Thursday, September 13

1 Ramadan 1428

Hari ini hari pertama kita semua berpuasa. akhirnya dia datang lagi. dan kita semua sempat menempuhnya sekali lagi, alhamdulilah. semalam saya berterawih di surau yang hanya terletak di hadapan rumah saya. pergi semasa azan isyak sedang berkumandang bersama rakan serumah. banyak perkara yang saya tidak berapa senang terjadi semalam.

1. Jemaah perempuan bercampur dengan jemaah kanak2.
Saya tak pasti samada ibu kanak2 ini tahu atau tidak yang jemaah kanak2 tidak boleh bercampur dengan jemaah dewasa. jika berjemaah di bahagian tepi sekali tak pe la. ini berjemaah di tengah2 jemaah dewasa. ini akan memutuskan saf jemaah dewasa. rasa cam nak tegur tapi nanti org cakap saya terlebih pandai pula. walaupun untuk mengajar anak2 berjemaah tapi ibu bapa perlu tahu keperluan jemaah kanak2 ini. jemaah kanak2 tidak boleh bercampUr dengan jemaah dewasa.

2. Kanak-kanak yang tidak berjemaah berlari2 dihadapan jemaah yang sedang bersolat.
Yang ini memang tiap2 tahun terjadi. bagaimana ye hendak mengelakkannya. saya paham jemaah wanita pergi bersolat hendak meninggalkan anak2 kecil di rumah agak bahaya. tetapi mungkin boleh difikirkan cara yang lebih baik agar anak2 ini tak mengganggu jemaah sedang bersolat.

3. Kanak-kanak bising di luar surau sehingga menganggu jemaah yang sedang bersolat.
Ini juga sama dengan kejadian di atas. memang tiap2 tahun dan di mana2 pun selalu terjadi. mungkin ibu bapa boleh memberi amaran kepada anak2 ini supaya jangan membuat bising ketika jemaah sedang bersolat. juga ceritakan tentang dosa mengganggu orang sedang bersolat. mungkin anak2 ini akan lebih paham.

4. Susunan saf jemaah wanita agak pelik.
Kami (saya dan rakan serumah) datang agak lewat semalam. jemaah wanita telah dipindahkan ke kelas di belakang surau daripada dalam surau sebelum ini. ahli2 masjid sudah menjangka yang masjid pasti penuh dengan jemaah malam semalam. maklumlah malam pertama puasa. apabila saya tiba saya tak lihat apa2 yang pelik. tetapi apabila sudah bangun untuk berjemaah saya lihat barisan jemaah di hadapan saya hanya ada 4 orang berbanding barisan jemaah saya lebih 10 orang. hendak masuk ke hadapan sudah tidak boleh kerana tiada lagi ruang kosong di situ. rasanya arah kiblat sudah lari arahnya. ini kerana barisan saya dan hadapan makin mengecil di hujung. sebab itu saya tidak boleh masuk di saf hadapan. saya tidak tahu salah siapa. diharap malam ini kejadian seperti ini tidak terjadi lagi.

nampak sangat saya tidak khusyuk berjemaah semalam. ye saya mengaku kerana terlalu banyak benda yang tidak senang di hati saya. paling kelakar ada jemaah pengsan di hadapan saya. kakak di sebelah saya menjerit tapi meneruskan solat selepas itu. saya dalam dilema. hendak tolong atau tidak. akhirnya saya meneruskan solat saya. sudah macam2 di kepala entah ok atau tidak solat saya semalam, biarlah Allah tentukan.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK SEMUA..

No comments:

Lilypie Next Birthday Ticker