar nak makan yee mee. saya malam memang jarang makan. so makan je yong tau foo.

Siap makan pi big apple donuts. nak beli donut untuk bebudak opis. dah janji kalau gaji nak banjer makan donut. so beli 18 bijik donut semalam. 6 bijik untuk adik saya. 12 bijik untuk kawan2 kat opis. so dapat free 2 buah kalendar. itu pun sebenar niatnya. beli donut sebab nak kan kalendar je. hehe.. beli atas rm15 dapat 1 kalendar. beli atas rm30 dapat dairi. semalam belian saya bernilai rm35.50. saya tak nak dairi. so mintak 2 buah kalendar. dia kasi. suka..

Balik simpan donut dalam peti ais. pagi tadi bawak pi opis. wah omputeh sangat kitaorg pagi tadi. semua pakat2 sarapan donut gitu. haha.. padahnya perut rasa lain macam. maybe sebab pagi2 dah makan benda yang sangat manis kot. nak jadik omputeh sangat la. tak der maknanya. kena sarapan makanan melayu jugak baru perut sedap. hehe..

No comments:

Lilypie Next Birthday Ticker