Wednesday, October 5

Peti Ais Comel

Sejak saya masuk ke rumah sewa kat kuantan ni umah sewa tu dah lengkap (lengkap = ada peti ais+TV+mesin basuh) kecuali mesin basuh. oleh kerana saya maleh nak pegang sabun basuh saya beli mesin basuh sendiri. tapi jadikkan barang rumah gak la. sharing is caring :). ada mesin basuh umah sewa lama tapi macam maleh nak angkut huhu..

Ni dah nak setahun duduk kuantan tetiba tuan peti ais mau angkut peti ais dia. so ari sabtu minggu lepas tuan punya peti ais dah angkut peti ais dia. bila saya balik umah sewa (saya balik kg minggu lepas) bersepah2 la barang2 yang sebelum ni letaknya dalam peti ais kat atas meja. yelah dah takder tempat nak letak kan. peti ais sudah diambil balik tuannya. sian saya tengok telur ayam tergolek2 kat luar. lama sikit kompem buruk.

Saya ni tak kisah sangat kalau takat nak minum air sejuk sebab saya tak minum air sejuk2 ni. tapi duk pikir kalau takder peti ais payah nak simpan sayur lauk semua kalau tetiba teringin nak masak. so isnin tu time rehat terus berkejar ke kedai letrik mencarik peti ais comel.

Tadaaa.. jumpa. bincang sikit lebih kurang tetiba peti ais tu dah ada kat umah saya hehehe.. tengok peti ais saya ni sama besar ngan kerusi sebelah dia tu je. comel kan peti ais saya tu. tapi saya lupa nak ambek gambar dalamnya. nantilah kalau bebila saya ingat saya ambek gambar n tayang kat sini ek. dalamnya sama je macam peti ais yang gabak2 tu. ada freezer, ada 2 tingkat tempat barang2 n tempat sayur. kat pintu ada tempat telur n 2 rak tempat letak botol2. sama je sebijik. nantilah saya ambek gambar show off kat korang. ramai tak caya peti ais ni comel. opismate saya bleh cakap saya tipu lagi. tapi bila dah tengok semua buat muka kagum hahaha..

Housemate saya semua pun buat muka kagum jugak sebab masing2 tak penah tengok peti ais yang comel camni. memula ingat nak beli mini bar je tapi mini bar tu tak sejuk sangat pastu kecik sangat plak tu. untuk guna sorang leh la. kalau nak kongsi2 macam tak sesuai. so bila tuan kedai perkenalkan dengan so comel ni saya terus jatuh ati huhu..

Yelah2 sejak2 kena idup secara nomad ni maleh nak beli barang besar2 dah. beli yang comel2 cukup. janji muat dalam kete kalau nak pindah kang. tak yah teruk2 nak sewa lori. aritu lepas beli saya angkut sendiri je ngan kete saya. peti ais ni ringan je. saya pun bleh angkat sorang. tapi mengah gak la. kalau pompuan better angkat berdua la. tapi kalau gigih bleh je kalau nak angkat sorang huhu.. aunty kedai tu cakap peti ais tu dalam kancil pun muat kalau nak angkut. wah sangat praktikal. saya jugak jumpa mesin basuh comel kat kedai tu. ye sangat comel. auto lagi. sapa2 yang nak senang pindah bleh la beli. bleh angkut pakai kancil jugak sebab kecik. tapi kena rajin sket la basuh baju. mungkin kena basuh 2 hari sekali kot sebab muatan dia pun kecik hehehe..




4 comments:

Ibu n Abah said...

Hehehe...
Peti ais comel..
Mesin basuh comel...
Orgnya comel jugak kot...?

crisda79 said...

orang comel2 yang je pakai hehehe..

syntheare said...

mana peti es ko yg dulu? tinggal putrajaya ke?

crisda79 said...

buat tukun kat sg pahang hahaha..

takderlah..

adik aku pakai peti ais tu. lagipun maleh mau angkat. berat ;p

Lilypie Next Birthday Ticker