Thursday, December 8

5 Sekawan ke Penang

Dah lama rancang n beberapa kali tukar2 tarikh akhirnya kami memulakan kembara ke penang pada 2/12 aritu. pasukan kami ada kak reen, ju, bob, fahmi n saya. 5 orang semuanya. lepas opis jumaat 2/12 tu saya bergegas ke putrajaya umah ina. tersangkut plak dalam jem kat MRR2. hati dah berdebar2 sebab takut tak sempat sampai ke KL sentral. dah aa tiket keretapi kat saya semuanya. nasib baik jem teruk sampai ampang je. teruk tak teruk sejam gak saya tersepit dalam tu. rasa nak kuar dari kete n lari je ke putrajaya huhu..

Bajet2 kalau tak jem 3 jam dah sampai putrajaya. patutnya pukul 8 saya dah sampai la sebab bertolak kul 5. tapi pukul 8.45 mlm camtu baru sampai putrajaya. masuk umah mandi solat semua. nasib baik sempat doa supaya perjalanan selamat dan dipermudahkan. kul 9.15mlm cam tu baru gi erl. sampai kl sentral dah kul 10. tak makan lagi. makan plak dulu. abeh2 makan terus meluru ke keretapi.

Perjalanan kami kali ni sajer ambek keretapi sebab konon2 mau tido n advanture la konon. kata backpackers ;p. naik pukul 11 malam sampai 6.30 pagi kat butterworth. alhamdulilah sempat naik keretapi. masing2 teruja naik keretapi. saya first time naik ketapi yang ada katil. bob plak first time naik keretapi. lagi la teruja mamat tu. dah dekat 30 tahun idup baru first time naik keretapi hehehe..

Kak reen n ju pun teruja. masing2 kecoh sampai org lain semua dah tido kami tak tido2 lagi hahaha.. eh gambar fahmi dalam keretapi takder plak. lagipun masa tu tak baper kenal dia lagi. kat entry lain saya kenalkan fahmi ngan korang ek :)

Yey! dah sampai butterworth. tepat 6.30 pagi sampai. sonok2. masing2 teruja ambek gambar depan sign butterworth tu hahaha.. mesti org pelik tgk kitaorg yang teruja ni.

Lepas solat subuh n gi toilet kat stesen keretapi kami mulakan perjalanan ke stesen feri plak. kena aa menyeberangkan. kata nak jalan2 area pulau.

Masa dalam keretapi masing2 duk berbincang pasal tiket feri. ada yang kata rm7 8 ringgit semua. bila sampai stesen feri rupanya tiket harga RM 1.20 je. alahai murahnya. tapi perjalanan kejap je la. tak sampai 10 minit kot. tapi sonok. saya dah 2 3 kali naik feri. kali ni ngan geng 5 sekawan plak :)

Sampai seberang kami terus mulakan perjalanan mencari breakfast. jalan tanpa arah tujuan. ikut kata hati katanya hahaha.. lama gak kami berjalan. siap tanya polis arah jalan bagai. macam pelancong betoi plak rasanya hahaha.. akhirnya jumpa satu medan selera area stesen star cruise. tapi hampeh. semua tanya takder. so makan je la apa yang ada.

Lepas makan kami jalan kaki carik stesen bas plak. mau ke stesen bas ekspress sebab kak reen, bob n fahmi takder tiket balik lagi. menapak lagi sampai stesen bas. lepas tanya2 bas mana nak gi sg nibung kami bondong2 naik. sampai sana carik tiket n sambung breakfast yang terbantut tadi. lepas tu terus kami mulakan pengembaraan mencarik hotel plak. namanya percutian bajet haruslah hotel bajet dicarik. tapi tempat nak tinggal tak agak2. kat batu feringgi hahaha..

eh nanti sambung. penat naip ;p





2 comments:

Ibu n Abah said...

Eija...
bagus info ni..
memang nak naik ketapi pi Penang pun...
nak baca lagi...

crisda79 said...

best akak. bleh la try. tido dalam ketapi tak rasa cam tido dalam kenderaan pun. lena sama cam kat umah gak hahaha..

nak baca lagi? nanti saya sambung ek. tak banyak dah pun. sebab kami jalan main redah je. so masa banyak terbuang sebab duk carik jalan hehe..

Lilypie Next Birthday Ticker