Friday, June 3

Rejab

Arini dah 1 rejab. lagi 2 bulan insyallah kita akan tempuh ramadhan. bulan puasa lah tu kan. jap je rasa. pastu raya yey! eh ;p. sapa2 yang belum ganti puasa tu (terutama kaum pompuan) ringan2 kan la untuk ganti. lagi 2 bulan dah nak puasa balik dah ni. kang tak pasal2 kena bayar fidyah plak. alhamdulilah saya puasa arini sempena kedatangan rejab. gigih puasa semalam sebab nak puasa arini. esok tak bleh nak puasa coz ada jemputan. tak elok plak tak gi bila org dah ajak beriyer2 kan :).

Meh kita kongsi sikit kelebihan berpuasa di bulan rejab ni. moga dapat iktibar dan menaikkan semangat kawan2 untuk sama2 berpuasa.

Sabda Nabi s.a.w. : Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Sekian terima kasih ;p


Thursday, May 26

Air Takde

Alhamdulilah lepas 2 hari takder air di kuantan arini air menjelma semula. ALHAMDULILAH.. syukur.. tulah dugaan namanya. tuhan baru uji sikit je, 2 hari takder air masing2 mengelupur bagai nak rak. oleh itu bersyukur lah dengan apa yang kita ada. tak kira lah dalam dugaan warga kuantan ni or apa2 lah yang berkaitan dengan diri masing2. memang manusia ni tak penah yang cukup. nak lebih sokmo bak kata org pahang. nak lebih kena usaha. tak dapat bersyukur lah dengan apa yang ada. mungkin ganjaran lepas tu lagi besar. sapa tau kan :)

Lepas 2 hari, pagi tadi keluar umah paip kat meter air dah berair. kecik n agak kotor tapi kat atas tak sampai lagi airnya. so tengahari balik. nak jenguk air. alhamdulilah ada. dan2 simpan air. beringat terus hehe.. pastu terus mandi. bestnya mandi air paip dengan sewenang2nya. masuk opis balik tengahari tadi segar rasa badan.

2 hari mandi air mineral memang memeritkan sungguh la. tak penah2 saya mandi air mineral. bila ingat rasa nak gelak pun ada. bukan lah tak penah rasa takder air sebelum ni. selalu.. tapi kali ni memang tak simpan stok air. memang mandi main tutup bukak paip je. nama nak menyimpan stok air takder. oleh itu kerana beringat pasni. simpan2 lah stok air sikit2. kalau takder air takder aa gelabah puyuh masing2 hahaha..




Giveaway Beijing

Giler lama dah citer ni. ni baru entrynya nak keluar. org maleh memang macam ni yer kawan2. 14 mac aritu cik dieda buat giveaway sempena dia gi beijing. oleh kerana syarat2nya senang je dengan tinggalkan email kat kotak komen so saya join. kalau nak suh buat entry bagai saya maleh hehe..

Then 25 mac tu result giveaway tu dah dapat. tah naper jumaat 25hb tu saya bz no. tak sempat nak jalan2 kat blog. so terlepas tengok result. ptg tu plak saya balik kampung tak bawak laptop. so langsung terputus dengan dunia maya. isnin baru saya bukak blog n jeng jeng jeng.. saya adalah pemenang utama giveaway tu. wah first time masuk contest terus menang adiah utama huhu..

2 minggu lepas tu saya dah dapat adiahnya. ini lah adiah nya. TQ dieda. sayang ko hehe.. lain kali buat lagi eh giveaway senang2 cam ni. bleh aku masuk lagi hehe.. tapi still tak keluar lagi dari sampul. masih dalam bonet kete. duk asyik lupa nak keluarkan. so dengan itu tak sempat nak pakai pun lagi baju HRC tu. nanti dah pakai saya buat entry lagi eh. TQVM!


Wednesday, May 25

P. Ramlee Satu Indiepretasi

Minggu lepas saya tak balik kampung untuk kali ketiga dalam masa 7 bulan ada kat kuantan ni. baru 3 kali berhari minggu kat kuantan. kalau tak tu manjang balik kampung. gigih betoi hehe.. oleh kerana tak balik kampung kena aa jalan2 menjelajah soping kompleks kat area kuantan ni. tujuan sebenar carik barang adik pesan. tujuan2 lain window soping je. memula gi kuantan parade. konon2 nak carik kamera tapi takder yang berkenan.

SO pi ECM plak. naper tak gi megamall? sebab dah gi jumaat tu. takder gak yang berkenan. jalan2 kat ECM lalu depan kedai CD. tetiba macam terdengar suatu yang menarik. terus laju kaki melangkah dalam kedai. lama saya berdiri tegak dalam kedai tu. dah aa takder org. bila tersedar perasan adik sales tengah pandang saya hehehe.. terus "dik lagu yang pasang ni CD dia kat mana?" terus adik tu ambek CD nya. saya belek2 bila jumpa yang suka terus "nak la yang ni.." hehe.. sangat senang saya membeli kan ;p


Inilah CD yang beli cam beli ikan kat pasar tu. belek 10 saat terus decide beli. sebenarnya lama dah carik CD lagu ni. sejak dari selalu dengar lagu2 p. ramlee yang di modenkan n dinyanyikan oleh penyanyi2 indie ni kat era. sebelum ni astro cakap takkan di buat CD. boleh download je. so kecewa. tetiba dengar aritu kat era cakap akan release dalam akhir april 2011 CD nya. tu yang carik tu. akhirnya jumpa. saya paling suka lagu nyanyian Yuna gelora jiwa. Nera AF9 pun penah nyanyi lagu tu kat konsert. tak caya cuba dengar. best!

Sepanjang hayat saya tak penah beli CD lagu. ni first time beli. beli pirate penah sekali. tapi pakai sekali je dah rosak. pastu terus tak penah beli dah. DVD or VCD movie selalu la beli. CD lagu tak penah beli. so ni kira pecah rekod gak la. saya pun tak pasti bila nak dengar sebab saya prefer dengar radio dari CD hehe.. oo maybe time takder line radio bleh dengar kot hehe..



Friday, May 20

NKTM

Jap lagi mau tengok Nur Kasih The Movie ni. tayangan kul 10.10pm ni nanti. tengok sama niza n anak2 nya. tah naper tetiba excited mau tengok citer ni. padahal bukan tengok pun masa series dia dulu. org cakap best kan. kena la tengok setakat mana bestnya. tah2 org cakap je best tapi saya tengok tak best ke kan. tapi citer khabir bhatia mana yang tak best. betoi tak? saya suka Sepi sangat2. from kabir jugak. so maybe betoi citer ni best kot. so kita try layan huhu..

Tapi bila baca banyak2 review kat beberapa blog semua suggest bawak tisu. sebab citernya sedih amat. wah macam menakutkan plak. sedih sangat ke citernya? so saya kena bawak tisu ke tak ni? tak per. saya bawak shawl je. kalau sedih sangat nanti bleh lap2 ngan shawl je hehehe.. oklah mau siap2. jap lagi lagi mau nonton. eh! dah macam nak tengok citer indon plak huhu.. nanti rajin saya review eh. kalau maleh takder la ;p


Lilypie Next Birthday Ticker