Tuesday, November 30

Minum Susu Anlene

Oleh kerana nak sangat minum susu saya telah membeli sekotak susu anlene perasa coklat kat pasaraya. naper beli anlene pun tak tau. saya bantai je hehehe.. memula tengok barisan susu kat rak pasaraya tu nampak aa memacam susu. tapi anlene plak yang menarik minat saya. so saya beli la bersama tisu sebab plan awal pi pasaraya nak beli tisu je pun huhu..

Ada 4 kotak comel susu anlene perisa coklat dalam ni. saya pikir kalau tak abeh kita bantai sajer kasi kat ain. minah tu semua pun minum. kopi 3 in 1 tongkat ali ayah saya pun dia bantai jugak hehehe..

Cute kan. suprisely rasa dia sama cam rasa susu sekolah zaman bebudak dulu. betoi. kalau korang tak caya korang pi aa rasa. 3 je saya sempat abehkan. sorok sangat dari ain aa ni. dah terlupa nak abehkan huhu.. tak per balik minggu ni saya abehkan. khasiat? entah. korang pi la kaji kat kotak dia bila beli nanti eh :). saya minum sebab teringin nak minum susu je huhu..

Balik Kampung

2 hari raya haji aritu saya 1 family kecuali adik bongsu balik kampung. dah lama tak balik kampung. ayah pun duk ajak lama dah. so dengan plan terkejut2 kami akhirnya berangkat jugak balik ke kampung. balik lepas zohor. benti kat genting sempah solat asar pastu baru teruskan perjalanan. lalu ikut genting. giler menakutkan. patut la selalu accident kat area tu. jalan curam giler naik ngan turun.

Lalu ikut jalan lama tembus ke tanjung malim. sampai tanjung malim dah malam. so decide bermalam umah pak tua saya kat behrang. esoknya baru teruskan perjalanan. banyak tempat singgah plak tu. raya ketiga bertolak ke tapah. mak mau jumpa sepupu dia ngan mak sedara dia kat situ. borak sikit lebih kurang kami pi teluk intan plak. pi kampung sg tukang sidin. ni kampung mak saya. opah dah takder. yang tinggal just pak ngah saya (abg mak saya). dia duk sorang sebab isteri dia pun dah meninggal.

Sebelum gi tukang sidin kami jalan2 kat langkap. mak cakap langkap dah membangun sekarang. ayah citer dulu dia gi langkap naik basikal je. ayah sibuk nak carik parang kat langkap. so berpusing aa kami kat sana carik kedai parang. lepas tanya2 org jumpa aa kedai parang beli 5 kot parang. lain2 jenis la. ayah kata murah giler nak banding beli kat pahang. oo eh.. saya mana penah beli parang huhu.. lepas makan baru gi umah pak ngah saya. borak lebih kurang pastu zohor kami gerak plak ke parit 10 timur sg panjang. ni kampung ayah saya. tok pun semua dah tadek. yang tinggal makcik2 saya je kat umah tu.

Kami bermalam kat sana. sepanjang jalan nak gi kampung ayah saya nampak padi. terus excited lompat2 hahaha.. over. sampai kampung terus duk dekat2 ngan padi. frust sebab kalau balik kampung je mesti padi hijau. tak penah masak pun huhu.. gambar2 padi yang menghijau. saujana mata memandang.

Padi belakang umah makcik saya. diorg punya ni :)

Cam lalang plak kala dekat2 hehehe..

Saujana kan :)

Indah ciptaan tuhan :)

Esoknya kul 8.30 lepas ambek pisang setandan kami pulang ke pangkal jalan. eh tapi singgah bangi sat umah adik. borak2 sambil makan buah pastu baru balik. dalam 7.30 malam kami sampai umah. mimi menyambut kami hehhe..

Thursday, November 25

Blackberry

Sekarang majoriti org pakai blackberry kan. sampai bebudak study kat unibersiti pun pakai blackberry. ko ado? hehe.. saya takde dan tak penah terpikir pun mau pakai. saya kan low maintainance. semua pun pakai benda murah2 je. dedulu masa nak beli hp adik suh beli yang ada 3G. sampai arini hampeh guna pun tak penah (yang betoi tak reti) hahaha.. so apa gunanya hp ada 3G tapi tak guna kan. harga 3G tu dah tambah RM300. kalau tadek 3G hp saya bleh bernilai rm200 je. jimat duit. rm200 pakai 2 tahun berbaloi lah kan hehe..

Naper tak pakai blackberry? tak teknologi lah dia ni huhu.. takper aa tak teknologi kat hp. lagipun teknologi bukan kat hp je. banyak lagi teknologi lain kan. sebab utama saya tak pakai blackberry adalah sebab dia agak besar. saya suka hp kecik2 je. lagi kecik lagi bagus. ala.. untuk jawab call ngan msg sekali sekala je kan. apa yang harap sangat nak besar2. lagi kecik lagi bagus. senang mau perosok dalam jeans kalau jalan2 :)

Orang cakap pakai blackberry senang mau access internet. itu tak bleh dinafikan. tapi bagi saya untuk internet saya prefer guna laptop untuk surf. besar pun besar. takder aa terkenyit2 mata kalau online 5 jam kan huhu.. lagipun kalau bleh online 24/7 kang tak jadik keje plak. saya penat nak addicted2 ni hehe..

