Friday, June 3

Rejab

Arini dah 1 rejab. lagi 2 bulan insyallah kita akan tempuh ramadhan. bulan puasa lah tu kan. jap je rasa. pastu raya yey! eh ;p. sapa2 yang belum ganti puasa tu (terutama kaum pompuan) ringan2 kan la untuk ganti. lagi 2 bulan dah nak puasa balik dah ni. kang tak pasal2 kena bayar fidyah plak. alhamdulilah saya puasa arini sempena kedatangan rejab. gigih puasa semalam sebab nak puasa arini. esok tak bleh nak puasa coz ada jemputan. tak elok plak tak gi bila org dah ajak beriyer2 kan :).

Meh kita kongsi sikit kelebihan berpuasa di bulan rejab ni. moga dapat iktibar dan menaikkan semangat kawan2 untuk sama2 berpuasa.

Sabda Nabi s.a.w. : Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Sekian terima kasih ;p


4 comments:

syntheare said...

tu la...aku pun x ganti lagi haishhh...mcm mano ni.

crisda79 said...

ganti jangan tak ganti. kang takut puasa tahun ni 'kena' tinggal banyak lagi plak hehehe..

Cheritera Kami said...

insyaallah akan puasa sunat

crisda79 said...

insyallah.. marilah kita puasa beramai2 :)

Lilypie Next Birthday Ticker