Wednesday, May 2

Doktor Umum

2 minggu lepas masa baca paper ternampak iklan pasal pre order untuk buku doktor umum memoir tun dr mahathir ni. ini buku yang sama dengan doktor in the house tu tapi dah diterjemah ke bahasa melayu. dah lama teringin nak baca buku doctor in the house tu tapi sebab dalam BI terus jadik maleh huhu..

So bila nampak iklan yang buku ni dah diterjemah ke BM cepat2 gi kat pc then bukak website mphonline. nasib baik saya memang ada akaun kat mphonline so tak yah nak register2 semua lagi. klik2 je terus bayar. kalau beli online masa pre order dapat 15% diskaun kalau tak silap. so agak murah la dari harga asal. dia cakap buku akan mula dapat lepas 30hb 4. 30hb saya cuti so tadi naik opis nampak buku tu kat meja. gembira2.

Best tak? belum abeh baca la. baru baca sampai muka surat 6. setakat ni menarik la. nanti dah abeh kita review ek. tu pun kalo rajin n dapat abehkan la hahaha.. yelah dekat 1000 muka surat tu. bukan novel plak tu. kalau novel 500 m/s 1 malam bleh abehkan. ni ilmiah ni. risau tak terabeh je huhu.. tah bila bleh abehkan hehe.. harap2 bleh la abehkan nanti. oklah nak mula membaca daaa..


2 comments:

dekdaa said...

Ternampak buku ni kat tesco RM59.90... teringin bangat beli tapi bawak voucher RM50 + cash RM70 pastu ada pulak mende2 lain nak beli.. adus kuciwa nya.

Beli online berapa RM?

crisda79 said...

aku beli masa pre order. masa tu ada less 15%. dalam 50 hengget je

Lilypie Next Birthday Ticker