Apa pun alasannya rasanya setakat ni blackberry belum tangkap wa punya hati la. tak tau aa masa akan datang kan. mungkin 'terpaksa' pakai ke kan atau mungkin masa tu duit limpah ruah ke kan. tak tau nak beli apa ke mungkin time tu saya pakai aa kot. benda2 camni ikut kemampuan. kalau mampu dan jadik keperluan mesti pakai. kalau kalau takder keperluan sangat cam saya kalau pakai pun time dah obselit nanti baru saya pakai kot hehe..

Wednesday, November 24

Susu

Tengok orang minum susu saya teringin nak minum susu. rindu zaman2 minum susu dulu. sekarang ni bau susu pun bleh buat saya nak muntah. abeh camner mau minum. terbalik dengan dulu. dulu kalau tak minum susu+milo bleh lembik. saya dulu masa puasa sahur wajib bangun. tak yah makan nasik pun takper. yang penting minum susu+milo. wajib! kalau tak nanti melepek lah sepanjang hari sampai nak angkat kepala pun tak larat. bangun2 sahur je mak dah siapkan susu+milo dalam gelas. tinggal nak minum je. camtu gak sebelum gi sekolah. tiap2 hari wajib minum susu. bestnya minum susu dedulu. sekarang awat dia tak mau masuk eh? pelik2.

Mungkin dah jemu kot. dari kecik umur sehari duk asyik hari2 togok susu je. dah beso jemu kot. sebab tu tak nak dah. dedulu (eh sekarang pun hahaha..) saya kurus sangat. so bila pi check up nurse akan kasi 1 tin susu tepung khas untuk saya. mesti dan wajib minum untuk konon2nya gemukkan sket saya ni. tapi nan ado. tapi susu tu lah saya togok sampai darjah 6. tapi susu manis pun saya tibai jugak. lagi2 ada ayah yang terer buat teh tarik cam kedai mamak tu. abeh saya togok semua. adik2 tak minum susu plak tu. susu kat umah memang khas untuk saya ngan ayah je.

Oleh sebab tiap kali gi klinik nurse kasi susu so banyak aa tin susu kat umah mak saya. senang. buat kuih raya tak yah carik bekas lagi. buh dalam dalam bekas susu tu hehhe.. ada lagi 3 4 tin kot kat umah tu. tapi dah karat2. nanti kalau balik saya nak pi telek aa tin tu. susu jenama apa aa saya minum dedulu kan. main minum je. kalau nurse tu kasi racun pun saya minum agaknya hehe..

Masa darjah 6 org dah berat 40 kilo saya baru 21kg hahaha.. kelakar plak. cam berat bebudak darjah 1 je. tu baru darjah 6 belum lepas degree lagi. lepas degree berat saya tak sampai pun 40kg. iskk.. iskk.. tapi saya suka. senang nak berlari. badan ringan je. apa2 aktiviti semua bleh join. tapi suh baling tukul beli tak bleh la. kang bukan tukul tu yang melayang. saya yang melayang nanti hahaha..

Awal tahun aritu masa kat instun timbang berat alamak! dah dekat 55kg. takutnya. awat la berat sangat ni. patut lah orang jumpa saya semua duk cakap saya gemuk. tapi takper la. pasrah je lah. tapi lepas demam sebulan dia turun balik jadik berat ideal. alhamdulilah. rasa cam tak bleh nak naik balik je ni. sebab tu yang teringin sangat nak minum susu ni. nak beli dalam paket tu cam banyak aa plak. kang tak abeh sapa plak mau mengabehkan nya. sapa murah hati mau kasi saya 2 sudu susu tepung kat saya? nak minum susu ni huhu..

Sebab Tak Apdet

Puh.. puh... penuh abuk dah ni. ok dah clear hehe.. lama kan tak apdet. payah nak apdet sebab internet kat opis bengong2 sket. jap2 kang boleh. jap2 kang sampai 2 hari dia tak ok. w/pun banyak citer nak kongsi tapi sebab internet bengong2 terus tadek mood mau apdet.

Naper tak apdet kat umah? ok saya nak citer satu benda. lebih 2 bulan saya susah nak tido. yer sangat susah. terkebil2 je mata bila malam. kadang2 tu langsung tak bleh nak tido. sakit ni mula masa saya demam sampai sebulan aritu. pastu berlanjutan lah sampai lebih 2 bulan. gigih betoi saya menahan kan. maleh jumpa doktor punya pasal.

Eh nak citer apa tadi. dah terpanjang plak citer pasal tak tido malam. alhamdulilah seminggu 2 ni penyakit tu dah ilang dan makin baik. oleh itu saya giler tido sekarang. malam paling lewat kul 10 dah lena. kalau tak tu kul 9 saya dah mula baring. memula bleh tido aritu bangun tido pagi rasa nak nangis je. akhirnya saya bleh gak tido. so sebab tu saya maleh mau bukak internet malam2 sekarang. sebab saya giler tido. sangat seronok sebab dah boleh tido. harap2 penyakit tak bleh tido tu tak datang dah :)
Lilypie Next Birthday Ticker