Wednesday, May 12

Cramp

Sekarang ni musim hujan eh. putrajaya ni asal petang je hujan. kadang2 tengahari pun dah mula mendung2 then hujan. so kita assume sekarang musim ujan je la. eh tapi bukan musim hujan akhir tahun ke selalu? oh lupa dunia akhir zaman sekarang. musim hujan akhir tahun dah tak bleh nak pakai kot kan. ye kot. rambutan pun berbuah tak ikut musim dah sekarang. mak cakap dedulu musim buah last sekali musim buah hutan errr.. maksud saya langsat, rambai, duku, dokong, duku langsat dan sewaktu dengannya. tapi sekarang kadang2 saya tengok buah rambai langsat semua tu masak sama je dengan buah rambutan. huhu.. buah2 pun tak dah reti nak bajet masak ikut musim sekarang hehehe..

Oleh kerana sekarang musim ujan malam sejuk. so automatik umah saya yang ala2 banyak dosa tu pun sejuk je memalam. so sekarang tido bleh aa pakai selimut. wah sangat syiok bila dapat tido pakai selimut huhu.. tapi bila sejuk ni masalah lain plak timbul. kaki saya akan kejang bila bangun pagi. adeh2.. ni pun tengah sakit gak ni. so sekarang kena bangun awal sket la sebab dalam 5 - 10 minit tu kena stay atas katil kasi kaki ilang kejang then baru bleh bangun.

Camner nak buat eh? nak tido tak bukak kipas kang lemas plak lam bilik tu. pakai stokin? masalahnya betis yang kejang bukan kaki. buh minyak panas? alaa.. kena mandi dulu plak kalau nak solat subuh. saya selalu solat dulu baru mandi. bangun pun dah lewat. lagi mau mandi dulu baru nak solat subuh. kang jadik subuh gajah plak tak der maknanya. hmm.. cam ner eh?

6 comments:

syntheare said...

kaki (betis especially) cramp biasanya sebab kurang zat besi. Aku dulu pun slalu sgt kena time2 tido. So ko kena amik apa2 makanan yg ekstra zat besi. Apa jenis makanan tu aku x tau...sila gogs.

crisda79 said...

apa makanan zat besi? ko gogs la untuk aku hehe..

crisda79 said...

* Terdapat 2 jenis zat besi dalam makanan iaitu zat besi hem and zat besi bukan hem.
* Zat besi hem diperolehi daripada sumber haiwan seperti daging, ayam dan ikan.
* Zat besi bukan hem boleh diperolehi daripada sumber tumbuh-tumbuhan seperti sayur-sayuran berdaun hijau, bijirin dan kekacang.
* Pilih makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi dalam hidangan harian sihat anda!

sumber : infosihat.gov.my

al amin ahmad said...

jawapan yang paling mudah dalam dunia ni cik lijah...KAWIN!..pepagi sure tak cramp punya...ado seseorang tolong urut betis tu..hauhauahuahuahauhauhauah..nak detailed ka?18sxx tu!..akekekkeke

crisda79 said...

kawen? dah lama dah ;p

al amin ahmad said...

kekekek..yooo la tu dah lamo dah kawen

Lilypie Next Birthday Ticker